you're mine (part 4)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 4) - DATING UNTUK KALI PERTAMA 

Kringg... loceng terakhir waktu persekolahan berbunyi..

Sedang Baekhyun dan rakan-rakannya mengemas barang untuk pulang ke rumah, seorang gadis tinggi lampai bersama kawan-kawannya masuk ke dalam kelas dan menuju ke arah Baekhyun. Suho berbisik ke telinga Baekhyun, '' weyhh... bini ko dah datang..''.

Sehun menegur gadis tersebut '' Nana.. cari Baekhyun ? Dia memang tengah tunggu ko datang pun..''. Baekhyun memandang Sehun dengan pandangan tajam. Sehun, Chanyeol, Kyungsoo, Suho dan Kai menahan ketawa kerana gadis tersebut sangat taksub dengan Baekhyun sejak dulu lagi.

'' Sayang.. hari ni you free tak? teman I pergi shopping ? ''. Mata Baekhyun hanya memandang Bomi tapi Bomi tidak memberi reaksi, hanya memandang ke arah Baekhyun sambil tangannya mengemas barang dan terus menuju ke arah pintu untuk keluar dari bilik darjah tersebut. Nana memandang tepat ke dalam mata Baekhyun tetapi Baekhyun tidak memberi tumpuan kepadanya malah mata Baekhyun tengah memandang ke arah lain iaitu, Bomi.

'' Ehh ko.. budak baru..'' Nana memanggil Bomi. Bomi memusingkan badan dan memandangnya selamba.

'' Ko jangan sekali kali nak rebut Baekhyun ae.. aku dengar ko nak ngorat Baekhyun memang siap ko !! '' gertak Nana. 

Bomi hanya menjawab dengan selamba '' ko ingat aku hadap sangat mamat nih.. mamat nih bukan taste aku.. so ko tak payah nak cari aku, nak sound2 aku.. orait.. aku ada hal...''. Bomi terus berjalan menuju keluar dari kelas.

'' Ehh minah nih !! memang nak kena.. geng.. tuh target kita..'' seru Nana kepada kawan-kawannya serta merangkap pengikutnya. 

'' Nana.. budak baru.. biarkan je dia.. dia baru datang dari US.. dia tak biasa lagi dekat Korea... you dengan geng you tak payah la cari gaduh dengan dia.. karang mak ayah dia cari I, memang masak I.. you pon kenal daddy I macam mana Nana.. '' Baekhyun memujuk Nana yang berniat untuk membuli bakal isterinya.

'' orait sayang.. sebab sayang cakap macam tuh.. I tak cari pasal.. tapi you temankan I pergi shopping hari ni.. boleh ? '' Nana mengajak Baekhyun sambil memegang tangan Baekhyun. Baekhyun membalas '' this week tak boleh.. daddy kurung I, suruh duduk rumah after school.. dua minggu I tak boleh keluar rumah.. after dua minggu I teman you ok? '' Baekhyun memujuk Nana dengan manja. 

'' orait.. promise.. jom geng ''. Nana dan rakannya pergi meninggalkan Baekhyun.

'' Wooww Baekhyun.. kalau ada award.. ko boleh menang.. tahan pulak ko asyik melayan dia..'' Sehun mengusik kawannya. Baekhyun datang ke arah Sehun dan headlock kerana mengacau dia tadi. 

 

Waktu petang....

Hari ini Bomi pulang lewat ke rumah kerana dia menghadiri kelas taekwondo buat pertama kali di sekolah. Semasa sesi latihan di kelas tersebut, cikgunya kagum dengan pergerakannya yang pantas dan berjaya mengalahkan anak muridnya yang lain. Selesainya latihan, cikgunya memuji dan menyuruhnya menghadiri kelas khas untuk memantapkan lagi pergerakan supaya dia boleh masuk pertandingan untuk mewakili sekolahnya.

Selepas berborak panjang, cikgunya meminta izin untuk pulang. Bomi masih duduk di bilik latihan untuk meredakan penatnya yang masih lagi terasa. Tiba-tiba dia terdengar tepukan yang kuat dari arah pintu masuk dan terus memandang ke arah tepukan tersebut. 

Baekhyun memujinya sambil berjalan menuju ke arah Bomi yang sedang duduk bersila di tepi dinding..'' Hurmm.. leh tahan laa.. ok laa aku tengok..'.

Bomi tak sangka Baekhyun melihatnya berlatih. Bomi pelik sebab dia tidak pernah menceritakan mengenai taekwondo selain Chorong, Eunji dan Naeun melainkan dia terdengar perbualannya sehabis waktu persekolahan berakhir pada hari pertamanya dia bersekolah. '' Pahal ko tak balik lagi.. ?? ko ada aktiviti apa2 ker ?? '' tanya Bomi kerana dia pelik Baekhyun masih berada di kawasan sekolah waktu petang begini.

'' Tak.. aku saja teman ko.. mummy suruh jaga ko.. kalau jadi apa2 kat ko, aku nak kahwin dengan sape ? '' usik Baekhyun.

'' sssshhhhhhh.. senyap laa.. karang peminat gila ko dengar mampus aku... '' jerit Bomi sambil marah. Bomi sangat takut dengan peminat Baekhyun selepas mendengar kisah yang diceritakan oleh Chorong. 

'' Relax laa.. dah lambat macam nih mana ada orang kat sekolah.. apa2 pun cantik baju..sesuai dengan ko.. skirt tak sesuai dengan ko.. nanti kalau ada masa, kita lawan.. '' ajak Baekhyun yang saja mahu menaikkan darah Bomi.

Lantas Bomi bangun dan mengiyakan ajakan Baekhyun '' JOMMM!! ''. Baekhyun tidak menyangka Bomi serius dengan ajakannya. " Nape ? takut kalah ? '' bidas Bomi lagi.<

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss