you're mine (part 27)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

Happy Indepence day to all Malaysian who celebrated on 31st August 2014 for 57th.. 

hope Malaysia peaceful and harmony for next future years. Amin.  :)

 

YOU'RE MINE (PART 27) -EUNJI ?! SEHUN ?! TAKKAN KORANG BERDUA ?! (PART 3)

'' Baek ?! oo Baek ?!! aku masuk boleh ? ''

Kedengaran suara Baekhyun dari dalam biliknya membenarkan Bomi masuk. Dia memulas tombol bilik tersebut dan melangkah masuk. Kebetulan Baekhyun sedaya upaya cuba membetulkan zip jaket yang tersangkut di baju. Lantas Bomi mendekatinya. 

'' Meh sini aku betulkan.. ''. Bomi betul - betul merapati Baekhyun.

Semerbak bau harum minyak wangi Bomi menusuk ke dalam hidung Baekhyun. Rambutnya ikal sedikit di bawah. Wangiannya membuatkan Baekhyun khayal memerhatikan rambut dan wajah isterinya. Tahi lalat di bawah mata kiri Bomi membuatkan wajahnya semakin manis untuk dipandang. Isterinya masih tidak sedar akan renungannya kerana terlalu fokus membetulkan zip jaket tersebut.

'' Orait.. dah betulkan dah.. ''. Bomi merenung tepat ke arah Baekhyun.

Baekhyun yang tersedar dari lamunan terus memaling ke arah lain. Tangannya sibuk bermain di zip untuk memastikan yang zip tersebut betul - betul sudah dibaiki. Bomi juga beralih arah sambil mengesat - mengesat tapak tangan di seluar skinny jeansnya.

'' Thanks.. kenapa ko nak jumpa aku.. ada benda nak cakap ker ? ''

'' Oooo.. aku nak bagitahu yang aku nak keluar kejap.. ''

'' Haa.. aku pun.. malam nih ko tak payah tunggu aku.. aku balik lambat.. ''

'' Show ? ''. Bomi mengangkat keningnya.

'' Huh ?!! mana ko tahu ? aku ada cakap dekat ko ker ? jangan2 ko nih stalker tak.. ''. Baekhyun membalas senyuman nakalnya. Jari telunjuknya dihayun - hayun.

'' Lerrr... aku tahu laa.. aku kan PA ko.. ''. Bomi menyilangkan tangannya.

'' Ha'ahh.. betul jugak ea.. ko cantik2 malam2 nih.. ko nak keluar dengan siapa ? '', sambil membetulkan rambutnya. Dia pelik melihat isterinya berpakaian cantik pada petang itu.

'' Chorong semua... kiteorang nak lepak kejap...''

'' Okay... nak aku hantar tak ? ''

'' Tak laa.. Chorong datang pick up aku dekat sini.. ''

'' Orait.. aku pergi dulu... ''. Baekhyun mencapai beg gitarnya dan berjalan melintasi Bomi. Tangannya sempat menggosok ubun kepala Bomi. 

'' Jangan nakal2.. ''

Bomi hanya membalas dengan senyuman. Apabila Baekhyun hilang dari pandangan, matanya beralih pula ke arah patung panda yang terletak di sofa bilik itu. Fikirannya asyik sibuk memikirkan patung tersebut. Lalu,  dia beredar pergi.

 

Pukul 8.00 malam...

'' Baek !!! Baek !! ''. Nana melambai - lambai tangan. 

Baekhyun dan lain - lain memandang ke arah suara manja yang memanggil - manggil nama Baekhyun. Mereka memaling sesama mereka. Tiada siapa sangka Nana akan muncul di tempat itu bersama rakan - rakannya. Mereka sangka dia sudah berputus asa untuk mengejari Baekhyun selepas mendapat tahu Baekhyun sudah berkahwin. Peliknya, dia masih kembali ke pangkuan Baekhyun.

'' Weyh.. bini nombor 2 ko dah datang.. '' usik Kai. Semua ketawa kecil dengan usikan Kai tetapi iyanya tidak lucu bagi Baekhyun.

'' Hey Nana.. cantik u hari ini.. u ada date ker sekejap lagi ? '', tegur Sehun. 

'' He.. he.. funnyyy sangat sangat !! pandai u buat lawak.. ''. Dia menyilang tangannya. Matanya menjeling.

'' Hahaha.. it's my job to make u laughing.. '', balasnya.

'' Well.. I datang sebab nak support u guys main.. '', kata Nana dengan manja. Matanya memandang Baekhyun. Baekhyun senyum sinis sambil pipinya terangkat ke atas.

'' Thanks datang support kiteorang.. kalau macam tuh u duduk dulu.. lepas kiteorang habis, kiteorang join u.. '', kata Baekhyun.

'' Well.. if u said so.. soo.. good luck.. I cheer for u guys at the back... ''. Nana dan rakan - rakannya beredar pergi.

'' Untung laa.. ''. Kyungsoo menepuk - nepuk bahu Baekhyun. Katanya sambil ketawa kecil.

Baekhyun terus memicit paha kecil kyungsoo sehinggakan kawannya meronta - ronta kesakitan.

'' Ini dapatnya.. ''. Gigi Baekhyun diketap.

'' Okokok.. lepaskan tangan ko tuh.. ''. Kyungsoo meminta Baekhyun melepaskan cubitan tersebut. 

'' Ko nih untung laa bacon.. dah kawin pun still ada orang kejar2 ko lagi.. kalau macam nih aku pun nak kahwin sekarang jugak..'', bebel Sehun sambil memetik tali gitarnya.

'' Ko tak payah.. kahwin ker tak kahwin ker sama je perangai.. aku tahu ko sekarang sibuk nak ngorat junior baru tuh kan ?! tapi tak dapat.. '', Chanyeol mencelah angan - angan Sehun. Gelaknya.

'' Erkk.. mana ada.. dia yang sibuk kejar2 aku.. aku biasa laa.. takkan tak layan.. hehehe.. ''

'' Pandai laa ko... dah jomm... kita pergi set up instrument...''. Kai mengiyakan sahaja alasan yang diberikan oleh Sehun. Memang betul pun kata Chanyeol. Buat pertama kalinya, cinta Sehun ditolak oleh junior baru di sekolah mereka.

 

Pukul 10.30 malam...

Setibanya kereta Chorong tiba di hadapan kelab, Bomi keluar sambil dahinya berkerut. Bomi tidak sangka kawannya bersetuju untuk berjumpa di dalam kelab tersebut.

'' Chorong ?!! ko ker yang suruh nak jumpa dekat sini ? ''. Suaranya kedengaran samar - samar kerana alunan muzik menguasai sekitar kawasan itu.

'' Tak laa.. Kris cakap Taemin nak lepak dekat sini.. soo.. aku kata ok je laa.. dah laa jom masuk.. nanti dieorang kata apa pulak.. '

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss