you're mine (part 48)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

Bomi funny/cute moments ep 3 pt.1 Apink Showtime 에이핑크 보미 

http://www.youtube.com/watch?v=DTy9GSpJ3Ok

Bomi funny/cute moments ep 3 pt.2 Apink Showtime 에이핑크 보미 

http://www.youtube.com/watch?v=ztJFKCVNysM

 

YOU'RE MINE (PART 48) - ANOTHER UNPREDICTABLE THING HAPPENED AGAIN

Seperti hari - hari biasa, Bomi pasti siap awal untuk menyiapkan sarapan mereka sebelum ke sekolah. Hari ini tekak meragam nak makan ala - ala Perancis gitu. Terasa mahu makan sup perisa cendawan Chambell. Dipotong roti perancis kecil - kecil dan disapukan mentega. Roti itu disusun cantik di atas kuali leper. Sudah selesai membakar roti - roti tersebut, cepat - cepat dia menyiapkan pula sup cendawan. Yum !

Fikirannya melayang jauh. Mata sibuk merenung tepat di dinding. Bak kata orang, kalau dah mengelamun sorang - sorang, sup dalam periuk jadi kering kontang pun dah tak perasan dah ! Sejak - sejak akhir ini, Baekhyun selalu buat dia terasa tidak selesa. Boleh dikatakan gaya - gaya seperti orang bercinta. Cium di dahilah, peluk dia dari belakanglah, layan sweet - sweetlah. Semuanya lah lah ! Kadang - kadang nampak pelik. Kadang - kadang rasa suka. Pening kepala dia memikirkan hal itu. Perlahan - lahan dia mengacau sup di dalam periuk kecil. Kelihatan sup itu masih separa masak. Masih tidak membuak - buak.

BOMI POV

Ish.. kalau betul dia memang suka dekat aku.. kenapa sepatah haram dia tak pernah cakap dia suka dekat aku ?!

Yang dia cakap dekat aku.. dia suka duduk serumah dengan aku.. huh ?! apa maksud dia ? tuh ker cara dia cakap dia suka dekat aku ?

Mungkin kowt ?! kalau tak.. kenapa dia banyak kali kiss aku ?! haa.. peluk aku ? Cakap baik2 ? Betul tak ?!

Sebelum nih dia tak pernah macam tuh.. selalu cari gaduh dengan aku ada lah !

Sekarang lain betul dah.. Nampak baik sikit.. bukan sikit.. baik banyak ada !

Hurmm... tapi....

Memang aku tak boleh tipu diri aku dah !

Aku memang dah fall in love dengan dia ! asal dekat dengan dia je.. jantung aku macam nak pecah !

Tapi takkan aku pulak nak cakap yang aku suka dekat dia dulu ?!

Kalau tiba2 dia cakap dia suka dekat Nana macam mana ? malu aku !

Orait.. apa kata kalau aku cakap jangan suka Nana... suka dekat aku... ok tak ?!

Oh mai gosh Bomi.. bunyi macam desperate sangat !

Aisshhh.. Macam mana kalau dia minta cerai dengan aku.. pastuh kata nak kahwin dengan si Nana tuh ?!

Melepas...

Byun Baekhyun.. betul ker ko memang suka aku ? Atau selama nih ko pura - pura sebab mak ayah ko yang paksa ko kahwin dengan aku ?

 

Tangan kanan masih lagi sibuk mengacau sup cendawan tersebut. Fikiran masih lagi jauh melayang. Fly away !

'' Hei.. masak apa tuh ? ''. Tegur Baekhyun dari belakang. Dipeluk erat pinggang Bomi. 

Terkejut Bomi. Lalu sudip yang digunakan untuk mengacau sup cendawan tadi langsung tertepis dinding periuk lalu terpelanting periuk tersebut ke lantai. Sup tumpah berselerak lantai dapur. Bomi meraung kesakitan kerana sup tadi tertuang ke atas kaki kirinya. Cemas Baekhyun dibuatnya. Tak sangka jadi sebegini. Sudah !

Meraung Bomi kesakitan di situ. Muka Baekhyun waktu itu pucat lesi. Tak sangka boleh jadi sebegitu rupa. Niatnya cuma mahu bermesra. Tapi lain pula jadinya. 

'' Apa... ''. Nangis Bomi.

** Apa ( 아파 ​) = in pain 

'' Ok.. Bomi.. mianhae ''

** Mianhae ( 미안해 ) = I'm sorry 

Baekhyun mengusap - usap wajah Bomi lalu dikesat air mata yang bergelinangan di pipi. Dijengah pandangan ke kaki yang terkena tumpahan sup tadi. Nasib baik hanya sedikit sahaja yang terkena ke kaki kiri Bomi. Lantas dia mendukung Bomi dan dibawanya ke tandas. Cepat - cepat dia membasuh kaki Bomi dengan air paip untuk meredakan lecur tersebut.

'' Tahan sikit ye.. ''. Baekhyun memujuk Bomi yang masih meraung kesakitan.

Lantas didudukkan Bomi di tepi tab mandi. Kaki dijulurkan ke dalam. Pantas Baekhyun memutar tombol air paip lalu dicurah perlahan - lahan di tempat terkena sup panas tadi. Hatinya rasa kesal atas perbuatan dia tadi. Memang tak sangka berlaku sebegini.

Sudah beberapa minit kaki Bomi dibasuh dengan air paip. Kesan kemerah - merahan sudah kelihatan di kulit.

'' Bomi.. aku minta maaf sangat2.. aku tak sengaja.. ''. Mukanya penuh dengan sesalan.

'' Tak apa.. dah tak sakit sangat dah.. nasib baik ada ko.. kalau tak.. mesti aku dah.. ''

'' Jangan cakap macam tuh.. semua nih salah aku.. ''. Celah Baekhyun.

Baekhyun mengusap lembut rambut Bomi. Memang jelas kelihatan cemas di wajahnya.

'' Gentle betul laa dia nih... mana aku tak jatuh cinta dengan mamat nih.. opss.. I did it again... ''. Bisik Bomi. Senyum.

Lantas Baekhyun memeluk erat Bomi di dakapannya. Banyak kali dia meminta maaf. Dia tahu itu semua salah dia. Dia tak patut mengejutkan Bomi tadi. Aish ! Menyesal. Menyesal. Kesal !

Dugun. Dugun. Berdegup laju jantung Bomi. Terasa hangat pelukan itu.

Perlahan - lahan kedua - dua tangan Bomi memeluk belakang badan Baekhyun.

'' Komawo... ''. Kata Bomi.

** Komawo ( 고마워 ) = thanks

 

 

Perlahan - lahan Bomi berjalan sambil dipapah Baekhyun masuk ke dalam rumah. Dua - dua ponteng sekolah hari ini. Pagi tadi mereka terus pergi ke klinik. Sekarang baru pulang ke rumah. Kedua - duanya masih lagi berpakaian seragam sekolah. Kaki kiri Bomi pula sudah berbalut dengan kain kasa. Doktor berpesan supaya Bomi cuti beberapa hari dan kurangkan pergerakan. Nasib baik Baekhyun sempat membasuh dengan air paip. Kalau tak mesti lambat hilang parut di kaki Bomi.

'' Jalan slow2.. ko tuh sakit.. ''. Bebel Baekhyun.

'' Ye.. baik Dr. Byun Baekhyun.. '', balas Bomi.

Bomi dipapah sehingga ke ruang tamu. Baekhyun memang jaga betul Bomi kali ini. Takut kalau - kalau isterinya tercedera gara - gara dia lagi. 

'' Dah laa Baek.. aku bukannya cedera parah patah kaki patah tangan.. lecur sikit je.. ''. Ketawa Bomi melihat telatah Baekhyun.

'' Ye laa.. aku risau laa.. nanti kalau jadi apa2 karang susah.. dah rehat dulu dekat sini.. nak aku ambilkan apa2 tak ? ''

'' Hurmm air ? boleh ? ''

'' No problem tuan puteri.. saya sedia berkhidmat 24/7 untuk tuan puteri.. ''

Berjalan Baekhyun ke dapur meninggalkan Bomi sendirian di situ. Bomi tersengih sendirian.

 

Baek.. Baek.. Baek... 

Seharian nama Baekhyun bergema di rumah itu. Tolong ini ! Tolong itu ! Bukan sebab Bomi nampak kelihatan seperti queen control, tapi disebabkan kondisi kakinya itu terpaksa membataskan segala pergerakannya. Hanya duduk di hadapan televisyen. Seragam sekolah masih lagi dipakainya. Cuma kot sahaja dibuka. Jadi, Baekhyunlah jadi mangsa Yoon Bomi. Tapi sedikit pun Baekhyun tidak merungut. Cepat sahaja dia bergerak ke sana ke mari kalau Bomi menyuruh dia membuat apa - apa. Mana tidaknya, seharian dia duduk di sebelah Bomi. Asyik - asyik belek kaki Bomi. Tanya ok ke tidak semua.

'' Ko nak apa2 lagi tak ? ''. Tanya Baekhyun.

'' Tak.. urmm buat masa nih.. tapi aku terasa nak tidur dekat bilik sekarang.. aku mengantuk.. tolong aku boleh ? ''. Ujar Bomi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss