you're mine (part 29)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

korang dah tengok apink showtime ?

tengok laa.. best :D

YOU'RE MINE (PART 29) - MINTA MAAF.. OK ?!

Mencari - cari buku Matematiknya yang hilang. Di dalam laci, rak buku, beg sekolah dan di atas meja juga diselongkarnya. Langsung tidak dijumpai. 

'' Aishh.. mana aku letak buku tuh ?! esok dah laa nak kena hantar.. ''

Sedang dia menyeluk - nyeluk tangannya ke dalam beg sekolah, baru dia teringat. 

'' Haishh.. lupa buku tuh ada dekat dia !! takkan aku nak ketuk bilik dia minta pulangkan balik.. dah laa aku memang tengah awkward dengan dia... ''. Diketuk - ketuk dahinya.

Jarum jam dibiliknya tepat menunjukkan pukul 2.00 pagi. Perlahan - lahan dia memulas pintu biliknya. Di luar gelap gelita. Langkahnya tersusun rapi menuju ke bilik Baekhyun. Dia berani jamin tombol bilik Baekhyun pasti tidak berkunci. Sampai sekarang dia masih pelik mengapa suaminya tidak pernah mengunci bilik. Ditunduk kepalanya ke bawah untuk melihat di lubang bawah pintu. Gelap. Mungkin Baekhyun sudah pun dibuai mimpi. Dipulasnya tombol bilik Baekhyun. Sedikit demi sedikit pintu terbuka.

Krekkk.. 

Biliknya malap. Hanya ada pancaran cahaya dari lampu jalan yang menerangi bilik itu. Baekhyun memang sudah terbaring lena di atas katil. Terjengket - jengket dia berjalan bersama selipar tidurnya. Tangannya meraba - raba takut terlanggar perkakas. Pantas langkahnya mara ke hadapan. Dia dapat agak susunan perabot kerana sudah beberapa kali dia mengunjungi bilik Baekhyun.Terkedip - kedip mata melawan gelapan malam. Matanya tertangkap akan susunan buku di atas meja belajar. Malangnya meja itu betul - betul terletak bersebelahan dengan tempat tidur Baekhyun.

'' Aishh.. kenapa mesti meja tuh ada dekat tuh.. ''. Terkumat kamit mulutnya.

Pantas dia mencari buku Matematik di susunan buku tersebut. Berdebar - debar jantung takut Baekhyun terjaga dari tidur. Memang ada bukunya di situ. Lalu dicapai dan berjalan kembali ke pintu.

Tappp... lampu tidur terbuka.. Kedengaran suara Baekhyun.

'' Bomi.. ko buat apa kat dalam bilik aku nih ? ''

'' Opss... '' Perlahan - lahan dia menoleh kepalanya ke belakang. Baekhyun sudah duduk di katilnya sambil tangannya bersilang.

'' Huh ?!! erkk.. aku.. aku nak ambil nih !! haa nih haa buku aku... esok nak hantar.. ''. Pucat muka Bomi.

'' Oooo.. ''. Baekhyun bangun dari katil berjalan menuju ke arahnya. 

'' Erkk.. ok.. aku pergi dulu... ''. Dia berjalan pantas ke luar tapi tangannya disentap.

'' Sekejap laa.. ''. Katanya manja.

Bomi memaling ke arahnya kembali. Jari Baekhyun menyelak rambut yang terjurai menutupi muka Bomi. Dia mendekati cuping telinga Bomi.

'' Kenapa dengan ko nih ? ''. Kepalanya kaku di situ. Hanya matanya menjeling ke arah Baekhyun.

'' Saja... masuk nih dah 2 hari aku tak tengok ko.. rindu laa pulak.. ''. Perlahan - lahan kepalanya ditoleh ke belakang. Tapak tangannya menggosok ubun kepala Bomi. Terukir senyuman dibibir.

Dengan perlahan - lahan Bomi menepis tangan Baekhyun.

'' Erkkk.. Ok.. aku balik bilik dulu.. jangan lupa bangun awal esok.. hurmm ok.. bye.. ''. Bomi berlari anak keluar dari bilik. Pintu dihempas kuat.

Cepat - cepat Bomi menutupi biliknya. Badannya tersandar di sebalik pintu. Dipeluk erat buku itu menahan degupan jantung. Berdegup - degup rasanya. Menitis keringat di dahi.

 

Keesokan harinya, Bomi sahaja berjalan di hadapan bilik Baekhyun. Bilik itu terbuka luar. Dijenguknya ke dalam. Tiada sesiapa pun di dalam. Dia berjalan menuju ke tingkat bawah. Ruang sunyi sepi. Hanya ada kicauan burung menghingari rumahnya. Dapur tidak disentuh. Motosikalnya juga tiada di halaman. Pasti dia sudah pergi ke sekolah awal - awal pagi.

'' Hurmm.. awalnya dia pergi sekolah.. dah laa tak sarapan lagi.. ''

Beg sekolah diletakkan di sofa. Berjalan dia ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

 

Baekhyun sedang tersandar di bawah pokok sambil membelek telefon bimbit. Tiba - tiba muncul satu kelibat membayangi badannya dari sinaran pagi. Pandangannya samar - samar melihat kelibat itu. Kedengaran suara Bomi.

'' Nahh sarapan... ''. Senyumnya.

'' Huhh ?! thanks.. ''. Muka Baekhyun terpinga - pinga lalu tangannya mencapai bekas makanan tersebut.

Dibukanya menutup bekal. Ada ham ayam dan gulungan telur. Dia mendongak ke atas dan tersenyum. Bomi duduk di atas akar kayu yang menjalar lebar.

'' Ko tak nak makan sekali ? '', tanya Baekhyun.

'' Tak apa laa.. aku dah kenyang.. ''. Bomi mencarik - carik rumput liar. Matanya memandang ke bawah.

Dengan gelojohnya dia memasukkan makanan ke dalam mulut. Sememangnya sedap masakan isterinya. Tidak dinafikan.

'' Hurmm.. aku nak minta maaf.. pasal hal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss