you're mine (part 49)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

Bomi funny/cute moments ep 4 pt.1 Apink Showtime 에이핑크 보미 

http://www.youtube.com/watch?v=VuAgpqTl3yo

Bomi funny/cute moments ep 4 pt.2 Apink Showtime 에이핑크 보미 

http://www.youtube.com/watch?v=OKnMzJKkT_s

 

YOU'RE MINE (PART 49) - INIKAH CINTA ?

Sudah tiga hari Bomi tidak hadir ke sekolah. Dia asyik duduk termenung keseorangan di buaian luar rumah sambil pandangannya melihat orang yang lalu lalang di jalan. Kaki sudah boleh digerak - gerakkan tetapi masih tetap dibiarkan ianya berbalut. Seronok rasa apabila sudah boleh berjalan ke sana ke mari di rumah. Baekhyun tiada di rumah. Hari ini dia sudah mula pergi ke sekolah. Bomi yang memaksaya pergi. Mula - mula Baekhyun terasa berat hati mahu meninggalkan Bomi sendirian di rumah tapi kelihatan dia sudah sihat dan boleh melakukan aktiviti tanpa pertolongannya. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan. Semalam Eunji, Chorong dan Naeun datang ke rumah melawat Bomi di rumah. Pelik juga mereka apabila kedua - duanya tidak hadir ke sekolah. Tengok - tengok sebenarnya Bomi yang sakit. Baekhyun terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga isterinya. Puas dipermainkan mereka. Sweet. Sweet. Namun dibiarkan sahaja kata - kata mereka. Lagi dilayan lagi dimain - mainkan.

Diayun buaian perlahan - lahan. Bersenandung dia lagu hasil karya Baekhyun.

Laa.. laa.. laaa... hurmm...

Korang tahu macam mana perasaan apabila lagu kesukaan korang bermain - main di dalam kepala. Asyik nak menyanyi je kan ? Sama situasi macam si Bomi nih ! Asyik dok menyanyi sahaja lagu tuh. Dari dia mula duduk di buaian sehingga dia mahu beredar dari situ. Ada dalam empat lima kali lagu itu disenandungkan. Indah rasa. Hurmmm ~

'' Terasa nak makan kek laa ? tak apa laa.. nanti suruh Baek belikan.. ''. Bebel dia keseorangan di buaian itu.

Sedang dia beberapa langkah berjalan masuk ke dalam rumah, kedengaran bunyi motosikal berhenti di halaman rumah. Dilihat jam dinding rumah yang kelihatan dari luar rumah, pukul 4.05 petang. Baru lima minit waktu persekolahan tamat. Pelik ? Tidak akan selaju itu Baekhyun pecut laju motosikalnya pulang ke rumah. Kurang - kurang pun ambil masa 20 - 30 minit.

Ditoleh ke belakang. Kris ?

'' Hai Bomi.. lama tak nampak ? awak sakit ker ? ''. Tanya dia dari jauh.

Bomi masih terpinga - pinga. Kenapa dia datang ke rumah. Nanti kalau tiba - tiba Baekhyun balik bagaimana ? Nahas ! Bergaduh lagi jawabnya. Perasaannya waktu itu bercampur baur. Memang dia suka kalau ada orang datang melawatnya tetapi dalam hal ini, Kris. Orang paling dibenci Baekhyun. Boleh dikatakan musuh ketat dia ! Bomi memang tidak kisah sebab dia anggap Kris ini pun kawan sahaja selama ini. Dia tidak tahu bahawa Kris memang dah lama simpan perasaan terhadapnya. Cuma Bomi sudah berkahwin. Terpaksa dibatalkan hasrat itu.

'' Ehh.. Kris ? awak buat apa dekat sini ? macam mana awak tahu saya sakit ? ''. Muka Bomi bersahaja. Nanti Kris kata apa pula kalau dia buat muka.

'' Hehe.. instinct ? ''. Gelaknya.

Kris datang menghampiri Bomi yang tercegat seperti patung mannequin di hadapan pintu rumah. Kedua - dua tangan Kris menyentuh lengan Bomi dan dibawa menuju ke pintu rumah. Cepat - cepat Bomi mengeraskan badannya supaya mereka tidak jejak ke dalam. Malah, meminta berborak sahaja di luar rumah. Takut Baekhyun memarahinya nanti.

'' Kris.. kita borak dekat luar je ye ? boleh ? awak tak kisah kan ? ''. Gagap percakapan Bomi.

'' Huh ? nih takut Baekhyun marah laa nih ? hurmm.. ok.. ''. Senyum.

'' Fuh.. nasib baik Kris tak kisah.. nanti kalau Baek tahu aku berdua - duaan dalam rumah.. memang nanya ! ''. Bisik Bomi.

Berjalan mereka menuju ke arah meja di halaman luar rumah. Ada bumbung untuk diteduh daripada sinaran matahari petang.

'' Awal awak keluar dari sekolah ? tadi awak datang sini pun pukul 4.05.. cabut ker ? ''. Usik Bomi.

'' Hehe.. tak laa.. bukan cabut.. pukul 4 tuh dah get ready depan pintu.. guard buka je gate terus saya pecut motor laju2.. langgar semua lampu merah..  tak sabar nak jumpa awak laa katakan.. urmm.. dah 3 hari tak nampak muka awak dekat sekolah.. rasa nak gilaa... ''

Terkedu mendengar lawak Kris. Dia betul - betul maksudkan atau dia sengaja gurau ? Tapi Bomi mana pernah ambil serius dengan apa Kris perkatakan.

'' Eiii... mengadanya.. alasan lebih.. nampak sangat menipu.. alaa... lupa nak buat air.. kejap saya masuk buat air.. ''

Kris menahan Bomi dari bangun daripada tempat duduknya. Terkebil - kebil mata Bomi melihatnya.

'' Ehh.. tak payah susah2.. saya datang bukan nak minum pun.. datang nak lawat awak.. tengok ok ker tak.. ''

'' Alaa Kris.. saya rasa serba salah pula kalau tak hidang apa2.. kejap je.. jap lagi saya datang ye.. ''

Bomi menepuk - nepuk perlahan tangan Kris supaya menunggunya sebentar untuk membuat air minuman di dalam. Dia tahu Kris pasti haus sebab baru pulang dari sekolah. Lagipun cuaca panas hari ini.

'' Hurmm.. ok laa.. cepat ye.. ''

'' Ye... ''

Berjalan Bomi ke dalam rumah untuk menyiapkan minuman untuk tetamunya. Lantas Kris mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya dan menangkap gambar bahagian belakang Bomi. Kcik ! Tersenyum Kris keseorangan. Tenang hatinya rasa dapat melihat Bomi setelah sudah bebehari tidak ketemu.

Beberapa minit kemudian, Bomi datang sambil membawa dulang minuman. Cepat - cepat Kris datang menolongnya lalu dicapai dulang tersebut dari tangan Bomi.

'' Thanks ? '', kata Bomi.

'' Tak apa.. nanti kalau tumpah karang saya dah tak boleh dah minum air buatan awak nih.. rugi saya.. ''

Bomi memukul perlahan lengan Kris.

'' Mengada.. ''. Jawab Bomi. Senyum.

Berborak mereka berdua di situ. Macam - macam diborakkan kerana Bomi dengan Kris pun sudah lama tidak lepak bersama - sama. Sudah jarang berjumpa sejak akhir - akhir ini. Masing - masing sibuk dengan hal masing - masing.

 

 

'' Bacon ? ko dah nak balik ker ? ''. Jerit Sehun dari jauh apabila dia melihat Baekhyun seperti kelam kabut menghidupkan enjin motosikal di tempat letak kenderaan sekolah.

'' Haa.. aku nak balik awal.. nak tengok Bomi ker tak.. orait aku chaww dulu.. ''. Dia melambai tangannya ke arah Sehun, Chanyeol dan Suho.

Dipecut motosikalnya laju keluar dari kawasan sekolah. Dia sudah berjanji kepada Bomi yang dia akan terus pulang ke rumah selepas tamat persekolahan. Baekhyun sengaja singgah sebentar ke kedai kek sebelum pulang. Bukan main iya - iya dia. Konon - konon nak buat kejutan.

Diberhenti motosikal di hadapan kedai. Berlari anak dia memasuki kedai tersebut. Macam - macam jenis kek dan roti dia pilih. Banyaknya macam 10 orang yang nak makan. Tamak betul !

'' Hurmm.. berapa semua ? ''. Tanya Baekhyun.

Cepat - cepat dia mencapai plastik beg dan terus pulang ke rumah. Gembira rasa hati ini. Laa ~ laa ~ laaaa ~ 

 

 

'' Orait laa Bomi.. saya tak nak lama2 dekat sini.. nanti Baekhyun kata apa pula.. ''

Kris sudah mula beransur pulang. Bangun dia dari kerusi. Tangan membetul - betulkan baju sekolah.

'' Hurmm.. dah nak balik dah ? ok laa...  jumpa dekat sekolah nanti.. ''

Mereka berdua menuju ke arah motosikal. Bomi hanya memerhatikan sahaja Kris memakai topi keledar dan menghidupkan enjin motosikalnya.

'' Orait.. take care.. cepat sembuh ye.. ''. Kata Kris.

'' Hurmm.. iya.. ''

'' Jangan banyak gerak sangat.. ''

'' Iyaaaa !!!  ''. Senyum Bomi.

Tangan melambai Bomi yang sedang diri memerhatikannya. Lantas ditutup pelindung topi keledar lalu bergerak dia keluar dari halaman rumah tersebut.

Nak dijadikan cerita. Kris berselisih dengan Baekhyun di hadapan pagar rumah.

'' Ahhh sudah !! ''. Bisik Bomi. Keluhnya.

Bomi melihat sahaja mereka dari situ. Masing - masing nampak tegang. Kelihatan air muka Baekhyun seperti mahu ditumbuk sahaja muka Kris waktu itu. Tapi dibiarkan sahaja Kris keluar dari rumahnya. Malas mahu bertekak di situ. Akhirnya nanti yang kena marah dengan Bomi pun dia ! Sengaja dia menekan - nekan minyaknya. Preng ! Preng !! Matanya tidak kelip melihat Kris sehinggakan dia hilang dari pandangannya. Barulah dia masuk ke dalam halaman rumah.

Enjin motosikal diberhent

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss