you're mine (part 43)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

Watch cute and hillarious Apink '' PANDA FROM THE STARS '' during fanmeeting. Keep supporting Apink :)

http://www.youtube.com/watch?v=ItDBcz9sgbM (no subbed)

http://www.youtube.com/watch?v=P06sceEj2PY (eng subbed)

http://www.youtube.com/watch?v=Ex7q97wZbBk (chinese subbed)

I already bought their 4th album, Pink Blossom, Mr. Chu~ how about you ?  :)

 

YOU'RE MINE (PART 43) - BAEKMI COUPLE IS BACK !! :D

Jari jemari masih bermain di papan kekunci komputer. Bunyi seolah - olah menekan papan tersebut. Tap ! Tap ! Tapi sebenarnya fikirannya masih lagi kosong. Mong ! Tidak tahu apa yang perlu ditaip di ruang carian google. Garisan di ruang tersebut masih berkedip - kedip menunggu huruf muncul di situ. Baekhyun masih kaku di hadapan komputer riba. Kaki dihentak perlahan - lahan di lantai. Matanya masih berlegar - legar di tingkap menunggu burung yang berkicauan memberi jawapan kepadanya.

Argghhh ! Serabut !!

Ulang tahun Bomi sudah hampir tiba. Dia langsung tidak tahu apa yang harus diberikan dan ke mana harus dibuat. Buntu dibuatnya. Tidak pernah lagi dalam kamus hidup bertungkus lumus membuat kejutan untuk wanita. Lagi - lagi orang yang hadir dalam hidupnya. Yang dia tahu kalau sambut ulang tahun kawan - kawannya tapi bukan biasa -biasa. Pasti kenakan kaw kaw punya ! Tiada belas kasihan. Ada hari itu, sewaktu ulang tahun Kai, Baekhyun yang memberi cadangan supaya melumurkan seluruh motosikal Kai dengan cat. Memang betul dia buat. Kai sampai tidak terkata apa - apa waktu itu. Tapi sekarang mereka sudah biasa benda -benda sebegitu. Memang semua perangai dua kali lima. Sama ! Masing - masing perangai yang bukan - bukan.

'' Takkan aku nak buat benda2 macam tuh dengan Bomi... ishh.. dia perempuan kot.. ''

Ngomelnya keseorangan. Rambut digosok - gosok laju. Kusut masai jadinya.

'' Takkan nak bagi bunga pulak.. aishh.. bukan style aku laa nak bagi2 bunga nih.. nanti dia ingat aku macam2 pulak.. kata aku demam laa.. itu laa.. ini laa.. ''

Mengeluhnya lagi.

Dia ada terfikir, kalau hendak disambut mestilah tidak terlalu romantis dan tidak terlalu sederhana. Dia dengan Bomi pun belum meluahkan perasaan masing - masing. Apatah lagi mahu disambut dengan gaya romantis. Memang tidaklah !

Idea seakan - akan datang menjelma di fikiran. Lantas jari jemari mula menekan di papan kekunci tersebut.

Sambutan hari jadi buat tersayang   |

Butang backspace ditekan sehingga kesemua ayat tadi di ruang carian hilang. Garisan kembali terkedip - kedip keseorangan. Ayat tadi memang menggelikan. Tapi itu sahaja yang dapat difikirkan waktu singkat sebegini. Senyum keseorangan. Mata diusap - usap. Tidak pernah - pernah dia menaip sebegitu. Malu rasanya pula. Pftt ! Ditaip kembali ayat tadi.

Ktak ! Ktak !!

Sambutan hari jadi buat tersayang...................           enter ! ktakk !!

Keluar sebanyak about 1,170,000 results tertulis di situ. Hanya link paling atas sahaja yang ditekan.

Matanya meliar melihat page itu. Gambar - gambar romantis ditunjukkan dan sedikit informasi yang ditulis di bawah gambar tersebut. Diskrol roda tetikus di tengah - tengahnya. Gambar menara eiffel, hotel, restoran mahal terpapar di paparan skrin laptopnya.

shshh.. shhhh.. nih ?!

Kedengaran orang berbisik betul - betul di tepi gegendang telinga. Volume lagu diperlahankan. Dahi berkerut mendengar kembali suara tersebut. Rasa di lehernya hembusan nafas seseorang. Ditoleh ke tepi. Muka Bomi betul - betul di hadapan skrin laptop. Pelik melihat apa yang Baekhyun cuba lihat dari tadi.

'' Ko tengok apa nih ?! ''

'' Aaaa !! oii !! ''. Menjerit Baekhyun di situ apabila Bomi tiba - tiba muncul tanpa dia sedari.

Cepat - cepat tetikus menekan butang pangkah di atas kanan skrin. Fon di telinga dicabut. Air liur ditelan. Gugup jantungnya. Baekhyun betul - betul terkejut takut Bomi tahu apa yang dilakukannya tadi. Puas tapak tangan mengesat - ngesat wajah.

'' Ishh !! ko memang tak suka ketuk pintu dulu ea ?! ''. Marah Baekhyun.

'' Hurmm.. aku dah ketuk pintu banyak kali dah.. ko je yang tak dengar.. siapa suruh pasang lagu kuat2.. ''

Bomi menggigit bibir bawahnya takut Baekhyun memang bermaksud memarahinya sebab masuk tanpa kebenaran. Muka sengaja dibuat comel supaya Baekhyun tidak terus memarahinya lagi.

Mengeluh Baekhyun di situ. Lemah melihat Bomi membuat muka comel di hadapannya.

'' Haaa iya laa.. aku tak marah pun.. aku cuma terkejut ko muncul tiba2 dekat sebelah aku.. salam tak ada.. tiba2 muncul je.. ''

Bomi sengaja mengusiknya.

'' Ko buat apa tadi ?! ada gambar couple2 bagai.. ker ko baca petua2 Dr. Love nih ?! rock2 ko pun.. dalam hati pun ada taman kan ?! hahaha... ''

Bomi mengetuk - ngetuk meja mentertawakan Baekhyun. Baekhyun pula langsung tidak menjawab persoalan isterinya. Dibiarkan sahaja Bomi tertawa di situ takut pecah tembelang.

'' Ko ingat aku tak ada kerja lain ker ?! adalah.. dah.. dah.. ko kenapa datang cari aku nih ? ''

'' Tanya sikit pun tak boleh.. aku cuma nak tanya.. ko free tak ? teman aku beli barang.... ''

Baekhyun menoleh kembali ke skrin komputer riba. Tangan bermain di tetikus.

'' Bukan ko selalu keluar dengan Eunji ker ? Eunji pergi mana ? ''

'' Takkan aku nak beli hadiah birthday nak tanya tuan punya badan.. Chorong ada hal.. Naeun rasanya keluar dengan Taemin.. soo... aku sorang2 je laa yang single sekarang nih.. eaa ?! kalau aku sorang.. aku nak tanya pendapat siapa ?! ''

Tangan Baekhyun dipaut. Baekhyun masih lagi menolak ajakannya. Terasa malas pula untuk keluar pada hari ini.

'' Tak apa laa.. kalau ko malas.. terpaksa laa aku keluar dengan Kris.. mesti dia tengah free sekarang nih.. idea dia pun not bad jugak.. ''

Laju Bomi berjalan menuju ke pintu. Pantang Baekhyun mendengar nama Kris disebut - sebut di hadapannya. Lantas dia menahan Bomi.

'' Ehhh !! kejap.. kejap.. kejap !! jangan nak menggatal eaaa.. aku bagitahu mummy nanti.. ''

'' Ishh menggatal apa nyerr.. aku keluar nak beli barang.. aku ajak ko.. ko yang cakap ko malas.. tak apa laa.. aku tak paksa pun.. ''

'' Hurmm.. iya laa !! aku ikut.. ''. Keluh. 

'' Yayy !! aku saja nak umpan ko.. uwekkk.. merong ! ''. Dijelir lidah keluar.

Terpancar senyuman di matanya. Bentuk bulan sabit terbalik ke bawah. Comel. Berlari dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss