you're mine (part 42)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 42) - HAYOUNG.. KENAPA SUSAH SANGAT NAK REBUT CINTA KO ?

'' Kejap la Hayoung.. ''

'' Wae ? nak apa lagi... ko pun dah sihat kan ? ''

Hayoung menyentuh dahi Sehun. Dijengket kakinya sedikit. Demam masih terasa. Pelik ? Dia masih boleh bergurau senda sedangkan badannya masih tidak sihat lagi. Sepatutnya sekarang ini dia perlu berbaring di atas katil. Hayoung tahu Sehun masih lagi demam. Sengaja dia memberi alasan supaya dia dapat melepaskan diri dari rumah itu.

'' Tak panas dah pun.. ''. Tangan Hayoung terasa hangat dahi Sehun.

Hayoung kesian dengan kesihatan Sehun. Asyik tidak sihat. Sehun jadi begini pun disebabkan dia juga. Masalahnya bukan dia tidak prihatin. Cuma lagi dilayan lagi mengada. Lagi dikejar - kejar. Dia pun malas mahu mencari masalah dengan budak - budak sekolahnya. Persekolahannya pun ditaja oleh biasiswa. Bukan mudah untuk mendapatkan tempat di sekolah tersebut. Dia antara orang yang bertuah melayakkan diri ke situ. Baik dia mengambil langkah berjaga - jaga sebelum terkena. Dia tahu sejak Baekhyun sudah berkahwin, Sehun pula asyik dikejar - keja mereka. Jadi, nak tak nak terpaksalah berpura - pura tidak mengambil kisah.

'' Ye ker ? uhukk.. uhukk.. tak panas dah ker ? tapi badan aku rasa tak sedap lagi laa.. kalau sehari lagi ko duduk teman aku.. sure esok sihat.. ''

Sehun meraba - raba dahinya. Memang masih terasa panas. Dia pun rasa badannya tidak sihat sepenuhnya lagi. Ada batuk sedikit.

'' Pftt... mengada betul... dah laa aku nak balik... ''

Beg dan baju sejuk di atas sofa dicapai. Pantas Hayoung berjalan ke arah pintu. Dipulas tombol pintu tersebut.

Dihalang Hayoung keluar dari pintu. Ditutup kembali pintu tersebut. Tappp !!

'' Ishhh.. ko dah kenapa haa ? nih kira baik aku dah temankan ko malam tadi... tak cukup lagi ker ?! ''

Pandangnya. Matanya seperti menahan kemarahan. Rasa menyesal pula berjanji dengan Mrs. Kang semalam.

'' At least sebelum ko balik.. ko makan dulu ? Omma dah masak tengah hari untuk ko.. kesian dia.. penat dia masak.. ko pun tahu kan apa perasaan orang itu kalau orang dah masak penat2 tapi orang tak nak makan.. kecewa kan? ''

'' Huhhhhh !!! ''

Mengeluhnya panjang. Digosok - gosok rambut hadapannya. Perkara yang paling dia susah nak elak. Tidak menghormati orang tua. Dia tahu Mrs. Kang baik orangnya. Sebab itu dia tidak mahu mengecewakan hati perempuan tua tersebut.

'' Ishhh !! ye laa.. sebelum tuh bagi aku basuh muka semua.. ''

'' Yesss !!! silakan.. jangan lama2... aku tunggu dekat bawah... ''

Sehun menjulurkan tangannya ke arah pintu tandas. Lantas Hayoung berjalan ke sana.

 

Terkejut melihat meja makan rumah rumah Sehun. Panjang sungguh mejanya. Luasnya untuk 12 orang duduk. Nak dibandingkan rumahnya sendiri. Cukup - cukup untuk empat orang. Jadi empat kerusi sahajalah yang diperlukan. Tapi dalam rumahnya cuma ada Mr. Oh, Mrs. Oh, Sehun dan orang gajinya. Kalau hari - hari biasa cuma Sehun sahaja yang makan di situ. Hanya satu kerusi sahaja digunakan. 

Ada sejambak bunga besar di tengah - tengah. Bermacam - macam jenis dan warna. Kelihatan Mrs. Kang sibuk menyusun pinggan di atas meja.

'' Ehh ?!! Hayoung baru bangun ? ''. Matanya memerhatikan Hayoung tapinya sibuk menyusun barang.

'' Ehhh ??!! urmm.. dah lama dah.. cuma tak turun je tadi.. segan... ''

'' Mana ada.. dia baru bangun tidur.. Nampak tuh ada kesan air liur lagi dekat muka dia... ''

Kedengaran suara Sehun di hujung meja. Sibuk membaca surat khabar. Mukanya tidak kelihatan.

'' Ishh !! budak nih.. aku balik karang.. dah paksa aku makan.. nasib baik orang gaji dia dah masak.. kalau tak aku cabut je balik tadi... ''. Marahnya.

Kalau ditenung - tenung balik, gaya Sehun memegang surat khabar serupa macam anak - anak orang kaya dalam cerita drama korea. Memang serupa. Tapi disebab Oh Sehun yang berbuat begitu, Memang tidaklah ! Pfttt !

Hayoung berjalan menuju ke arah Mrs. Kang. Menawarkan diri untuk menolongnya. Kesian pula dia seorang sahaja menyusun pinggan mangkuk. Pantang ibunya kalau Hayoung tidak menolong orang susah. Lagi - lagi orang tua macam Mrs. Kang. Dia memang sudah dilatih sebegitu sejak kecil. Lengan baju disingsing ke atas hingga ke siku. Jari jemari menggaru belakang leher.

'' Urmm.. ada benda lagi ker nak tolong ? ''

'' Alahai Hayoung.. kamu duduk je dekat kerusi tuh.. omma dah siap semua dah.. ''. Ditepuk - tepuk bahu Hayoung lalu ditarik ke kerusi. Terduduk dia di situ.

Masing - masing duduk di hujung meja. Hayoung sibuk makan makanan di pinggannya. Memang tidak dinafikan. Sedap sungguh masakan Mrs. Kang. Seakan - akan makan di restoran mahal. Patutlah keluarga ini masih memerlukannya walaupun usianya sudah lanjut sebegini.

Jinjang leher Sehun menjenguk - jenguk Hayoung dari tempat duduknya. Jambangan bunga mengganggu pandangan. Hayoung tahu Sehun sibuk memerhatikannya tapi malas mahu ambil tahu.

Lantas pinggan diangkat lalu dia diletakkannya di sebelah Hayoung. Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan di kerusi tersebut.

'' Haaa... sekarang baru senang nak makan.. ''. Senyum.

Terkejut Hayoung dibuatnya. 

'' Kenapa ko tak makan dekat sana je ? ''

'' Saja.. aku selalu tengok ko dengan adik2 ko makan sebelah2 macam nih.. aku nak rasa jugak.. urmm.. not bad.. ''

'' Memang laa.. ko je yang duduk jauh macam nih... selalunya kalau omma dengan appa ko ada dekat rumah.. ko duduk mana ? ''

Pandangannya fokus di pinggan. Tangan sibuk menyuapkan nasi ke mulut. Hayoung sibuk melihat caranya makan. Sopan sungguh ! kalah perempuan lagi - lagi aku.

'' Ooo.. kalau mummy dengan dad ada... dieorang duduk sini dua orang.. aku duduk sana sorang2.. dah terbiasa.. ''

Disuap lagi nasi ke dalam mulut. Kunyahnya perlahan.

'' Ooooo.. patutlah.. ''

'' Lepas makan aku hantar ko balik.. ''

Penyepit disandarkan ke mangkuk. Marah Hayoung.

'' Ishh.. tak payah susah2.. aku boleh balik sendiri... ''

Pandang Sehun. Senyumannya manis.

'' Tak apa...

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss