you're mine (part 53)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 53) - KENAPA MESTI AKU BERBALIK KE RUMAH SI SEHUN LAGI ?!

ting tong ting tong...

Ditekan loceng rumah Sehun berulang kali. Masih tiada jawapan. Dijenguk di celah - celah pagar rumah. Tiada sesiapa pun yang lalu lalang di halaman rumah. Kelihatan kesemua tingkap dan pintu ditutup rapat. Barangkali tiada orang di rumah. Penat sahaja Hayoung datang berjalan kaki ke sini. Bukan dia sahaja - sahaja memilih untuk berjalan ke sana. Selalunya pada waktu hujung minggu jalan - jalan di sekitar rumahnya pasti sesak. Sebab itu dia lebih rela berjalan kaki daripada duduk menunggu di dalam bas gara - gara traffic jam. Keluh panjang. Aishh ! Baru berniat mahu memulangkan baju dan seluar yang dipinjamnya beberapa hari yang lepas.

Pelik ? Mana Mrs. Kang pergi ? Selalunya dia pasti ada di rumah. Hurm. Mungkin keluar ke kedai sebentar membeli barang dapur. Dia sengaja pilih waktu - waktu begini kerana hujung minggu pasti Sehun tiada di rumah. Mungkin dia keluar bersukaria ke mana - mana. As usual. Anak orang kaya memang suka berhibur. Dilihat jam di tangan. Masih awal lagi untuk pulang ke rumah. Baik dia tunggu Mrs. Kang. Kalau tak, bila lagi mahu dipulangkan barang - barang yang dipinjamnya. 

Dilihat sahaja paparan skrin telefon bimbit. Hurm. Sehun ? Masih ragu - ragu untuk didail nombor Sehun. Malu mahu bersemuka dengannya lepas kejadian tempoh hari. Kadang - kadang kalau diingatkan balik memori itu, rasa mahu marah pun ada. Arghh ! Kenapa perlu dia mengaku yang aku dengan dia pernah kiss ?! Aah ! Lantak laa ! Diseluk telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Kerut dahinya. Bebel Hayoung keseorangan di luar pagar rumah Sehun. 

'' Daripada aku call mamat tuh.. baik aku tunggu halmoni balik.. aku lagi rela tunggu halmoni 5 6 jam daripada mengadap muka dia.. aishhh !! ''

Hayoung merenung sahaja orang atau kenderaan yang lalu lalang di situ. Dia tersenyum melihat akan seorang budak yang lalu di hadapannya tadi. Budak versi Sehun junior pun ada ! Hurm. Memang anak orang kaya nih sepesen saja ek ? Lantas dia melihat jam tangannya lagi. Sudah dua jam berlalu. Kelibat Mrs. Kang masih lagi tidak kelihatan. Dijenguk kiri kanan. Lama betul beli barang. Mungkin tempatnya jauh. Didongak ke atas. Langit sudah mula gelap. Guruh berdentum perlahan menandakan waktu hujan hampir tiba. Aah sudah ! Nanti susah pula mahu pulang. Lebih baik hari - hari esok sahaja dia pulangkan barang tersebut. 

Baru beberapa tapak dia melangkah pergi dari situ, tiba - tiba Sehun muncul bersama motosikalnya. Vroom !

'' Aishhh !! kenapa mamat nih muncul pulak !!  mana aku nak lari !! ''. Bisik Hayoung. Dia tidak menyangka Sehun muncul waktu itu. Salah pula prediction dia kali ini.

Sehun memperlahankan motosikalnya dan berhenti betul - betul di hadapan Hayoung. Lalu dibuka penutup topi keledarnya. Hayoung ? Mukanya kelihatan pelik. Mana tidaknya. Apa mimpi Hayoung datang ke rumahnya selepas kejadian kiss hari itu. Ini betul - betul pelik ! Tapi dalam waktu yang sama ditahan sahaja perasaan gembiranya. Kalau ikutkan sekarang juga mahu tersenyum lebar sampai ke telinga. Gembira dapat melihat wajah Hayoung. Tak sangka. Betul - betul tak sangka !

'' Erk.. urmm... kenapa ko datang rumah aku ? ''. Tanya Sehun. Dia masih berada di atas tempat duduk motosikalnya.

'' Huh ? urmm.. nahh !! '' . Dihulur beg kertas. '' Aku nak pulangkan barang yang aku guna hari tuh.. ''. Anak mata memandang ke arah lain. Katanya selamba seolah - olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Langsung tidak gagap.

Sehun mencapai pemegang beg kertas tersebut. Tetapi cepat - cepat tangan kirinya bertindak mencapai tangan Hayoung. Pap ! Terkejut Hayoung dibuatnya.

'' Urmm.. ko tak nak masuk dulu ker ? ''. Tanya Sehun teragak - agak. Mukanya seakan - akan berharap Hayoung mengatakan iya.

Hayoung menarik tangannya perlahan dari genggaman Sehun. Senyumnya pantas. Kalau ikutkan mahu berlari sahaja dari situ. Awkward betul ! Argghh ! Kenapa dia suka muncul pada waktu yang tidak sesuai ? Kenapa dia suka mengundang kemarahan ?! Baru sahaja berniat tidak mahu bersemuka dengannya selepas hal kejadian kiss tempoh hari. Sorok macam mana pun sure berjumpa juga. Aishh !

'' Sekejap Hayoung.. ko kena kuatkan semangat ko ! ko tak payah takut.. tebalkan muka.. nanti dia ingat yang aku betul - betul syok dekat dia ! sure dia anggap aku perempuan yang senang dipermainkan ! ''. Bisiknya.

'' Huh ? it's ok.. aku tak nak ganggu ko.. aku just datang nak pulangkan barang ko.. thanks sebab bagi pinjamkan baju dengan seluar ko.. ermm.. aku balik dulu.. kirim salam dekat halmoni.. baru ingat nak jumpa dia nak cakap terima kasih.. dia tak ada pulak.. ''. Senyum Hayoung.

Sehun tidak berkata apa - apa langsung. Ditatap sahaja wajah Hayoung. Masakan seperti sudah bertahun - tahun tidak berjumpa.

'' Ok.. apahal mamat nih pandang aku macam nih.. ''. Bisik Hayoung. Dikerut dahinya. 

Pelik melihat renungan Sehun. Masih senyap membisu. Langsung tidak berkata '' ok '' atau '' mmm '' pun. Pandangannya seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi tidak pasti apa benda. Cepat - cepat Hayoung mengelak pandangannya. Lagi parah kalau ditenung lama - lama. Tidak sempat Hayoung meminta izin untuk beredar dari situ, tiba - tiba sahaja hujan turun dengan lebat. Lebatnya seakan - akan tidak mengizinkan dia pulang ke rumah. 

'' Jom masuk rumah aku.. hujan lebat nih.. ''. Ajak Sehun. Tangannya cepat - cepat menghidupkan enjin. Bajunya sudah basah oleh dek kerana hujan lebat.

'' Tak apa2.. aku boleh berteduh dekat bus stop sana.. ''. Jari menunjuk ke arah hujung jalan sana. Hayoung masih berkeras tidak mahu masuk ke dalam rumah. Segan dan malu lepas kejadian hari itu. Digeleng - geleng kepala. Dikesat mukanya yang basah.

'' Ko jangan risau.. lepas hujan berhenti.. ko balik.. nanti ko demam pulak.. cepat masuk.. ''

Sehun sudah menunggang motosikalnya masuk ke dalam garaj rumah. Hayoung menjenguk ke hujung jalan. Jauh juga mahu berlari dari sini ke perhentian bas. Takut juga kalau - kalau disambar kilat. Nak tak nak, terpaksa juga Hayoung mencari tempat berteduh sambil menunggu hujan berhenti. Aishh ! Sekejap saja kan ? Pantas dia berlari mengikuti Sehun masuk ke dalam garaj tersebut. Dikesat - kesat rambut dan baju dengan tangannya. Habis basah lencun !

'' Tak nak masuk dalam rumah ker ? ko dah basah sangat tuh.. ''. Sehun mempelawa Hayoung masuk ke dalam rumah.

'' Hurmm.. tak apa laa.. aku tunggu je dekat tepi garaj nih sampai hujan berhenti.. ''. Ditolak ajakan tersebut. Lagipun tiada sesiapa pun di rumah.

'' Betul nih ? ''. Senyum Sehun.

'' Ishh.. yang ko nak paksa2 aku masuk nih kenapa.. aku cakap tak nak.. tak nak laa.. arghh !! ''. Bisiknya.

'' Haa.. yee.. ko pergi laa masuk.. tak payah nak kisahkan aku dekat sini... ''. Hayoung memandang ke arah langit. Tangan memeluk tubuh akibat kesejukan. Lebat sungguh hujan hari ini. Barangkali petang nanti baru berhenti.

Tiba - tiba sahaja satu dentuman guruh memancar ke arah mereka. Kedetummmm !! Menjerit Hayoung sambil matanya tertutup rapat. Dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss