you're mine (part 24)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 24) - TERBONGKAR SUDAH MISTERI KELIBAT

 

Jam menunjukkan pukul 4.15 pagi...

Bomi terjaga dari lamunan. Perutnya meragam. Dia terlalu lapar kerana sibuk berlatih taekwondo sepanjang hari. Tadi lepas mandi, badannya keletihan dan terus terlena.

'' Aduh.. laparnya... turun makan jap laa.. '', sambil mengurut - urut perut. 

Rumahnya gelap sunyi sepi. Dia berjalan ke tingkat bawah. Langkahnya tersusun rapi dek takut tersungkur di tangga. Gema bunyi rancangan televisyen kedengaran sehingga ke gegendang telinga Bomi.

'' Dah malam macam nih pun budak nih tak tidur ? ''. 

Terkebil - kebil matanya melawan kegelapan malam. Dari jauh dia menjenguk ruang tamu. Kaki Baekhyun terlunjur keluar daripada sofa.

'' Baek ?! Baek.. dah tidur blum ? '' panggil Bomi tapi tiada jawapan dibalas.

Perlahan - lahan dia mendekati sofa tersebut. Sememangnya Baekhyun sudah lena dibuai mimpi. Televisyen dibiarkan begitu sahaja tanpa penonton. Meja penuh dengan sisa makanan Mc Donald.

'' Alamak.. aku terlupa nak masak malam tadi.. kesian la pulak..''

Lantas Bomi mencapai alat kawalan jauh di sisi Baekhyun.  Tangannya dipegang erat. Meremang bulu roma.

'' Huh ?!! ''. Dia terkaku seketika.

'' Ko nak buat apa ?! '', sergah Baekhyun. Tangannya masih lagi memegang tangan Bomi.

'' Lepaskan aku.. aku nak nak tutup tv nih.. ko bukan tengah tidur ker tadi ? ''. Bomi cuba meloloskan tangannya dari genggaman Baekhyun.

'' Aku terkejut sebab ko laa.. kenapa ko tiba2 turun.. ko sebenarnya ada niat lain kan ? '', senyum Baekhyun. Bomi paham apa yang dimaksudkannya.

'' Ko jangan nak fikir bukan2 boleh tak ?! dah lepaskan tangan aku !! sakit laa.. ''

'' Ko tahu.. orang lelaki nih malam boleh transform jadi serigala tau.. ko tak takut ke malam2 datang dekat dengan aku.. ''. Baekhyun bangkit dan menyandar di sofa. Senyumannya sangat mengjengkelkan.

'' Erkk.. Baek.. dah malam nih.. ko jangan nak main2 pulak.. ko nih menakutkan aku betul laa.. aku cakap elok2 nih.. baik ko lepaskan tangan aku.. kalau tak.. ''

Baekhyun menyentap tangan Bomi sehinggakan Bomi terbaring di atas badannya. Sekali lagi mereka bertentangan mata. Bomi tidak menyangka perkara ini berulang lagi. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kepalanya kosong. Manakala Baekhyun hanya tersenyum. Matanya sibuk memandang mata, hidung, bibir dan pipi Bomi. Jari - jemari sedikit demi sedikit mengusap pipi gebu Bomi. Mata Bomi hanya terkedip - kedip melihat anak mata Baekhyun. Dia tidak berkata apa - apa. Seluruh badan dan sendinya kejung seperti terkena sumpahan. Jarinya beralih arah ke tempat lain. Dia menyelak rambut Bomi yang terjurai ke belakang telinga.

'' Baek.. lepaskan aku.. aku jerit karang...''

'' Jerit laa.. aku dengan ko je ada dekat dalam rumah nih...''

Baekhyun merapati bibirnya. Bomi hanya memejamkan mata. Tiba - tiba bergema ruang tamu dengan hilai tawa. Muka Bomi kepelikan.

'' Tak sangka ko tutup mata.. hahaha~ '' usik Baekhyun.

Bomi tergesa - gesa bangun dari pelukan Baekhyun dan berdiri sambil membetulkan rambutnya. Dia tidak sangka Baekhyun cuba untuk mengenakannya.

'' Ishh.. berani ko.. argghh !! ''. Jerit Bomi. Baekhyun masih ketawa berdekah -  dekah melihat reaksi isterinya. Dia tidak sangka Bomi cepat terpedaya dengan tipu helahnya.

'' Hahahaha... ''. Dia berdiri kerana perutnya sakit tidak dapat menahan ketawa. 

'' Dah laa.. aku nak masuk bilik aku.. ''. Dia mencapai alat kawalan jauh dan mematikan televisyen.

Bomi senyum sinis. Dia sikat rambutnya ke sisi mengunakan jari jemari. Perlahan - lahan dia mendekati Baekhyun. Kedua - dua tangannya menyentuh bahu Baekhyun. Muka Baekhyun bertukar serius.

'' Erkk.. Bomi.. ko ok ker tak nih ? aku main2 je tadi.. ''. Badannya longlai apabila Bomi menolaknya ke belakang. Kakinya tersinggung sofa dan terduduk di atasnya. Mukanya cemas. Perlahan - lahan Bomi duduk di pangkuannya. Senyumannya menggoda. Hati Baekhyun semakin resah. Jari - jemarinya bermain di rambut Baekhyun. Lantas dia mendekati bibirnya di cuping telinga Baekhyun.

'' Apa macam.. tergoda tak... '', bisik Bomi.

Sekali lagi rumah itu dipenuhi dengan hilai tawa. Baekhyun terpinga - pinga. Bomi bangun dari pangkuan Baekhyun. 

'' Ko ingat aku tak boleh buat macam ko buat tadi.. kalau lelaki boleh tranform jadi serigala.. perempuan pun boleh transform jadi vampire... hahaha.. dah laa.. aku nak makan.. tadi aku nak turun makan sebab aku lapar.. ''. Bomi berjalan ke arah dapur. Suaranya mendayu - dayu menyanyikan lagu I Need You nyanyian Apink.

Baekhyun menyelak rambutnya ke belakang. Terukir senyuman di wajahnya. Dia tidak menyangka Bomi mengenakannya kembali. 

'' Boleh tahan jugak minah nih.. aku cuma nak kenakan dia... dia pulak kenakan aku.. menarik.. ''. Bibirnya masih lagi tersenyum.

 

Kelapang !!! 

Bunyi bising datangnya dari arah ruang tamu.

'' Baek ?! Baek ?! ''. Tiada sahutan.

'' Baek !! jangan nak main2 dengan aku.. aku tak nak main dah.. ''. Masih lagi tiada sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss