One Night With Wonwoo

Heart Attack

chapter NINE 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

ONE NIGHT WITH WONWOO

[Suyeon-ssi...annyeong]

Sekali lagi, Suyeon mendapat mesej aneh dari nombor yang sama. Siapa dia sebenarnya? Kenapa tak tunjukkan muka kalau dia kenal Suyeon. Dia taknak mengingati masa lalunya. Suyeon terpaku sebentar didalam bilik tayangan seorang diri selepas kelasnya tamat. Hatinya semakin gusar.

[Kenapa duduk sorang-sorang dalam bilik tu? Tak takut hantu ke?]

Mesej diterima lagi. Makin takut dibuatnya. Mata Suyeon mula ligat memandang sekeliling. Si penghantar mesej misteri sedang memerhatikannya. Kemudian, datangnya seorang pelajar lelaki berbaju sukan dan berambut hitam coklat. Melihat figura pelajar lelaki yang tinggi itu memeranjatkan Suyeon. Telefonnya terlepas dari tangannya.

Ahh, Wonwoo rupanya. Suyeon segera mengambil telefonnya semula lalu cuba untuk keluar dari bilik itu namun tangannya sempat ditarik oleh Wonwoo.

“Waegeurae? Macam baru nampak hantu je kau ni..” – Tangan Suyeon masih tidak lepas dari pegangan Wonwoo. Suyeon cuba untuk melepaskan tangannya.

“Lepaskan saya…”

“Wae? Kau ni kenapa? Kenapa kau sorang je dalam bilik ni?” – Wonwoo meninjau-ninjau didalam bilik tayangan itu. Namun tiada sesiapapun melainkan Suyeon. Jelas ternyata wajah Suyeon yang gusar dan ketakutan. Telefonnya masih dalam pegangan Suyeon.

“Wonwoo-yahh..” – Suyeon mengeluh.

Suyeon memberikan telefon bimbitnya kepada Wonwoo agar Wonwoo baca semua mesej misteri yang dia dapat.

“Stalker?” – Soal Wonwoo.

“Molla..”

Wonwoo masih membaca.  Hanya Wonwoo seorang sahaja yang tahu pasal mesej pelik ni.

“Jangan balas mesej tu. Nanti makin dia suka kacau kau.” – Wonwoo menasihati gadis disebelahnya. Nasihat itu dimakan oleh Suyeon. Dia berasa sedikit lega sebab dah luahkan segalanya pada Wonwoo. Kalau tak, dia akan rasa terbeban dan ketakutan seorang diri.


Tamat sahaja sesi persekolahan, semua pelajar bergegas untuk pulang. Wonwoo memutuskan untuk tidak pulang bersama rakan-rakannya. Dia hendak kebandar dengan sendiri untuk membeli fon telinga yang baru.

Sementara itu..

Suyeon berjalan-jalan disekitar Bandar dengan air kopi ditangannya. Dia sengaja tak nak balik rumah lagi, nak ambil angin katanya. Tapi, ada sesuatu buruk yang berlaku. Sebuah van hitam berhenti dihadapan Suyeon dan keluarlah beberapa orang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng cuba untuk menculik Suyeon. Kopi yang dipegang terjatuh dek kerana bergelut dengan lelaki-lelaki itu. Kebetulan pula, Wonwoo lalu dikawasan itu. Melihat apa yang berlaku, Wonwoo segera menyelamatkan Suyeon.

Suyeon dan Wonwoo dapat melarikan diri bersama walaupun dikejar oleh lelaki-lelaki itu. Mujurlah ada tong besar yang boleh menyembunyikan diri. Suyeon berada didalam dakapan Wonwoo tanpa disedari. Macam tak percaya, Wonwoo menjadi penyelamat seorang gadis. Suyeon cuba untuk bergerak-gerak tapi dihalang oleh Wonwoo.

“Eotteokhae, Wonwoo-yahh?”

“Kita takboleh keluar lagi. Diaorang masih mencari kita.” – Ujar Wonwoo. Cuaca semakin sejuk. Suyeon sudahpun mendapat selsema.Wajahnya menjadi pucat kerana kesejukkan. Hari semakin gelap. Malam pun tiba. Mereka masih tidak dapat melarikan diri. Mereka dikepung. Terpaksalah bersembunyi disitu sehingga lelaki-lelaki itu putus asa dan pergi dari situ.

Badan Suyeon menjadi semakin lemah. Dia memejamkan mata didalam dakapan Wonwoo. Tak tahan sebab sejuk agaknya.

“Suyeon-ahh?”

“Hmm?” – Jawab Suyeon pendek. Oleh kerana taknak keadaan Suyeon makin teruk, Wonwoo membuka kot sekolahnya lalu menyelimuti Suyeon. Bukan itu sahaja, Wonwoo mengeratkan pelukannya kepada Suyeon. Membuatkan gadis itu berasa selesa didalam dakapan Wonwoo yang tegap.

Sudah banyak kali Pn.Jung menelefon anaknya. Tapi tak diangkat. Begitu juga dengan Wonwoo.  Mereka berdua tertidur disebalik tong besar itu. Lama sangat bersembunyi. Tak sedar yang lelaki-lelaki yang cuba menculik Suyeon sudah pergi. Hati Pn.Jung resah. Tertanya-tanya, dimanalah anaknya. Nak keluar pergi cari, cuaca terlalu sejuk pula.

Wonwoo hilang, Suyeon pun hilang. Hoshi mula rasa sesuatu yang pelik. Namun, dia menafikan semuanya. Hari sudah larut malam, nak cari mereka berdua pun tak ada guna sebab terlalu gelap. Seungcheol  memutuskan untuk mencari diesok pagi.

“Suyeon-ahhh..eodiya..” – Keluh hati Hoshi. Dia amat risaukan gadis itu. Entah kenapa. Mungkin sebab Hoshi dah mula sukakan Suyeon betul-betul?


Suyeon masih lagi dalam pelukan Wonwoo. Dia dapat merasakan yang Wonwoo juga turut sejuk. Tapi, kot sekolahnya diberikan kepada Suyeon. Kepalanya diangkat lalu melihat Wonwoo yang sedang tidur. Wajahnya pun pucat. Suyeon berasa serba salah.

“Wonwoo-yahh..” – Wonwoo diseru perlahan oleh Suyeon. Matanya terbuka sedikit apabila mendengar seruan Suyeon.

“Wae?”

“Muka awak pucat…eotteokhae..” – Suyeon berasa risau.

“Gwaenchana..aku okey.” – Wonwoo menafikan. Makin merisaukan Suyeon apabila mendengar suara Wonwoo. Tanpa membuang masa, Suyeon membuka kot sekolah yang Wonwoo berikan kepadanya lalu menyelimuti tubuh Wonwoo. Selepas menyelimuti jejaka tampan itu, Wonwoo menarik tangan Suyeon lalu memeluk gadis itu dengan erat semula.

“Biar aku peluk kau untuk satu malam ni sahaja.” – Ujar Wonwoo sambil memejamkan matanya membuatkan Suyeon sedar satu perkara. Wonwoo sukakannya. Untuk tidak mengecewakan Wonwoo, Suyeon membalas pelukan itu dan ia semakin erat. Macam tak percaya, dia dapat pelukan dari seorang perenang yang kacak.

-BERSAMBUNG…………….

AUTHOR'S NOTE

 

Hohohohoho.. chapter 9 dahpun siap. Actually sy I'm in love dengan ketampanan Wonwoo, that's why sy buat chpter ni yg dpt menyerlahkan kehenseman dia. *aigoo curang dngn Mingyu*. Hahahaha. Btw, sila berikan pendapat korang ;)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD