Late Night With Bad Boy

Heart Attack

chapter Nineteen 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

Late night wth bad boy

Joshua dan Minhee jatuh dari bangunan bersama tapi mujurlah pihak bomba telah menyediakan sesuatu dibawah sebagai keselamatan. Mereka berdua jatuh bersama dalam keadaan Joshua berada diatas Minhee. Semua pelajar terkejut dalam masa yang sama bersyukur yang Minhee dan Joshua selamat. Rakan-rakannya dan Suyeon menghembus nafas lega bersama guru-guru dan ibu bapa Minhee. Joshua mengalihkan badannya dan mendapati Minhee tidak menyedarkan dirinya.

Dunia Minhee menjadi gelap. Dia dan Joshua dibawa ke hospital untuk sedikit rawatan.


Joshua menyelak kain langsir yang menjadi penghadang antara katilnya dan katil Minhee. Dia membangunkan dirinya lalu duduk menghadap Minhee. Dia tahu yang Minhee sudah menyedarkan dirinya, tapi Minhee memandang kearah lain.

“Kenapa kau buat macam tu?” – Joshua memulakan perbicaraan. Namun tiada respon dari Minhee. Wajahnya pucat lesi bagai mayat hidup.

“Kau buat semua orang risaukan kau. Kau buat aku terjatuh sekali. Kalau ditakdirkan tak ada bomba masa tu, rasanya aku dan kau mati.” – Ayat Joshua dipotong oleh Minhee.

“Jadi kenapa awak tolong saya! Kenapa tak biarkan saya jatuh sorang diri?! Mati sorang diri?! Wae?!!” – Minhee naik angin dan terus bangun. Nadanya bercampur dengan sebak. Joshua agak terkejut dengan suara Minhee.

“Dahtu kau nak aku biarkan kau mati depan mata aku? Kau nak tengok mak ayah kau merana sebab kau mati?”

“Mak ayah saya tak pernah kisah pasal saya.” – Akhirnya Minhee menangis juga. Nadanya menjadi rendah. Joshua bersimpati dengan Minhee lalu dia mengambil tempat duduk diatas sisi katil Minhee lalu memeluk gadis itu.


Suyeon pulang lewat malam sebab dia pergi berjalan-jalan mengambil angin. Ibunya sudahpun masuk tidur. Kelihatan Mingyu sedang menonton televisyen seorang diri diruang tamu dan pada masa yang sama Suyeon masuk kedalam rumah itu melalui pintu utama. Memang jelas kalau Suyeon lalu.

“Yahh ert.” – Mingyu menegur sambil mengunyah snek. Langkah Suyeon untuk ke biliknya terhenti.

“Huh?”

“Pandai kau balik lewat sekarang ni? Mak kau cari kau.” – Mingyu menyakat.

“Jinjja?!”

“Shushhh. Nanti mak kau bangun habislah kau.” – Suyeon menutup mulutnya.

Manakala Mingyu hanya ketawa kecil. Mudah betul gadis ni ditipu. Penipuan itu diketahui oleh Suyeon akhirnya. Dia memberi pandangan kosong kepada Mingyu yang ketawa secara senyap.

Tak lama kemudian, figura Suyeon muncul kembali. Kali ni dengan berpakaian baju sweatshirt coklat cair dan berseluar trek untuk tidur. Mingyu masih berada diruang tamu menghadap televisyen.

“Ingatkan dah tidur.” – Tegur Mingyu lagi.

“Takboleh tidur.”

“Dahtu?”

“Emm..boleh tak s-saya..nak join tengok tv?”

“Huh? Em. Meh sini.” – Mingyu bersetuju dan menepuk-nepuk sofa yang didudukinya tanda supaya Suyeon duduk disebelahnya. Suyeon berjalan menuju kepada Mingyu lalu duduk diatas sofa itu dengan rasa kekok.

“Eii apaa ni tengok cerita kiss kiss dan emm…tak bagus untuk remaja.” – Suyeon berasa menyesal kerana nak tengok tv bersama.

“Suka hati aku laa..aku  dah biasa…” 

“Yah…awak dah pernah tengok benda-benda macam ni sebelum ni?”

“Mestilah pernah. Banyak kali.” – Jawab Mingyu selamba lalu ketawa kecil manakala Suyeon mula rasa tak selamat. Dia menjarakkan kedudukannya dari Mingyu. Bila tibanya babak bercium dan seks, Suyeon menutupi wajahnya pada Mingyu tanpa disedarinya. Mingyu hanya tersenyum sinis melihat Suyeon yang begitu naïf. Apabila menyedari yang dia menutupi muka pada Mingyu, Suyeon segera mengalihkan posisinya dan terpandang scene yang tidak elok lalu segera membangunkan diri untuk lari dari scene itu, tapi Mingyu menarik tangan Suyeon membuatkan gadis itu terduduk semula.

“Nak gi mana pulak?”

“Errr.. yah scene sekarang tak elok saya nak pergi…”

“Andwae.” – Mingyu menarik tangan Suyeon lagi.

“Yahh Kim Mingyu..awak gila ke? Ini pelik awak tahu takk..”

“Wae?” – Mingyu mendekatkan wajahnya pada Suyeon. Membuatkan gadis itu mengesot sedikit kebelakang diatas sofa. Mingyu semakin mendekati seperti dalam scene movie yang mereka tonton. Mingyu semakin mara kehadapan menyebabkan Suyeon terbaring diatas sofa dan posisi mereka sekarang sangat pelik.

“Y-yahh. Apa awak nak buat ni?” – Soal Suyeon gelabah. Dia berada dibawah Mingyu.

“Kau..takut aku nak apa-apa kau macam dalam movie tu?”

“Y-yahh. Sudahlah..lepaskan saya atau saya jerit..” – Suyeon mengugut. Jantung berdegup laju.

“Jangan risau…aku takkan buat apa-apa. Takdek feel nak buat sekarang.” – Mingyu menyeringai dengan wajah tampannya itu membuatkan Suyeon berasa sangat kecil bila bersamanya. Lelaki tampan itu melepaskan Suyeon lalu menyambung tengok tv balik.

“Pasal kau lah ni aku terlepas scene penting…” – Rungut Mingyu.

“Ei saya pulak.”

Pada lewat malam itu, mereka juga semakin rapat dan makin rasa suka antara satu sama lain. Dalam kenakalan Mingyu, dia juga tahu apa itu baik apa itu buruk. Dia tidak akan semenang-menangnya melakukan hal yang tak baik pada seorang perempuan. Lebih-lebih Suyeon. Yang mungkin akan jadi buah hatinya. Namun dia perlu bersaing dengan Seungcheol, Wonwoo,Hoshi dan Woozi dan dia harus melindungi Suyeon dari ancaman penghantar mesej misteri.

Tapi…adakah Suyeon akan nampak semua usaha Mingyu? Dapatkah Mingyu menjadi yang lebih baik dimata Suyeon?

-BERSAMBUNG……………..

AUTHOR'S NOTE

 

Ahaaa.. chapter 19 dah siap. Maaf kalau ada scene2 dan perkataan2 yang tak menyelesakan anda. 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD