Swimming Boy Wonwoo

Heart Attack

chapter five 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

swimming boy wonwoo

Sudah cukup 3 hari 2 malam kem mereka. Akhirnya mereka pulang ke Seoul dan jalani kehidupan seperti biasa. Waktu persekolahan masih berjalan, ada yang sedang belajar, ada yang sedang ponteng dan ada yang sedang melakukan aktiviti dipadang. Memandangkan jadual kelas 2-1A3  sekarang ialah kelas gym, mereka semua ke dewan bola keranjang dan melakukan beberapa aktiviti.

Sedang asyik bermain bola, Wonwoo dipanggil oleh seseorang yang nampaknya seperti jurulatih dipintu utama dewan.

“Wonwoo-yah..perlawanan dah tak lama lagi..kenapa tak berlatih?” – Kata Jurulatih Cho yang merupakan jurulatih berenang tetap Wonwoo.

“Juseonghamnida (maafkan saya).. saya akan berlatih sekarang.” – Wonwoo tunduk 90 darjah lalu segera ke dewan berenang seorang diri.

Nak tak nak, Wonwoo terpaksa. Dia memulakan latihan seorang diri. Berenang selama 7 lap tanpa henti. Dalam masa yang sama, Suyeon terasa hendak mengambil air didalam kelas, sebab terlupa nak ambil tadi. Kebetulan pula, Suyeon lalu dihadapan dewan renang. Dia hairan melihat pintu utama dewan itu terbuka. Sepatutnya tertutup. Suyeon membuka langkah berani untuk melihat didalam dewan itu. Manalah ada orang. Bukan takut ke apa, Cuma taknak cikgu PE beleber.

Dush…dushh..dushh..

Bunyi air yang memercik tidak berhenti. Kelihatan Wonwoo yang sedang berlatih berenang seorang diri tanpa henti. Terdetik dihati Suyeon yang mesti Wonwoo penat dan sakit bahu.

“Wonwoo-yahh..geumanhae..bahu awak akan sakit nanti..” – Ujar Suyeon yang berdiri dihadapan kolam renang itu. Tepat pula lap terakhir Wonwoo apabila Suyeon sampai.

“Apa kau buat dekat sini? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?” – Wonwoo mendekati Suyeon didalam air.

“Manalah saya tahu awak ada dekat sini. Tadi ternampak pintu utama dewan tak tutup. Ingatkan takdek orang, tapi dengar macam orang berenang. Jadi saya datanglah sini tengok. Rupanya awak.” – Suyeon tersengih. Wonwoo hanya memandang Suyeon dengan wajah kosong.

“Kenapa berenang lama sangat…tak letih ke?” – Suyeon memulakan perbualan.

“Takboleh letih dalam berenang.” – Wonwoo segera keluar dari air dan mengambil tempat disebelah Suyeon. Mereka berdua duduk ditepi kolam sambil merendamkan kaki. Tuala kecil putih dicapai untuk mengelap rambut dan badannya yang basah.

Suasana menjadi kekok dan senyap buat seketika.

“Suyeon-ahh.. kau tahu berenang?” – Wonwoo memecah kesunyian.

“Tak tahu, takkan tahu dan tak pernah tahu.” – Jawapan Suyeon membuatkan Wonwoo terketawa kecil.

“Wae? Takut air? Takcukup ketinggian?”

“Bukan…”

“Habis tu? Taksuka pakai baju renang yang seksi dan terdedah sana sini tu?” – Wonwoo cuba mengusik Suyeon.

“Yahhhh Jeon Wonwoo..aishh..” – Suyeon menjeling manja kepada Wonwoo. Menyebabkan ketawa mereka berpadu. Dari situ kita boleh lihat yang mereka semakin rapat.

“Okay..okay..dahtu kenapa? Ketinggian takcukup eh?” – Sekali lagi Wonwoo cuba mengusik Suyeon dengan soal ketinggian. Ya, semua orang tahu, Wonwoo seorang yang tinggi. Bila berdiri sebelahnya, memang jelas nampak Suyeon agak sedikit pendek. Hal itu membuatkan Suyeon sedikit marah-marah manja lalu mereka berkejaran didalam di sekeliling kolam renang yang agak licin itu.

“Saya tak pendek okayyy…” – Sedang mereka bersuka ria didalam ditepi kolam itu, tiba-tiba Suyeon tersilap langkah lalu terjatuh kedalam kolam.

Oleh sebab Suyeon tak pandai berenang, dia terkapai-kapai didalam air mencari udara untuk bernafas. Tapi tiba-tiba dia teringatkan tentang kemalangan yang meragut nyawa adiknya dimana kereta yang dipandu oleh ibunya terbabas didalam air. Adiknya tidak dapat diselamatkan dan mati lemas. Makin kuat Suyeon terkapai-kapai. Tenaga dan oksigen semakin berkurang. Dia sudah tak tahan lagi.

Tidak lama kemudian…

Dushh…..

Tangan Suyeon dicapai oleh Wonwoo dan dibaik naik kedarat.

“Suyeon-ahhh…yahh Jung Suyeon..” – Wonwoo menggocangkan kedua belah bahu gadis itu. Tapi, Suyeon berasa mamai dek kerana oksigen kurang. Tanpa membuang masa, Wonwoo segera mengangkat Suyeon dengan bridal style lalu membawanya ke bilik sakit untuk rawatan.


“Macam mana boleh jadi ni? Haish..” – Ujar Seungcheol dengan risau. Wonwoo hanya terdiam. Mereka bertiga belas tunggu di luar bilik sakit apabila mendapat tahu tentang itu. Wonwoo mengeluh. Dia sempat menukar pakaiannya setelah membawa Suyeon ke bilik sakit.

“Jangan sampai coach kau tahu, Wonwoo. Mati kau nanti.” – Tambah Jun yang turut risau.

“Arraseo.” – Balas Wonwoo pendek.

Jururawat Song keluar dari bilik sakit.

“Ow ramainya lelaki. Korang buat apa dekat sini?” – Soal Jururawat Song.

“Kitaorang nak tengok Suyeon. Dia ada kan dalam bilik sakit?” – Woozi mencelah.

“Haah. Dia baru je sedar. Uishh, untungnya dia ada hero-hero macam kamu semua ni. Pergilah tengok.” – Kata-kata Jururawat Song membuatkan mereka bertiga belas terketawa kecil lalu masuk kedalam bilik sakit itu.

Kelihatan Suyeon sedang baring dengan berselimut diatas katil ketiga dari sepuluh katil didalam bilik itu. Dia baru sahaja lepas menyedut alat pembantu pernafasan. Jadi, nampak wajahnya pucat.

“Suyeon-ahh..kau okey tak sekarang ni?” – Dino bertanya kepada Suyeon. Katil Suyeon dikelilingi oleh lelaki-lelaki kacak. Mana tak segan. Suyeon terasa kecil disitu. Dia menarik selimutnya.

“Tkyah risau. Kitaorang tak buat apa-apa pun dekat kau.” – Kata Mingyu. Nakal sungguh ayatnya.

“Em..saya okey. J-janganlah pandang saya macam tu.” – Suyeon berasa segan.

“Mianhae, Suyeon-ahh. Aku tak sangka kau jatuh dalam kolam tu.” – Akhirnya Wonwoo bersuara.

“Gwaenchana. Bukan salah awak pun. Saya yang tak berhati-hati. Terima kasih sebab selamatkan saya..” – Suyeon melemparkan senyuman kepada Wonwoo. Menyebabkan Mingyu terasa kosong dan sedikit menyampah. Apalah Mingyu tu. Nak kata cemburu, macam tak. Hmm….

“Tapi….jangan bagi tahu mak saya.. please..nanti dia beleber..” – Tiga belas orang lelaki itu membuat muka ‘ngosek’. Tahu sangat perangai Suyeon ni yang jenis takut dengan mak. Mereka semua faham yang Pn.Jung garang dan tegas orangnya.

“Apsal pulak takleh bagitahu?” – Junghan mengusik.

“Takpe..takpe kita bagitahu hal yang sebenar.” – Seungkwan juga mengusik. Membuatkan Suyeon gusar.

“Ehh janganlah..jebalyongg~”

“Yelah..yelah.. arraseo.”

Ketawa mereka semua berpadu.

-BERSAMBUNG…………………………………

author's note

 

Helluuwww uolls. Chapter 5 Done. Sorry la kalau chpter kali ni pendek sikit, sebab sy berada dihospital masa buat story ni. Bukan apa, nurse yg jaga saya tu ha asyik usha je saya buat apa dengn phone berjam-jam sampai tak tidur time tidur. Katanya, nurse tu kpop jugak, Alah nurse praktikal biasalah.. khekehekhe...InsyaAllah kalau free sy update next chapter.

QUESTION:

 

Antara kelima-lima chapter ni, korang ship Suyeon dengan siapa? 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD