War

Heart Attack

chapter Seventeen

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

war

Wonwoo bersiap sedia sebelum pertandingan bermula. Semua rakan-rakannya termasuk Suyeon datang untuk menyokongnya.

Dan akhirnya, pertandingan akan bermula. Suyeon memberikan isyarat ‘fighting’ sambil tersenyum pada Wonwoo dan isyarat itu balas kembali oleh Wonwoo seterusnya rakan-rakannya pula bersorak.

“Jeon Wonwoo fighting!”

“Halsuisseo (kau boleh buat)!”

“Fokus untung menang!”

“Fighting ! Fighting!”

Penuh dengan sorakan dan suasana disana sangat riuh rendah dan meriah. Apabila wisel dibunyikan, para perenang mula berenang dengan kelajuan masing-masing. Dengan hanya melihat, ianya sangat mendebarkan.

“Baiklah. Kini Jeon Wonwoo di barisan 3 mendahului dan diikuti dengan perenang barisan 4 dan mereka mengejar! Yah ! Wonwoo semakin laju kehadapan!” – Pengulas sukan renang mengulas setiap gerak geri perenang didalam kolam. Suasana semakin hangat apabila Wonwoo sudah sampai ke lap terakhir dan akhirnya dia menang!!!!!!!!!!!!!!

“Yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!” – Sorakkan gembira tak terhenti apabila Wonwoo sampai dahulu dan dinobatkan sebagai juara. Mereka bertepuk tangan dan Wonwoo melambai-lambai kepada rakan-rakannya. Banyak ucapan tahniah diberikan kepada Wonwoo dan hari ini sememangnya Hari Wonwoo.


Suyeon berjumpa dengan Wonwoo secara personal untuk mengucapkan tahniah.

“Gomawo, Suyeon-ahh.”

Suyeon tersenyum. Lalu Wonwoo menyarungkan medal emasnya kepada leher Suyeon.

“Huh?” – Suyeon keliru.

“Uri selca haja !” – Belum sempat Suyeon membuat muka lawa, Wonwoo dah snap.

“Yahhh…muka saya tak cantik. Macam katakk..delete……” – Marah Suyeon lalu mencebikkan bibirnya. Walau apapun muka dia buat, Suyeon tetap nampak cantik dan comel.

“Aniya…dah cantik. Save!”

Tanpa mereka sedari, Seungcheol hanya melihat mereka berdua bersama dan bergambar. Niat Seungcheol untuk mengucapkan tahniah secara personal tidak kesampaian. Pada mulanya, Wonwoo yang tidak kesampaian nak berborak dengan Suyeon sebab Seungcheol, tapi sekarang giliran Seungcheol.


Seungcheol menunggu Wonwoo diluar kelas. Apabila Wonwoo keluar, Seungcheol mengajak Wonwoo kesuatu tempat.

“Waegeurae?” – Soal Wonwoo. Aneh dengan Seungcheol.

“Kau dengan Suyeon bercintakah?” – Seungcheol bertanya pula. Nampak macam series. Riak wajah Wonwoo terus berubah apabila mendengar soalan Seungcheol yang tajam.

“Apa kau merepek ni?”

“Betul kan?”

“Aniya..bila masa pula aku bercinta dengan dia? Kitaorang kawan je.” – Wonwoo menafikan. Memang benar dia tidak bercinta dengan Suyeon walaupun dia sudah mencium Suyeon. Wonwoo mula mengesyaki sesuatu.

“Kenapa kau ni? Kau suka Suyeon?” – Mereka saling berbalas soalan. Wonwoo sudah pun tahu kenapa. Sah! Seungcheol memang suka Suyeon. Tapi, tak mungkin. Mereka suka orang yang sama. Itu yang Wonwoo tahu, belum lagi tahu yang Mingyu,Hoshi,Woozi pun turut suka pada Suyeon. Ini parah.

Riak wajah Seungcheol juga berubah.

“Geurae. Aku suka Suyeon.” – Dah agak! Ini semua betul tekaan Wonwoo. Rasa panas pula hati Wonwoo. Dalam fikirannya “Takkan dia juga dah pernah cium Suyeon?.. tak mungkin…”

“Aku pun suka diaa..” – Balas Wonwoo dengan nada sedikit marah dalam getapan gigi. Wajahnya nampak tenang tapi bagi Seungcheol, Wonwoo geram.

“Aku tahu. Perempuan tak boleh dikongsi. Jadi, siapa dulu, dia dapat.”

Dengan ini, peperangan antara Wonwoo dan Seungcheol tercetus sebab seorang anak pembantu rumah mereka. Adakah persahabatan mereka akan kekal atau musnah kerana cinta?

-BERSAMBUNG………

AUTHOR'S NOTE

 
Goshhhh chptr 17 dh siap. Haihhh sorry lah takdk masa nak on laptop dan chapter kali ni kurang best sikit. Sebab nk bgi konflik sikit antara S,coups & Wonwoo and...next chapter will be JoMin couple moments ;)
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD