Lovely Woozi Sweety Hoshi

Heart Attack

chapter four 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

lovely woozi sweety hoshi

Cuaca dipagi hari sangat redup dan sesuai untuk beriadah. Tapi, mereka terpaksa hadiri kelas tambahan pada waktu sebegini. Muka semuanya dah penat dan bosan. Cikgu Jeon masuk kedalam kelas dengan membawa berita baik. Naik semangat masing-masing apabila diberitahu yang mereka akan hadiri kem kelas 2-1A3 disebuah hutam selama 3 hari 2 malam. Mereka akan melakukan bermacam-macam aktiviti untuk kecergasan dan kecerdasan diri.

“Yahh, Suyeon-ah.. kau nak pergi?” – Soal Woozi, yang duduk disebelah Suyeon apabila Minhee tak datang. Minhee tu rakan sekelas mereka yang duduk disebelah Suyeon. Ulat buku orangnya. Tapi, dia tak datang hari ini.

“Mestilah. Ni peluang terbaik”


Masing-masing diberi kebenaran untuk pergi ke kem. Baju telah pun siap di kemaskan didalam beg bagasi. Mereka semua diarahkan untuk berkumpul dipadang sebelum menaiki bas yang disediakan.

Oleh kerana terlalu excited, ramai yang bertolak hendak masuk kedalam bas menyebabkan Suyeon hampir jatuh tapi sempat disambut oleh Woozi. Suyeon melemparkan senyuman kekok kepada Woozi tanda terima kasih kerana membantunya. Woozi membalas senyuman itu lalu membiarkan gadis itu menaiki bas terlebih dahulu sebelumnya.Pendek kata, ladies first.


Sesampai sahaja di tapak perkhemahan, mereka segera mendirikan khemah dan membuat unggun api serta tempat untuk menggril dan masak.Mereka diarahkan untuk berehat didalam khemah selama setengah jam.

Suyeon melabuhkan punggungnya lalu baring didalam khemah bersama rakannya. Dia berfikir sejenak. Berfikir apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Dia teringatkan tentang apa yang  Seungcheol katakan padanya. Baru dia sedar, sebenarnya Seungcheol penyayang orangnya. Tidak lama kemudian, figura pendek Woozi datang ke khemahnya dengan membawa kotak kecil yang panjangnya tidak kurang dari 5cm. Yang pastinya seperti ubat.

Suyeon bangun dari baringnya yang kurang menyenangkan.

“Woozi-ahh..” – Nama lelaki comel itu diseru oleh Suyeon dengan nada hairan.

“Nah..” – Woozi menghulurkan kotak ubatan itu. Suyeon membelek kotak itu dan membaca nama ubat tersebut.

“Dekat sini banyak nyamuk, aku syorkan kau pakai ubat ni kalau kena ketik ngan nyamuk.” – Si pendek comel itu mengakhiri kata-katanya dengan senyumannya yang ala-ala kanak-kanak. Tapi hakikatnya sudahpun 18 tahun. Suyeon tersenyum.

“Gomawo Woozi-ahh.. tapi awak macam mana?” 

“Takpe. Aku ada spare satu. Heheheh. Kalau tkdek pape, aku pergi dulu. Jumpa di aktiviti seterusnya ;)” – Belum sempat Suyeon mengatakan sesuatu, Woozi sudah pergi meninggalkannya.


Siren berbunyi. Menandakan aktiviti seterusnya akan dijalankan. Suyeon mengenakan pakaian seluar skinny hitam dan hoodie kelabu. Rambutnya yang berikal diikat supaya tidak merimaskannya ketika melakukan aktiviti yang diduga mencabar.

Dia beratur dibarisan perempuan bersebelahan dengan Woozi. Woozi melambaikan tangannya dan mengucap ‘annyeong’ kepada gadis itu. Senyuman Woozi memang tidak boleh tidak dipedulikan. Suyeon membalas kembali senyuman dan lambaian itu. Perlakuan mereka berdua dilihat oleh Wonwoo yang berdiri tidak jauh dari mereka. Melihat Woozi yang penuh minat terhadap Suyeon membuatkan Wonwoo  terasa sedikit cemburu. Biarpun dia cuba untuk katakan dia tak cemburu langsung.

“Ok..ok..guys. Petang ni kita akan main paintball. You know paintball? Aha! Sangat awesome. Rugi siapa tak main. Team akan dibahagikan kepada dua. Bercampur lelaki perempuan. Team A vs Team B. Paham semua?” – Arah En.Sean yang berkaca mata hitam. Penuh misteri. Heheheh. Dah tua-tua pun masih kacak lagi. “Pahammmmm..” – Mereka semua menjawab pertanyaan itu.

“Baiklah. Dengar saya sebut nama untuk TeamA…..”

Akhirnya dua kumpulan terbahagi. Dimana Team A terdiri daripada Seungcheol sebagai ketua, Hoshi, Mirae, Chaeyeon, Wonwoo, Jun, Suah, Suyeon, Hansol, Dino dan Yeonhee. Manakala TeamB, diketuai oleh Mingyu dan diikuti dengan Joshua, Minghao, Seokmin,Seungkwan, Woozi, Hyesu, Hana, Jinsil, Junghan dan Yiseul.

Masing-masing memakai vase keselamatan. Dimana Team A ada cop warna biru manakala Team B bercop merah. Semua sudah bersiap sedia dengan senjata masing-masing dan memulakan pemburuan.


“Aha! Tu Hansol. Baik aku tembak dia cepat.” – Ketika Suyeon sedang fokus untuk menembak Hansol, dia tidak sedar bahawa Mingyu sedang menyasarkan sasaran kepadanya dari arah kanan Suyeon. Sebaik sahaja Mingyu melepaskan tembakan kepada Suyeon, tiba-tiba……..

Hoshi menolak Suyeon ketepi menyebabkan tembakan Mingyu tak terkena pada sasaran. Hoshi menarik Suyeon menyorok disebalik batu besar.

“Aishh jinjja…” – Keluh Mingyu.

Sementara itu dibelakang batu.

“Yahh, Hoshi-ahh”

“Shhh..nanti Mingyu tahu.” – Ujar Hoshi lalu cuba mengintai tempat persembunyian Mingyu.

“Mingyu? Aishh…mana dia?” – Suyeon mendekati Hoshi untuk turut melihat tempat persembunyian Mingyu. Menurut Hoshi, Dino telah ditembak oleh Mingyu.

“Hoshi-ahh”

“Nae?” – Hoshi menoleh kekanan dan menyebabkan mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Situasi sekarang sangat kekok dalam masa yang sama romantic. Tapi, semua hilang apabila Wonwoo menembak batu tersebut menyebabkan Hoshi dan Suyeon berhati-hati dan melihat siapakah gerangan gila yang tembak kubu mereka.

“Yahhh Wonwoo-yahh! Kau team kita kenapa tembak?” – Jerit Hoshi. Geram betullah..

“Kau tu ha, kenapa duk bersweet-sweet sangat ngan Suyeon ha? Fokus please fokus nak tembak Team B.” – Kata-kata Wonwoo membuatkan Suyeon terkejut.

“Yahh apa yang sweet ha?!”

Disiti kita dapat lihat, anjing dan kucing bergaduh. Namun, si anjing telah mati ditembak oleh Mingyu :3.

“Mingyu-yahh..kenapa kau tembak aku..Aku nak main lagi………..” – Ujar Wonwoo kesedihan. Nak taknak dia terpaksa berhenti bermain kerana telah ditembak.

“Oopps..mian..”


Sudah 2 jam setengah mereka bermain, tiba masanya untuk makan. Hoshi menarik tangan Suyeon untuk makan bersamanya dan rakan-rakannya.

“Takpelahh saya makan ngan Yiseul je lah.” – Kata Suyeon. Sebenarnya dia segan nak makan dengan tiga belas orang lelaki. Nanti apa pula kata perempuan-perempuan dekat sini. Bukan apa, takut Hyesu takpuas hati. Dia taknak dimarahi oleh Seungcheol. Suyeon duduk dimeja lain.

Hoshi mengeluh.  Dia hanya melihat gadis itu makan seorang diri. Makin lama makin tak tahan tengok si gadis itu makan makanan pedas tanpa minum air. Entahlah Suyeon tu, dia malas nak ambil air atau dia lupa. Bila tengok balik, tempat letak air jauh. Hoshi dah tak tahan.

Dia segera bangun lalu meletakkan susu kotak dan dulang makanannya diatas meja Suyeon.

“Minum ni nanti mati sebab kepedasan..” – Suyeon mendongak dengan mata yang berair melihat Hoshi yang berdiri. Hoshi menarik kerusi lalu duduk makan sekali dengan Suyeon.

“Tadi kata nak makan ngan Yiseul. Tapi aku tengok sorang je dari tadi..” – Suyeon berasa sedikit terharu. Dia membuka kotak susu itu lalu meneguknya. Manakala rakan-rakan Hoshi yang lain hanya melihat aksi Hoshi dengan wajah hairan.

“Mwoya dia tu….” – Ujar Seokmin.

“Suka Suyeon lah tuu…” – Balas Joshua.

Riak muka Mingyu,Seungcheol, Woozi dan Wonwoo lain dari yang lain. Jelas nampak mereka cemburu tapi diam.

-BERSAMBUNG…………..

author's note

 

Guys sorry kalau update lewat dan chapter 4 ni kurang memuaskan. Sebab saya baru balik dari taekwondo tournament. Em tapi kalah disemi final. Kepala saya sakit sebab kena headkick so agak ting tong nak buat chapter story ni. Sorry eh belaka.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD