13 Boys & 1 Girl

Heart Attack

chapter one 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

13 BOYS & 1 I GIRL

Memandangkan kumpulan syarikat Pledis akan keluar untuk business selama setahun, anak-anak mereka ditinggalkan. Tapi mujurlah semuanya anak teruna, berkawan rapat. Senanglah mereka untuk tinggal bersama dan tidaklah merisaukan para ibu bapa untuk bekerja. Maklumlah, anak orang-orang kaya belaka.


“Ini gila. Takkanlah kita nak duduk sekaligus dalam satu rumah.” – Ujar Woozi. Yang lain turut bersetuju. Takkanlah senang sangat mak ayah dia orang tinggalkan diaorang bertiga belas begitu sahaja. Mentang-mentang orang kaya, hanya beli rumah besar, pembantu rumah, pemandu van untuk hanya mereka kesekolah, kad kredit tanpa had dan kebebesan.

“Tapi bagus jugak kita tinggal bersama dlm rumah besar tu. Kira gempak ah ni 13 orang lelaki tinggal didalam rumah besar, berfoya-foya, berparti and wateverlahhh lagi. Korang tak rasa ke ni peluang terbaik untuk lepaskan diri dari kongkongan mak ayah korang? Kalau tak, kene duduk dalam bilik, study…study..study sampai gila.” – Jelas Seungcheol atau nama femesnya S.coups. Dialah yang selalu bagi nasihat dan idea yang bernas untuk 12 orang lagi rakannya. Jumlah yang ramai, dan mesti kecoh satu rumah. Lelaki belaka. Bayangkan…..

“Betul jugak…aku taknak mereput duduk dalam bilik, study bagai nak rak tapi dapat nombor last jugk dalam kelas.” – Hoshi menambah. Baginya, bilik belajar seakan-seakan penjara baginya. Dah banyak usaha dilakukan untuk memperbaiki gred nya dalam kelas, tapi, tu lah. Nasib tak menyebelahi dia. Selalu dapat nombor terakhir. Itulah Hoshi.

Walaupun tak berapa biasa tinggal bersama-sama, mereka cuba untuk membiasakan diri. Sudah hampir 15 minit mereka berdiri dihadapan pagar utama rumah itu. Memikirkan masa akan datang. Akhirnya mereka masuk.

“Wow. Awesome jugak rumah ni. Okay, chill ada swimming pool, gym! Yeah!” – Hansol bersorak keriangan. Kononnya nak bina badan. Jadi, tak payahlah dia nak keluar pergi gym dah lepas ni. Dah ada dekat rumah. Straight to the point.

Cukup lengkap keperluan didalam rumah itu. Ibu bapa mereka telah memenuhi segala cita rasa anak muda lelaki mereka.  Kolam renang, gym, bilik latihan, taman, landskap yang indah, 10 buah bilik, bilik permainan yang lengkap dengan game seperti di arcade dan macam-macam lagi.


Sementara itu. Di Pusat Pembantu Rumah Khas.

“Apa?! 13 orang lelaki? Semuanya anak-anak kumpulan syarikat Pledis? Aigoo..” – Keluh Pn.Jung yang diarahkan untuk menjadi pembantu rumah khas dirumah itu. Nak tak nak, Pn.Jung terpaksa menerima arahan. Tapi, takkanlah dia nak buat kerja semua sorang diri?

“Suyeon-ahh, kamu kena tolong mak.”

“Micheosseo.. takkanlah saya nak jadi pembantu rumah jugak. Diaorang tu bukannya sikit, tapi ramai.. errrrrr…nanti nak study susah.” – Anak perempuan tidak bersetuju. Tambahan pula, anaknya ni jenis degil dan banyak songeh.

“Jeball..mak kena tinggal sana setahun. Kalau kamu tak ikut, mak akan hantar kamu kerumah makcik Goo yang kuat membebel tu. Nanti lagi banyak kerja dia suruh kamu buat nanti. Suyeon-ahhh…tolonglah mak ni…..” – Tangan anak gadisnya dicapai. Pn.Jung memang memerlukan bantuan.

“Yelah..yelah..Arraseo.”

“That’s my pretty daughter!” – Sempat lagi ibunya mengenyitkan mata tanda dia sangat seronok lalu meninggalkan anaknya untuk mengemas barang-barang apa yang patut untuk dibawa kerumah itu.


Ding dong ~

Seung cheol membuka pagar utama. Sebaik sahaja melihat siapa yang datang, terus ternganga mulutnya.

“Ni makcik pembantu rumah khas ke?” – Soal Seungcheol.

“Nae.”

“Dah ni siapa pulak?”

“Anak makcik.”

“Ha?!”

Selesai sudahlah sesi menjelaskan semuanya kepada 13 orang lelaki muda itu.

“Haihh..ada perempuan yang sama umur dengan kita tinggal sekali.. arhhh apa-apa je lahhhh.” – Agaknya Seokmin dah keliru dengan apa yang berlaku.

Macam tak percaya. Anak pembantu rumah tu sebaya dengan mereka.

“Cantik apa dia tu..uishh..” – Bibir Wonwoo terasa kering. Dia dah start dirty minded dia tu. Err..

“Aigoo kau ni.. herh.” – Tegur Jisoo.

“Lantak lah dia tu. Bukan style aku hmphh.” – Mingyu mencelah.

Siang bertukar malam. Pn. Jung sedang sibuk memasak untuk makan malam 13 orang lelaki itu. Bermacam-macam lauk disediakan dan pinggan, chopstick dan gelas tersusun dengan baik diatas meja. Memang nampak macam meja mesyuarat sebab mereka terlalu ramai.

Satu persatu duduk ditempat masing-masing untuk menyantap. Masing-masing menghidu bau makanan yang enak. Perut sudah berkeroncong minta diisi dengan segera.

Sebelum hendak memulakan makan, Suyeon keluar dari bilik pembantu dan kedapur oleh kerana ibunya memanggilnya untuk makan bersama.

Semua mata tertumpu pada gadis yang berambut ikal coklat itu. Walaupun Suyeon berasa tak selesa tapi dia terpaksa harungi semua itu.

“Eomma, saya makan dalam bilik sahaja.” – Ujar Suyeon dengan suara yang agak ragu-ragu.

“Wae?” – Soal ibunya yang nampak keanehan anaknya. Mungkin dia malu nak makan bersama 13 orang lelaki.

“Takdek pape. Cuma nak makan dalam bilik sahaja. S-saya kena study!” – Pandai anak gadis Pn.Jung mencari alasan. Padahal dia bukannya study pun duduk dalam bilik.

“Yahh, makanlah sekali dengan kami.” – Hoshi mencelah. Semua mata beralih kepada Hoshi pula.

“Yah, Soonyoung. Kau gila? Takkan dia nk makan sekali?” -  Seungcheol berbisik kepada Hoshi. Dia membantah idea Hoshi.

“Kenapa tak boleh pula? Bukannya dia tu hantu. Kan..” – Hoshi tetap dengan pendiriannya. Melihat babak itu, Suyeon makin berasa tak senang. Wajahnya menjadi merah padam. Oleh kerana taknak mencetuskan apa-apa masalah, Suyeon mengambil keputusan untuk tetap makan didalam bilik.

“Nak pergi mana tu? Makanlah dekat sini. Duduk depan Mingyu tu ha..” – Arah Woozi. Dia sengaja menyakat Mingyu. Mingyu sudah menunjukkan isyarat tumbuk kepada hyung-nya. Untuk menjaga hati Woozi dan Hoshi, Suyeon terpaksalah duduk makan semeja dengan mereka. Ianya memang nampak kekok tapi tu lah, nak buat macam mana. Orang dah ajak makan sekali, takkan nak tolak mentah-mentah.

Tak lekang anak mata 13 orang lelaki kacak itu memandang setiap gerak geri Suyeon dimeja itu. Ketika dia duduk, betulkan rambut mahupun suapan pertama.

“Tunggu apa lagi? Makan laa..” – Melihat rakan-rakannya yang masih belum makan lagi kerana gadis itu, Hansol segera mencari port untuk menyuruh mereka makan dan tidak terleka kerana anak pembantu rumah itu.

Melihat 13 orang lelaki sedang makan bersama anak gadisnya, Pn.Jung berasa lega yang lelaki-lelaki itu tidaklah jahat mana dan ada yang melayan anaknya dengan baik. Masih banyak lagi kerja yang hendak dilakukan, Pn.Jung meninggalkan mereka semua diruang makan.

7 minit berlalu..masih krik krik krik. Biasanya riuh rendah. Tapi, sebab ada seorang gadis, mereka menjadi senyap kelu tak terkata-kata. Malu atau cover macho?

“Jadi..apa nama kau?” – Dengan beraninya, Seokmin memulakan perbualan. Memandangkan dia duduk disebelah Suyeon, dia harus bercakap sepatah dua kata. Walaupun rasa ianya mengarut. Sekali lagi, semua mata tertumpu kepada Suyeon.

“Huh? Saya?” – Mata gadis itu melirik tepat kepada Seokmin. Lalu memandang rakan yang lain.

“Yelah,.. siapa lagi yang kitaorang tak kenal dekat sini..Erhhh..” – Mingyu membuat muka yang menjengkelkan sambil memakan sepotong tembikai yang merah dan manis.

“J-ung Suyeon.” – Barulah Suyeon memberitahu nama penuhnya. Semua orang pun, “Oh Suyeon..suyeon.. em ok..Suyeon. Nice name.”

13 orang lelaki itu nampak pelik dimata Suyeon. Tapi, biarlah. Manalah tahu, diaorang sebenarnya seorang yang bising dan kecoh. Hakikatnya, memang benar pun firasat kata Suyeon.

“Kita semua sebaya. Kan?”

“Haah. Betul.”

“Suyeon-ah..sekolah mana?” – Jun bertanya sambil mengunyah tembikai.

“Sekang Highschool.” – Apabila mendengar nama sekolah itu, Seungkwan yang sedang menogok segelas air itu tersedak dan yang lain pun berkata “Haihhhgoo, Sekang…sekang. Kenapalah sama dengan kita. Takkan ini takdir?”

“Kau orang mana?”

“Berapa tinggi kau? Berat kau?”

“Kenapa kau pindah sini?”

Bertubi-tubi soalan yang ditembak kepada Suyeon. Seolah-olah Suyeon ialah seorang penjenayah dan mereka semua ialah detektif.

“Okay mian sebab tanya banyak-banyak.”

“Gwaenchana. Tak apa. Saya akan jawab semuanya. Pertama, saya dari Daegu.  Kedua, tinggi saya 164cm dan berat saya, 44kg. Sebenarnya saya ikut mak saya pindah sini atas sebab kerja mak saya sebagai pembantu rumah khas.” – Jelas Suyeon dengan yakin. Sekarang, dia sudah mendapat sedikit keberanian untuk bercakap dengan lelaki-lelaki itu.

Mereka semua mengangguk tanda faham. Tiba-tiba.,..

“Hah!” – Junghan menaikkan suasana yang kekok itu. Semua orang terperanjat dan hampir terkena serangan jantung.

“Yah.! Junghan, sakit jantung aku..” – Marah Dino lalu menepuk lengan Junghan. Diikuti dengan Minghao yang turut rasa geram dengan Junghan.

“Sorry..sorry..em okay, aku rasa Suyeon tak kenal dan tak tahu lagi nama kita.” – Ujar Junghan. Itulah sebenarnya yang nak dikatakan oleh Junghan dengan membuat semua orang terkejut macam beruk.

“Geurae.. mari kenalkan diri.” – Pandangan Suyeon beralih kepada Wonwoo. Omo suaranya..

“Okay mula dari sebelah Suyeon dan diikuti orng sebelah sampai depan Suyeon.” – Junghan memberi arahan. Seolah-olah macam pengarah filem. Uishh, ada potensi..

“Seokmin, Dino, Junghan,Minghao, Woozi, Jun, Seungkwan, Joshua a.k.a Jisoo,  Hansol, Seungcheol, Hoshi, Wonwoo, Mingyu.”

Haih..macam manalah nak ingat belaka. Terlalu ramai untuk diingati satu persatu nama mereka.

Suyeon mengeluh sendirian. Mula-mula memanglah tak ingat. Tapi, mungkin lama-lama boleh terhafal sendiri.


Setelah selesai berkemas, Suyeon berjalan masuk kedalam bilik pembantu. Manakala ibunya sedang mengemas seluruh rumah. Niatnya untuk menolong ibunya terbatal apabila badannya terasa letih. Esok akan kesekolah. Dia melabuhkan punggungnya diatas katil lalu mengingati moment di meja beberapa minit yang lalu. 

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. 13 orang lelaki itu sedang syok menonton movie diruang tamu. Ada yang sedang mengunyah popcorn, snek-snek dan ada yang memeluk bantal. Entah movie apa yang mereka tonton, tapi berunsurkan aksi dan cinta.  Terasa hendak ketandas apabila menonton movie. Hoshi membangunkan dirinya lalu menuju kebilik air dibahagian dapur. 

"Fuhh..lega rasanya.." 

Kemudian, dia membuka langkah untuk pergi keruang tamu semula. Tapi, langkahnya terhenti apabila terlihat Suyeon yang sedang baring diatas katil.

-BERSAMBUNG..........................

author's note

 

Hehehehe. Chpter 1 dah siap! Ada masa lagi, saya update. Actually nak double update hari ni, tapi hujan dan kilat pulak. Takut nanti meletup laptop :3 Mianhae...

POSTER CREDIT

 

Dibuat oleh saya sendiri (Poster diatas) . Huhuhu. Teringin nak ada poster untuk ff korang? Boleh click HONESTLY GRAPHIC SHOP :) Sedia menerima request dari anda :D

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD