Suicide

Heart Attack

chapter eighteen 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

suicide

Suyeon berjalan seorang diri menuju ke kelas. Tapi, dia bertembung pula Hyesu.

“Jung. Su. Yeon.” – Hyesu mengeja nama Suyeon dalam nada yang menjengkelkan.

“Park.Hye.Su.” – Suyeon membalas balik.

“Aku dah cakap kan jangan buat aku marah. Kenapa kau ni tak paham bahasa?”

“Bila pulak aku buat kau marah?”

“Yahh perempuan takguna, jangan jumpa Mingyu atau dekat dengan dia lagi. Atau…”

“Atau apa?”

“Atau aku bongkarkan rahsia yang kau tinggal dengan 13 orang lelaki serumah dan paling dahsyat,kau bercium dengan Seungcheol.” – Serta merta mata Suyeon membesar. Dia sedikit terkejut.

“Macam mana kau tahu?”

“Adalah….jadi..kalau taknak terbongkar, sila buat apa yg aku suruh.” – Hyesu menyeringai. Harap sahaja muka cantik tapi perangai? Macam apa.


Suyeon melepaskan ikatan rambutnya dan mengeluh dihadapan cermin tandas. Melihat wajahnya yang semakin hari semakin sembap. Dia memulas tombol air lalu membasuh wajahnya.

Dia berjalan keluar dari tandas tanpa mengendahkan Seungcheol yang lalu disebelahnya. Seungcheol berasa sedikit hairan. Biasanya, Suyeon akan senyum atau mengucapkan hello. Tapi, tidak pada kali ini. Wajah Suyeon pun menjelaskan yang Suyeon macam tidak okey.

Didalam kelas, Suyeon hanya membuat kerja sendiri. Tidak mengendahkan Seungcheol dan rakan-rakan yang lain. Mingyu, Wonwoo, Hoshi dan Woozi juga perasan yang Suyeon macam tak okey.

“Kau.. okey ke?” – Soal Seungcheol.

“Saya okey.” – Balas Suyeon pendek lalu pergi meninggalkan kelas itu. Hyesu hanya tersenyum sinis ditempat duduknya. Manakala rakan yang lain berasa hairan.

“Mesti ada yg tak kena..” – Kata hati Seungcheol. Dia mengekori Suyeon tanpa pengetahuan gadis itu.


Seungcheol pelik, mengapa Suyeon duduk didalam kelas kosong seorang diri. Merenung diluar tingkap. Figura belakang Suyeon dapat dikenali oleh Seungcheol.

Suyeon mengeluh. Manakala Seungcheol berjalan menuju kearah gadis itu tanpa disedari.

“Mwohae?” – Seungcheol menegur dari arah kanan Suyeon. Suyeon menoleh kekanan dan mendapati Seungcheol yang menegur.

“Tak ada pape.” – Balas Suyeon pendek lalu melihat diluar tingkap semula.

“Betul takdek pape?”

“Emmm.”

“Yahh, Jung Suyeon. Kau makin pelik.” – Seungcheol mula menyedari sesuatu.

“Pelik apanya?” – Suyeon mengalih pandangan kepada Seungcheol.

“Kenapa tiba-tiba kau macam mengelak dari aku? Wae? Sebab apa? Sebab aku cium kau tempoh hari atau apa?”

“Lee Seungcheol. Boleh tak awak jangan buat apa-apa pada saya? Saya taknak terjebak dalam masalah.  Ya,.. memang awak baik tapi..saya rasa tersepit..tersekat bila dengan awak” – Jelas Suyeon dengan nada yang hampir menangis tapi ditahan.

“Ini semua sebab Wonwoo kah?” – Wajah Seungcheol berubah dan tahu sesuatu. Dia menahan marahnya dan sedih. Ton suara Seungcheol juga berubah menjadi rendah.

“Aniyo. Sebab awak sendiri.” – Suyeon mengorak langkah untuk pergi dari kelas itu. Ketika dia hendak melangkah keluar dari kelas itu, Seungcheol cepat menarik tangan gadis itu masuk semula kedalam kelas dan menutup pintu kelas itu lalu menyematkan gadis itu ke pintu.

Mata mereka berdua bertentangan tapi berbeza perasaan.

“Awak nak buat apa pada saya lagi?”

“Aku nak cium kau. Kali ni, dengan ikhlas dan jujur.” – Perlahan-lahan bibir mereka bersentuhan dan menutup mata. Jantung Suyeon berdegup laju manakala Seungcheol sudah tenggelam dalam ciumannya dibibir Suyeon. Seungcheol mencium Suyeon dibelakang pintu tanpa disedari dan diketahui oleh sesiapa yang lalu.

“Jangan buat aku cium kau untuk kali ketiga pula.” – Seungcheol melepaskan Suyeon lalu pergi dari kelas itu.


Suyeon berjalan tanpa melihat orang sekeliling. Dia hanya memandang lantai dengan hati yang masih tak percaya yang Seungcheol telah menciumnya untuk kali kedua. Sampailah dia tak sedar yang dia melanggar bahu Hansol. Mat salleh Korea.

“Yahh Suyeon, kau buta ke?” – Bebel Hansol lalu menggosok bahunya.

“Mian Hansol-ahh.” – Suyeon membalas pendek lalu meneruskan perjalanannya masuk kedalam kelas. Hansol hanya mengeluh.

Sementara itu Joshua sedang berjalan-jalan disekitar kawasan blok bangunan yang berdekatan dengan pejabat pengetua.

Dia terdengar satu perbualan antara Pengetua Jo dan ibu bapa seorang pelajar. Kemudiannya, Joshua ternampak Minhee turut berada didalam pejabat itu.

Joshua mendengar yang Minhee dipaksa untuk belajar diluar Negara sedangkan Minhee tidak bersetuju kerana dia mempunyai impian di Korea. Untuk kepentingan kewangan ibu bapanya dalam syarikat yang membawa berjuta keuntungan, Minhee digunakan seperti anak patung. Minhee dipaksa-paksa untuk belajar dan tidak boleh bersuka ria. Tiada ruang untuk Minhee bersama kawan-kawan dan membuatkannya sangat tertekan apabila keputusan peperiksaannya kurang beberapa markah, dia akan dimarahi oleh ibunya dan akan dirotan untuk setiap soalan yang salah.

“Taknak! Saya tetap takkan pergi.” – Minhee membantah lalu keluar dari pejabat itu. Dia terhenti sebentara apabila melihat Joshua lalu dia tidak mengendahkan Joshua.

Minhee pergi keatas bangunan seorang diri. Apa yang dia akan buat? Minhee berjalan mendekati ditepi bangunan. Angin bertiup sempoi-sempoi membuatkan rambutnya berterbangan sedikit.


Dia memanjat ke penghadang di sisi tepi bangunan dimata menahan supaya tidak berlaku kemalangan jiwa. Tapi, Minhee naik keatas itu dimana boleh nampak semua dari atas. Hatinya berdebar-debar. Airmatanya mengalir. Tak sangka dia akan menamatkan riwayat hidupnya dengan bunuh diri macam ni. Minhee memikir seribu kali tentang keputusan gila yang dia buat.

“Eomma..appa…mianhanda..”

Tiba-tiba….

“Yahhhh Son Minhee!! Kau gila ke?!!” – Jerit Joshua apabila melihat kedudukan Minhee yang semakin hampir untuk terjun.

“Jangan dekat.” – Langkah Joshua terhenti. Mana tak panik.

“Apa kau nak buat ni Minhee? Turun lah. Nanti kau mati.” – Pujuk Joshua.

“Siapakah kesah saya mati?”

“Aku kesah kau mati. Minhee jangan buat kerja gila.”

Kelihatan  ramai pelajar yang ternampak Minhee diatas bangunan. Semua terkejut dan berkumpul dibawah melihat Minhee. Termasuklah cikgu-cikgu dan ibu bapa Minhee. Alangkah terkejutnya apabila melihat rakan semejanya membuat cubaan membunuh diri. Telefon bimbit Suyeon berbunyi. Menandakan mesej masuk.

[Cepat panggil bomba. Suruh sediakan sesuatu untuk keselamatan Minhee. Takut dia terjun. Aku ada bersama dia atas bangunan ni.] – Joshua.

Suyeon segera memberitahu Cikgu Jeon dan ibu bapa Minhee.

“Son Minhee-yahh..turunlah dari situ!” – Jerit salah seorang cikgu dibawah. Tapi tidak diendahkan oleh Minhee.

“Mak ayah kau besarkan kau nak tengok kau berjaya. Tapi apa kau buat? Hancurkan harapan mereka.” – Joshua berkata-kata.

“Tipu. Mereka buat saya sengsara. Jadi! Saya nak bebaskan diri saya.” – Minhee mara sedikit kedepan membuatkan Joshua takut dan panik.

“Minhee-yahh.. jeball. Bukan ini caranya.”

“Mian…” – Perlahan-lahan Minhee menutup matanya lalu melangkahkan kakinya untuk terjun. Sempat Joshua menarik tangan gadis itu tapi nasib tidak menyebelahi, Joshua dan Minhee jatuh dari bangunan bersama.

-BERSAMBUNG.

AUTHOR'S NOTE

 

Okay lega dah update chapter 18 ! Beberapa hari ni sy exam so takdek masa nak update >.< mianhaee gaiss.. 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD