Sense of Joshua

Heart Attack

chapter twelve

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

sense of joshua

SUYEON P.O.V

Aku terpaku. Bibirku terasa basah sedikit. Pipiku dilepaskan setelah 10 minit berdiri dicium oleh Seungcheol. Ya, ini adalah ciuman pertama aku selama aku hidup. Beginilah rasanya. Seungcheol menatap wajahku. Aku masih kelu lidah tak terkata. Pipiku merah seperti bunga ros yang mulai memerah. Badanku kaku dan keras. Hanya mampu melihat wajah Seungcheol yang sudah terukir senyumannya yang manis.

“Mianhanda (maafkan aku). Jangan malu dengan aku lepas ni. Aku takkan cium kau lagi.” – Seungcheol pergi meninggalkan aku seorang diri dalam dewan bola keranjang dengan senyumannya.

End pov.


Poket jaket uniform sekolah yang dipakai Suyeon bergetar. Mengatakan yang telefon bimbitnya berbunyi. Bukan panggilan rupanya..tapi mesej.

[Kau betul-betul nak tahu aku siapa? Pergi ke makmal lama dekat blok belakang. Sekarang.]

Serta merta jantung gadis itu berdegup dengan kencang. Tak mungkin. Firasatnya mengatakan selama ni yang hantar semua mesej misteri itu adalah lelaki dimasa silamnya. Tapi! Lelaki tu dah meninggal dunia setahun yang lalu entah apa sebabnya. Suyeon sendiri tak tahu. Tup-tup sudah meninggal dunia.

Rasa nak pergi pun ada, rasa taknak pergi pun ada. Namun, dia memberanikan dirinya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi juga. Sanggup. Dia memberanikan diri.

Sementara itu.

Sedang berjalan hendak pergi ke mesin air, Joshua terserempak dengan seorang cikgu lelaki memakai tanda nama guru “En.Do”  yang baru hari ni dia perasan ada cikgu tu. Sebelum ni taknampak pun dan yang peliknya, dia pakai hoodie dicuaca yang panas ini.. Mungkin cikgu baru. Joshua tidak mempedulikan cikgu itu. Tapi, cikgu itu kelihatan seperti tergesa-gesa dan menuju ke blok belakang.

Dan kemudiannya, dia ternampak figura Suyeon yang juga tergesa-gesa hendak kemana.Joshua hairan. Namun dia biar sahaja. Mungkin Suyeon nak ketempat lain. Tapi, Joshua tidak sedap hati.


Suyeon memberanikan langkahnya masuk kedalam makmal itu. Setelah memasuki makmal itu, dia dikejutkan dengan bunyi pintu makmal yang tertutup. Seorang lelaki yang berhoodie hitam yang menutupi wajahnya berjalan mendekati Suyeon.

Jantungnya semakin berdebar-debar.

“Kau siapa? Kenapa kau kacau aku?!” – Suaranya terketar dek kerana takut.

“Kau ingat lagi Doyoon?” – Kata lelaki itu. Dia semakin dekat dengan Suyeon.

Mata Suyeon membesar. Ya! Dia sudah ingat! Betullah tekaan dia selama ni. Tapi..Doyoon dah mati.

“Memang Doyoon dah mati. Aku ni, abang dia. Kau tahu tak, sebab kau, adik aku mati!!” – Suyeon ditolak sehingga jatuh. Jantungnya semakin sakit dan sukar untuk bernafas.Betapa takutnya dia ketika itu. Mata Suyeon sempat melirik kearah sekeping gambar yang pastinya gambar dia dalam genggaman lelaki itu. Entah dari mana dia dapat gambar itu.

“Dia sayangkan kau, dia cintakan kau, dia sanggup buat apa sahaja untuk kau, tapi kau? Tinggalkan dia macam tu je. Kau tak balas cinta dia, bodoh!!”

“Apa? Dia cintakan aku? Tipu. Kalau dia cintakan aku, dia takkan buat aku macam tu!! Adik kau tu tak guna sebenarnya! Dia mati bukan sebab aku!” – Suyeon melawan. Gaduhlah sebesar mana dimakmal itu, tiada orang dengar sebab blok ini sudah lama dipinggirkan.

“Dia mati sebab kau! Sebab obseskan kau!! Aku nak kau pula yang mati!!!!” – Lelaki itu mencekik leher Suyeon sehingga sukar untuk bernafas. Berharap akan ada orang yang menolongnya.

Dunianya jadi hitam.

Semuanya gelap.

Wajah lelaki itu perlahan hilang dari pandangannya. Matanya tertutup. Dia sudah tidak bermaya lagi.  Melihat keadaan Suyeon sebegitu, lelaki itu segera pergi dari tempat itu kerana taknak disyaki membunuh.  Dia berjalan dengan pantas sehingga melanggari bahu Joshua yang sedang sibuk minum air cola. Sempatlah Joshua mencarut disitu dengan senyap. Tapi, pada tangan lelaki itu, terdapat sekeping gambar perempuan yang sudah konyot.

Tiba-tiba dia teringatkan Suyeon.

“Takkan….dia…..” – Joshua mula fikir bukan-bukan. Tanpa buang masa, dia berlari menuju ke blok lama dan mencari-cari figura Suyeon. Tapi tak kelihatan. Apabila dia menoleh ketepi, kelihatan Suyeon sedang terbaring diatas lantai didalam makmal lama. Dia segera pergi mendapatkan gadis itu.

“Yahhh.. Suyeon-ahhh.. bangun..” – Gadis itu dipangku oleh Joshua. Beberapa kali dia menepuk-nepuk pipi gadis itu, namun dia tetap tidak menyedarkan diri. Lalu, Joshua merasa nadi pada hujung lengan Suyeon. Syukurlah masih hidup.

Untuk sekali laginya, Suyeon dimasukkan kedalam bilik sakit sekolah. Dunianya masih gelap. Joshua hanya termenung menunggu disebelah Suyeon. Cuba untuk mengecam cikgu yang aneh itu tapi tak boleh. Wajahnya terlalu familiar.

Oleh sebab taknak terkantoi dengan rakan-rakannya yang lain, Joshua memilih untuk masuk kedalam kelas semula. Walaupun dalam hati dan fikirannya beribu persoalan dan kerisauan kepada Suyeon, namun dia biarkan. Sebenarnya dia tak suka cara hidup orang tapi..kali ni, dia serius.

Belum pernah tengok Joshua jadi hero walaupun hanya dalam diam. Dia rahsiakan semuanya. Biarlah orang tak tahu. Begitu juga dengan Suyeon.

-BERSAMBUNG………………………

AUTHOR'S NOTE

 
Gaissss chapter 12 dah pun siapp.....yehet. Kali ni terasa nak buat chapter Joshua. Then terbentuklah chapter ini XD. Ringkas sikit sebab jerebu taknampak idea :3 ngehngeh just kidding. Actually sy ada program dekat sekolah so payah sikit nak update chapter yg panjang lebar. But chapter kali ni saya hampir reveal watak yang memainkan perwatakan sebagai 'penghantar mesej mister' . Khekhekhe..nantikanlah chapter yang seterusnya..manalah tahu sy reveal betul2.  Huhuhu,..
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD