Seungcheol vs Mingyu

Heart Attack

chapter eight 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

seungcheol vs mingyu

“Tahu ape awak ni…tepilahh..” – Suyeon cuba untuk melepaskan diri dari Mingyu tapi ditahan.

“Kau nak tahu siapa selamatkan kau dari kena langgar?” – Mata Suyeon membesar.

“Siapa?”

“Aku.” – Suyeon menolak Mingyu ketepi.

“Sebab ini je ke awak nak pin saya dekat dinding?” – Pandangan Suyeon kepada Mingyu kosong. Nampaknya Mingyu terasa tergugat disitu. Dia ditinggalkan Suyeon begitu sahaja.

“Aishh jinjja budak ni..” – Keluh Mingyu.


Kepulangan Mingyu dan Suyeon disambut dengan baik. Kepala Suyeon masih ditutup lukanya. Sama juga dengan Mingyu, masih dibalut tangannya.

Dihalaman rumah.

Kelihatan figura Suyeon dari belakang sedang menyiram pokok-pokok bunga yang tersusun cantik dikawasan tanaman. Seungcheol tersenyum biasa melihat gadis itu seronok menyiram dan bermain-main dengan kucing parsi yang dibela oleh tiga orang lelaki kacak didalam rumah ini.

Seungcheol berjalan mendekati Suyeon.

“Kau dah okey?” – Suyeon menoleh kebelakang. Ah, Seungcheol rupanya. Gadis bermata coklat itu tersenyum kearah Seungcheol.

“Huh..dah okey.”

Senyuman Suyeon dibalas kembali dari Seungcheol.

“Banyak lagi pokok nak kena siram tu. Siram elok-elok sikit.” – Seungcheol mengusik.

“Hmmmmm… terpaksalah siram sorang-sorang.” – Suyeon mencebikkan bibirnya.

“Sape kata kau buat sorang?”

“N-nae?”

“Buat dengan aku laaa” – Pantas Seungcheol menarik paip kedua dan terus menyiram pokok-pokok bunga tersebut. Suyeon yang selalunya loading kini dah cepat dapat tangkap apa yang Seungcheol cakapkan. Mereka berdua bergelak ketawa dan bermain-main ketika menyiram pokok bunga. Main air sampai basah kuyup tu memang wajib. Sampai kucing pun lari masuk rumah sebab takut air. Luka pada kepala Suyeon tidak terasa oleh kerana dikaburi dengan gelak ketawa.

“Yahhh Seungcheol-ahh sudah lah tu..” – Kata Suyeon yang cuba mengelakkan dirinya dari tembakan air paip yang dipegang oleh Seungcheol. Secepat ini mereka telah menjadi rapat.

Pn.Jung hanya melihat mereka berdua bermain dari tingkat atas sambil tersenyum. Gembira tengok anaknya bahagia walaupun baru je lepas kemalangan. Manakala Mingyu pula hanya melihat Seungcheol dan Suyeon bergelak ketawa dan bermain dari beranda biliknya dengan pandangan kosong yang tidak dapat ditafsirkan apa yang tersirat disebalik riak wajah Mingyu. Sama juga dengan Woozi. Hanya mampu melihat dan tersenyum sahaja.

Seungcheol dan Suyeon terbaring diatas rumput yang basah. Dengan diaorang sekali basah kuyup. Macam mandi hujan. Baring memandang langit biru dan cuaca yang baik. Dua-dua tersenyum bila teringat balik macam mana diaorang main air paip.

“Seronoknya…” – Ujar Suyeon sambil tersenyum memandang langit. Seungcheol memandang wajah Suyeon yang jelas tersenyum disebelahnya.

“Ini pertama kali aku nmpak kau tersenyum.” – Kata-kata Seungcheol membuatkan pandangan Suyeon beralih kepadanya. Suyeon menukar posisinya dengan mengiring kekanan menghadap Seungcheol disebelah.

“Jinjja gomawo , Seungcheol yang kacak. Hihihihi.”

“Mwoyaa.. kau suka dekat aku ehhh? .” – Seungcheol pun menukar posisi baringnya. Kini mereka saling berpandangan dalam keadaan mengiring. Macam pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Acecehh.

“Eii tolong jangan perasan okeyy..”

“Aku tahulah aku ni too hot to handle >.<” – Ayat Seungcheol memang menggelikan ditelinga Suyeon. Perasan diri dia sangat kacak. Waduh Seungcheol ni.

“Aigooo.. perasannyaaa….” – Akhirnya ketawa mereka berpadu.


Di bilik latihan.

Mereka semua berlatih menari tanpa Seungcheol. Hoshi mengeluh setelah tamat berlatih pusingan pertama.

“Mana Seungcheol?” – Hansol memecah kesunyian.

“Molla…” – Jun mencelah.

Tidak lama kemudian, Seungcheol masuk kebilik latihan.Semua bertanya, kemanakan Seungcheol menghilang untuk setengah jam. Seungcheol hanya meminta maaf dan memberi alasan yang dia membantu Suyeon menyiram pokok bunga. Wajah Mingyu macam tak puas hati tapi ditahan.

Selesai berlatih, mereka semua akan ke kolam renang dihalaman rumah untuk mandi bersama-sama. Ketika yang lain sedang mandi di dalam kolam, Mingyu terjumpa Seungcheol didapur yang sedang minum segelas air susu.

“Seronokkah main dengan Suyeon?” – Mingyu memerli. Riak wajah Seungcheol berubah.

“Kenapa tanya? Kau jeles?” – Seungcheol membalas serangan.

“Aniyo.”

“Dah tu? ”

“Takdek pape. Saje tanya. Jom la mandi.” – Mingyu berpura-pura seakan tiada apa-apa dan buat seperti biasa. KONONNYA.

Wonwoo yang suka akan berenang, mula menunjukkan skillnya. Maklumlah, tak lama lagi perlawanan. Dia mesti menang walau apapun yang terjadi. Rakan-rakannya turut menyokonginya dan memberi semangat kepadanya. Lebih-lebih lagi Mingyu, rakan baiknya dari kecil.

Dia teringatkan tentang kejadian tempoh hari. Dimana Suyeon hampir mati lemas sebab jatuh dalam kolam dan dia menyelamatkan gadis itu. Namun, ianya segera dipadam dari memori Wonwoo apabila Jisoo terlanggarnya dari belakang.

Suyeon datang dengan membawa sejag air dan dua pinggan biskut seperti hari tu.

“Makan ni kalau lapar.” – Pesan Suyeon lalu meringankan langkahnya untuk masuk kedalam rumah sebab taknak tengok 13 belas orang lelaki mandi dengan tak berbaju. Ya, semua orang tahu, diaorang ada sixpacks,eightpacks tapi ianya membuatkan Suyeon tidak selesa sebab dia seorang je perempuan disitu. Tapi, langkahnya terhenti apabila Jun menegurnya.

“Yahh Jung Suyeon. Taknak join ke?”

“Erkkk.. heheh tak pelah.” – Lagipula, dia fobia akan air yang dalam. Wonwoo yang paling tahu tentang itu. Sebenarnya, Suyeon taknak takut air sampai bila-bila. Tiba masanya dia perlu juga pandai bernafas semula dalam air. Tapi dia terlalu takut untuk itu. Mungkin……Wonwoo boleh bantu?

“Micheosseo.. takkanlah Suyeon nak mandi kolam dengan tampalan pada luka dia tu.” – Ujar Dino cuba untuk menepuk bahu Jun. Wonwoo hanya melihat figura gadis itu memasuki rumah. Beribu soalan yang hendak ditanya sebenarnya, tapi tak ada kesempatan untuk bertanya kepada Suyeon. Wonwoo hanya pendam. Dia sukakan Suyeon sebenarnya. Atau lebih tepat ‘crushing on Suyeon’.

Sementara itu Seungcheol dan Mingyu saling berpandangan dan saling mengesyaki. Takkanlah mereka berebut gadis yang sama dalam diam? Apakah yang akan terjadi apabila tercetus pertarungan secara lembut melalui fizikal dan mental antara Seungcheol dan Mingyu? Atau, adakah Wonwoo yang berjaya mencuri hati si gadis bermata coklat itu?

-BERSAMBUNG……….

author's note

 

Tadaaaa... chapter 8 dah siap! Sementara menunggu turn bestfriend sya bertinju dengan pihak lawan, saya sempat buat chapter ni. Heheh, sampai bestfriend saya cakap 'dah-dahlah ler tu. Baik buat ff pasal aku.' . Apa-apapun, hope korang suka chapter ni. Ha hampir lupa, sy dh selitkan ost.

EXTRA OF DAILY LIFE:

 
CONGRATULASION TO MY BESTFRIEND, DYLAN. HE HAS WON A SILVER MEDAL OF BOXING (TINJU) UNDER 18 COMPETITION :D .
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD