Bad Boy Mingyu

Heart Attack

chapter TWO 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

BAD BOY mingyu

Kedengaran Suyeon sedang mengeluh. Katanya bosan tinggal didalam rumah ni. Semuanya lelaki, tiada peneman untuk ajak bermain, ketawa dan belajar bersama. Mendengar kata-kata itu, Hoshi berasa simpati tapi dia menahan rasa itu. Dia mengatur langkah untuk kembali semula ke ruang tamu untuk menyambung menonton movie.


Jaket sekolah disarung. Rambutnya disikat dengan rapi. Suyeon bersiap sedia untuk kesekolah. Selangkah kakinya keluar dari bilik itu, ibunya meminta tolongnya untuk mengejutkan 13 orang lelaki itu untuk kesekolah.

“Ini gila.” – Ternganga dibuatnya melihat lelaki-lelaki itu tidur dalam keadaan berselerak dan tidak tersusun diruang tamu.  Suyeon terpaksa mengejutkan satu persatu. Aduhaii, payahnya.

Masing-masing tidur mati.

“Yahhh bangunlahhh….” – Bantal yang dipeluk Mingyu digerakkan sedikit oleh Suyeon. Tanda supaya bangun. Tapi tak berhasil. Gadis itu sudah putus asa. Dia membangunkan diri tapi tangannya ditarik oleh Mingyu membuatkan Suyeon berada didalam pelukan Mingyu.

“Yahhh…!” – Gadis itu cuba untuk bangun dan menolak-nolak badan Mingyu tapi dia dipeluk dengan kuat.

Tiba-tiba…..Hansol terjaga dari tidurnya. Dia terlihat aksi itu.Matanya membesar lalu menjerkah Suyeon menyebabkan rakan-rakan yang lain turut terjaga dan terkejut dengan perbuatan itu.


“Makcik..anak makcik ni memang tak tahu malu. Dahlah menumpang, pastu buat hal…aigoo geramnya…” – Ujar Hansol yang tidak berpuas hati. Sebenarnya mereka semua salah faham. Bukan Suyeon sengaja untuk melakukan itu. Tapi Mingyu yang lakukan dulu.

“Yahhh et!”

“Aishh jinjja.. tak sangka kau ni et. Aku ingatkan kau ni baik lah sangat.”

“Tipu! Ini semua tipu. Yah, Mingyu-yahh.. bagitahu hal yang sebenarnya..jeball.” – Suyeon dipersalahkan. Wajah Pn.Jung sudah jelas marahnya kepada Suyeon.

“Bagitahu apanya lagi? Kau tu yang et!” – Mingyu menutup kesalahan.

“Maafkan makcik. Makcik akan menghukum dia. Kamu semua, pergilah makan dan kesekolah. Van sudah menunggu diluar.” – Tangan Suyeon ditarik kasar oleh ibunya dan dibawa keluar rumah di taman belakang. Woozi hanya melihat dengan simpati manakala yang lain just smirking.


Pappppp!

Pipi gebu Suyeon ditampar oleh ibunya.

“Eomma!” – Memang tak dapat menahan airmata. Suyeon menangis setelah ditampar.

“Kau ni kenapa jadi teruk macam ni ha?! Eomma tak pernah ajar kamu jadi perempuan miang! Suyeon-ahhh, Jangan buat eomma hilang kerja! Arraseo?! Pergi sekolah cepat!” – Berang ibunya memang boleh tahan. Segera Suyeon mengambil beg sekolahnya yang jatuh keatas rumput lalu berlari meninggalkan ibunya.

“Jangan ponteng sekolah!”

Kata-kata ibunya tidak dipedulikan. Airmatanya deras mengalir tanpa henti. Puas dilap tapi tetap jatuh kepipinya. Kalau dilihat dari rakaman cctv di pejalan kaki itu, Suyeon menangis seperti bayi. Dia dituduh oleh 13 orang lelaki itu. Memang benar firasatnya, mereka tak sebaik yang disangka. Jahat juga akhirnya.


Untuk tidak menampakkan wajahnya yang bengkak kerana menangis, Suyeon berlari ketandas lalu membasuh mukanya. Dia duduk didalam tandas selama 20 minit untuk meredakan kesedihannya. Barulah dia masuk kedalam kelas.

Sampai sahaja didalam kelas, 13 orang lelaki yang tinggal bersamanya berada didalam kelas yang sama dengan Suyeon.

Kenapalah mesti kelas ni………..

Keluh Suyeon.

“Yahh byuntae! Tercegat apa lagi dekat situ! Tu tempat duduk kau!” – Jun memecah kesunyian. Dia menyuruh Suyeon untuk duduk ditempat duduk budak-budak nerd. Suyeon yang sedang berdiri terkelu, tersentak dengan kata-kata Jun. Tanpa membuang masa, Suyeon duduk ditempat duduk itu. Lantaklah nak kata budak nerd ke apa. Janji tak duduk dekat dengan penipu-penipu tu.

Manakala Mingyu hanya tersenyum sinis. Dia tahu yang Suyeon tak bersalah. Tapi, sengaja dipersalahkan.


Kelas bahasa inggeris tamat pada pukul 2 petang. Mereka semua dibenarkan rehat untuk kali kedua. Memandang ada masa lapang, Suyeon menyuruh Mingyu untuk berjumpanya di rooftop bangunan sekolah.

“Kenapa awak buat saya macam ni?”

“Aku buat apa dekat kau?” – Mingyu seakan-akan tidak bersalah. Pada pandangannya, Suyeon ialah perempuan biasa dan hanya anak pembantu rumah.

“Kenapa awak tipu semua orang? Awak yang mulakan dulu. Saya tak bersalah.” – Mata gadis dihadapan Mingyu sudah berkaca. Airmatanya ditahan. Tak mahu kelihatan lemah dihadapan Mingyu.

“Geuraeseo?”

“Yahhh, dengar sini. Awak boleh buat apa sahaja pada saya tapi jangan pada eomma saya.” – Airmatanya tak dapat diseka lagi. Entah masa bila ianya jatuh kepipi gebu milik Suyeon. Matanya tepat melirik kearah anak mata Mingyu.

“Jadi, aku boleh buat apa sahaja pada kau?” – Mingyu mendekati tubuh kecil gadis itu lalu bermain-main dengan kolar dan butang atas uniform Suyeon. Pantas tangannya ditepis oleh Suyeon.

“Jangan risau, kau bukan taste aku.” – Ujar Mingyu lalu mengakhiri kata-katanya dengan senyuman sinis yang kononnya mampu mencairkan hati ramai para gadis. Tapi bagi Suyeon, tidak. Hanya lakonan semata-mata.


Waktu rehat masih panjang sehingga pukul 4 petang. Ramai pelajar masih berlegar-legar dikawasan sekolah dan berehat. Ikutkan hati Suyeon, mahu sahaja dia pulang dan berehat dirumah sementara menunggu pukul 4. Tapi, dia sedang merajuk dengan ibunya. Terus terbatal niatnya untuk pulang.

Wajahnya ditatap dihadapan cermin tandas. Rambut yang diikat dilepaskan. Dia kelihatan sangat cantik dengan natural face nya dan rambut yang sikit berikal dibahagian bawah paras bawah dada. Dia membuka langkah lalu berjalan keluar dari tandas. Kemana hala tuju yang seterusnya juga dia tak tahu. Dimana-mana sahaja ada 13 jejaka yang sudah sebati dengan fitnah yang Suyeon seorang yang byuntae.

Paling benci bila tersalah jalan. Terpaksa mengharungi 13 orang lelaki yang menjengkelkan. Memang pasti, semua perempuan amat benci situasi ini. Dimana ramai lelaki berkumpul (lepak) di suatu tempat dan kita terpaksa lalu seorang diri ditempat itu. Begitulah nasib Suyeon.

“Eh eh..cik Jung Suyeon…” – Seungkwan memecah kesunyian tatkala rakan yang lain tertumpu kepada Suyeon yang sedang berjalan dihadapan mereka. Suyeon tidak mengendahkan panggilan Seungkwan.

“Cik Byuntae dah sombong ye sekarang ni.” – Kata-kata Wonwoo membuatkan langkah Suyeon terhenti. Dia menoleh kebelakang.

“Korang nak apa sebenarnya?” – Ujar Suyeon dengan suara yang rendah tapi berapi didalam hatinya. Matanya berkaca tapi dikawal supaya tidak menitiskan airmata.

“Kitaorang suka-suka je…”- Wonwoo membalas balik. Sementara itu, Seungcheol memandang Suyeon dengan riak wajah yang berlainan dari yang lain. Kali ini lebih rendah dari egonya. Dia menghembuskan nafas perlahan lalu beralih pandangan.

“Jung Suyeon-shiii…”

Kedengaran suara seorang perempuan menyeru nama Suyeon dari jauh lalu melambai kepadanya. Dia menghampiri Suyeon.

“Apa kau buat dekat sini ha? Puas aku cari kau merata tempat. Jom ikut aku. Aku ada benda nak selesaikan dengan kau.” – Hyesu? Ya dia kononnya diva sekolah. Tapi tidak sebenarnya. Nampak je baik dah murah senyuman tapi sebenarnya pembuli disekolah. Mungkin, Suyeon adalah mangsanya yang seterusnya. Dia melemparkan senyuman kelat kepada Suyeon. Hati Suyeon berdebar-debar menanti apa akan berlaku padanya.

Tangan Suyeon ditarik oleh Hyesu.

“Kamu semua..minta maaf ye..aku terpaksa bawak dia pergi..annyeong.” – Hyesu mengakhiri kata-katanya dengan senyuman gediknya yang kurang mencairkan hati lelaki. Wajah Seungcheol juga berubah. Dia kelihatan risau dan hanya melihat figura Suyeon yang ditarik oleh Hyesu. Dia tahu yang Hyesu ialah perempuan yang sebegitu. Ramai pelajar lain telah menjadi mangsanya.

“Takkan Suyeon mangsa dia seterusnya?” – Seungcheol bermonolog dalam hati.


“Yahh tak guna.” – Tubuh Suyeon ditolak ke dinding.

“Kau nak tahu kenapa aku panggil kau?”

Suyeon mendiamkan dirinya. Dia tahu ada perkara yang tak baik berlaku.

“Jangan buat-buat tak tahu lah. Kau goda Mingyu kan?” – Serta merta Suyeon menepis Hyesu.

“Yahh.. jangan buat fitnah. Aku tak pernah goda sesiapa. Kau je yang beria-ria reka cerita.” – Suyeon menafikan hal itu. Tangan Hyesu lebih pantas. Pipi gebu Suyeon ditampar untuk kali kedua.

“Kenapa bahasa kau dengan aku kurang ajar sangat ha? Kau tahu aku ni siapa? You’re messing with wrong girl, punk.” – Sekali lagi Hyesu menampar Suyeon.  Dia menyuruh konco-konconya menampar Suyeon berkali-kali.


Sementara itu ditempat lepak.

“Em korang, aku nak pergi tandas jap.” – Ujar Seungcheol. Rakan-rakannya yang lain mengangguk tanda faham. Dia berlari meninggal tempat itu lalu kebelakang bangunan sekolah. Katanya hendak ketandas, tapi ke tempat lain. Dia terpaksa menipu rakan-rakannya.

Kelihatan Suyeon sedang dipukul oleh konco-konco Hyesu.

“Geumanhae!”

Mata gadis-gadis yang sedang menampar Suyeon termasuk Hyesu beralih kepada Seungcheol. Pantas mereka berhenti menampar Suyeon dan melarikan diri meninggalkan tempat itu.

Seungcheol beralih pandangan kepada Suyeon. Bibir cantik gadis itu berdarah. Suyeon menguatkan dirinya untuk tidak nampak lemah dimata Seungcheol. Dia sempat memandang wajah Seungcheol yang seakan-akan hendak mengatakan sesuatu tetapi, Suyeon pergi meninggalnya tanpa berkata apa-apa.

-BERSAMBUNG……………………………….

     

author's note

 

Omo omo omo... dah siap pun chapter 2. Heheh. maaflah kalau kurang memuaskan. Saya dah cuba sedaya upaya untuk menghasilkan fanfic yang awesome. Kalau dah baca tu, sila tinggalkan pendapat korang ye ;)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD