Half-Sad Day

Heart Attack

chapter FOURTEEN 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

HALF-SAD DAY

Suyeon pulang kerumah dipagi hari tanpa pengetahuan ibunya. Sempatlah juga dia hendak menyambung tidurnya. Tapi tidak lama kemudian, dia mendapat satu mesej misteri lagi.

[Yahh takguna. Kau jangan ingat aku berhenti setakat itu je. Aku akan terus buru kau dan bunuh kau!]

Jantung Suyeon berdegup dengan laju. Hatinya kembali resah. Tak senang dan rasa tak selamat nak pergi kemana-mana. Telefon bimbitnya digenggam erat olehnya lalu menggigit bibirnya. Wajahnya jelas ternyata yang dia amat takut. Langsung dia teringatkan Doyoon yang mati sebabnya. Rasa serba salah pada Doyoon pun ada, rasa benci pada Doyoon pun ada.

Sebenarnya dulu, Doyoon dan Suyeon pernah berkawan rapat sampai timbul perasaan cinta antara satu sama lain. Tapi sebaliknya menjadi lain. Apabila Doyoon ternampak Suyeon bermesra dengan pelajar lelaki lain lalu cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Doyoon telah membunuh pelajar lelaki itu dan akhirnya Suyeon bencikan Doyoon. Menyebabkan Doyoon tertekan kerana ditinggalkan oleh gadis yang dia cintai, lalu membunuh diri.


Suyeon melutut sambil menangis teresak-esak dihadapan kubur Doyoon.

“Doyoon-ahh…kenapa awak buat saya macam ni? Waee??!!!!!” – Kalau boleh nak meraung dihadapan kubur itu. Airmatanya deras jatuh tak berhenti-henti. Jujur kata, dia masih sayangkan Doyoon tapi takdir takboleh diubah lagi. Doyoon dah mati. MATI.

Tanpa disedari, abang Doyoon, atau lebih dikenali sebagai penghantar mesej misteri yang cuba untuk membunuh Suyeon dengan mencekiknya didalam makmal itu memerhatikan dari jauh dengan berpakaian serba hitam dan bertopi. Airmatanya turut jatuh diam-diam. Tapi, segera diseka dan tetap dengan pendiriannya mahu bunuh gadis itu. Nyawa harus digantikan dengan nyawa.

“Dah lah tu….” – Suara Mingyu kedengaran dari belakang tiba-tiba. Suyeon menoleh kebelakang. Kelihatan Mingyu sedang berdiri dibelakangnya dengan wajah separuh simpati. Kali ini ton suaranya sedikit lembut. 


“Apa dah jadi dengan muka kau ni.. sembap habis ni..” – Soal Mingyu seraya menyelak rambut Suyeon yang menutup sisi wajahnya.  Belum pernah Mingyu berlembut dengan Suyeon. Tapi kali ni, entahlah tiba-tiba aje. Mungkin sebab Suyeon menangis teresak-esak rasanya.

Sampai tersedu-sedan dek kerana menangis.

“Kenapa ni?” – Tiada respon diberikan oleh Suyeon. Mingyu cuba untuk faham keadaan. Lalu dia memeluk gadis itu dengan lembut dalam dakapannya dan mengusap-usap kepala Suyeon. Apabila dipeluk oleh Mingyu, terus berlinang airmata gadis itu semula. Tangannya automatic memeluk kembali Mingyu.

“Nangislah puas-puas sampai kau penat. Aku ada. Jangan lepas pelukan ni kalau kau rasa belum okey lagi.” – Kali ni Mingyu betul-betul lain. Tak pernah jugak dia bagi Suyeon peluk dia.

Dari jauh juga, Joshua hanya melihat babak itu dengan tersenyum biasa. Kebetulan pula dia ternampak mereka berdua duduk diatas bangku dibawah itu ketika hendak ke gereja. Bersyukur yang  Suyeon baik-baik sahaja bersama Mingyu. Walaupun dia nampak yang Suyeon sedang menangis dan dia yakin, bukan Mingyu penyebabnya kalau dia peluk Mingyu.

Joshua mengalihkan pandangannya apabila teringat yang di hendak masuk kedalam gereja. Sebaik sahaja diberjalan dilaluan tengah antara bangku-bangku tempat untuk ‘berdoa’, dia ternampak satu figura gadis yang seakan-akan pernah tengok. Gadis itu sedang ‘berdoa’ dalam diam sambil memejamkan matanya. Joshua berjalan untuk melihat siapa gadis itu.

“Son Minhee?”

Gadis yang paling bijak dalam kelas rupanya.

“Maafkan aku sebab kacau kau tengah ‘berdoa’..” – Ujar Joshua sebaik sahaja Minhee membuka matanya.

“Tak mengapa. Duduklah..”

“Bukan ke kau pergi Amerika?” – Soal Joshua. Minhee mengeluh sebaik sahaja dengar soalan itu.

“Hehh.. takdeklah. Itu alasan semata-mata sebab saya lama tak datang sekolah. Sebab hal keluarga.” – Jawab Minhee dengan jujur. Hanya dengan Joshua sahaja sebab masa tu, fikiran Minhee tengah kosong dan tenang.

“Maaf sebab tanya.” – Joshua meminta maaf untuk kali kedua. Tapi tidak diapakan oleh Minhee.

“Gwaenchana Jisoo-yah…Emm awak datang sini nak ‘berdoa’ jugak kan?” – Minhee kembali tersenyum biasa dan Joshua mengangguk.

“Okay..mari berdoa bersama.”

-BERSAMBUNG…….

AUTHOR'S NOTE

 

Chapter 14 dah siap! Sekarang ni korang dh tahu siapa yang hantar mesej misteri tu. Dan chapter kali ni saya buat 'special appearance' iaitu Son Minhee (gambar diatas yang rambut pendek;) Dialah yang tablemate Suyeon yang selalu tak datang sekolah tu :) And sy cuba nak buat relationship antara Joshua dan Minhee :D 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD