Sweet Sour

Heart Attack

chapter twenty three

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

sweet sour

 Hyesu mengesat airmatanya lalu berjalan menuju ke bilik air. Setibanya dia dibilik air, kelihatan Minhee sedang membetulkan rambutnya.

“Annyeong, Park.Hye.Su.” – Minhee menyapa angkuh.

Namun Hyesu tidak membalas, sebaliknya memberikan muka menyampah.

“Aku tahu kau nangis depan Seungcheol sebab Mingyu. Kan?” – Soalan Minhee menyedarkan diri Hyesu dari lamunan di cermin.

“Macam mana kau tahu?”

“Aku ada dekat situ. Kau je buta tak nampak.”

“Jadi?”

“Kau takkan dapat Mingyu. Aku cakap series.”

“Apa kau cakap ni perempuan tak guna?” – Hyesu menarik kolar baju Minhee. Reaksi wajahnya yang marah dan matanya yang berkaca. Hampir menangis tapi ditahan.

“Mingyu suka Suyeon. Kau faham tak?”

“Tak!!!!!!! Kau cakap apa ni!!!!!” – Minhee ditolak dengan kasar.

“Yahh! Kenapa nak tolak-tolak aku pulak!” – Dengan itu, pergaduhan berlaku diantara Hyesu dan Minhee didalam tandas.

Jeritan dan suara mereka boleh didengari dari luar. Kebetulan, Suyeon lalu dihadapan tandas itu dan mendengar dua orang pelajar perempuan bergaduh.

“Yah! Son Minhee! Park Hyesu! Sudahlah!” – Suyeon cuba meleraikan pergaduhan itu tapi dia ditolak kasar oleh mereka berdua dan terhantu pada sinki. Mana tak berdarah, terhantuk pada bucu pula tu.

Mereka tidak tahu yang diluar dan dipintu tandas itu dipenuhi oleh pelajar-pelajar menyaksikan kejadian itu. Ada yang bersorak untuk mereka terus bergaduh ada yang berasa kasihan. Suyeon mengaduh kesakitan tatkala kepalanya berdarah. Dia tidak dapat meleraikan pergaduhan itu.

Tidak lama kemudian, 13 orang lelaki yang tinggal serumah dengan Suyeon datang ketempat kejadian. Joshua, Seungcheol dan Mingyu memasuki tandas wanita dengan selamba untuk membantu.

“Yah Hyesu! Sudah! Berhenti!” – Seungcheol menarik-narik tubuh Hyesu untuk meleraikannya dengan Minhee. Manakala Joshua menguruskan Minhee.

Mingyu pula membantu Suyeon keluar dari tandas itu.


“Kau ni kan Minhee…heshhh..takboleh ke kau jadi Minhee yang dulu je?” – Niat Joshua memang nak membebel dekat Minhee tapi dibatalkan niat itu. Dapat lah juga penangan Hyesu dekat bibir nipis Minhee.

Sementara itu..

“Kau dah gila ke Hyesu? Takkan sebab Mingyu kau jadi macam ni?! Sedarkan diri kau!”

“Kau takkan faham perasaan aku.”

“Aku faham! Cukup faham! Sebab apa yang kau rasa, sama macam aku rasa.” – Seungcheol memegang kedua belah bahu Hyesu.

“Habis tu, kau nak aku buat apa?” – Mata Hyesu berkaca. Susah nak tengok Hyesu macam ni. Seungcheol ialah orang yang bertuah dapat tengok gadis ganas macam Hyesu ni menangis dan lemah.

“Lupakan Mingyu. Mulakan hidup baru.”

“Eotteokhae?”

“Hidup dengan aku. Jadi orang istimewa untuk aku.” – Akhirnya, Seungcheol putus asa dengan Suyeon. Dia mula jatuh cinta pada Hyesu. Kerana tak tahan tengok Hyesu terus hidup macam ni. Dia hendak bantu Hyesu untuk mula hidup baru. Ya, hidup baru bersamanya. Terkelu lidah si gadis itu apabila Seungcheol mengatakan hal itu.

“Kau main-main je kan? Sudah-sudah lah  buat aku sedihhh….” – Hyesu tidak percaya.

“Ada kau nampak aku main-main ke?”

“S-sseungcheol-ahh…kau…” – Hyesu dipeluk perlahan oleh Seungcheol dengan hangat.


Dibilik sakit sekolah.

“Yang kau pegi masuk campur pergaduhan gila tu kenapa ha?” – Bebel Mingyu seraya membubuh ubat pada luka Suyeon.

“Ahhh sakitlahh” – Rengek Suyeon seraya menepuk peha Mingyu.

“Duduk diam..nanti aku buat ganas-ganas kang saje je nangis dekat sini..” – Mingyu mengusik kembali dan Suyeon hanya mencebikkan bibirnya.

“Emm saya cuma nak leraikan diaorng je…” Belum sempat Suyeon menghabiskan ayatnya, dipotong oleh Mingyu.

“Nak leraikan diaorang, tapi kau terhantuk dekat sinki.” – Mingyu terus menepek plaster pada luka Suyeon dengan sekali tepek. Tappp! Ha ambik nak.

“Ahhhhh.. yahh! Kenapalah awak ni kejam sangat……” – Suyeon menggosok-gosok plaster yang ditampal pada lukanya.

“Aku kejam dengan kau je. Kau ni ha lembik sangat. Sekali tolak, jatuh bergolek-golek.”  - Mingyu tersengih lalu berdiri dan hendak pergi.

“Habis tu……Macam mana nak buat supaya awak tak kejam pada saya?…” – Suyeon masih tidak mahu memutuskan perbualannya dengan Mingyu.

“Kalau nak aku tak kejam dekat kau,….ermmm…jangan jadi lembik dan…”

“Dan apa?”

Mingyu mendekatkan wajahnya pada Suyeon. Takkanlah dia nak kiss lagi… no no no..

“Jangan pernah tolak kalau aku nak kiss kau.”

“H-hah?”

Dan sekali lagi, tanpa disedari, Wonwoo ternampak mereka berdua didalam bilik sakit pula. Tapi nasib baiklah tak bercium. Mesti makin patah hati Wonwoo. Kebetulan pula, sebenarnya Wonwoo nak tengok Suyeon adakah keadaannya baik-baik sahaja, tapi…. Emm…

Kim Mingyu…kau memang…..” – Wonwoo memendam perasaan lalu pergi dari situ.

-BERSAMBUNG……………

AUTHOR'S NOTE

 

Gaisss sory I takleh buat diaorng bertiga gaduh lagi coz nak buat suprise nanti.. maybe next chpter sy nak buat moment diaorng dekat rumah pulak. Kononnya, spend time 13 orng lelaki dan seorang perempuan dirumah XD


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD