Accident With Mingyu

Heart Attack

chapter seven 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

accident with mingyu

Say something, I'm giving up on you
I'll be the one if you want me to
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I... I'm feeling so small
It was over my head
I know nothing at all
And I... will stumble and fall
I'm still learning to love
Just starting to crawl

Suara Suyeon merdu didengar dan harmoni bersama piano didalam bilik muzik. Dia bersendirian. Impiannya nak menjadi seorang penyanyi tapi ibunya menghalang cita-citanya yang tak pernah padam walau beribu kali mencuba untuk dipadamkan. Dia menyanyi dengan penuh mendalam sehingga tak sedar yang airmata telah jatuh dipipinya.

Alunan muzik piano yang dimainkannya terhenti lalu menangis menekup wajahnya diatas piano dan dia juga tak menyedari yang Jisoo aka Joshua masuk kedalam bilik muzik dan melihat perlakuan Suyeon yang menangis seperti kanak-kanak tak dapat makan gula-gula.

“Kenapa berhenti?” – Tegur Jisoo dengan selamba membuatkan Suyeon menaikkan kepalanya dan melihat siapakah gerangan suara itu.

“N-nae?”

“Sambung la main. Biar aku main dram.” – Ujar Jisoo lalu bermain dram dengan senyumannya yang mampu mencairkan hati perempuan. Mereka menyanyi bersama- sama dengan campuran 2 alat muzik yang berbeza dan menghasilkan satu muzik yang bagus.


Suyeon bersiar-siar disekitar taman berdekatan dengan rumahnya pada waktu malam. Fon telinganya tidak jatuh dari telinga. Lagu kegemarannya berkumandang ditelinga membuatkan Suyeon tersenyum seorang diri. Biarlah keluar sorang diri pun, janji bahagia.

Cuaca sejuk makin terasa. Suyeon memperlahankan langkahnya untuk pulang kerumah. Jalan untuk kerumah besar itu pasti akan licin setiap kali musim sejuk tiba. Tapi, tiba-tiba…dia terima satu mesej.

[Annyeong…kawanku yang paling aku sayang] – Unknown number.

Suyeon tertanya-tanya. Siapa yang menghantar mesej ini? Nak cakap salah seorang dari tiga belas budak lelaki dungu tu, macam tak je. Dari mana diaorang dapat nombor dia. Hmmmm. Suyeon berfikir sejenak. Siapa sebenarnya? Dalam fikirannnya mesti salah nombor agaknya. Dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan mesej itu.

Bunyi notification tanda mesej masuk berbunyi lagi. Nombor yang sama.

[Sudah lama kita tak berjumpa..kenapa tak balas mesej aku?] Suyeon makin hairan dan rasa ingin tahu siapa yang menghantar mesej seperti itu. Adakah dia seorang lelaki? Atau perempuan? Rasa ingin tahu makin mendalam. Namun, Suyeon tak balas mesej tersebut. Dalam masa yang sama, dia juga takut bila teringatkan seseorang. Tak mungkin. Ada kisah silam yang pernah terjadi pada Suyeon tidak lama dahulu.

Langkahnya betul-betul terhenti bila teringatkan wajah seorang lelaki pada masa silamnya. Paling teruk, dia berhenti betul-betul tengah jalan dan lori yang dipandu laju tidak dapat menekan brek dengan mengejut. Cahaya lampu lori itu mengalihkan pandangan Suyeon, mata Suyeon terbuka luas dan terkaku. Lori itu semakin dekat dan……………………………….

Gedebushhhhhhhhh….

Mingyu sempat membawa Suyeon ketepi. Mujurlah mereka tak dilanggar. Mereka berdua terbaring ditepi jalan sambil berpelukan. Disebelah kanan kepala Suyeon didapati luka dan tangan kiri Mingyu pun terdapat luka. Melihat keadaan Suyeon yang tak menyedarkan diri, membuatkan Mingyu risau dan cuba untuk menelefon rakan-rakannya.

“S-seungcheol-ahh..aku dan Suyeon kemalangan. Dekat jalan yang berdekatan dengan mini market Pn.Soo. Bagitau Pn.Jung sekali.. P-pallii..Arhh” – Mingyu menahan rasa sakit pada tangannya yang mungkin akibat terseret diatas tar.

Sebuah van hitam mewah yang dipastinya van yang selalu mereka naiki itu kemana-mana sampai. Dua belas orang lelaki dan seorang wanita turun dari van itu dan membantu Mingyu dan Suyeon. Seungcheol terus mengangkat Suyeon dengan bridal style lalu membawa gadis itu masuk kedalam van. Manakala Jun dan Hoshi membantu Mingyu.

“Aigooya, otteokhae.. anak mak…” – Pn.Jung amat risau dengan keadaan anaknya.


Mingyu dan Suyeon menerima rawatan dibilik yang sama. Sementara rakan-rakan yang lain dan Pn.Jung menunggu diluar bilik rawatan. Wajah yang penuh risau. Tidak lama kemudian, seorang doktor lelaki keluar dari bilik rawatan. Mereka semua automatik menyegarkan diri lalu mendekati doktor tersebut.

“Macam mana dengan diaorang?” – Tanya Pn.Jung dengan nada yang rendah. Berharap yang semuanya akan okey.

“Tak perlu risau. Diaorang hanya luka sikit je. Tapi, yang perempuan tu dia mengalami sedikit kejutan dan yang lelaki tu dia okey. Kami dah cuci luka dan balut tangan dia. Buat masa ni, biarlah diaorang berehat dulu dekat hospital ni. Kalian semua, boleh lah pulang dulu.” – Mereka semua menghembus nafas lega. Manakala doktor itu tersenyum dan pergi dari situ. Hilang segala keresahan pada mereka.


Paginya esok. Mingyu yang pertama menyedarkan diri. Dia mengaduh kesakitan apabila mendapati tangannya dibalut. Langsir ditengah-tengah yang memisahkan antara katil Mingyu dan Suyeon diselak oleh Mingyu. Apabila langsir dibuka, Suyeon menoleh kearah Mingyu. Dia sedar rupanya.

“Yahh kenapa selak langsir tu?” – Ujar Suyeon. Nampaknya dia dah okey. Ton suaranya pun masih tak berubah. Mujurlah gadis itu tak amnesia. Mingyu membuat muka selamba.

“Kenapanya kalau aku selak? Bukannya aku nk skodeng kau pun. Fikir positif okay..positif.” – Balas Mingyu. Dalam keadaan yang sakit pun, boleh lagi nak bergaduh comel. Aigoo….

“Privasi okey…privacy of a woman. Haishh jinjja, kenapalah doktor letak saya sebelah awak.” – Keluh Suyeon dengan membuat muka tak puas hati yang comel tu.

Mingyu hanya tersenyum sinis. Dalam hatinya beribu kata syukur sebab Suyeon tak apa-apa. Kalau bukan sebab Mingyu selamatkan Suyeon, gadis yang cantik itu mungkin dah tak wujud dah dalam dunia ini dan Pn.Jung akan mengalami tekanan dan kesedihan setiap hari. Suyeon pula, masih tak tahu yang Mingyu lah yang telah menyelamatkan nyawanya.

Tepat pada pukul 12 tengahari, masa melawat telah tamat untuk sesi pertama. Pn.Jung dan dua belas orang lelaki yang merupakan rakan-rakan Mingyu pulang kerumah. Mereka meninggalkan bekal yang merupakan mangkuk tingkat untuk Mingyu dan Suyeon. Maklumlah orang sakit, dapat makanan special.

Rasa bosan mula tercetus apabila duduk atas katil hospital lama-lama. Suyeon mengambil keputusan untuk berjalan-jalan didalam hospital. Pelbagai pesakit yang dia tengok. Satu iced-americano dipesan di cafeteria hospital. Suyeon berjalan dengan membawa minuman yang dibelinya lalu meneruskan perjalanan. Dia terlanggar Mingyu bila nak masuk ke kanan.

“Aishhh..” – Suyeon tidak mengendahkan Mingyu.

“Dia ni memang tak tahu ke hal yang sebenar? Sekurang-kurangnya, ucaplah terima kasih ke apa..” – Bebel Mingyu sendirian. Dia mengikuti Suyeon dari belakang.

“Yahhhh ert Girl!” – Mendengar ayat tu, Suyeon menoleh kebelakang.

“Yahhh saya bukan ert.”

“Kau ni memang tak tahu eh? Atau saje buat-buat tak tahu? Hmm?” – Mingyu mula dah aksi nakal dia tu. Dia mula mendekati Suyeon lalu pin Suyeon pada dinding hospital. Dimana tempat yang tiada orang. Hanya mereka berdua. Tanpa disedari juga, sebenarnya, Seungcheol nampak babak itu dari jauh. Penuh rasa kecewa.

-BERSAMBUNG……………………………………

author's note

 

Wohooo, chapter 7 done ! Akhirnya sy keluar dari hospital. Khekhekehe. Minggu depan maybe busy sikit sebab sekolah enn. So, saya rasa sy dpt udpate waktu cuti je (sabtu&ahad). Kalau sempat sy update mase dekat skolah :3 aha! satu lagi, esok my bff ada game tinju (boxing) esok, so wish him luck ;) Hehehehe since sy kene rest sebulan dari taekwondo, sy dpt tengok orang bertinju je lahh. Bestfriend sendiri enn .

RANDOM QUESTIONS:

 

1) Nak sy selitkan OST tak ?

2) Bestfriend korang boy or girl?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD