The Heart Warmed Seungcheol (S.Coups)

Heart Attack

chapter Three 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

The heart warmed seungcheol (s.coups)

“Yahh, Park Hyesu.” – Hyesu menoleh kebelakang. Perbualannya antara rakan-rakannya tergendela dek kerana panggilan dari Seungcheol.

“Ikut aku sekejap.”


“Kau nak apa?” – Hyesu memulakan perbualan dengan wajahnya yang nampak kurang berminat dengan Seungcheol.

“Jangan kacau Suyeon lagi. Aku bagi amaran dekat kau.” – Riak wajah Hyesu berubah apabila mendengar kata-kata Seungcheol. Huh, memang panas hatinya bila dapat amaran itu.

“Yahh, Lee Seungcheol. Dengar sini, perempuan takguna tu yang mulakan dulu. Anggap sahajalah kau tak nampak apa yang terjadi tadi dan takkan pernah nampak.”

“Tapi aku dah nampak semuanya.”

Hyesu tersengih sinis.

“Kenapa kau yang beria? Berlagak macam hero Suyeon. Rasanya sebelum takdek pula kau kesah pasal perempuan tu. Wae? Huh? Kau suka dekat dia?” – Ayat pedas ditembak tepat kepada Seungcheol membuatkan jejaka itu naik angin.

“Ani. Aku bukan sukakan dia. Tapi, aku taknak dia jadi mangsa kau yang seterusnya selepas kematian Hanra. Kau tahu kan, Hanra mati bunuh diri sebab kau. Tapi, disebabkan ayah kau orang guna orang dalam atau mungkin rasuah, kau terlepas. Kononnya, kenyataan Hanra mati bunuh diri sebab stress keputusan peperiksaan dia teruk. Sebenarnya tak. Aku tahu semuanyalah. Sebab aku kenal siapa Hanra. Aku sepupu dia.” – Kelu tak terkata-kata apabila Seungcheol membalas balik kepada Hyesu. Tangan gadis dihadapan Seungcheol tergenggam dengan kuat. Dia cuba untuk tenangkan diri dan mencari alasan.

“Takpayah nak tuduh-tuduh aku. Tak ada gunanya kalau kau bagitau segalanya. Hanra tetap dah mati.” – Untuk tidak mencetuskan pergaduhan besar, Hyesu meninggalkan Seungcheol seorang diri lalu masuk kedalam kelas dengan wajah tidak berpuas hati.


Di klinik sekolah.

“Owwwkeyhh. Dah siap.” – Dr.Jeon mengemaskan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat luka pada hujung kanan bibir Suyeon.

 “Kamsahamnida doktor.”

“Tak mengapalah. Kamu boleh berehat dekat situ.Kamu nampak letih. Nanti tak dapat belajar dengan baik. “ – Dr.Jeon tersenyum. Suyeon membalas senyuman itu lalu berjalan menuju ke katil yang disediakan disebelah bilik rawatan. Punggungnya dilabuh ke atas katil lalu membaringkan diri dan berselimut.

Dia teringatkan kejadian tadi. Dimana Seungcheol datang untuk menyelamatkannya walaupun hanya sekadar menyuruh Hyesu berhenti. Suyeon mengeluh lalu menukar posisi dengan mengiring ke kiri. Menampakkan katil-katil yang tersusun daripada melihat syiling dan dinding. Matanya tertutup dengan perlahan dan akhirnya dibuai mimpi.


“Seungcheol-ahh kau buat apa lama-lama dekat tandas ha?” – Ujar Junghan apabila melihat figura kacak Seungcheol berjalan menuju kepada mereka.

“Aku sakit perut sebenarnya. Heheheh.” – Seungcheol memberi alasan. Rakan-rakannya percaya 100% kepada Seungcheol.

“Apa-apa je lah kau ni. Mana tak sakit perutnya, tadi makan limau 5 biji.” – Kata-kata Hoshi membuatkan Seungcheol ketawa kecil.

“Weh korang, jom pergi dewan makan. Aku lapar…….” – Cadangan Woozi dipersetujui oleh rakan-rakan lain. Mereka semua berjalan bersama menuju ke dewan makan dengan riang.


Mereka bertiga belas makan dengan berselera. Woozi yang kuat makan tapi tak tinggi-tinggi sudah hampir 2 mangkuk jajangmyeon.

“Balik sekolah ni jom main bola keranjang?” – Seokmin memberi cadangan.

“Aigoo..aigoo. Aku tak cukup ketinggian.” – Woozi mencelah. Dia tahu dia pendek.

“Alahh kau bukannya pendek mana pun. Lepas sangat nak main.” – Minghao menjaga hati Woozi. Tapi hakikatnya Woozi memang tak pendek mana pun.

Selesai makan, loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah tamat. Mereka segera bergerak masuk kedalam kelas.


Didalam kelas.

Mereka duduk ditempat masing-masing. Seungcheol memandang kepada tempat duduk Suyeon. Suyeon tiada disitu.

“Kemana dia pergi?” – Soal Seungcheol dalam hati. Mata mencari-cari disekeliling kelas. Tapi tiada figura Suyeon.

Begitu juga dengan Mingyu dan Woozi. Mereka tertanya-tanya dimanakan gadis itu. Mingyu tidak sukakan Suyeon turut mencari-cari dimana figura gadis itu. Manakala Woozi, yang dari awalnya simpati kepada Suyeon pun sama seperti Mingyu dan Seungcheol. Cuma, dia hanya memandang tempat duduk Suyeon yang tiada empunya.

Seungcheol bangun dari tempat duduknya lalu ke dewan makan untuk mendapatkan susu kotak. Dia terfikir yang mesti Suyeon sedang berehat di bilik sakit klinik sekolah. Mingyu hanya melihat Seungcheol yang terus sahaja keluar dari kelas.

“Dia sakit perut lagi lah tu.” – Kata Jisoo (Joshua).


Kelihatan Suyeon sedang nyenyak tidur sambil mengiring kekiri. Posisinya tidak diubah sejak tadi.

Seungcheol memasuki bilik sakit itu. Pintu dibuka dan ditutup dengan perlahan supaya tidak mengejutkan gadis itu dari tidurnya.

Susu yang dibeli tadi diletakkan diatas meja bersebelahan katil yang Suyeon tiduri. Kerusi kecil ditarik lalu diduduk diatasnya. Seungcheol menatap wajah gadis itu dengan perasaan yang bercampur. Memang dia tak sukakan Suyeon sejak kejadian semalam.  Tapi, oleh sebab dia kasihankan Suyeon, dia melawati Suyeon secara senyap. Sebenarnya, dari luaran, Seungcheol memang nampak tegas tapi sebenarnya, hatinya lembut bak gula-gula kapas yang cair didalam mulut.

Dia perasan luka yang ada pada bibir Suyeon. Seungcheol mengeluh. Dia tak tahu kenapa dia menatap wajah gadis ini sedangkan dia sendiri tak suka gadis ini. Apakah ada rasa suka terselit dihatinya?

“Ahh mana mungkin. Aku baru kenal dia. Aku tak suka dia.” – Bantah Seungcheol seorang diri. Untuk tidak mengejutkan Suyeon dari tidurnya, Seungcheol mengambil keputusan untuk masuk ke kelas semula. Lagipun, taknak rakan-rakannya yang lain syak sesuatu yang pelik padanya.

Setelah Seungcheol pergi, Suyeon membuka matanya. Sebenarnya dia tahu yang Seungcheol datang melawatnya. Cuma sengaja berpura-pura tidur. Susu kotak yang diletakkan diatas meja bersebelahan katilnya diambil. Suyeon berfikir sejenak dan mengeluh. Ada kalanya dia terfikir takut Seungcheol memberitahu apa yang terjadi kepada ibunya.


Dirumah. Seperti yang dicadangkan oleh Woozi, mereka semua bermain bola keranjang.

Ketika sedang seronok bermain, Suyeon pulang kerumah dan melalui pintu belakang rumah. Apabila pintu pagar belakang dibuka, kelihatan 13 orang lelaki sedang asyik bermain bola keranjang. Suyeon berjalan dengan berhati-hati supaya tak terkena bola.

Papp…

 Bola keranjang yang hendak di pass kan kepada Jun terlepas lalu bergolek kearah kaki Suyeon. Langkah Suyeon untuk masuk kedalam rumah terhenti.

“Yahhh..Jung Suyeon! Baling bola dekat aku!” – Wonwoo menunggu bola itu datang.

Bola itu diambil oleh Suyeon. Dia ragu-ragu macam mana nak baling.

“Ah lantaklah..baling je lah guana pun.” – Kata hati Suyeon.

“Wehh cepatlahhh..” – Bebel Wonwoo.

Suyeon membaling bola itu seakan-akan membaling bola jaring lalu meneruskan perjalanannya untuk masuk kedalam rumah. Seungcheol hanya melihat gadis itu dengan perasaan bercampur. Tertanya-tanya adakah Suyeon sudah minum susu kotak itu.


“Budak-budak tu balik awal dari kamu tapi kenapa kamu balik lewat? Ha? Jawablah pertanyaan eomma ni..Yahh Jung Suyeon.” – Soal Pn.Jung. Tapi Suyeon hanya terus masuk kedalam bilik untuk membersihkan dirinya. Terbantut kari yang dimasak apabila melihat anaknya sebegitu.

Sementara itu di taman rumah.

Jejaka-jejaka tampan itu masih bermain bola keranjang. Pn.Jung melihat mereka yang mungkin kepenatan dan perlukan air manis yang sejuk bersama makanan. Pn.Jung menyuruh anaknya untuk menghantar hidangan itu kerana sibuk memasak untuk makan malam mereka.

“Aigoo..aigoo…rajinnya cik byuntae ni…” – Ujar Seokmin nada menganjing. Mereka bertiga belas berhenti bermain lalu menuju ke meja lepak. Masing-masing hendak mengambil biskut yang dibakar oleh ibunya selepas basuh tangan dan lap peluh.

“Kalau tkdek pape saya masuk dulu.” – Suyeon meminta izin untuk masuk kedalam rumah. Takkanlah dia nak tunggu sampai makanan dan minuman tu habis.

“Yahh sekejap.” – Hoshi menghalang Suyeon untuk pergi. Dia perasan sesuatu pada wajah Suyeon.

“Kau ditumbuk ke? Rasanya masa waktu rehat kedua, takdek pun luka dan lembam ni” – Soal Hoshi dengan penuh ingin tahu. Diikuti oleh rakan yang lain turut melihat wajah Suyeon. Hanya Seungcheol yang tahu segalanya. Cuma dia berdiam diri. Suyeon memandang Seungcheol. Berharap yang Seungcheol tidak membuka mulut.

“Aniya..tak perlu tahu.” – Untuk tidak terbongkar semuanya, Suyeon berpaling hendak masuk kedalam rumah.

“Aha! Entah-entah kena tumbuk sebab byuntae sangat agaknya….” – Minghao menyakat. Membuatkan rakan yang lain ketawa kecuali Seungcheol, Woozi dan Mingyu. Kata-kata itu menyakitkan hati Suyeon. Dia tak dapat menahan segalanya.

“Yahh! Saya bukan kena tumbuk sebab byuntae! Saya tak byuntae! Kamu semua salah faham. Berhentilah cakap bukan-bukan pasal saya. Okay, saya minta maaf sebab kejadian tu tapi tu semua kebetulan. Saya tak ada niat pun dan taknak pun buat semua tu. Saya betul-betul minta maaf.” –Mereka semua ternganga dan terkejut mendengar kata-kata Suyeon. Mingyu memandang wajah Suyeon yang tunduk 90 darjah dihadapan mereka.

“Geurae. Dimaafkan. Dah diam. Jom sambung main.”  - Kata-kata Seungcheol membuatkan rakan-rakannya pelik. Dia ada agenda lain sebenarnya.


“Jung Suyeon. Jangan cari pasal dengan Hyesu. Jeball..Hyesu tu…hmphh” – Kata Seungcheol. Mereka berdua bertemu selepas makan malam dibelakang rumah secara senyap.

“Saya tak pernah cari pasal pun…kenapa semua orang suka tuduh saya tanpa sebab?”

“Kalau kau tak cri pasal, takkan kau kena tampar sampai macam ni dengan diaorng? Nak aku bagitau mak kau ke?” – Wajah gadis itu ditatap Seungcheol.

“Seungcheol-ahh.. anggap sahajalah awak tak nampak apa yang berlaku. Tolonglah jangan bagitu eomma saya dan sesiapa pun. Jeballl..” – Suyeon terus menangis.

“Aku tak kisahlah lepas ni kau buat apa. Tapi jangan sesekali dekat dengan Hyesu. Atau kau akan senasib dengan mangsa buli Hyesu yang sebelumnya.”

“Kenapa awak ambil tahu pasal saya? Kenapa awak tak biarkan sahaja saya masa tu kalau awak taknak risaukan saya?” – Mereka berdebat.

“Aku tak risaukan kau. Cuma aku tak suka tengok perempuan kena pukul. Jangan buat aku nak lindungi kau.” – Seungcheol mengakhiri kata-katanya lalu pergi meninggalkan gadis itu sendirian. Kelu lidah gadis itu setelah mendengar kata-kata Seungcheol. Sebenarnya, Seungcheol seorang yang penyayang. Dia ada kisah silam yang membuatkan dia benci melihat perempuan dipukul.

Tanpa disedari, Woozi ternampak mereka berdua apabila hendak keluar mengambil angin. Tapi tidak tahu apa yang dibualkan. Dia melihat gadis itu mengesat airmatanya. Tertanya-tanya , adakah Seungcheol menyakiti hati gadis itu? Hendak sahaja dia memeluk gadis itu lalu bertanya apa yang terjadi. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Dari awal lagi, Woozi bersimpati dengan gadis itu dan percaya yang Suyeon tak bersalah. Cuma dia tak ada masa untuk bercakap dengan gadis itu secara peribadi.

-BERSAMBUNG…………………..

author's note

 

Annyeong ! Chapter 3 dahpun siap. Hehehe... uri S.Coups leader punya chapter.  Sorry lah kalau ada sedikit lacking dan membosankan. Sebab character S.coups dalam cerita ni lain dan dia lindungi Suyeon dari dalam.*wow*. Hehehe. Hope korang suka :) 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD