JoMin Moments

Heart Attack

chapter twenty five

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

jomin moments

 SUYEON P.O.V

Terkelu juga lidahku untuk berkata-kata. Namun, sekaligus membuatkan aku berasa lega dan bersyukur kerana Hyesu sudahpun berubah. Bukan kerana berubah hati kepada Seungcheol, tapi berubah dari sikapnya. Aku pun tak percaya, macam mana Seungcheol boleh buat Hyesu tertarik padanya.

Lamunanku pecah apabila eomma menegurku.

“N-nae eomma?”

“Em..Suyeon-ah, dengar sini baik-baik..eomma…emmm” – Kelihatan eomma seperti ragu-ragu untuk berkata sesuatu tapi dia perlu katakannya.

“Apadia? Cakaplah…” – Suyeon makin ingin tahu.

“Eomma dapat kerja baru. Yang lebih baik dan tempat tinggal untuk kita. Kita tak perlu susah payah duduk rumah orang dan kamu tak perlu timbul masalah dengan kawan-kawan kalau mereka tahu kamu tinggal sebumbung dengan 13 orang lelaki tu. Kita keluar dari rumah ni dan mulakan hidup baru. Kerja sebagai pembantu rumah ni mesti memalukan buat kamu bila kawan-kawan kamu tanya pasal kerja eomma kan? Eomma taknak lah hidup anak eomma terjejas sebab status eomma dan pekerjaan eomma.” – Jelas eomma panjang lebar membuatkan aku terkelu lidah buat kali kedua.

“Eomma…kenapa tiba-tiba pula ni?”

“Sebenarnya…Kumpulan Syarikat Pledis dah upah pembantu baru buat anak-anak mereka yang tinggal dalam rumah ni. Katanya, eomma dah terlalu lama bekerja disini dan perlukan hidup sebagai ibu yang normal. Jadi eomma rasa…itu pilihan terbaik jika eomma bersetuju.”

“Habis tu kenapa dulu eomma tak tolak je tawaran jadi pembantu rumah ni? Wae baru sekarang eomma rasa terbeban? Dulu eomma beria-ria nak jadi pembantu rumah anak-anak orng kaya ni…tapi sekarang? Wae?! Wae eomma?!” – Rasa macam nak menangis bila eomma tiba-tiba buat keputusan mendadak macam ni.

Aku rasa berat hati nak tinggalkan rumah ni. Sebab….banyak kenangan aku bersama diaorang semua. Takkan aku nak hapuskan macam tu je? Apa pula perasaan diaorang? Aku dah mula sayangkan diaorang…eotteokhae?

END P.O.V


Di tempat lepak disekolah.

“Jinjja?! Yah Suyeon-ah, betul ke kau nak tinggalkan kitaorang?”

“Wae?”

“Kau dah tak suka kitaorang ke?”

“Kitaorang seronok bila kau ada.. tapi..kau nak pindah…”

“Haah…nanti tak adalah penyeri rumah tu lagi..”

“Kau sorang je perempuan yang ada. Yang lain..huh semuanya lelaki..”

Suyeon terpaksa dengar luahan hati 13 orang lelaki itu dan dia mengeluh.

“Mianhada..saya tak dapat bantah keputusan eomma saya…” – Suyeon cuba beri wajah biasa yang palsu. Sementara Mingyu, Wonwoo dan Hoshi sudah rasa seperti akan kehilangan bunga yang menyinari hidup mereka. Ya, orang yang mereka suka, cinta, sayang…akan pindah.

“B-bila kau nak pindah?” – Soal Wonwoo tiba-tiba. Mata Suyeon tepat mendarat pada wajah kacak perenang antarabangsa itu.

Suyeon hanya tersenyum lembut palsu dan mengeluh apabila mendengar soalan Wonwoo.

“Entahlah,Wonwoo-yahh”

“Jadi..kau nak tinggalkan kitaorang lepas kau bagi semua kenangan manis dekat kitaorang? Kau nak buat kitaorang merana rindu sebab kau ke?” – Usik Mingyu dengan nada dinginnya.

“Aniya….bukan macam tu….”

“Dahtu…jangan pindah. Aku taknak kehilangan perempuan cantik dalam rumah tu.” – Kata-kata Mingyu membuatkan Suyeon tersengih. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain.


Figura seorang gadis lalu dihadapan Joshua tatkala dia selesai membeli air cola dimesin air.

Son Minhee!

Gadis itu menoleh kebelakang apabila namanya diseru.

Aishh Joshua rupanya..” – Keluh hati Minhee. Kecewa, ingatkan siapalah tadi yang panggil. Rupa-rupanya si kodok tu.

“Kau nak gi mana?”

“Perlu ke awak tahu?” – Balas Minhee angkuh.

“Mestilah aku kena tahu.. Mana tahu kau nak bunuh diri lagi….” – Perli Joshua membuatkan darah Minhee naik.

“Yahhh Hong Jisoo…sudah-sudahlah. Saya takkan berterima kasih dekat awak sebab kejadian tu..”

“Wae taknak?” – Joshua menjadi series.

Minhee tidak dapat menjawab soalan Joshua. Dia mengetap bibirnya dan otaknya ligat berfungsi menjari ayat untuk dijadikan alasan.

“Aku tanya kenapa? Huh?”

“Saya kata taknak..taknaklah…takfaham bahasa ke..” – Minhee cuba melarikan diri dari Joshua tapi, Joshua lagi pantas. Dia menarik tangan Minhee.

“Kau tau tak betapa risaunya aku masa tu? Betapa resahnya aku nak cari jalan supaya dapat pujuk aku turun dari tempat tinggi tu? Kau tau tak aku sanggup berlari dari tingkat 2 ke rooftop sebab nak cari kau? Kau tau tak betapa leganya aku bila kau selamat dalam pelukan aku masa jatuh tu? Aku rasa macam nak mati tapi bila rasa nadi kau masih berfungsi, aku bersyukur. Kau tau tak sebab perubahan diri kau, kau sanggup putus kawan dengan Suyeon? Dialah salami yang tolong kau, ceriakan kau.. Tapi kau? Boleh tak sekurang-kurangnya kau hargai aku?” – Belum pernah Joshua buat ayat ‘touching’ macam ni, tapi kali ni dia series. Matanya tepat memandang wajah Minhee. Ada perasaan disebalik mata kaca Joshua yang selama ni menutup segala resahnya kepada Minhee.

“Kenapa awak sanggup buat macam tu untuk saya?” – Nada Minhee menjadi rendah. Rasa terharu pun ada sebenarnya, tapi disorok dalam-dalam supaya Joshua tak nampak.

“Sebab aku sukakan kau..geuraeso,…jeball…kembalilah kepada Minhee yang lama…” – Tubuh Minhee dipeluk perlahan oleh Joshua. Masa tu, memang kelu habis lidah Minhee dan akhirnya dia mengalirkan airmata didalam pelukan hangat Joshua.

Adakah Minhee menyesal dengan perbuatannya atau tidak?

-BERSAMBUNG………

AUTHOR'S NOTE

 

Adakah korng ship Joshua ngan Minhee?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD