Hospital Kiss With Wonwoo

Heart Attack

chapter thirteen

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

hospital kiss with wonwoo

“Kat mana aku ni?” – Suyeon mula membuka matanya. Dia pelik, mana macam boleh ada dekat dalam bilik sakit ni. Tertanya-tanya, siapakah yang membawanya.  Dia masih teringatkan abang Doyoon yang mencekiknya bagai hendak mati. Lehernya diraba-raba. Masih terasa rasa cekikan itu. Dia melihat jam pada skrin telefon bimbitnya.

“Ahhh dah pukul 12…” – Dia terlepas kelas kegemarannya. Tanpa membuang masa, dia segera kembali kekelas.


Melihat figura langsing gadis bermata coklat itu, Joshua hanya mendiamkan diri ditempat duduknya sahaja. Berpura-pura seolah tak tahu apa-apa.

“Yahh Suyeon! Kau pergi mana ha sampai kelas kimia pun ponteng?” – Tegur Hansol selamba sambil mengunyah gula-gula. Sementara Jeonghan sedang menyikat rambutnya didepan cermin kecil yang dibawanya selalu kemana-mana. Sudah sedia maklumlah rambut Jeonghan memang menawan. Kalah perempuan-perempuan dalam kelas ni. Bahkan sekolah ni.

“Huh? Err..em s-saya…” – Belum sempat Suyeon memberikan jawapan kepada soalan Hansol, Mingyu pun memotong.

“Ah dwasseo (dahlah lupakan). Lembab sangat nak jawab.” – Mendengar kata-kata Mingyu, membuatkan Suyeon rasa ianya menjengkelkan. Lalu dia menarik kerusinya untuk duduk. Dia melihat tempat duduk disebelahnya. Minhee tak datang lagi. Hmm.. hanya mampu mengeluh. Ramai mengatakan yang Minhee sudah pindah sekolah sebab terlalu bijak hingga nak meletup otak. Tapi, berita itu masih belum  sahih. Khekhekhekehe.


Pertanding berenang sudah semakin hampir. Wonwoo perlu bekerja keras untuk mendapatkan pingat emas pada pertandingan tahun ini. Matlamatnya hanya satu, iaitu menang. Sedang berenang di trek renang kolam, bahunya terasa sakit lalu dia terhenti berenang didalam air.

“Arghhh..” – Wonwoo mengeluh kesakitan. Bahunya dipegang.

“Andwae…aku takboleh sakit sekarang..” – Kata, hati Wonwoo. Dia harus kuatkan semangatnya.

Dia terus keluar dari kolam itu dan menukar bajunya. Bahunya terasa amat sakit dan anggota badannya terasa amat letih. Wonwoo memaksa dirinya untuk berjalan masuk kedalam kelas walaupun dia tak berapa sihat. Ketika melalui di hallway..dia terserempak dengan Suyeon dengan keadaan yang sakit lalu rebah.  Tanpa membuang masa, Suyeon berlari pergi mendapatkan Wonwoo.

“Wonwoo-yahhh.. Yahhh ireona! Wonwoo-yahh..” – Nama Wonwoo diseru dalam nada yang resah.

Bunyi siren ambulans semakin hilang. Wonwoo dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Jelas ternyata pada wajah Suyeon yang sebenarnya dia amat risaukan Wonwoo. Seungcheol, Mingyu, Hoshi dan Woozi menyedari riak wajah Suyeon yang melihat ambulans membawa pergi Wonwoo.

“Dia akan okey. Percaya pada aku.” – Ujar Seokmin dan cuba untuk menenangkan hati mereka semua. Keadaan Wonwoo nampak macam teruk, tapi siapalah yang tahu apa yang Wonwoo rasa sekarang.


Pintu wad yang diduduki oleh Wonwoo dibuka dengan perlahan. Kelihatan Wonwoo masih lena dibuai mimpi. Mungkin dia sedang berehat. Bahunya dianduhkan bersama tangan. Perlahan-lahan, Suyeon menarik selimut dari aras pinggang Wonwoo ke dadanya.

“Wonwoo-yahh..semoga cepat sembuh.” – Terukir senyuman dibibir Suyeon melihat Wonwoo yang sedang memejamkan matanya untuk berehat dari kesakitan. Apabila Suyeon hendak melangkah pergi dari Wonwoo, tangannya dipegang. Terasa amat sejuk.

Wonwoo membuka matanya. Dia masih memegang pergelangan tangan Suyeon. Wajahnya pucat.

“Wonwoo-yahh.. kenapa tangan awak sejuk ni..” – Ujar Suyeon dengan resah. Dia merasa tangan Wonwoo dan terus menghidupkan alat pemanas bilik. Kerusi ditepi katil Wonwoo didudukinya.

“Jangan pergi..”

“Nae?”

Wonwoo cuba untuk membangunkan dirinya dari baring dengan bantuan Suyeon.

“Tinggal bersama dengan aku hanya satu malam ni untuk kali kedua?” – Kelu lidah Suyeon apabila mendengar kata-kata Wonwoo. Wonwoo mendekati gadis itu.

“W-wae?”

Wajah mereka berdua semakin dekat apabila Wonwoo mendekati Suyeon. Membuatkan jantung gadis itu berdegup dengan kencang. Lalu dia dipeluk lembut oleh Wonwoo sebab bahunya sakit.

“Aku cuma nak peluk kau..berikan aku peluang nak peluk kau. Aku takboleh peluk orang lain.”

Suyeon membalas pelukan itu dengan perlahan.

“Jangan putus asa..awak boleh harunginya. Sakit ni hanya sementara.” – Suyeon memberikan kata-kata semangat kepada Wonwoo.  Pelukan mereka dileraikan oleh Wonwoo.  Mata mereka saling berpandangan dan perlahan-lahan..Wonwoo mencium bibir Suyeon dengan lembut tanpa bunyi.

Sekali lagi, bibir Suyeon dikucup oleh seorang lagi lelaki kacak. Setelah 20 saat bertahan, Wonwoo melepaskan ciumannya dari Suyeon. Dia merenung wajah Suyeon yang terkelu lidah lalu menyambung kembali mencium Suyeon.

-BERSAMBUNG……………

AUTHOR'S NOTE

 
Yohooo~ Chapter 13 dh siap ! Khekhkehe..mohon bukan music yang berpiano untuk ambil feel bila part dekat hospital tu >.< Aww saya pun rasa nak jerit bila baca semula. Sila berikan pendapat anda ;) and sorry lah lambat update sbb busy dengan sekolah T_T dan saya batuk-batuk sebab jerebu dan bauksit yang takguna ni dekat Kuantan,Pahang -_-
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD