First Kiss [Special Chapter]

Heart Attack

chapter ELEVEN 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

FIRST KISS [SPECIAL CHAPTER]

Musim luruh sudah bermula.  Suyeon menghabiskan masanya dengan belajar. Dirumah, mahupun disekolah. Apabila kelas gym, dia tidak akan menyertai. Sebaliknya ke perpustakaan sekolah untuk mengulangkaji matapelajaran. Sebenarnya, dia taknak stress sebab belajar, tapi, apakan daya, ibunya terlalu garang dan sering menyuruhnya untuk terus belajar hingga berjaya.

Sedang dia belajar seorang diri didalam perpustakaan, tiba-tiba mesej misteri masuk.

[Kau mesti teringin nak tahu aku siapa kan?]

Riak wajah Suyeon berubah dan tangannya terhenti menulis karangan. Meremang bulu roma seluruh badannya. Dia berasa separuh takut dan separuh ingin tahu. Dia nak sangat balas mesej itu. Jarinya geram untuk menekan huruf-huruf pada skrin telefonnya. Suyeon menggetap gigi.

To Unknown number: [Taknak tahu dan takkan tahu. Jangan kacau aku lagi. ]


Buku-bukunya disimpan didalam beg dengan rapi. Sekali lagi dia seorang diri. Seorang diri didalam kelas. Yang lain semuanya pergi kelas gym.  Suyeon mengatur langkah lalu keluar dari kelas. Entah kemana destinasinya.

Sementara itu di dewan bola keranjang sekolah.

Berdentum dentam bunyi bola keranjang yang dibamkan oleh Seungcheol. Sekaligus menjaringkan beberapa gol seorang diri. Rakan-rakannya yang lain sibuk mengikuti kelas gym. Sebenarnya, akhir-akhir ini, banyak perkara yang Seungcheol fikirkan. Dia bermain bola keranjang untuk menghilangkan stressnya.

Dia cuba untuk menjaringkan gol sekali lagi, tapi tak masuk. Bola itu melantun keluar dari gelanggang dan bergolek sampai ke sepasang kaki yang cantik. Dikenal pasti kaki seorang perempuan. Ya, tak lain takbukan , si cantik Jung Suyeon.

Suyeon mengambil bola itu lalu berjalan kepada Seungcheol.

“Nah.” – Suyeon menghulurkan bola itu. Dia betul-betul berdiri dihadapan Seungcheol.

“Kenapa tak baling je dari situ?” – Bola itu diterima oleh Seungcheol.

“Saya tak pandai baling bola.” – Serta merta Seungcheol ketawa. Mana boleh tak pandai baling bola pada usia sebegini. Seungcheol mendekatkan wajahnya kepada wajah Suyeon. Dia membengkokkan sedikit badannya kedepan sebab ketinggian Suyeon. Bagi perempuan-perempuan lain, Suyeon seorang yang tinggi, tapi bagi lelaki, Suyeon dianggap pendek.

“Aku akan ajar kau.” – Seungcheol tersenyum.


Bermulalah babak romantic yang tidak disedari oleh mereka. Seungcheol berdiri dibelakang Suyeon supaya senang untuk mengajar gadis itu untuk membaling bola dengan cara yang betul. Kini,posisi mereka sangat dekat dan tangan mereka bersentuhan. Suyeon dapat merasakan betapa kekoknya. Tapi Seungcheol tidak. Pipi Suyeon mula memerah. Terasa seperti dipeluk oleh Seungcheol. Gadis itu mula mengukir senyuman. Tak pernah dia rasa sebahagia ini. Tak pernah.

Setelah menjaringkan beberapa gol, Suyeon memusingkan badannya menghadap Seungcheol.

“Wae?” – Soal Seungcheol.

Wajah Seungcheol direnung oleh Suyeon.

“Gomawo..”

“Untuk apa?”

“Sebab bahagiakan saya..saya tak pernah bahagia macam ni.” – Seungcheol tersenyum tatkala mendengar kata-kata Suyeon.

“Semuanya untuk kau. Kau bahagia, aku bahagia.” – Tersentuh hati gadis itu mendengar ayat Seungcheol.

“Kenapa awak buat semuanya untuk saya? Awak betul-betul bahagia kalau saya bahagia?” – Mata mereka bertentangan. Secara tidak langsung, Seungcheol memegang kedua-dua belah pipi Suyeon lalu mengucup bibir gadis itu. Mata Suyeon membesar dek kerana terkejut.

“Sebab aku suka dekat kau.”

-BERSAMBUNG………………………..

AUTHOR'S NOTE

 
Wahhhh dah siap chapter 11 ! But kali special chapter. It based on my imagine :3 Lel...saya suka berimaginasi sebab tu keluar idea-idea dan babak2 macam ni XD. Hope korang suka suka dan sila tinggalkan pendapat ;) Aha, hampir lupa, jangan lupa bukak lagu (OST) yang saya selitkan dekat atas tu untuk dapatkan more feeling :D
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD