Date With Hoshi?

Heart Attack

chapter ten 

"13 boys & 1 girl . WHAT DO YOU THINK ?"

date with hoshi?

Keesokkan paginya.

“Yahh kamu berdua, kemana semalaman menghilang?!” – Marah Pn.Jung. Dia paling marahkan anaknya. Dah lah telefon tak angkat.

“Mianhae eomma..semalam tu..” – Belum sempat Suyeon menghabiskan kata-katanya, dia dipotong.

“Cukup. Jeon Wonwoo, apa yang berlaku semalam?” – Wonwoo menjadi target soalan seterusnya.

“Saya akan ceritakan semuanya nanti. Cuma jangan terus marahkan Suyeon.”


Setelah siap membersihkan diri, Suyeon menyarungkan baju t-shirt berlengan pendek dan memadankannya dengan baju overall pendek jeans. Kemudiannya, mengikat rambutnya dengan kemas. Dia melihat dirinya didalam cermin. Terukir senyuman dibibirnya. Sejambak bunga kecil yang sudah siap dibalut dicapainya dari meja solek lalu melihat calendar yang menunjukkan hari ini adalah tarikh kematian adiknya.

Sementara itu, dibilik Hoshi.

Dia berkongsi bilik dengan Jun, Hansol dan Woozi. Memandangkan rakan-rakan sebiliknya sedang bersuka ria di bilik arcade, Hoshi bersiap-siap untuk kesuatu tempat.

Di tempat penyimpanan abu mayat.

“Seyeon-ah..bogoshipeo.” – Bunga itu diletakkan didalam peti simpanan abu milik Seyeon, adik kandung Suyeon yang sudah genap 3 tahun meninggal dunia. Dia menatap peti penyimpanan abu itu dengan lamanya sampai tak sedar yang sudah beberapa titik airmatanya jatuh. Selepas menyedari itu, dia segera menyeka airmatanya. Suyeon tersenyum kelat melihat gambar adiknya yang diletakkan didalam peti.

Dalam masa yang sama juga, Hoshi melawat peti penyimpanan abu milik ibunya disebelah Suyeon. Melihat figura seorang lelaki yang dikenal pasti dia adalah Hoshi, Suyeon menegurnya.

“Hoshi?”

“Awak buat apa dekat sini?”– Suyeon memulakan perbualan apabila mereka duduk diatas bangku berdekatan dengan taman di tempat penyimpanan abu.

“Melawat mendiang eomma aku.” – Balas Hoshi lalu memandang wajah Suyeon.

“Eomma?”

“Huh.. eomma aku dah meninggal sebab sakit jantung. Suyeon-ahh, kau beruntung ada mak lagi, aku ni dah takdek. Ada ayah je. Sebab tu lah, kau kena hargainya mak kau. Jangan lukakan hati dia.” – Kata-kata Hoshi membuat Suyeon diam seketika. Benar kata Hoshi.

“Emmm, kau free sekarang?” – Soal Hoshi tiba-tiba.

“Wae?”

“Aku nak bawa kau pergi berseronok.” – Hoshi tersenyum lalu menarik tangan gadis disebelahnya. Kemanalah dia nak bawa Suyeon pergi.

Tak lain tak bukan, ke taman hiburan aka Amusement Park. Mereka menghabiskan masa bersama bermain disitu. Dalam masa yang sama, mereka semakin rapat. Bergelak ketawa, jerit bersama bila naik roller coaster atau permainan yang mencabar, takut bersama bila masuk rumah hantu. Semuanya terlakar pada tarikh itu. Bagaikan mereka sepasang kekasih yang pergi dating.

Mereka  berjalan berdua untuk menuju ke tempat permainan seterusnya. Dalam perjalanan hendak kesana, seorang lelaki yang memakai mask mengayuh basikal dengan laju menuju kearah Suyeon dan hampir melanggar gadis itu. Tapi mujurlah Hoshi ada. Sempat juga dia menarik tangan Suyeon kepadanya. Membuatkan Suyeon automatik berada dalam dakapan Hoshi.
 

“Yahhh takguna ! Bawa basikal tu elok-elok sikit!” – Bebel Hoshi. Tapi lelaki bertopeng itu tidak mengendahkannya. Lelaki itu memang aneh.

“Gwaenchana?” – Hoshi melepaskan Suyeon dengan perlahan. Wajah dengan penuh risau.

“Gwaenchana.. Haish jinjja, bawa basikal macam orang gila.” – Suyeon turut membebel.

“Kaja..”


Cuaca sangat baik hari ini. Mereka berdua memutuskan untuk makan ais krim di sebuah gerai kecil disekitar kawasan taman hiburan.

“Omo..omo..omo..comotnya…” – Hoshi mengelap aiskrim yang terlekat ditepi bibir Suyeon. Apa lagi, pipi Suyeon menjadi merah. Terasa kekok pula. Mereka berdua tersenyum antara satu sama lain. Suyeon sedar yang Hoshi seorang yang sangat penyayang dan prihatin. Memang betul-betul menarik sedikit hati Suyeon. Namun belum sepenuhnya. Masih ada ruang kosong dihatinya.

“Aigooo kau ni..macam budak-budak..” – Ujar Hoshi lalu menggosok-gosok kepala Suyeon.

“Yahhh…” – Suyeon menjeling manja lalu menghabiskan aiskrimnya yang makin mencair.

Telefon bimbit Suyeon berbunyi tanda mesej masuk.

[Ramai boyfriend kau.hari tu lain hari ni lain..dah lupa aku?]

Riak wajah Suyeon berubah serta merta.

“Waegeurae?” – Soal Hoshi menyedari riak wajah Suyeon.

[Gwaenchana kau taknak balas mesej aku..jumpa kau disekolah esok ;)]

“Aniya…takdek pape. Minhee bagitau gred saya turun sikit. Mak saya marah nanti.” – Suyeon cuba untuk menipu. Hoshi pun termakanlah tipu Suyeon tu.


Pintu belakang rumah itu dibuka oleh Suyeon. Kelihatan Seokmin dan Hansol sedang menikmati cupcake diatas meja makan.

“Haishh jinjja…baru je letak cupcake tu dalam peti semalam.” – Ujar Suyeon apabila melihat dua lelaki itu sedang rakus makan cupcake. Aceceh ‘rakus’. Mereka berdua hanya tersengih dan meneruskan makan.

“Ehh..jap…pergi kemas dekat ruang tamu. Bersepah.” – Arah Hansol dengan selamba sambil memakan cupcake. Nak tak nak, Suyeon terpaksa ikut cakap dia. Maklumlah, ni kan rumah dia.

Suyeon meringankan langkah dan tulang untuk mengemas diruang tamu. Beleber seorang diri sebab terpaksa kemas. Dia tertanya-tanya, mana pergi ibunya.  Sebenarnya, Wonwoo sedang bercerita tentang hal yang sebenarnya kepada ibunya dan Seungcheol.

“Sempat tak tengok muka dia?” – Soal Pn.Jung kepada Wonwoo.

“Aniyo. Tak sempat.” – Seungcheol mendengar dengan teliti.

Pn.Jung dapat merasakan sesuatu yang aneh dan rasanya dia tahu siapa. Cuma dia mendiamkan diri. Taknak orang lain tahu. Pada masa tu, Wonwoo tak teringat pasal mesej misteri yang sering menganggu Suyeon. Hanya Wonwoo sahaja yang tahu. Dalam fikiran Seungcheol pula, tak mungkinlah orang suruhan Hyesu. Sebab ayah Hyesu sangat tegas dan berwawasan, tak kanlah Hyesu nak buat macam tu.

Suyeon kesekolah dengan perasaan yang separuh takut, separuh okey.  Dia memasuki kedalam kelas dengan berhati-hati. Hari ini dia kesekolah dengan tiga belas orang lelaki kacak yang tinggal serumah dengannya. Rasa selamat sikit.

Tiba-tiba Hyesu datang ke mejanya lalu menumpahkan sos keatas meja Suyeon. Perlakuan itu mengejutkan seluruh kelas termasuk tiga belas orang lelaki itu.

“Apa kau buat ni?” – Marah Suyeon.

“Aku dah cakap kn aku akan balas balik..” – Hyesu ketawa kecil.

Entah macam mana, tangan Suyeon jadi ringan menyelek muka Hyesu dengan sos yang ditumpahkan diatas meja itu. Sekali lagi, semua orang dalam kelas itu terkejut.

“Aku bukan perempuan yang kau sangka..” – Kata Suyeon. Membuatkan Hyesu terasa sakit hati. Mukanya habis diselek sos oleh Suyeon.

“Dae..bak…” – Seungkwan mencelah.

-BERSAMBUNG……………..

AUTHOR'S NOTE

 

Fuh..dapat pun siapkan chapter 10. Yey !.. Sy tak ada apa nak cakap dekat sini, cuma nak ucapkan "Selamat Bersekolah" Heheheheheh XD

 

Extra:

 

Follow me on Instagram : __tteokbokki

*Give me your IG so that I can follow you ;) *

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
itsalice
Yeah, HEART ATTACK OFFICIALLY POSTER HAS REVEALED

Comments

You must be logged in to comment
ain_sooyoung #1
Chapter 29: Daebak....bestnye
tashale #2
Chapter 29: Ff yg terbaik .. Tq for the bonus chapter ..
khaisara #3
abis pun dri chap pertama smpai akhir memang daebak
huhu terharuT_T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 28: Masa baca ni tak sedar langsung dah nak habis sbb mata gentle tak boleh beralih dari skrin telefon . Seriously , you're daebakk !! Walaupun saya ship Suyeon dgn Wonwoo sbb Wonwoo bias saya , tapi saya tak kesah hihi (k)
Shy_Ira30 #5
Chapter 28: Perfect story. . huhuuu .. Love it
MissByunJimin
#6
Chapter 28: authorr!!!..bestnyeee..
saya suka sesangat..well pemint seventeen..
dan minggyu is my bias..muahah..
authorrnim..best sgttt..aigoo xtu nk ckp apa
tashale #7
Chapter 28: Final chapter .. Serious ff ni best
minlee123 #8
Chapter 28: Sequel please
Aida_Rusdi
#9
Chapter 28: Oh mai Wonwoo. Sokay, Mingyu pun Mingyu lah. XD