Pick Up - tyra99

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]
 
 
Tajuk cerita: The Last Note
Penulis: tyra99
Reviewer: LavenderAlisa19
Chapter 1-Chapter 11
 
 
Title [4/5]
Tajuk yang memang relevan dan berkait dengan jalan cerita, tapi awak tidak skor dari segi originaliti. Terdapat sebilangan besar fic di AFF ini yang menggunakan perkataan ‘last’ pada tajuk mereka, dan ini menjadikan tajuk cerita awak tipikal. Ia boleh menyebabkan surfers kat AFF ni terlepas pandang fic awak.
 
 
 
Description & Foreword [8/10]
Description yang cukup sebagai mukadimah atau info kepada jalan cerita awak. Tidak terlalu sikit, dan tidak juga terlalu mendedahkan. Awak meletakkan character chart dalam description awak, tapi instead of the common listing of character traits (seperti umur, perangai, status), awak bagi quote bagi setiap character. Ini merupakan satu kelainan, so props untuk awak.
 
Namun, saya juga dapati yang setiap character mempunyai quote masing-masing yang panjang dan misteri. Ditambah lagi dengan jumlah 'main characters' yang ramai, maka saya rasa semua ini agak overwhelming. Dan terdapat beberapa quote di bawah sekali. Semasa pertama kali membaca quote-quote ni, saya langsung tak faham. Dan sejujurnya, saya tengok sambil lewa je kat quote-quote ni. Tapi selepas membaca fic awak, baru saya nampak connection nya.
 
Secara peribadi, saya rasa lebih elok kalau awak boleh centre-kan character chart awak, supaya nampak lebih kemas. Oh ya, gambar Baekhyun dan Sunny tidak terpamer di foreword page awak. Mungkin awak boleh cari gambar mereka dari site lain.
 
 
 
Plot [12/15]
Plot yang menarik; di mana seorang karakter ingin mencari penulis kesayangannya yang ‘hilang’. Terdapat juga klu-klu yang diletakkan sepanjang jalan cerita, maka ia menjadikan pembaca-pembaca bertambah teruja.
 
Namun, saya juga dapati yang plot utama ini ‘terlindung’ kadang-kadang, bila hampir setiap karakter mempunyai kepentingan yang sama besarnya. Masing-masing seolah-olah membawa beban dan misteri mereka tersendiri. Tambahan lagi bila fic ini mempunyai bilangan karakter yang ramai, maka pembaca boleh jadi keliru: kat mana seharusnya mereka fokuskan pembacaan. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan yang plot ini menjadi agak overwhelming pada beberapa ketika; belum lagi selesai satu masalah, satu lagi masuk.
 
Dengan kemunculan Luhan baru-baru ni, saya percaya ada seorang atau dua karakter dalam Petunjuk Kedua yang akan muncul tidak lama lagi.
 
 
 
Characters [12/15]
Sunmi. Secara keseluruhan, saya boleh rumuskan yang Sunmi ni merupakan seorang anak kaya yang tipikal; yang mempunyai keluarga yang agak ‘pincang’, tidak menerima kasih sayang yang cukup, dan seterusnya menjadi seorang yang berhati batu. Dia seorang yang mementingkan diri sendiri, penuh dengan kebencian, berfikiran pesimis dan enggan menerima kasih sayang yang dipamerkan oleh orang lain. Sunmi juga seorang yang tidak menghargai kawan, dan hanya mencari kawan masa dia susah. Tapi saya percaya ada sejarah di sebalik semua ini, maka saya harap awak akan reveal nanti.
 
Jessica. Jessica adalah seorang yang misteri, dan dia seolah-olah tahu segala tindak-tanduk Sunmi secara terperinci. Dia juga merupakan source terbesar untuk Sunmi dalam pencarian author kesayangannya. Di Chapter 8, pembaca dapat menyelami sedikit sebanyak siapa Jessica secara personal, dan saya dapati yang Jessica juga seorang yang sinis, yang tidak hesitate mengatakan yang Sunmi dan Sunny adalah pasangan yang ‘bodoh’. Tetapi, pada masa yang sama, Jessica juga seorang yang sweet, dia seakan-akan bersimpati dengan keadaan Sunmi. Bagaimana dia backhug Sunmi selepas Sunmi mendapat panggilan dari mamanya dalam Chapter 5.
 
Sunny pula seorang yang loyal. Walaupun dia tahu yang Sunmi enggan menerimanya sebagai seorang kawan, dia tetap tidak berputus asa untuk cuba menawan Sunmi, kerana dia merupakan seorang yang menghargai sebuah persahabatan. Berdasarkan gambar Sunny yang terdapat pada kedua-dua poster yang awak tunjukkan sepanjang fic awak (salah satunya awak tunjukkan pada satu chapter sahaja), saya dapat rasakan yang Sunny bakal mempunyai role yang besar dalam fic ini. Saya juga dapati yang kesemua gambar Sunny (dalam posters dan character chart) mempunyai ekspresi wajah yang boleh dikirakan sinis. Ini agak bertentangan dengan personalitinya yang sweet sepanjang fic ini.
 
Sooyoung dan Baekhyun pula, seperti yang telah saya nyatakan dalam plot section, seolah-olah mempunyai cerita mereka tersendiri. Apa-apa pun, pembaca dapat tahu yang Baekhyun juga meminati D-Doll99 dan karya-karyanya. Oh ya, Baekhyun seolah-olah bertukar personaliti tiba-tiba: daripada bencikan Sunmi kepada sukakan dia. Tapi mungkin...mungkin dia sukakan Sunmi dari awal. Dia cuma tak nak mengaku.
 
Secara keseluruhan, awak tidak bagi depth bagi setiap karakter, tapi method ini boleh diterima memandangkan fic awak mempunyai bilangan karakter yang ramai. Cuma pastikan yang seorang karakter ini mampu dibezakan daripada yang lain.
 
 
 
Tatabahasa (Grammar) [6/15]
Awak telah bagi amaran kepada saya tentang kesalahan tatabahasa yang banyak dalam fic awak, dan saya dapati memang banyakSaya akan rumuskan kesalahan-kesalahan utama awak, kemudian, saya akan listkan kesalahan-kesalahan mengikut turutan bab. Saya akan tunjukkan beberapa kesalahan sahaja; saya tidak akan point out satu-persatu kesalahan yang terdapat dalam fic ni sebab seingat saya, saya tidak menawarkan khidmat beta-reader di kedai ini.
 
Berikut merupakan rumusan bagi kesalahan tatabahasa awak—yang bagi saya—amat serius.
 
1)Kesalahan pada tanda baca.  
Chapter 1
Awak buat:
Sunmi buntu,dia sendiri tidak tahu mengapa dia begitu bersungguh-sungguh mencari penulis itu.Semenjak dia membaca karya penulis itu, dia begitu ketagih dengan karya penulis itu.Kehilangan penulis itu memberi impak yang besar terhadap dirinya.Setiap malam sunmi akan membaca karya penulis itu sebelum terlelap .Itulah tabiatnya..
 
[Mesti ada jarak di antara tanda baca (noktah, koma, tanda tanya, tanda seru dll) dan perkataan seterusnya]
 
Pembetulan:
Sunmi buntu, dia sendiri tidak tahu mengapa dia begitu bersungguh-sungguh mencari penulis itu. Semenjak dia membaca karya penulis itu, dia begitu ketagih dengan karya penulis itu. Kehilangan penulis itu memberi impak yang besar terhadap dirinya. Setiap malam Sunmi akan membaca karya penulis itu sebelum terlelap. Itulah tabiatnya..
 
 
Awak buat:
'Sunny, kenapa call aku malam-malam macam ini ? tak nak tidur ? '
 
[Tidak sepatutnya ada jarak di antara tanda tanya dan perkataan sebelumnya]
 
Pembetulan:
‘Sunny, kenapa call aku malam-malam macam ini? Tak nak tidur?
 
 
2)Awak tidak mematuhi peraturan-peraturan dalam menulis dialog.
 
3)Random or missing capitalization. Awak amkan kata-kata khusus. Ada perkataan-perkataan yang seharusnya menggunakan huruf besar (seperti nama orang) awak kecilkan.
Contoh: sehun, sunmi, sunny, doktor chen/doktor Chen
Seharusnya: Sehun, Sunmi, Sunny, Doktor Chen
 
4)Kesalahan pada kata ganda.
 
Berikut merupakan kesalahan tatabahasa mengikut turutan bab.
 
Chapter 1
–Tidak ada jarak di antara tanda baca dengan perkataan seterusnya.
 
–Terdapat dua speakers pada satu perenggan. Pisahkan.
 
–Kesalahan ejaan.
Skrip (n), sunggu (h), kabul (r)
 
 
Chapter 2
–'Wah daebak!! hebatlah!!;  [hilangkan semi-colon]
 
 
Chapter 3
–Mata aku terbeliak memandang Sunny mujurlah dia tidak sedar
[perkataan yg tertinggal. Saya percaya awak tertinggal perkataan ‘tapi’.]
 
–'Terima kasih sebab kenalkan diri kamu Jessica,tempat duduk kamu dibelakang...
-Jessica mula melangkahkan kaki- 
di belakang... Lee Sunmi,Sunmi angkat tangan!'kata Puan Byun.
 
[Tanda sempang yang terdapat di awal dan hujung ayat yang saya highlight ini adalah tidak perlu. Bahkan, awak boleh ubah seluruh ayat ini supaya dapat connect dengan kedua-dua dialog]
 
Cadangan
‘Terima kasih sebab kenalkan diri kamu, Jessica. Tempat duduk kamu di belakang...’ Puan Byun berjeda seketika, namun Jessica sudah mula melangkahkan kaki tanpa menunggu Puan Byun menghabiskan kata-katanya. ‘di belakang...Lee Sunmi. Sunmi, angkat tangan!’ kata Puan Byun.
 
–Sooyoung menjerit sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah aku.Aku pun berjalan kearah nya lalu duduk di semeja dengannya.
[arahkuke arahnya]
 
 
Chapter 4
–'Lee Sunmi ! Kenapa lambat?kau tahu tak berapa lama kami tunggu'kata dia sambil bercekak pinggang. 
[who’s this ‘dia’? ‘dia’ could be ANYONE, so be specific. Dan ada 3 orang dalam bilik tu sebelum Sunmi datang, jadi tolong namakan siapa 'dia' ini.]
 
Saya tak suka cara kau merahsiakan semua benda dari aku
[Decide. ‘Saya’ atau ‘aku’?]
 
 
Petunjuk Pertama
–Luhan,ajar adik kamu ni..semakin lama,semakin biadap !
[perkataan yang tertinggal: cuba]
[Dan ada kesalahan dari segi tanda baca juga di sini. Selepas koma, mesti ada jarak. Dan tidak seharusnya ada jarak di antara ‘biadap’ dan tanda seru. Saya dapati ini merupakan tabiat (tidak baik) awak: memberi jarak di antara sesebuah perkataan dan tanda seru.]
 
–Semua orang sayang dia.Tapi sehun.. apa yang sehun ada ? Mungkin bala je kut, walaupun sehun lelaki,sehun ada perasaan dengki dengan dia !' kata Sehun lalu dia terdiam seketika.Hahaha,Sehun,kau cakap benda yang sama dengan apa yang Seohyun cakap.Korang berdua tak banyak berbeza.
[Ada dua POV di sini. Pisahkan.]
 
–Aku berasa seperti aku seorang manusia yang tak berguna.
[Redundancy. Ayat ini masih boleh berdiri sendiri tanpa ‘aku’ yang kedua.]
 
–'Erm,Sehun boleh tolong hyung.Hyung nak tak jawatan itu?Sehun akan buat apa saja untuk tolong hyung,sekali gus menjatuhkan Seohyun.'kata Sehun lalu dia  tersenyum jahat.Sehun,kau adik aku.Aku tahu apa yang kau fikir! aku kenal kau bukan setahun dua,sejak kau lahir lagi aku kenal kau. 
[kesalahan yang sama seperti sebelum ini. Terdapat dua POV di sini. Pisahkan]
 
–Dia menghiraukan semua orang dan kerap menangis.
[Saya percaya ada perkataan yang tertinggal di sini: ‘tidak’]
 
 
Chapter 5
–'Tunggu!'
 
'Percaya atau tidak sebenarnya kau ada kembar ! 'jerit Jessica dari belakang sambil memeluk tubuh..Reaksi mukanya nampak serius.Matanya pula memberi pandangan yang kosong.Aku tak dapat nak baca.Dia seperti menyembunyikan perasaan dia yang sebenar.Tapi aku pasti,dia tak bergurau .
[Satukan dua perenggan ini.]
 
–Aku dapat rasa yang dia bercakap benar tapi dia seperti menyembunyikan kebenaran pada masa yang sama.
[Susunan ayat yang kelihatan pelik. Saya sarankan awak perbetulkan ayat ini sedikit sebanyak.]
Cadangan:
Aku dapat rasa dia bercakap benar, tapi pada masa yang sama dia seperti menyembunyikan kebenaran.
 
–Penglihatan aku menjadi kabul lalu aku terus merebahkan diri ke bawah.
[kabur]
[bawah? Bawah apa? Mungkinkah awak maksudkan ke lantai? Atau ke tanah?]
 
 
Kembar
–dia mengesat air matanya dan memandang ke syiling.
[tiba-tiba ada duit syiling pulak kat hospital yg serba luas tu. Mungkin awak maksudkan ‘siling’? syiling=duit syiling/coin. Siling=ceiling]
 
–Aku menggeleng kepala aku lalu dia berjalan mendekati dia tapi tekalah apa yang dia buat,dia mengundur dirinya ke balakang. 
[dia berjalan mendekati dia? Sunmi berjalan mendekati Sunmi sendiri? Menyeramkan. Mungkin awak maksudkan ‘aku berjalan mendekati dia’?]
 
–'Pergilah bodoh ! bela lah engkau,kau buat apa dekat sini hah sial?Aku tak perlukan kau ! ' jerit dia sambil menolak kasar dada aku berkali-kali.Hah,Sun..apa yang patut aku buat.Kau dah melampau.Sekali lagi kau..-Kau tahu tak?kau ni memang lelaki yang t-
[Ada tanda kata (aphostraphe) yang ketinggalan di sini.]
 
– buaiyan [buaian]
 
 
Chapter 6
shuyong [Sooyoung]
 
–uncle jadi ambil hati sangat dengan perangai Sun tu.
-Dia memang macam tu,mungkin ini caranya dia meluahkan perasaan sayang dia dekat layan orang macam tu.
[Awak menggunakan perkataan yang salah dalam kedua-dua ayat ini]
 
 
Chapter 7
–'Saya nak tanya te  -- Yah,Chen !'' 
[Saya percaya dalam satu ayat ini, ada dua speaker berbeza: Sunmi dan Luhan. Pisahkan dialog-dialog ini. Ia seolah-olah Sunmi yang bercakap kesemuanya.]
Pembetulan:
‘Saya nak tanya te–’
 
‘Yah, Chen!’
 
–‘Take your time ! doktor Chen.’
[kesalahan pada tanda baca]
Pembetulan:
‘Take your time, Doktor Chen!’
 
 
Chapter 8
–aku tak percaya dengan istilah ' Happy even after ' [happily ever after]
 
waktu – waktu
[tidak seharusnya ada jarak di antara tanda sempang (-) dan perkataan-perkataan yang mendampinginya, sebab ini merupakan kata ganda, bukan dua atau tiga patah perkataan.
waktu-waktu],
budak – budak tak matang [budak-budak]
[[saya juga dapati yang kesalahan pada kata ganda ini bermula pada chapter 8 hingga ke chapter sekarang (Chapter 11)]]
 
–Sooyoung menghulurkan kotak rokok ke arah .
[yes? Arah apa? Arah siapa?]
 
–' --Boleh tak kalau korang berhenti bergaduh hanya sebab rokok yang memudaratkan ni ---
[tiga dashes ini tidak perlu. Menggunakan noktah sudah mencukupi, sebab ayat yang Jessica tuturkan berhenti di situ dan dia tiada menyambung lagi sebarang ayat selepasnya]
 
 
Petunjuk Kedua
-Waktu malam macam ni pun dia sanggup suruh anak lelakinya keluar barang seorang diri.
[saya percaya awak tertinggal satu perkataan di sini]
 
-'Woi, bela lah ! Kau nak apa ?
Menurut kamus online (sebab saya tak ada rasa nak selongkar almari saya untuk mencari kamus lama saya), ‘bela’ ialah:
1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh
2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah membela kambing.
3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan.
 
[Saya percaya tidak ada satu pun di antara tiga pengertian ini yang berkait dengan penggunaan ayat di atas. Dan saya percaya Jongin tidak membela/menternak  mana-mana kambing atau binatang sekalipun.
Mungkin ‘blah’ yang awak maksudkan?]
[Kesalahan ‘bela’ ini juga awak buat dalam bab Kembar]
 
–Lelaki yang bertanya Kim Jongin masih bernyawa.
 
 
Chapter 9
–Aku tak berapa faham ,apa kaitan petunjuk ni dengan yang sebelum ni. Aku memandang ke arah Jessica yang agak gelisah . Aku mengangkat kening , 'Kau dah kenapa ?
[tidak seharusnya ada jarak di antara tanda baca dan perkataan sebelum tanda baca.]
 
Pembetulan
Aku tak berapa faham, apa kaitan petunjuk ni dengan yang sebelum ni. Aku memandang ke arah Jessica yang agak gelisah. Aku mengangkat kening, 'Kau dah kenapa?
 
restaurat [restoran]
 
 
Chapter 10
–Aku tergelamkan muka aku ke bantalnya.
[tenggelamkan]
[mukaku]
 
 
Chapter 11
–Aku mengangkat bahu, ' Entah ? Aku ada pilihlah ? ' soalku.
[Saya tak faham ayat yang saya highlight ni. Tolong betulkan.]
 
–sebuah bola kerajang [keranjang]
 
–Orang tu mesti seseorangan yang penting dalam hidup dia.
 
 
Ada beberapa part yang saya tak nyatakan pembetulannya, kerana saya percaya awak dapat figure out sendiri.
Perlu diingatkan, apa yang saya tunjukkan ini hanyalah sebahagian kesalahan sahaja. Terdapat banyak lagi yang saya tak point out, tetapi semua itu hanyalah kesalahan yang berulang dari apa yang saya tunjukkan. Ada juga beberapa typo yang saya tak tunjukkan, dan saya percaya awak mampu kesan typo-typo ini kalau awak proofread chapters awak.
 
 
 
Writing Style & Perbendaharaan Kata (Vocabulary) [7/10]
Dalam Chapter 1, awak tukar POV dari POV orang ketiga (Sunmi) ke POV orang pertama (‘aku’). Saya tahu kedua-dua POV ini merujuk kepada Sunmi, tapi saya tak faham kenapa awak berbuat sedemikian sedangkan hampir keseluruhan fic ini menggunakan POV ‘aku’. Dan sejujurnya, saya tidak nampak signifikan perubahan tersebut.
 
Di akhir bab Kembar dan Chapter 8, frasa ‘end of POV’ boleh di-omit. Pembaca boleh tahu yang awak menggunakan POV yang lain dengan menyatakan ‘Her POV’ di bab yang seterusnya. Dan saya sarankan awak nyatakan siapa ‘her’. Gunakan ‘Sunmi’s POV’ atau yang sewaktu dengannya, sebab dalam fic ni, ada ramai perempuan jadi pembaca boleh jadi keliru.
 
Dari segi perbendaharaan kata pula, ada beberapa bahagian yang boleh dibaiki.
 
Chapter 3
–'Sunmi,jom kita berkawan dengan budak baru itu.'tanya Sunny.
[awak tidak menggunakan tanda tanya di hujung dialog ini. Saya berpendapat menggunakan perkataan ‘ajak’ adalah lebih sesuai]
 
 
Chapter 6
–Aku hanya memerhatikan dengan pandangan kosong.'It's okay,papa koma ,kalau kau cakap pun tak ada guna.'kata aku dengan suara yang serak.
[Suara yang serak secara umumnya digunakan bila seseorang itu menangis, atau dia sudah lama tak gunakan suara dia. Tetapi apa yang saya dapati, Sunmi tak merasa sedih, dan sudah setentunya dia menggunakan suara dia sebelum itu, dia cuma bersikap indifferent/tidak kisah.]
 
 
Chapter 7
–'Hmm,saya Luhan.Oh Luhan.Maaf ye. ' kata Luhan lalu dia menundukkan kepalanya 30 darjah.
[Sejujurnya, saya gelak bila tengok frasa ’30 darjah’ ni. Boleh pula diukur tundukan seseorang tu ye? Tak tahulah Sunmi bawa protractor dengan dia sekali dan seterusnya mengukur tundukan kepala Luhan. Haha.
Apa-apa pun, pada pendapat saya, menggunakan frasa ‘menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat pada kedua-dua gadis yang berada di bilik itu’ sudah mencukupi.
Sebab kalau awak guna ’30 darjah’ ni...atau beberapa darjah sekalipun, ia memberi impression yang ukuran-ukuran darjah ini membawa maksud tertentu. Of course, ‘tundukan badan 90 darjah’ adalah dikecualikan.]
 
 
Petunjuk Kedua
-' Padam muka kau !! ' *tikam* ' Lain kali * tikam* jangan pukul jongin ' jerit aku sambil menikam dia. 
[Jangan gunakan ‘*tikam*’. Be descriptive. Kesalahan menggunakan tanda bintang sebagai kata kerja ni juga terdapat pada bab-bab yang lain.]
 
Cadangan:
‘Padan muka kau!!’ jeritku sambil menikam pembuli itu. “Lain kali,” aku tikam lagi, “jangan pukul Jongin!”
 
 
Pada bab-bab awal fic ini, saya dapati yang awak gunakan perkataan ‘jerit’ sebagai kata kerja hampir di setiap dialog. Sampaikan saya rasa, “eh, karakter-karakter semua ni psycho ke, asyik jerit je kerja diaorang?” Malah, ada beberapa tempat yang tidak memerlukan ‘jerit’ sebagai kata kerja. Tapi di bab yang belakang-belakang, awak dah mula luaskan perbendaharaan kata awak. At least karakter-karakter tak main jerit-jerit lagi dah. Awak mula menggunakan ‘bercakap dengan suara yang lantang’ atau ‘meninggikan suara’ (atau yang sewaktu dengannya). Walaupun perubahan ini hampir tidak ketara, tetapi at least saya notice ada improvement di situ, kan? Haha, so good job.
 
Apa-apa pun, saya suka bila awak gunakan foreshadowing di beberapa tempat. Salah satu contoh ialah Sooyoung di Chapter 4. Dia seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu, dan saya percaya awak akan reveal ‘sesuatu’ ni di bab-bab akan datang.
 
Secara keseluruhan, writing style awak agak simple dan tidak deskriptif di bab-bab awal, namun ada kemajuan sepanjang jalan cerita awak. Good job.
 
 
 
Logicality [7/10]
Chapter 1.
“Aku mengalih pandangan ku ke arah seorang lelaki yang sama tinggi dengan aku.Dia menerap di atas katil”
Okay, macam mana ‘aku’ ni boleh tahu yang lelaki tu sama tinggi dengan dia, sedangkan lelaki tu sedang menerap atas katil (dan saya yakin maksud menerap ini adalah: berbaring atau duduk. Bukannya berdiri)?
 
Chapter 4, saya pun ikut tercengang kenapa Baekhyun tiba-tiba lari keluar selepas dapat tahu yang D-Doll99 log-in blog dia beberapa hari selepas tu. Macam...kurang siuman. Mungkin part ini mempunyai description yang kurang, maka scene ini agak...kurang diterima akal.
 
Bab ‘Kembar’. Saya rasa terperanjat sangat bila Baekhyun tampar Sunmi. Lelaki buat macam tu kat perempuan? Seriously? Paling kasar pun mungkin dia akan diamkan Sunmi dengan menekup mulut Sunmi dan memberi amaran, “Jangan kau berani nak cakap bukan-bukan pasal aku.” Bukan tampar.
Tapi penyelesaiannya? Sooyoung hanya meminta maaf bagi pihak Baekhyun, dan Sunmi seolah-olah lupakan adegan tu macam tu saja.
Sejujurnya, saya ingatkan adegan menampar ini boleh menjadi scene yang besar dalam fic awak, tapi dengan penyelesaian yang awak tunjukkan, saya rasa kecewa bila adegan menampar ini tidak memberi impak yang besar kepada mana-mana karakter.
 
 
 
Flow [7/10]
Flow fic ini okay. Cuma ada beberapa ketika di mana flow ini ‘tersekat’, terutamanya bila awak rewind sesuatu keadaan tu bila awak tukar POV (dari Sunmi ke Jessica). Dari segi pembacaan pula, kesalahan-kesalahan tanda baca yang terdapat pada fic ini menjejaskan flow pembacaan saya. Sebagai contoh, dalam bab ‘Petunjuk Kedua’:
 
"Setiap hari, aku diam - diam mengikut langkah dia, aku selalu berhati - hati supaya dia tak akan perasan. "
 
Nampak tak perkataan-perkataan yang saya highlight tu? Masa pertama kali membaca, saya tak tahu perkataan tu sebenarnya kata ganda. Bahkan, saya fikir itu tempat berhenti. Jadi saya terpaksa baca balik ayat-ayat ini untuk memastikan flow pembacaan yang baik.
 
 
 
Appearance [3/5]
Ada dua bab yang mempunyai font type yang berbeza dari bab-bab yang lain, menjadikan fic ini kurang konsisten. Malah, dalam Chapter 5, ada dua font type yang berbeza, jadi saya harap awak dapat decide font type mana yang awak nak guna. Di beberapa tempat, jarak di antara dua buah perenggan juga tidak konsisten, dan kecacatan ini amat nyata di Chapter 9. Betulkan.
 
Kesalahan tatabahasa awak juga menjejaskan standard formatting di dalam penulisan, menyebabkan fic ini kurang kemas. Jadi saya berharap sangat awak ambil berat soal tatabahasa ni.
 
Secara peribadi, saya suka background fic ni. Warna yang digunakan just nice.
 
 
 
Enjoyment [1/5]
Secara peribadi, saya seorang peminat cerita-cerita yang bertemakan misteri. Namun kesalahan-kesalahan tatabahasa awak yang berselerak menyebabkan saya tak mampu nak enjoy sepanjang membaca fic awak.
 
Bonus [+1]
 
Total: 68/100
 

 
My notes:
Terdapat banyak persoalan dan masalah yang awak timbulkan sebagai rencah bagi fic ni, dan saya berharap yang awak dapat leraikan kesemuanya dan tidak meninggalkan sebarang plothole pun.
 
Plot cerita yang sememangnya menarik tapi sayangnya dicemari oleh kesalahan-kesalahan tatabahasa yang sangat banyak.
 
Tolong betulkan tatabahasa awak, terutamanya dari segi tanda baca. Bagi saya, peraturan dari segi tanda baca ni lah yang paling basic sekali, jadi saya terperanjat dengan kesalahan yang berselerak dalam fic awak. Jangan pandang remeh akan soal tatabahasa. Ia seolah-olah menunjukkan yang awak tidak bersungguh-sungguh dalam menulis fic ini. Fic ni seolah-olah satu joke. Ia bertentangan dengan fic awak yang berkonsepkan misteri.
 
Melalui comment awak semasa membuat request di kedai ini, awak sendiri mengakui yang fic ini ada banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Kenapa tak nak betulkan? Jangan malas! Ini fic awak. Kalau bukan awak yang betulkan, siapa lagi?
 
Proofread chapters awak sebelum publish. Saya percaya awak dapat kesan kesalahan-kesalahan yang senang seperti ejaan. Perlu saya tekankan sekali lagi, bahawa memang banyak kesalahan ejaan dalam fic ni.
 
Kalau awak perasan, kesalahan-kesalahan tatabahasa awak juga menjejaskan section-section yang lain, bukan sekadar section tatabahasa.
 
Awak personally meminta review yang panjang sebab awak kata awak suka membaca review sebegini. Tapi saya harap awak tidak sekadar membaca, awak akan ambil teguran saya sedikit sebanyak. Mungkin bukan semua buat masa ini; satu-persatu. Step by step.
 
Now, saya tidak akan expect pun awak akan menukar cara penulisan awak supaya setanding dengan cara penulisan seorang novelis. Tidak. Saya cuma berharap awak betulkan tatabahasa awak dulu, lepastu tumpukan pada writing style awak. Saya akan terus subscribe fic ini untuk lihat perkembangan awak dan fic ni.
 
Kalau awak memerlukan sebarang clarification, sila tinggalkan komen atau PM saya. Saya look forward pada feedback awak.
 
Terima kasih sebab buat request di Death Note Review Shop! Jangan lupa kredit shop ni dalam foreword awak.
 
 
Lisa/LavenderAlisa19
5th April 2014
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。