Pick Up - purple_bap_lover

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

TITLE : PLEASE... LEAVE US...

WRITTEN BY : PURPLE_BAP_LOVER

REVIEWED BY : RIDZ-IRZATIE

 

Title: (4/5)
Kali pertama saya terpandang tajuk cerita ni, saya ingatkan ianya mengisahkan kehadiran orang ketiga dalam sebuah perhubungan cinta antara dua insan. Ternyata tafsiran saya salah. Awak berjaya menarik saya untuk membaca cerita awak ni. Huhu^^

Appearance: (4/5)
Poster :
Poster awak nampak simple, tapi menarik.
Background : Walaupun menggunakan layout yang hampir sama dengan poster, tetapi, sedikit sebanyak ia menimbulkan suasana yang menyeramkan kepada si pembaca.

Vocabulary/ Grammar/ tatabahasa : (13/15)
Penggunaan bahasa yang sangat sempoi pada permulaan cerita (sesuai dengan jiwa remaja), tapi masih lagi kelihatan menarik. Saya perasan sesuatu, bahasa penulisan awak semakin lama semakin memberangsangkan. Pada chapter yang pertama, awak lebih banyak menggunakan bahasa 'pasar' (tak salah gunakan bahasa harian kita, cuma macam pelik pula), tapi bila saya baca chapter2 yang seterusnya, saya ada nampak peningkatan dari segi penggunaan bahasa, dari bahasa 'pasar' ke bahasa yang formal (bukan baku ye). Jadi, ia membuatkan si pembaca merasa lebih selesa bila membacanya.

Awak pun pandai menggambarkan emosi setiap karakter dengan baik. Saya dapat rasakan setiap debaran dan ketakutan yang dirasai oleh karakter-karakter yang ada dalam ceita ni. Terutama sekali, karakter hantu. Walaupun ia hanyalah sekadar entiti yang menyeramkan, tetapi saya boleh nampak perasaan dendam hantu tu terhadap salah seorang karakter dalam cerita ini.

Walaubagaimana pun, terdapat kesilapan yang saya temui di sini. Sebagai contoh;

Chapter 1 :-

"Di kelas Tingkatan 5-a, semua pelajar sudah mula menguap. Sesi pembelajaran matapelajaran matematik tambahan betul-betul membosankan masa tu. Ditambah pulak dengan cikgunya yang terlalu tegas. Salah seorang pelajar lelaki yang sedang duduk di barisan tepi tingkap di belakang sekali menulis2 sesuatu di dalam kertas kecil."

Sepatutnya :-

"Di kelas Tingkatan 5-A, semua pelajar sudah mula menguap. Sesi pembelajaran bagi matapelajaran matematik Tambahan ketiku itu benar-benar membosankan, ditambah pula dengan guru matapelajarannya yang terlalu tegas membuatkan suasana di dalam kelas menjadi sunyi dan hambar. Dalam kesunyian itu, kelihatan seorang pelajar lelaki yang duduk di barisan paling belakang dan berdekatan dengan tingkap sedang menulis sesuatu di atas kertas kecil."

Saya rasa ayat di atas ni lebih sesuai walaupun ianya sedikit panjang (ini cuma pandangan saya je).

Dan ada lagi beberapa kesilapan kecil di bahagian yang lain, cuma saya tidak nyatakan kerana bagi saya, ianya masih boleh diterima.

Originality: (9/10)
Setakat ni, saya belum pernah baca cerita seperti ini. Bahagian ritual tu memang dah banyak kali saya baca, cuma caranya saja yang berbeza. Apa-apa pun, ianya tetap menyeramkan dan menyeronokkan!

Flow: (4/5)
Jalan cerita yang agak konsisten dan menarik. Cuma, bila awak membuat keputusan untuk letak status "hiatus" pada cerita ni, terus-terang saya katakan saya sedikit kecewa. Bukan bermaksud buruk, cuma saya rasa tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni *excited terlebih ni*.

Excitement: (5/5)
Saya merupakan peminat baru bagi cerita genre seram (sebab saya ni penakut..hehe). Terus-terang saya katakan, di antara semua cerita seram (Malay) dalam Asianfanfics ni, hanya cerita awak sahaja yang berjaya menarik minat saya. Selalunya saya lebih suka baca cerita seram edisi one-shot je, tapi cerita awak ni memang lain dari yang lain. Membuatkan saya ternanti-nanti kesudahan cerita ni.

Bonus: (5/5)
Untuk bahagian ni, saya nak beri markah penuh pada awak kerana awak berjaya membuatkan jantung saya berhenti seketika akibat terlampau terkejut. Saya tak sangka awak akan letak layout blog yang sebenar beserta gambar-gambar yang menyeramkan *nasib baik saiz gambar tu kecil*. Bagus, bagus~

Total :  (44/50) = 88%

Nota : Awak ada bakat sebagai seorang penulis genre seram! Cuma, saya harap awak boleh baiki kesilapan-kesilapan kecil yang ada dalam cerita ini. Dan jangan lupa update cerita awak ni (sebab saya dah subscribe awak). Saya tak kisah awak nak ambil masa berapa lama yang awak suka, asalkan cerita ni ada kesudahannya (tak nak la baca cerita tergantung).

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。