Pick Up - Syujie_evilmaknae

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

Story Title : Hello Baby?

Author : Syujie_evilmaknae

Reviewer : hotLover5



 

Title [4/5] 

Tajuk ni boleh la. Tak adalah teruk sangat, dan tak adalah terlampau eye-catching sangat. Tajuk awak sesuai dengan cerita ni, sebab awak nak buat cerita ni macam konsep Variety Show 'Hello Baby' kan? Jadi, saya boleh terima tajuk ni.

 

Appearances [4/5]

Poster awak comel dan sesuai dengan cerita awak. Cerita awak pun kemas, pemerengganan kemas. Senang kata, memudahkan pembaca nak baca.

 

Tatabahasa (Grammar) [9/15]

Awak kena ambil perhatian lebih dekat bahagian ni. Terus terang,saya tak kisah kalau awak nak gunakan bahasa pasar dan sempoi dalam cerita awak, cuma jangan terlalu keterlaluan. Ejaan awak pun banyak jugak yang salah. Saya tak rasa awak cuba salahkan ejaan tu. Cuba buat proof reading balik. Awak banyak tak gunakan imbuhan.  Awak pun banyak gunakan imbuhan -ter. Minta maaf cakap, imbuhan ter sangat tak sesuai. Imbuhan ter digunakan untuk benda yang tak sengaja dilakukan.

Saya anggap ni kesalahan biasa bagi penulis. Kata hubung digunakan sebagai permulaan ayat. Contohnya, Tapi, Dengan, Tiba-tiba, Yang. 

Lagi satu jangan tulis perkataan tiba-tiba -> tetiba. 

Ini antara kesalahan ayat awak 

 

Bab 1

Awak buat :

 time-time macam ni mesti manusia tengah terlena dibuai mimpi termasuk la bap kecuali Jung Daehyun.

Pembetulan :

 time-time macam ni mesti manusia sedang lena dibuai mimpi termasuk la Bap kecuali Jung Daehyun.

Bap -> Kata nama khas, kena huruf besar. Perkataan tengah tak sesuai, imbuhan ter tak perlu ada. Lena/tidur bukan perbuataan yang tak sengaja dilakukan.

 

 

Awak buat :

Dengan high note dia sudah cukup boleh mengejutkan membernya yang lain. 

Pembetulan :

Dengan high notenya yang nyaring itu, sudah mampu untuk mengejutkan membernya yang lain. 

 

 

Bab 2

Awak buat :

 Si Baby Mason menepuk tangannya yang temban lagikan gebu sambil ketawa.

Pembetulan :

 Si Baby Mason menepuk tangannya sambil ketawa gembira.

Perkataan gebu sesuai untuk kulit, tapi tangan saya tak pasti pulak.

 

 

Bab 3

Awak buat :

 Dalam bap Daehyun dengan Himchan yang selalu membuat darah Yongguk mengelegak naik. Yang si Youngjae, Zelo dengan Jongup masih lagi boleh dikawal. 

Pembetulan :

 Dalam kumpulan Bap Daehyun dan Himchan memang selalu bagi darah Yongguk mengelegak naik. Si Youngjae, Zelo dengan Jongup masih lagi boleh dikawal tahap kenakalan mereka.

 

 

Awak buat :

Yang pasti senyuman Jongup tak akan pernah tercabut di mukanya :-) 

Pembetulan :

Yang pasti senyuman Jongup tak akan pernah luntur di mukanya :-) 

Perkataan tercabut tak sesuai untuk senyuman.

 

 

Bab 4 

Awak buat :

"Oh boleh boleh boleh....." Pegawai Yoon itu mengangguk sahaja. Mengangguk dan mengangguk dan mengangguk sambil menatap komputer dimejanya. Himchan yang berada disebelah Yongguk kelihatan marah sekali. Sekali meletup habis pegaia tu. 'Ada jugak yang mampos kang...' detik hati Himchan.

Terus terang, saya tak faham ayat ni. Saya cuba fahamkan tapi tetap tak faham. 

 

Awak buat :

Mason pula selamat berada yang berada didalam pelukan Daehyun setelah Yongguk memberikan dia kepada 'Papa Dae' dia.

Pembetulan :

Mason pula selamat berada di dalam pelukan Daehyun setelah Yongguk memberikan dia kepada 'Papa Dae' dia.

Saya rasa, yang ini awak tersalah tulis.

 

 

Awak buat :

 Jongup pulak tak henti-henti dengan senyumannya dengan gigi rabbitnya dengan mata sepetnya.

Pembetulan :

Jongup pula tak henti-henti tersenyum, menunjukkan gigi rabbitnya dan mata yang sepet itu.

 

 

Bab 5

Awak buat :

Zelo tengah mentelaah buku kimia dia didalam biliknya.

Pembetulan :

Zelo sedang menelaah buku Kimia di dalam biliknya.

Perkataan tengah lebih sesuai digantikan dengan sedang. Menelaah salah eja, di dalam jarak.

 

 

Awak buat :

Maklum la cikgu yang mengajarnya garang macam kalah singa betina yang tengah pregnant

Pembetulan :

Maklum la cikgu yang mengajarnya garang macam singa betina yang tengah pregnant

Pilih salah satu perkataan sama ada awak nak letak macam atau kalah. Tak boleh letak dua-dua.

 

 

Bab 7 

Awak buat :

"Woah sedapnya spageti belacan hyung terbaik punye..!" Daehyun membuat thumb up

Pembetulan :

"Woah sedapnya spageti belacan hyung. Terbaiklah!" Daehyun membuat thumb up

 

 

Awak buat :

 Mason yang berada disebelahnya yang duduk diatas kerusi khas untuk bayi

Pembetulan :

 Mason yang berada disebelahnya duduk diatas kerusi khas untuk bayi sedang makan sambil disuapkan oleh Youngjae.

Ayat awak tergantung, patutnya sambung sedikit.

 

Sebenarnya, banyak lagi kesalahan awak, tapi saya senaraikan yang 'obvious' jek. Ejaan awak, tolong jaga, dengan imbuhan. Awak banyak letakkan imbuhan yang salah. Contohnya,

bermundar-mandir -> mundar-mandir

tertulis -> ditulis

terletus -> meletus

 

Kesalahan ejaan 

mentelaah -> menelaah

perihatin -> prihatin

teryanya -> terganga

dari pada -> daripada

 

Originality [9/10]

Plot cerita awak unik dan original. Tahniah! Saya boleh nampak keunikkan dalam cerita ni. Teruskan!

 

Flow [4/5]

Flow cerita awak constant. Teruskan dan tahniah!

 

Excitement [2/5]

Saya tak berapa nak enjoy cerita awak ni. Mungkin saya jek. Jangan risau cerita awak komedi, pembaca awak tetap enjoy dengan cerita awak.

 

Bonus [3/5]

Total : 35/50 = 70%


Nota akhir saya : Bahasa awak sempoi, tapi kalau boleh tolong jaga imbuhan dan ejaan awak. Behati-hati dengan tatabahasa awak. Cerita awak ada keunikkan yang tersendiri, teruskan =) Saya minta maaf, jika review saya terkasar. Harap dimaafi ye =)

 

hotLover5/alynn

6/4/2014

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。