Pick Up - kaiexoteenjoe

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

TITLE : HANA'S LULLABY

WRITTEN BY : KAIEXOTEENJOE

REVIEWED BY : RIDZ-IRZATIE

 

Title: (4/5)
Tajuk yang indah dan menarik perhatian. Saya suka. Huhu^^

Appearance: (3/5)
Poster : 
Maafkan saya kalau ayat saya ni kedengaran sedikit kasar, tetapi, terus-terang saya katakan, poster ini kelihatan tidak menarik dan tidak menggambarkan suasana cerita tersebut. Ayat yang terdapat didalam poster itu pun kedengaran agak janggal, maksud saya macam tidak kena. Adakah ia memang berbunyi begitu atau sepatutnya ia berbunyi, "Suaranya Bercerita Umpama Sebuah Lullaby Yang Indah Dan Amat Asing Didengari"?
Karakter : Pemilihan 'face-claim' karakter yang sesuai. Ulzzang yang awak gunakan untuk karakter Hana (OC) memang comel dan cantik. Memang sepadan dengan karakter Luhan yang comel dan kacak (kalau awak gunakan ulzzang seperti Park Hwan Hee or Kim Seuk Hye or Jung Roo, saya rasa memang tak sesuai kerana paras rupa mereka kelihatan matang)
Sinopsis : Sinopsis cerita yang memang menarik! Cuma, awak perlu mengolah semula sinopsis tersebut supaya ia kelihatan lebih indah dan misteri. Dengan cara itu, pembaca akan tertarik untuk membaca 'Hana's Lullaby' sehingga akhir kerana rasa ingin tahu mengenai maksud yang tersirat disebalik sinopsis itu. Satu lagi, elak daripada meletakkan prolog di bahagian 'Foreword'. Seelok-eloknya, letak prolog itu di dalam chapter yang baru di bawah tajuk 'Prolog'. Pada pendapat saya, apabila sesebuah prolog itu ditulis di bahagian yang sepatutnya khas untuk sinopsis dan pengenalan karakter, secara automatiknya, cerita itu hilang keistimewaannya (saya harap awak faham apa yang saya maksudkan. adakalanya fikiran saya ni boleh jadi pelik bila terlalu taksub dengan sesebuah cerita).

Vocabulary/ Grammar/ tatabahasa : (13/15)
Saya suka dengan gaya penulisan awak! Ianya kelihatan indah, seindah tajuk ceritanya. Dan saya nampak usaha awak untuk menghasilkan 'Hana's Lullaby' seperti novel dan cerpen cinta hasil karya penulis-penulis popular. Satu usaha yang bagus dan ianya berbeza dengan penulis-penulis AFF yang lain yang lebih menggunakan gaya penulisan yang sempoi.

Cuma, saya mendapati terdapat beberapa kesalahan di sini;

Sinopsis :-

Jung Hana diselubungi dunia bukan realiti Luhan.

Biarlah , dia mahukan itu.

Luhan , dunia sebenarnya 'plot twisted ' dari dunia yang dia ciptakan sendiri.Jadi tak salah dan Jung Hana ingin menjadi orang yang boleh sama-sama merasa dunia yang diciptakan lelaki itu.Boleh lari dari dunia yang alpha ini dan masuk ke dunia yang indah itu seketika sebagai terapi.

Lelaki ini istimewa , dia membesar lain dari kanak - kanak yang lain.Terperangkap di dalam Villa yang jauh dari bandar. Tidak pernah bermain dan di 'homeschooling' kan.Jejak tanah pun tidak pernah.Tetapi imaginasinya amat hebat.

Dunianya pada sebuah buku Nota dan pen.Setiap muka surat amat bermakna.

Dan secara jujurnya ,Jung Hana tak kisah jika terus terperangkap di dunia fiksyen yang diciptakan Luhan itu.

Pembetulan : 

Jung Hana diselubungi dunia khayalan Luhan...
Biarlah... Kerana itu yang dia mahukan...

Luhan... Dunia sebenarnya ternyata berbeza dari dunia ciptaan sendiri...
Ianya tidak salah, dan Jung Hana sendiri ingin menjadi insan yang turut merasai dunia ciptaan lelaki itu...

Melarikan diri dari dunia yang penuh dengan kealpaan dan sandiwara,
dan masuk ke dunia yang penuh dengan keindahan itu walaupun untuk seketika cuma...

Lelaki ini sungguh istimewa... Cara dia membesar berbeza dari kanak - kanak yang lain...
Terperangkap di dalam sebuah villa yang terpencil dari kesibukan kota..
Hanya mendapat pendidikan di dalam rumah agam milik keluarga...
Tidak pernah keluar, bermain malah tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah...

Tetapi... Ternyata imaginasinya amat hebat...
Dunianya hanyalah pada sebuah buku nota dan sebatang pen...
Setiap helaian muka surat amat bermakna baginya...

Dan secara jujurnya, Jung Hana tidak kisah jika terus terperangkap di dalam dunia fiksyen yang dicipta oleh Luhan itu...

Prolog :-

Zaman persekolahan tamat! dan tahniah kepada Jung Hana atas penamatan dari tahun-tahun teruk melihat keputusan yang ditanda dengan merah , beberapa kali menjawab kertas bersoalan bodoh yang Hana langsung tidak faham apa yang ditanya walaupun diajar banyak kali , menghadiri 90 % hari-hari siangnya di sekolah, menghadiri kelas dengan subjek yang tidak akan digunakan dan tiada kaitan dengan hidup dan memakai baju uniform sekolah yang perlu membasuhnya setiap hari.

Tamat .Tamat kan semua tu.

Jung Hana letih belajar lagi.

Pembetulan : 

Zaman persekolahan tamat! dan tahniah kepada Jung Hana atas penamatannya dari tahun-tahun teruk apabila melihat keputusan peperiksaan yang ditanda dengan dakwat berwarna merah. Beberapa kali Hana perlu menjawab kertas soalan bodoh yang dia sendiri langsung tidak memahami apa yang ditanya walaupun telah diajar berulang kali. 90% dari kehidupannya, dia perlu menghadirkan diri ke sekolah, mengikuti kelas dengan subjek yang tidak akan digunakan dan tiada kaitan dengan hidupnya, dan memakai baju uniform sekolah yang perlu dibasuh setiap hari.

Tamat! Tamatkan semua itu!

Jung Hana letih untuk belajar lagi.

Dan juga terdapat kesalahan-kesalahan di bahagian lain, cuma saya tidak dapat nyatakan semua kerana ia terlalu banyak. Dan saya juga bukanlah seorang guru Bahasa Melayu yang arif dalam tatabahasa, jadi pengetahuan saya adalah terhad. Walaubagaimana pun, secara keseluruhannya, saya tetap menyukainya kerana, walaupun susunan di setiap bait-bait perkataan tidak berapa kemas, ianya masih kelihatan indah dan membuatkan pembaca rasa terbuai dan khayal ketika membacanya, seolah-olah dia sendiri adalah karakter utama itu.

Dan yang paling penting, cara awak menyampaikan emosi dan perasaan setiap karakter. Ianya disampaikan dengan begitu teliti dan baik sekali. Cara awak menyampaikan setiap emosi karakter seolah-olah ianya diadaptasi dari sebuah kisah benar! Saya sendiri pun berasa sakit, kecewa, marah, suka, segan dan sebagainya seperti yang dialami oleh Luhan dan Hana. Satu pujian buat awak! *harap awak boleh dengar satisfaction's clap dari saya*

Originality: (10/10)
Kebiasaannya kita dihidangkan dengan fanfic yang dimana karakter perempuan menjadi seorang yang sangat kasihan dan tiba-tiba, muncul karakter lelaki lalu mengubah kehidupannya, betul tak? Tetapi, lain pula dengan 'Hana's Lullaby', ia lebih memfokuskan pada karakter lelaki sebagai watak utama, yang mengharungi kehidupannya di dalam dunia ciptaan sendiri dan hanya ditemani oleh buku dan pen sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Oleh kerana saya masih belum pernah baca mana-mana cerita seumpama ini, jadi saya ingin mengatakan bahawa awak mempunyai idea yang sangat hebat!

Flow: (4/5)
Biasa dan stabil, maksud saya ianya dihasilkan dengan baik dan tidak dibuat secara terburu-buru. Disebabkan 'Hana's Lullaby' hanyalah two-shot's story dan cerita ini pun masih di dalam pembikinan, jadi saya selalu ternanti-nantikan bahagian yang kedua (terakhir) untuk mengetahui kisah yang selanjutnya dan kesudahan cerita, samada ianya berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan atau mungkin kedua-duanya sekali.

Excitement: (5/5)
Saya dah jatuh cinta dengan cerita awak! Di saat saya baca cerita ini, saya terus subscribe awak! *plus upvote dari saya kerana cerita yang menarik d(^-^)b* Terus-terang saya katakan saya belum pernah baca Malay fanfic genre romance sebaik ini! Lagipun, saya sendiri bukanlah peminat genre romantis (kerana ianya sangat janggal dan mengelikan *bagi saya la..kekeke*).

Bonus: (4/5)
No comment on this section.

Total :  (43/50) = 86%

Nota :  Awak sememangnya memiliki bakat dalam bidang penulisan! Cuma, awak perlu memperbaikikan lagi tatabahasa awak dan seboleh-bolehnya, elakkan penggunaan perkataan bahasa inggeris ketika menghuraikan sesuatu situasi (untuk dialog dibenarkan), melainkan ada perkataan-perkataan yang kedengaran agak janggal apabila dialih ke bahasa melayu sepeti cliche, sense/sixth-sense dan istilah perubatan ('Italic'kan perkataan bahasa inggeris tersebut). Yang paling penting jangan sesekali menggunakan 'bahasa pasar' ketika menghuraikan situasi kerana ianya tidak sesuai dan kemungkinan pembaca akan keliru samada ianya adalah dialog, monolog atau huraian cerita. Sekiranya awak boleh memperbaiki kelemahan dan meningkatkan mutu penulisan awak, percayalah, awak boleh jadi seorang penulis atau novelis yang berjaya suatu hari nanti.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。