Pick Up - OhChanHan

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

TITLE : I CAN SEE A GHOST???

WRITTEN BY : OHCHANHAN

REVIEWD BY : RIDZ-IRZATIE

 

Title: (1/5)
Tajuk cerita ni terlalu biasa dan tidak menarik. Ianya juga tidak sesuai dengan jalan cerita ini.

Appearance: (4/5)
Poster :
Poster cerita ni terlalu simple dan kelihatan tidak menarik. Awak kena cari postershop yang boleh buatkan poster yang cantik untuk awak.
Trailer : Saya suka dengan trailer cerita awak. Walaupun karakter hantu dalam trailer bukannya karakter Luhan, tapi saya tetap menyukai.
OST : OST yang sangat menarik dan sedap didengar! Sesuai dengan jalan cerita awak. Awak ke yang pilih lagu ni? Kalau ya, awak memang ada citarasa. Huhu^^
Karakter : Awak bijak menggunakan 'face-claim' karakter yang sesuai. Saya boleh bayangkan wajah Haera dengan ulzzang yang awak gunakan (harap awak boleh faham apa yang saya maksudkan. saya ni memang pelik sikit. hehe).

Vocabulary/ Grammar/ tatabahasa : (13/15)
Gaya penulisan yang sempoi (memang sesuai dengan jiwa remaja). Tetapi, saya nak tekankan cara awak menulis cerita 'I Can See A Ghost' ni. Ianya kelihatan tidak tersusun dan adakalanya sukar untuk difahami. Walaupun jalan ceritanya menarik, tetapi dengan cara penulisan macam tu boleh membuatkan si pembaca terasa pening dan sedikit keliru.

Saya juga mendapati ada beberapa kesalahan di sini;

"Hoi!! Kau nak pergi mana tu??" jerit Luhan kepada Haera yang sedang bersiap sedia pergi ke kolej.

Pembetulan"Hoi!! Kau nak pergi mana tu??", jerit Luhan kepada Haera yang sedang bersiap sedia untuk pergi ke kolej.

" Hoi, polis trafik, Siapa yang duduk di situ??" tanya Luhan dekat Haera apabila Dia melihat sesuatu yang menarik pandangan dia.  Luhan menunjuk ada sebuah meja di belakang dan diatasnya ada sebingkai gambar seorang gadis yand sedang tersenyum.

Pembetulan : "Hoi, polis trafik! Siapa yang duduk di situ??" tanya Luhan pada Haera apabila dia terlihat sesuatu yang menarik pandangannya.  Luhan menunjuk pada sebuah meja di belakang dan diatasnya ada sebingkai gambar seorang gadis yang sedang tersenyum.

Tiba-tiba Luhan pergi ke arah Haera dengan dekat. Dia pun buatlah muka 'smirk' dia tu. Haera tak tahu nak buat apa. Dia hanya mengudur ke belakang. Semakin lama semakin dekat pulak dia ni..Haish!!

Pembetulan : Tiba-tiba, Luhan bergerak lalu mendekati Haera dengan wajah yang menyeringai. Haera tidak tahu nak buat apa dan sekadar mengundur ke belakang, cuba menjauhi Luhan. 'Makin lama makin dekat pulak dia ni..Haish!!' gerutu hatinya.

Dan ada lagi kasalahan-kesalahan yang lain. Cuma, saya tidak nyatakan kerana ianya terlalu banyak. Seboleh-bolehnya, awak cuba perbaikikan lagi tatabahasa cerita ini. Dan sekiranya boleh, elak dari menggunakan 'bahasa pasar' ketika menghuraikan sesuatu situasi (untuk dialog, boleh) kerana pada pendapat saya, ianya nampak tidak kena dan saya sendiri rasa tak selesa ketika membacanya. Disamping itu, ianya juga sedikit mengelirukan kerana saya sendiri pun tidak dapat bezakan samada huraian tersebut adalah sebuah dialog, monolog atau gambaran situasi/emosi karakter.

Satu lagi, awak perlu nyatakan tahun bagi setiap momen imbasan kembali di dalam cerita memandangkan semua karakter utama ini pernah hidup dalam dua zaman yang berbeza (saya tahu ianya bermaksud kelahiran semula memandangkan orang di sana percaya akan kehidupan kedua selepas mati). Ianya bagi memudahkan pembaca untuk memahami setiap perkara yang berlaku ke atas karakter-karakter tersebut sebelum ini. 

Walaubagaimana pun, saya harus beri pujian pada awak kerana awak berjaya 'menghidupkan' karakter 'I Can See A Ghost??'. Maksud saya, cara awak menyampaikan emosi dan personaliti setiap karakter membuatkan ia kelihatan hidup dan benar. Saya dapat rasakan perasaan yang Haera alami sepanjang dia hidup bersama Luhan, kejahatan yang tersembunyi dalam karakter Baekhyun dan juga perubahan sikap mendadak Auntie Jessica selepas dia menjaga 'Jiae'.

Originality: (8/10)
Saya tak pasti samada ada penulis lain yang buat cerita seperti awak sebelum ini. Tetapi, saya ada nampak sedikit persamaan cerita ini dengan drama bersiri 'Ghost Whisperer' lakonan Jennifer Love Hewitt (drama kesukaan saya! huhu^^). Cuma, yang menariknya awak menggunakan idea awak yang tersendiri dan menjadikan ia tidak kelihatan sama dengan drama bersiri popular tersebut. Satu pujian buat awak.

Flow: (4/5)
Cepat tetapi stabil. Walaupun ianya semakin lama semakin pendek untuk setiap chapter (saya perasan tu), tetapi ianya kelihatan tidak terburu-buru dan cerita tersebut berjaya membuatkan pembaca khayal, seolah-olah mereka berada di dalam cerita itu sebagai karakter utama (saya mengaku saya sendiri mengalaminya).

Excitement: (4/5)
Saya menyukainya! Terus-terang saya katakan saya baru 'subscribe' cerita awak kerana saya tak sabar mengetahui kesudahan cerita 'I Can See A Ghost??'. Apa yang akan terjadi pada karakter Haera, siapa sebenarnya Baekhyun dalam cerita ini, kenapa Luhan dan Haera dibunuh pada hayat lepas, semuanya saya nak tahu.

Bonus: (4/5)
Saya beri markah bonus pada awak kerana awak letakkan gambar pada sebahagian chapter 'I Can See A Ghost' bagi memudahkan pembaca membayangkan reaksi wajah, gambar dan barang yang dimiliki karakter. Kalau awak ada gambar anak patung untuk anak patung 'Jiae' (letak 2 gambar. satu anak patung yang buruk dan satu lagi anak patung yang cantik) l
agi bagus! Sekurang-kurangnya pembaca tahu rupa sebenar anak patung tersebut pada pandangan mata Auntie Jessica dan pandangan mata orang lain.

Total :  (38/50) = 76%

Nota : Awak seorang penulis yang baik dan memiliki idea yang kreatif. Cuma, awak perlu memperbetulkan kesalahan tatabahasa, dan juga memperbaikikan lagi cara penulisan dan penyusunan cerita 'I Can See A Ghost??' ni. Kalau awak boleh memperkemaskan lagi cerita awak dan ikut tips yang saya berikan di ruangan 'vobulary/grammar/tatabahasa', saya boleh jamin cerita awak akan jadi lebih menarik. Saya mengaku saya rasa seronok sangat ketika membaca cerita awak ni. Tetapi sayangnya, ia tidak digarap dengan baik. Saya harap awak tidak terasa hati dengan komen saya. Saya nyatakan ini semua demi kebaikan awak kerana saya nampak potensi awak untuk jadi seorang penulis yang baik di AFF ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。