Pick Up - KyungsooWifeu

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]
 
 
Penulis: KyungsooWifeu
Reviewer: LavenderAlisa19
Review untuk bab 'Prologue' hingga bab 'Dua'
 
 
Tajuk [3/5]
Tajuk yang simple tapi sayangnya tidak mempunyai special trait yang membuatkan ia memorable/stand out. Kalau saya salah seorang surfer yang sedang mencari-cari fic untuk dibaca bagi mengisi masa kosong, saya akan terlepas pandang fic awak, sebab tajuk cerita ini tidak mempunyai daya tarikan (appeal) yang kuat. Awak juga tidak skor dari segi originaliti sebab agak banyak fic lain yang menggunakan tajuk yang hampir sama. 
 
Walaubagaimanapun, tajuk ini masih relevan dengan jalan cerita awak, dan bagi saya, aspek ini yang paling penting dalam memilih tajuk cerita.
 
 
 
Description & Foreword [9/10]
Awak mengaitkan tajuk cerita awak dengan beberapa potong ayat yang awak gunakan dalam description awak, dan saya rasa itu satu cara yang sangat bijak. Walaupun tajuk cerita awak tidak mempunyai daya tarikan yang kuat, seperti yang saya katakan di atas, tapi description awak mampu mengisi kekurangan itu.
 
Di bahagian foreword pula, awak hanya meletakkan sebuah character chart. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang meneliti character charts sebelum membaca sesebuah cerita kerana bagi saya, character charts boleh dikira sebagai spoiler. Semasa membuat analisis untuk fic ini pun, saya tengok character chart awak dengan sekali imbas sahaja. Tetapi semua ini bergantung kepada preference masing-masing sebenarnya (kalau saya tak berkenan, mungkin orang lain suka), jadi saya tidak akan tolak markah tentang itu dalam section ni.
 
Secara keseluruhan, foreword page awak simple dan awak tak letak banyak benda di situ. Awak boleh buang quote yang terdapat dalam foreword awak, sebab sama dengan yang dalam description kan? Dari segi kekemasan pula, saya sarankan awak align left atau centre kan seluruh character chart awak.
 
 
 
Plot [10/15]
Dalam bab Prologue, awak memberikan sedikit sebanyak background bagi kedua-dua karakter utama, Kai dan Sera. Awak juga menyelitkan sedikit sebanyak kisah silam Kai dalam bab Satu, iaitu perihal ibunya yang dibunuh oleh ayahnya. Saya rasa ini merupakan strong point fic awak setakat ini. Dalam bab Dua pula, awak menemukan kedua-dua karakter utama ini.
 
Sejujurnya, saya masih belum dapat menggarap apa-apa jalan cerita yang kukuh dari fic ini. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan yang fic ini masih lagi di peringkat pengenalan; masih lagi dalam sesi suaikenal dengan watak-watak.
 
Saya tak tahu apa plan asal awak memasukkan watak Taewoo si kecil dalam cerita ini, tapi saya mengandaikan yang awak akan mengaitkan keadaan Taewoo dengan Kai. Mungkin mereka mempunyai pengalaman yang serupa dan ini boleh menjadikan Sera lebih faham akan masa silam Kai semasa mereka berkenalan nanti. Kalau memang awak memasukkan unsur ini dalam fic awak, saya rasa ini satu point yang amat baik sebab Taewoo merupakan seorang yang dekat dengan Sera.
 
 
 
Karakter [12/15]
Kai. Dia seorang yang prejudis dan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap golongan-golongan elit. Mungkin disebabkan oleh masa silamnya? Dia juga seolah-olah mempunyai dua sisi personaliti yang berbeza: Kai dan Kim Jongin. Kai adalah ‘topeng’ yang dipakai dan ditunjukkan kepada orang-orang di sekelilingnya. Yang ‘digunakan’ setiap kali dia keluar dari rumah atau dari kepompong selesanya. Manakala Kim Jongin pula merupakan sisi personaliti yang lebih rapuh, yang hanya ditunjukkan kepada orang-orang yang sangat dipercayainya.
 
Sera. Dia merupakan seorang yang easy-going dan mempunyai hati yang baik. Dia tidak mudah melenting walaupun hatinya tengah berapi. Secara keseluruhan (setakat Bab Dua), Sera mempunyai personaliti yang sweet dan dia bukan seperti golongan-golongan elit yang tipikal dan sombong. Dia tidak seperti mereka yang berada di dalam persepsi prejudis Kai.
 
Bagi saya, watak-watak ini juga terdapat di sebilangan besar fic-fic yang lain: seorang mempunyai personaliti yang cold, seorang lagi happy-go-lucky. Saya tak ada masalah dengan semua ini, lagi-lagi bila cerita ini masih lagi di tahap mukadimah, jadi saya tak boleh judge dengan lebih awal dengan mengatakan yang watak-watak yang awak gunakan ini adalah watak-watak stereotype. Apa yang saya harapkan ialah: awak dapat ‘lari’ sikit dari unsur stereotype ini, contohnya dengan menjelaskan dengan baik mengapa Kai mempunyai personaliti sedemikian.
 
Saya juga berharap yang awak tidak akan mengumpamakan Sera seperti angel di sepanjang cerita awak. Sebab tiada manusia (dan ini termasuk watak-watak dalam cerita) yang dilahirkan sempurna dan tidak mempunyai sebarang cacat cela. Mungkin awak boleh buat Sera melenting dengan Kai pada masa akan datang dalam fic ni? Of course pada waktu dan keadaan yang sesuai.
 
 
 
Tatabahasa (Grammar) [14/15]
Secara keseluruhan, tatabahasa awak adalah di tahap yang sangat baik. Awak mematuhi kebanyakan peraturan-peraturan dalam tatabahasa, seperti tanda baca, ejaan dan sebagainya. Cuma ada beberapa kesalahan-kesalahan kecil yang mungkin awak terlepas pandang; saya akan tunjukkan dan huraikan kesalahan-kesalahan tersebut di bawah.
 
1.  Koma vs Noktah dalam dialog
Bab Dua
Awak buat“Annyeong omma. Saranghae.” Dia berbisik sendirian sebelum memusingkan badannya, mengatur langkah keluar dari tanah perkuburan itu.
Pembetulan“Annyeong omma. Saranghae,” dia berbisik sendirian sebelum memusingkan badannya, mengatur langkah keluar dari tanah perkuburan itu.
 
Awak buatSehun membuat aksi seperti hendak muntah, “Pfft. Aku rindu kau? Takde maknanya.”
PembetulanSehun membuat aksi seperti hendak muntah. “Pfft. Aku rindu kau? Takde maknanya.”
 
Awak buat:
Kai menggaru hidungnya, “Suho hyung mana?”
“Oh. Hyung suruh aku cakap kat kau yang dia tak dapat datang hari ni sebab dia ada hal.” beritahu Sehun.
Pembetulan:
Kai menggaru hidungnya. “Suho hyung mana?”
“Oh. Hyung suruh aku cakap kat kau yang dia tak dapat datang hari ni sebab dia ada hal,” beritahu Sehun.
 
[Gunakan koma jika kata kerja yang digunakan itu berkait terus dengan dialog. Gunakan noktah jika sebaliknya.]
 
 
2.  Penjodoh bilangan yang tertinggal
Bab Dua
Kanak-kanak yang dari tadi menunggu, dengan serta-merta menyerbu ke arah pemilik suara yang sedang melangkah masuk sambil menjinjit dua beg plastik.
[dua buah beg plastik]
 
Kai menyeluk kedua-dua belah tangan di dalam saku seluarnya lalu berjalan kaki ke arah kafe yang terletak tidak jauh dari situ.
[ke arah sebuah kafe]
 
 
3.  Imbuhan
Bahagian ini saya agak ragu-ragu untuk menegur sebab pengetahuan saya mengenai imbuhan ini sudah mulai kabur, tapi pada yang sama, sebagai seorang reviewer, ia merupakan tanggungjawab saya untuk menegur mana-mana bahagian yang saya rasa kurang betul. Apa-apa pun, kalau kesilapan itu berada pada pihak saya, pada teguran saya, dan awak rasa awak telah menggunakan imbuhan itu dengan betul, awak tidak perlu mengubahnya mengikut saranan saya.
 
Bab Prologue
Setelah beberapa minit berada di dalam kamar mandi, Kai akhirnya keluar dengan sehelai tuala terlilit pada pinggangnya.
[Bagi saya, imbuhan awalan ‘di-’ adalah lebih sesuai digunakan. Sebab imbuhan awalan ‘ter-’ menunjukkan yang perkerjaan itu dibuat dengan tidak sengaja.]
 
Bab Satu
Bas bernombor 12 itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah papan tanda yang tertulis, “Tanah Perkuburan Apgujeong.”
[Imbuhan awalan ‘ber-’ adalah lebih sesuai digunakan.]
 
 
 
Cara Penulisan & Perbendaharaan Kata (Vocabulary) [8/10]
—Terdapat beberapa bahagian di mana awak menggunakan perkataan yang berulang, atau turut menggunakan perkataan lain yang sama maksudnya.
 
Bab Satu
Kai mematikan langkahnya tatkala dia menjumpai kubur yang selalu dikunjunginya setiap hari.
[Awak boleh tinggalkan perkataan ‘selalu’ sebab ‘setiap hari’ sudah memberi impression yang kubur itu memang sudah selalu dikunjungi.]
 
Bab Dua
Awak buat: Aku ada benda yang nak kena diselesaikan tadi.
Cadangan: Aku ada benda yang nak diselesaikan tadi.
 
 
Bab Satu
Kedai itu tidak terlalu popular di kalangan orang yang tinggal di kawasan yang jauh dari Apgujeong. Kedai itu beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kedai itu diuruskan oleh seorang lelaki yang bernama Junhyung. Menurut Junhyung, kedai itu diwarisi dari mendiang ibunya yang ingin melihat kedai itu terus beroperasi biarpun dirinya sudah tiada.
 
[Awak menggunakan teknik penekanan dalam menjelaskan kedai ini, iaitu dengan menggunakan atau mengulangi frasa ‘kedai ini’ di permulaan setiap ayat. Awak juga menggunakan teknik penjelasan yang sama di lain-lain tempat, seperti ayah Jongin, dan tubuh Taewoo yang didera berulang kali. Kedua-duanya berada di dalam bab Satu.
Bagi saya, penggunaan teknik penekanan dalam menjelaskan kedua-dua situasi ini (ayah Jongin dan Taewoo) adalah sangat sesuai kerana mereka mempunyai impak yang besar dan sesuai dengan mood.
Namun, teknik penekanan ini kurang sesuai digunakan untuk menjelaskan kedai yang disebutkan di atas, kerana pada pengamatan saya, kedai itu tidak mempunyai signifikan yang besar dalam cerita awak. Ianya hanya setting sampingan.
Awak boleh satukan beberapa ayat bagi mengurangkan tahap kepentingan kedai ini dalam cerita awak.]
 
Cadangan:
Kedai itu tidak terlalu popular di kalangan orang yang tinggal di kawasan yang jauh dari Apgujeong. Kedai yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu diuruskan oleh seorang lelaki yang bernama Junhyung. Menurut Junhyung, kedai itu diwarisi dari mendiang ibunya yang ingin melihat kedai itu terus beroperasi biarpun dirinya sudah tiada.
 
 
—Awak juga menggunakan beberapa perkataan bahasa Korea yang diromankan. Awak boleh kekalkan method ni, tapi saya sarankan awak guna perkataan-perkataan basic dan umum hanya, supaya lebih ramai pembaca faham makna perkataan yang digunakan. Kalaupun awak ingin terus menggunakan perkataan-perkataan romanized Korean ini, lebih-lebih lagi perkataan-perkataan yang agak sukar, berikut merupakan cadangan saya tentang penggunaannya.
 
Bab Dua
Awak buat: Setelah beberapa saat menunggu, Sera akhirnya berputus asa. Nak tunggu lelaki ni jawab soalan, macam tunggu ayam jantan bertelur, which was never. Jadi akhirnya, Sera membongkokkan badannya sekali lagi. “Jwesonghamnida.”
Cadangan: Setelah beberapa saat menunggu, Sera akhirnya berputus asa. Nak tunggu lelaki ni jawab soalan, macam tunggu ayam jantan bertelur, which was never. Jadi akhirnya, Sera membongkokkan badannya sekali lagi, sebagai tanda meminta maaf/meminta izin. “Jwesonghamnida.”
 
[Sebenarnya saya kurang pasti maksud ‘jwesonghamnida’ ini, jadi saya main hentam je lah makna dia, haha. Apa-apa pun, apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah: jelaskan maksud perkataan-perkataan itu dalam narration awak, sebelum atau selepas dialog itu.]
 
 
—Tentang penggunaan bahasa dan cara penulisan pula, mereka simple tapi di tahap yang baik. Awak mengekalkan formal tone dalam fic awak serta tidak menggunakan shortform, dan ini merupakan sesuatu yang harus dipuji. Keep it up.
 
 
 
Believability [10/10]
Full score untuk section ini. Tidak ada adegan-adegan yang menimbulkan persoalan.
 
 
 
Flow [9/10]
Setakat ini, flow fic awak tiada masalah. Cuma pada bahagian pertukaran POV di bab Dua, flow pembacaan saya agak terganggu.
 
 
 
Struktur/Presentation [4/5]
—Terdapat satu dua tempat di mana awak satukan dua speakers pada perenggan yang sama. Tolong berhati-hati. Kesalahan ini terdapat di setiap bab.
 
—Ini cuma pandangan peribadi saya: saya rasa lebih sesuai jika awak letakkan tanda (‘) atau gunakan Italics untuk dialog-dialog karakter yang bercakap di dalam hati. Sebagai contoh:
 
Bab 2
Sera tersenyum. ‘Ingatkan dah bisu, boleh bercakap lagi rupanya.’ Tapi tidak mungkin diluahkannya.
Atau
Sera tersenyum. Ingatkan dah bisu, boleh bercakap lagi rupanya. Tapi tidak mungkin diluahkannya.
 
Walaubagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, ini cuma pendapat peribadi saya, kalau awak tak nak ambil pun tak ada masalah.
 
—Font type dan size yang awak gunakan adalah konsisten. Jarak di antara dua buah perenggan juga begitu. Jadi secara keseluruhan, fic awak adalah kemas :)
 
 
 
Enjoyment [4/5]
Cara penulisan awak yang baik dan konsistensi dalam fic ini membolehkan saya enjoy cerita awak, tapi seperti yang saya katakan tadi, fic ini masih lagi di peringkat pengenalan, jadi belum ada bahagian-bahagian klimaks yang membuatkan saya rasa benar-benar teruja.
 
 
Total: 83/100
 

 
My notes:
Saya perasan yang awak dah lama tak update cerita ni, tapi saya berharap awak belum berputus asa dalam meneruskannya sebab dari apa yang saya lihat, fic ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi cerita yang baik.
 
Awak sudah menemukan kedua-dua karakter utama dalam bab Dua, jadi saya mengandaikan bahawa cerita ini hanyalah cerita pendek—yang mempunyai bilangan bab di bawah 15. Ada kemungkinan yang awak akan mengambil jalan cliche untuk cerita ini, tapi apa-apa pun, selitkan juga elemen-elemen original dari awak.
 
Awak mempunyai cara penulisan yang decent dan saya berharap awak dapat kekalkan, atau lebih baik, pertingkatkan lagi style ini.
 
Saya juga berharap yang awak tidak akan selalu menukar POV seperti yang awak tunjukkan dalam Bab Dua (dari POV biasa ke POV Kai ke POV author), sebab, seperti yang saya katakan tadi, flow pembacaan pembaca-pembaca boleh jadi terganggu.
 
Akhir sekali, tinggalkan komen kalau awak memerlukan sebarang clarification tentang review ni. PM atau tulis kat wall saya pun boleh. Kami ingin meminta maaf atas kelambatan review ini. Harap-harap review ini masih lagi relevan untuk awak dan terima kasih sebab buat request di Death Note Review Shop! Jangan lupa kredit kami dan teruskan minat anda dalam menulis! :)
 
 
Alisa/LavenderAlisa19
26hb Mei 2014
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。