Pick Up - fixi_baby

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

Story : Papercut

by:  fixi_baby

Reviewed by: tyra99

Title: [2/5]

Comment: Ok, ' Papercut ' . Pada saya bunyinya agak menarik. Tajuk ff ni diambil dari lagu,kan ? Kalau diambil dari lagu, tak berapa unik tapi disebabkan writing contest tu.. Bolehlah tu..

Sebenarnya, papercut ni apa ? Saya dah geogle, dia kata papercut tu ' kertas atau benda tajam/keras yang mencalarkan kulit . (Eh, betul ke ? Dari pemahaman sayalah ) 

Cerita pasal orang hilang jadi apa kaitannya dengan 'papercut' ? Saya betul - betul tak faham.. maafkan saya kalau saya bler..

Atau mungkin ? Awak dapat ilham dari lagu tu ?  Katakan 'tidak' , katakan 'tidak' sebab tajuk lagu tu lain benar dari cerita.

 

Apperance: [4/5]

Poster: Okay, Cantik ! Sesuai dengantema dan cerita. Seperti biasa, LovelyIna punya poster sentiasa awesome !

Background: -

Keseluruhan: Description yang menarik , gambar charater pun sesuai dengan personaliti dan penampilan watak. Cuma, gambar Baekhyun hilang. Disengajakan ke ? Saya suka description awak, awak tulis personaliti/ kisah watak dengan jelas tapi tak nampak macam spoiled ke ?

 

Penggunaan ayat/Tatabahasa: [11/15]

Seperti biasa,saya sangat - sangat suka style writing awak. Saya gelak dan nangis sebab baca ff awak ( Bukan ff ni tapi ff yang lain ) . Saya suka jugak cara awak gambarkan keadaan. Simple je. Cuma ada sedikit sebanyak kesalahan..

Chapter 1 :-

->Setahun menetap di Paris memang seronok. Banyak pengalaman dan resam manusia yang dia belajar.

->Setahun menetap di Paris memang menyeronokkan. Banyak pengalaman dan resam manusia yang dia belajar.

Satu lagi, ini bukan kesalahan tapi kekeliruan. Bagi orang biasa, mesti mereka pelik dengan penggunaan kata ' resam ' , ramai yang kata ' adat resam ' . Saya tak tahulah ini disengajakan atau tidak..

Adat - peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi),

Resam -Adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat;                                                                                                                   - pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat

Sebenarnya saya pun keliru dengan maksud dia atas. Saya tak kata awak salah cuma saya agak keliru tentang yang mana satu yang awak maksudkan.

->   1( Headphone Skullcandy yang tersangkut dileher dibiarkan begitu saja ) sambil 2( tangan laju mengeluarkan Nikon D700 dari sling bag. )

Jujur saya katakan , ayat ni bunyinya agak kekok. Reader boleh faham tapi ayat ni berbunyi pelik di telinga saya. Sometimes, awak perlu gunakan imbuhan juga.

-> Headphone skullcandy yang tersangkut dilehernya dibiarkan begitu sahaja sementara tangannya laju mengeluarkan Nikon D700 dari sling bagnya.

Okay, sekarang telinga saya dah normal. Sebenarnya saya tak faham kenapa awak kena gabungkan dua ayat dalam kurungan yang saya buat tu. menunjukkan 'keadaan' manakala pula menunjukkan perbuatan/ kata kerja . Tak silap saya, ' sambil ' digunakan untuk perbuatan.

Sementara -tidak tetap selama-lama­nya; tidak untuk selama-lamanya; untuk beberapa ketika saja.

Sambil - sedang melakukan sesuatu melakukan yang lain juga.

 

Hmm, saya tak berapa pasti. Maaflah kalau saya salah.

 

->Macam-macam gaya, dari bermacam-macam sudut.

-> Pelbagai gaya dari pelbagai sudut.

 

-> Baekhyun cepat-cepat menyeret dua luggage besar milik Jin Ah. Tau pun kalut.

-> Baekhyun tergesa - gesa menyeret dua luggage besar milik Jin Ah. Tau pun kalut.

 

->Dah dua hari Jin Ah jejak tanah Korea, dan dia dah mula rasa tak reti nak duduk diam-diam.

Heyy, kenapa tanda koma tersesat dekat situ? Awak dah guna 'dan' dan 'dan' tu kata hubung tapi kalau nak guna jugak, buang 'dan'.

->“A....doi.” Jin Ah mengibas lututnya yang sedikit kotor dek terjatuh tadi dengan tangan kiri.

->“A....doi.” Jin Ah mengibas lututnya yang sedikit kotor dengan tangan kiri dek kerana terjatuh tadi.

Percaya atau tidak, dek + kerana boleh digunakan dalam satu ayat yang sama. Awak salah susun ayat je ni..

-> Jin Ah ketawa kecil. Serius, dia nyaris-nyaris lupa pasal tadi pagi.

-> Jin Ah ketawa kecil. Serius, dia nyaris - nyaris terlupa tentang kejadian pagi tadi.

 

->Yifan tersenyum manis, tu salah satu cara nak pikat customers okey.

->Yifan tersenyum manis, itulah salah satu cara nak pikat customers,okey.

saya sarankan awak guna tanda koma, maksudnya lain kalau tidak diguna.

 

->Garfu diambil dan makanan mula dijamah.

->Garfu diambil lalu makanan mula dijamah.

' Dan ' digunakan dalam masa yang sama. 

 

->1Dia pun serabut kadang-kadang ) 2( bila tengok Daehyun serabut.)

-> Kadang - kadang, dia pun serabut bila tengok Daehyun serabut.

Salah susun ayat, Kalau ayat 1 je bunyinya okay tapi bila digabungkan dengan ,pelik sikit bunyinya.

 

Ok, sampai sini sajalah section tegur - menegur. Saya harap awak boleh renung - renungkan.

 

Originality: [8/10]

Cool ! Daebak ! Saya suka plot dia. Pasal skater tu, tak silap saya , saya pernah tengok satu movie english pasal benda ni waktu saya tadika..

Okay, unik.. sekurang - kurangnya ini bukan love story yang berlambak dekat asianfanfics sekarang ni.. Baguslah , ada nilai persahabatan dan kekeluargaan, berbeza dengan fanfics yang lain. Memang ori..

Flow: [4/5]

Slow and steady, Semuanya terurus dan masuk akal. Apa yang terjadi memang 'kena ' dengan masanya. Cara Flashback pun cantik, awak ambil isi yang penting - penting je dengan guna beberapa perenggan. Sesetengah author kena tulis Flashback panjang bagaikan 'one shot'. Saya tunggu part two. Entah apa entah yang jadi dengan Kris tu..

Excitement: [5/5]

Saya suka giler dengan semua fanfics awak. Gaya penulisan awak pun sempoi dan menarik walaupun ada sedikit kesalahan tatabahasa. Saya tunggu part two. Nanti awak update dalam bulan april ,kan ? * Kecewa seketika * Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Kris. Goodluck !

 Bonus: [4/5]

Fanfics yang menarik + Subs + upvote + Comment ( Markah yang baik untuk fanfics yang baik )

Total:38/50=76%

My notes: Maaf kalau awak tak bersetuju dengan teguran tatabahasa saya, saya review guna kata hati dan kamus. Entah betul ke tidak. Sebenarnya ff awak ni tak delah teruk tatabahasanya. Saya terpaksa review dua kali untuk cari kesalahan.Dan bila saya jumpa,kesalahan awak ada banyak tapi banyak yang saya tinggalkan, tak kan lah saya nak review satu - satu. Saya bukan Lisa.. Awak kena memperbanyakkan guna kata imbuhan sebab kalau tak ada, benda ni berbunyi pelik di telinga. Dan, jangan ambil serious teguran tatabahasa saya, malay reader tak berapa kisah dengan tatabahasa, dorang tak macam reader yang dekat ff english tu jadi.. awak boleh teruskan style writing awak..

Awak masuk writing contest,kan ? Okay, goodluck.. awak boleh menang ni.. saya percaya..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。