Pick Up - ShaHanimAljufry

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

TITLE : MY BABYSITTER IS A WOLF??!! YOU GOT TO BE KIDDING ME RIGHT??!!

 WRITTEN BY : SHAHANIMALJUFRY

REVIEWED BY : RIDZ-IRZATIE

 

 

Annyeong~~~ Minta maaf kerana ambil masa yang begitu lama untuk menilai cerita ini. 

 

TITLE

Saya akan teruskan penilaian saya dengan tajuk cerita ini. Tajuk cerita yang unik dan menarik. Tetapi, pada pendapat saya, ianya terlalu panjang, tiada keistimewaan dan agak membosankan. Ini membuatkan para pembaca susah untuk mengingati tajuk cerita awak.

 

APPEARANCE
Poster : Poster awak menarik. Ada gif serigala sekali, memang bagus. Cuma, awak boleh dapat poster yang lebih baik daripada ini kerana bagi saya, ia kelihatan biasa.
Trailer : Trailer cerita yang sangat menarik! Saya sukakannya! Lagu ost untuk trailer ni pun kedengaran ceria dan comel. Huhu^^

 

FLOW
Saya ada sedikit masalah pada bahagian ini. Eeerr.. Sebenarnya saya tipu. Saya memang ada masalah pada bahagian ini. Setakat ini, saya masih tak dapat 'tangkap' jalan cerita awak yang sebenarnya. Melalui tajuk yang diberikan, memang dah terang-terangan watak Suho sebagai seorang pengasuh sebenarnya adalah serigala jadian yang menjelma sebagai manusia. Tetapi, disebabkan penerangan cerita bagi setiap chapter terlalu pendek, menyebabkan saya berasa sukar untuk memahami jalan cerita awak ini. Mungkin kerana awak masih lagi 'tersangkut' sehingga chapter ke-3 membuatkan saya belum memahami sepenuhnya cerita ini. Saya berharap sangat agar awak menghuraikan setiap babak perenggan supaya pembaca tidak berasa keliru dan pening bila baca cerita ini.

Lagi satu, awak menggunakan format script-style sebagai format bagi dialog antara satu karakter dengan karakter yang lain. Tak salah nak gunakan format seperti itu, cuma awak hasilkan dialog tersebut seperti sambil lewa. Dan interaksi antara karakter juga kelihatan kaku dan tidak hidup. Adakah awak kehabisan idea sehingga awak hasilkan dialog ini secara 'tangkap muat' sahaja? Minta maaf kalau kedengaran agak kasar, tetapi saya agak kecewa dengan cara penyampaian dan penghasilan cerita ini.

 

ORIGINALITY
Vampires and wolves bagi saya dah terlalu biasa dalam AFF ni. Ada yang dihasilkan dengan begitu baik dan ada juga yang tidak. Memandangkan cerita awak masih lagi berada di Chapter 3, jadi saya belum nampak bayang-bayang persoalan pada pertengahan dan pengakhiran cerita. Bagaimana jalan cerita yang sebenar, apa motif Suho menerima tawaran sebagai babysitter dan sebagainya. Jadi, saya tidak ada apa-apa komen dibahagian ini.

 

EXCITEMENT
Terus-terang saya katakan genre fantasi adalah salah satu genre yang saya minati. Tetapi, ternyata cerita awak ini tidak memberi impak yang mendalam pada diri saya walaupun saya sudah membacanya untuk beberapa kali.

 

Nota : Secara jujurnya, 'My Babysitter is A Wolf??!! You Got To Be Kidding Me Right??!!' ini kurang menarik kerana terlalu banyak kesalahan dan kekurangan yang ada dalam cerita ini seperti penghuraian perenggan, tatabahasa, penyampaian dialog dan jalan cerita yang terlalu kaku. Saya agak awak mungkin mengalami masalah writer's block dan ini menyebabkan cerita awak tergantung sampai disini sahaja (saya perasan cerita ini masih berada di chapter yang sama untuk tempoh yang lama). Saya minta maaf kalau penilaian saya ini agak kasar, tetapi saya jenis yang suka berterus-terang. Kalau ada kesalahan dan kekurangan, saya akan tegur straight to the point supaya awak boleh nampak dan tahu dimana kesalahan awak.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。