Pick Up - LovelyIna

DEATH N♔TE Review Sh♔p [CLOSED/Finishing Request]

TITLE : XOXO BABY MR. OH!

WRITTEN BY : LOVELYINA

REVIEWED BY : RIDZ-IRZATIE

 

 

Title: (3/5)
Tajuk cerita yang menarik. Cuma, sayangnya, ia kedengaran biasa.

Appearance: (4/5)
Poster :
Saya suka dengan poster awak. Nampak comel dan sesuai dengan cerita ni.
Karakter : Pemilihan 'face-claim' karakter (selain Sehun) yang sesuai. Tapi, saya ada masalah sikit dengan karakter Lee Yoonmi. Bila saya baca cerita awak, saya mesti bayangkan wajah Yoonmi macam Ulzzang Soyu, dan ulzzang yang awak gunakan tu untuk karakter Yura (kawan baik Yoonmi). Mungkin sebab wajah Ulzzang Soyu hampir sama macam karakter Oh Sera menyebabkan saya bayangkan macam tu. *saya rasa mungkin saya seorang je yang fikir macam tu. minta maaf ye~*


Vocabulary/ Grammar/ tatabahasa : (12/15)
Gaya penulisan yang awak gunakan memang sempoi dan mudah difahami. Ianya juga ditulis dengan baik dan teratur. Cuma, terdapat beberapa kesalahan yang saya temui di sini;

Sera cepat-cepat berlari keluar mendapatkan Sehun setelah bunyi loceng berdering menandakan waktu persekolah sudah pun tamat.

Pembetulan - Sera bergegas keluar untuk mendapatkan Sehun setelah loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat.

Papanya yang masih belum sedar akan tuan puteri belahan jantungnya menangis, terus tersenyum lalu mendepakan tangannya untuk didakap Sera.

Pembetulan Bapanya yang tidak menyedari tangisan tuan puteri pengarang jantungnya itu, terus tersenyum melihat Sera lalu mendepakan tangan untuk mendakapnya.

Dan ada juga kesalahan-kesalahan yang lain, cuma saya tidak nyatakan kerana saya bukanlah pakar dalam tatabahasa Bahasa melayu. Tapi, secara keseluruhan, saya sukakannya sebab ianya tidak kelam-kabut. Yang paling saya suka, cara awak sampaikan personaliti dan emosi setiap karakter dalam cerita ini. Saya boleh rasakan kedinginan dan keegooan Sehun, dan juga sifat periang, degil dan tidak mengalah Yoonmi.

Originality: (8/10)
Saya pernah baca cerita macam ni suatu ketika dahulu (mungkin dalam setahun yang lepas?), cuma ianya dalam versi bahasa inggeris. Ada persamaan sedikit, cuma yang membezakannya versi bahasa inggeris tu lebih fokuskan karakter lelaki (idol) berbanding karakter perempuan (OC) dan ianya juga membosankan sebab jalan ceritanya tergantung. Saya bagi pujian kat awak sebab awak habiskan cerita ini dengan baik (last part yang paling sweet..huhu^^).

Flow: (4/5)
Walaupun cerita ini hanya ada 2 chapter (almost like one-shot story), tetapi saya masih boleh menghayati keseluruhan cerita dan juga karakter-karakter yang ada dalam cerita ini tanpa rasa bosan. Boleh dikatakan awak tidak terburu-buru ketika menghasilkan 'XOXO Baby Mr. Oh!' ni. Satu pujian buat awak.

Excitement: (4/5)
Saya menyukainya! Terus-terang saya katakan bahawa saya asyik tersengih ketika baca cerita ini. Lebih-lebih lagi ketika perbualan antara karakter Sehun dan Sera. Nampak comel je.

Bonus: (4/5)
No comment on this section.

Total :  (39/50) = 78%

Nota : Awak memang bagus dalam mengarang cerita. Kalau awak boleh memperbaikikan lagi gaya penulisan awak, saya jamin cerita awak akan jadi lebih baik. Satu lagi, elak dari menggunakan 'bahasa pasar' ketika menghuraikan sesuatu situasi (untuk dialog, boleh) kerana bagi pendapat saya, ia nampak tidak kena dan saya sendiri pun rasa tidak selesa apabila membacanya. Mungkin ada pembaca yang tidak kisah dengan semua tu, tetapi bagi pembaca yang sama macam saya (jenis memilih), perkara seperti itu amat dititikberatkan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LavenderAlisa19
permanent_dreamer, your review is ready to be picked up!

Comments

You must be logged in to comment
JunAra
#1
bile nak bukak ni? sy suka shop ni
darkclov3r #2
Hello.I've made a request for review some time ago. Could you put my requests (title : aku&potret, memori17) on hold/cancel it if you guys haven't start? (either way is fine) I'll be going away for quite some time& will deactivate my acc during that period. I'm sorry.
azure_bliss
#3
Chapter 40: Thank you so much for the review!
I don't mind the lateness at all, it was worth it ^^
Pick-up!
Will credit and edit my mistakes in the story.
Once again, thank you ^^
AiSyah98
#4
Chapter 38: first terkejut,sy tk ingat pun sy hantar req utk yg ni *lol*
oh..thenkiu ^^ esok ade mse sy edit dn credit ^^
DiamondSakura
#5
Chapter 36: hurm,,saya nak britau yang saya dah kreditkan..^^
DiamondSakura
#6
Chapter 36: Thanks for the review..saya tau masih ada yang kurang dalam cerita saya..takpe.nanti saya cuba baiki cara penulisan saya tu.. ^^..maaflah..internet saya tak brape baik..ni pun guna phone..jadi saya kreditkan shop ni agak lambat nanti...sayamintak maaf sangat2 ><
izzyeol #7
Saya nk tnya soalan. Awak awak semua dh tk ambik request untk review ke? Baru eksaited nk mintak korang review kn cerita 。・゚・(ノД`)・゚・。