Chapter 7- fallen in love

Do you still love me???(MALAY VERSION)

(Rasanya aku belum pernah letak gambar Youngjae sorg2, jadi kali ini aku bagi letaklah!)

 

"Aragh...!!!!" Jun Hee menjerit sebaik sahaja bangun dari tidurnya. Dia terkejut melihat pergelangan tangannya ada jarum dan saluran kecil air masuk ke dalam tangannya. Jun Hee memandang sekeliling. Aku kat mana ni...? Jun Hee hairan, dia mengerut pening kepalanya, apa yang aku mimpi tadi? Siapa perempuan dalam mimpi itu? Jun Hee cuba mengingat sekali lagi tetapi kepalanya mula sakit kembali.

"Aduh..." Jun Hee menggeleng cuba tidak mahu ingat kerana tidak tahan kepalanya akan sakit.

"Sekiranya awak nak ingat kembali ingatan awak yang asal, kepala awak akan sakit. Jika awak tak dapat tahan jangan paksa diri awak,"

Jun Hee teringat kata2 doktor Qira di Jepun tempoh hari. Jun Hee mengeluh, Yonghwa masuk terkejut melihatnya sudah terbangun dari tidur.

"Awak tak apa2 ke?" Yonghwa terus mendapatkan Jun Hee.

"Oppa, gomawoo. Aku tak apa2 sekarang," Jun Hee menipunya kerana kepalanya masih sakit tapi dia cuba buat bertenang seperti biasa.

"Baguslah. Awak kena banyak rehat sekarang kerana badan awak masih lemah," kata Yonghwa risau melihat Jun Hee.

"Hmn..." Jun Hee mengganguk pelahan. Yonghwa menggengam tangannya, Jun Hee memandangnya.

"Jun Hee-ah... Aku sayangkan awak. Boleh tak awak jangan buat hal lagi, aku risau kau akan jatuh sakit lagi," kata Yonghwa dengan pelahan. Jun Hee serba salah dengan Yonghwa. Rasanya dia sudah berjanji tidak akan buat lagi tetapi dirinya degil. Jun Hee mengganguk senyum.

"Mianhae Oppa, aku takkan buat lagi,"

"Tapi, kalau awak nak paksa diri awak nak ingat masa lalu awak jangan keluar rumah lagi. Faham?" tegas Yonghwa.

"Hmn..." Jun Hee mengganguk, tidak mahu menyusahkan Yonghwa lagi. Jelas sekali Yonghwa amat menyayanginya. Jun Hee benar2 serba salah dengannya dan membuat keputusan tidak keluar sembarangan lagi.

Yonghwa menyentuh dahinya, Jun Hee tersentak.

"Suhu badan awak semakin berkurang berbanding semalam, awak nak makan tak?"

Jun Hee menggeleng. "Aku tak ada selera."

"Awak kena makan, aku tak nak awak jatuh sakit. Makan sikit je..." Pujuk Yonghwa.

"Tapi..."

"Tunggu sebentar, aku pergi belikan bubur untuk awak," Kata Yonghwa tidak menghiraukan tolakan Jun Hee.

"Oppa..."

Yonghwa menoleh ke arah Jun Hee.

"Gomawoo..." Jun Hee menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Yonghwa membalas senyuman manis Jun Hee sebelum keluar. Jun Hee mengeluh, mengurut lagi dahinya.

"Semalam... dan mimpi tadi. Adakah dia omma aku? Aku panggil dia omma." Jun Hee masih lagi tertanya2 mimpinya, rantainya di leher dipegangnya. Hanya rantai itu dia merasakan kekuatan dirinya untuk terus berusaha mengingati masa lalunya.

 

-----------------------------

SEBULAN KEMUDIAN...

BAP menjadi tegang setiap kali mereka berkumpul rehat bersama. Daehyun menjadi pendiam sejak mengambil keputusan untuk berhenti dari BAP. Youngjae mengeluh, kesal dengan keputusan Daehyun, disebabkan Yongguk marah tentang kejadian tempoh hari Daehyun mengambil keputusan terburu2.

"Daehyun-sii, aku nak cakap dengan awak sebentar." Yongguk keluar dari bilik. Daehyun menurut, tidak membantah sekali pun. Merek semua berpandangan.

"Aku takkan benarkan kau keluar dari kumpulan ini. Sebab kau adalah kekuatan dalam kumpulan ini" kata Yongguk memandang serius ke arah Daehyun. Mereka berada di dalam bilik muzik ketika itu. Daehyun mengerut melihat Yongguk.

"Aku akan bantu kau cari teman wanita awak. Tapi awak mesti ikut peraturan sedia ada, bukan nak buat kecoh seperti tempoh hari. Itu dah memalukan kumpulan kita dan juga syarikat ini."

"Kenapa hyung nak bantu aku?" Daehyun tertanya2 dengan keputusan Yongguk yang pelik.

"Sebab aku faham orang yang kehilangan orang mereka sayang. Aku juga pernah mengalami perkara yang sama," kata Yongguk. Daehyun terdiam, tidak menyangka Yongguk akan berkata demikian.

"Gomawoo, hyung," Daehyun senyum, Yongguk mengganguk akhirnya dapat melihat senyuman Daehyun. Sudah sebulan Daehyun langsung tidak memandangnya dan juga tidak senyum. Asyik mendiamkan diri dan tidak menegur sesiapa dalam TS ent. Hyosung juga sering bertanyakan tentang Daehyun dan risau dengan Daehyun. Yongguk dapat merasakan Hyosung jatuh hati dengan Daehyun, entah sejak bila pula senior mereka jatuh hati dengan junior sendiri. Yongguk tahu Daehyun tidak perasan akan hal ini kerana asyik fikir tentang teman wanitanya.

 

----------------------------

"Awak ke mana selama ini?" Youngjae memandang tajam ke arah Jieun. Mereka terserempak di belakang pentas. Jieun tersentak dengan Youngjae dingin dengannya.

"Wae...?" Jieun mengerut risau dengan Youngjae.

"Awak tak bagitahu pun yang awak sibuk, awak tahu tak aku risau dengan awak. Dahlah tak bagitahu aku pergi luar negara buat shooting kat sana," Youngjae mendengus geram. Jieun tidak menyangka Youngjae risau dengannya, adakah Youngjae ni bermimpi siang hari ke? Jieun menyentuh dahinya tetapi ditepis kasar oleh Youngjae.

"Oppa mesti dah rindu kat aku ni, oppa lupa ke sebagai artis kena banyak pergi mana2 tempat?" kata Jieun tersengih.

"Jieun-sii, sekurang2nya kau bagitahu akulah." kata Youngjae mendengus geram. Jieun tersengih, hmn... mesti rindu kat aku ni hehehe... Tapi tak nak mengaku.

"Buat apa aku nak bagitahu dengan oppa, aku tak ada apa2 hubungan dengan Oppa pun," kata Jieun ketawa kecil, sempat bergurau tetapi Youngjae mula terpinga2.

"Aku tahulah, tapi sebagai kawan rapat kau..." Youngjae terdiam. Jieun memandangnya.

"Aniyo..." Youngjae menggeleng. Jieun terdiam, 'Oppa... Jangan beritahu aku yang oppa dah jatuh hati dengan aku,' Jieun mengeluh senyum.

"Mianhae Oppa, aku terlalu sibuk sampai tak sempat hubungi oppa," kata Jieun meminta maaf dengannya. Youngjae terdiam.

"Aku faham. Aku cuma risau dengan kau," kata Youngjae tunduk. Jieun merenungnya, kemudian senyum.

"Oppa, kau semakin kacaklah. Sejak jadi artis, oppa semakin kacak. Mesti ramai peminat di luar tu gilakan oppa," kata Jieun. Youngjae tersenyum mendengar pujian Jieun.

"Macam tulah, senyum lebih baik daripada tak senyum. Oppa sangat kacak, aku suka tengok oppa dari dulu lagi," kata Jieun terlalu jujur. Youngjae terdiam, dia tahu Jieun pernah menyintainya ketika waktu persekolahannya tetapi dia tolak kerana masih mencintai Jun Hee.

"Oppa..."

"Jieun-ah, awak masih mencintai aku tak?"

Belum sempat Jieun bertanyakan tentang khabar Jun Hee, soalan pelik keluar dari mulut Youngjae. Jieun terkejut mendengarnya, lidahnya keluh dan tidak dapat berkata apa2 saat itu. Youngae memandangnya dan menanti jawapan darinya. Jantung Jieun mula berdegup kencang. Tidak keruan dibuatnya.

"Err... Apa yang oppa kata ni, aku tak faham,"  Jieun menjadi tidak keruan. Yonugjae menarik tangan Jieun.

"Oppa..." Jieun memandang sekeliling, risau ada orang melihat mereka.

"Aku tahu..."

Jieun menarik tangannya dan ingin melarikan diri dari Youngjae. Tetapi Youngjae lebih kuat darinya, Jieun tertunduk takut jika Youngjae memaksanya jawab soalannya. Youngjae senyum menyentuh rambut panjang Jieun kemudian wajah Jieun direnungnya.

"Oppa..." Jieun menahan sebak minta dilepaskan, tetapi Youngjae berkeras tidak mahu melepaskannya. Youngjae menyentuh wajah Jieun dan mengucup bibirnya pelahan-lahan. Jieun menutup mata, entah mengapa dia tidak mampu melawan kelakuan Youngjae. Dirinya benar2 lemas ketika itu, dia biarkan Youngjae mencium bibirnya.

'Oppa... apa maksud semua ni' Jieun memandangnya. Youngjae senyum kemudian memeluknya.

"Gomawoo Jieun, aku tahu awak masih menyintai aku," kata Youngjae. Jieun tersentak dalam pelukan Youngjae. 'macam mana dia tahu?' Jieun tersengih malu membalas pelukan Youngjae. 'Gomawoo Oppa...'

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>.< Yak!!!! Hahaha... finally, Jieun and Youngjae. Aku tak tahu kenapa aku cepatkan cerita ini. Leave your comment and subcribes ok :))))) Muaahhh!!!! ^_^ Wait for next chapter k...Gomawoo!!! (Bow)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *