Chapter 15- Ppali...

Do you still love me???(MALAY VERSION)

Jun Hee pov

Sekarang masa untuk pembikian album, aku asyik teringatkan Daehyun, entah mengapa hati aku tidak tenteram. Hikaru di sebelah aku sibuk bercerita dengan pengarah. Aku mengurut dada aku, macam ada yang tak kena jer... Aku meminta staff mengambil telefon bimbit aku. Belum sempat aku tekan telefon aku, nama Youngjae sudah tentera di muka depan telefon. Dia telefon aku tepat pada masanya.

"Yeboseyo? Urm... Oppa," Aku menunggu suara Youngjae oppa.

"Jun Hee-ah, Daehyunnie..."

Aku tersentak bila mendengar nama Daehyun.

"Wae? Oppa, beritahu aku? Ada yang tak kena ke?" Aku panik bila Youngjae hanya senyap sahaja. Hikaru mengisyaratkan aku supaya bersedia, tinggal set terakhir lagi hendak dilakukan.

"Jun Hee, bawa bertenang. Daehyun dah sedar. Bila awak boleh datang ke hospital?"

"Aku... Aku akan pergi. Tunggu aku," kataku, aku tak tahu bila aku akan selesai. Tapi kalau boleh aku nak pergi sekarang juga tetapi kerja ini benar-benar menghalang aku.

"Hmn... Aku faham. Kami tunggu awak kat sini hospital ya," Youngjae menutup talian. Aku menarik nafas lega, akhirnya Daehyun sedar dari komanya. Aku tak nak kehilangannya seperti aku kehilangan ibu aku. Cukuplah orang yang aku sangat sayang dah pergi meninggalkan aku. Janganlah Daehyun pula yang meninggalkan aku.

"Jun Hee, pengarah panggil awak,"

Aku mengganguk, aku perlu selesaikan semua ini. Selepas ini aku akan pergi jumpa Daehyun.

1 Jam kemudian.... Aku mengakhiri scene aku. Pengarah memberi isyarat terakhir bererti scence aku dah tamat. Semua staff tepuk tangan, tidak menyangka aku dapat selesai dengan cepat. Aku tunduk sambil ucap terima kasih kepada semua staff. Selepas itu aku segera tukar pakaian aku dan menuju ke kereta. Hikaru tidak dapat mengejar aku, aku malas nak beritahu dia tentang tujuan aku ke mana. Pemandu aku hanya menurut apa yang aku katakan.

Aku berlari masuk ke dalam hospital. Orang di sekeliling sempat menjeling aku, aku tak kisah lagi. Apa yang penting sekarang ialah aku mesti cepat sampai ke atas. Bilik Daehyun. Youngjae dan ahli B.A.P berada di luar bilik Daehyun. Mereka semua kelihatan pelik, diam dan tunduk. Aku cuba bertenang sambil menarik nafas panjang kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah mereka.

"Oppa." Aku memandang Youngjae yang duduk. Youngjae mendongak tersentak melihat aku.

"Jun Hee, bila awak sampai?" Youngjae berdiri mendapatkan aku. Ahli member B.A.P yang lain berpandangan. Ini pertama kali aku berdepan dengan mereka semua.

"Oppa, apa yang berlaku?" Aku memandang mereka semua.

"Daehyun dah sedar tapi dia dah tidur semula selepas diberi suntikan penenang," kata Yongguk menjelaskan kepadanya.

"Suntikan penenang? Apa maksudnya? Oppa? Daehyun tak ada apa-apa kan?" Aku menyentuh Youngjae yang tunduk.

"Jun Hee-ah, bawa bertenang. Daehyun tak ada apa-apa."

"Tipu, aku nak masuk," Aku menepis tangan Youngjae yang cuba menghalang aku. Aku melangkah masuk ke dalam, aku tersentak melihat Daehyun yang kelihatan lemah. Kelihatan mulutnya ditutup penambah oksigen, aku tidak dapat menahan sebak lagi. Sedih melihat keadaannya bertambah tenat. Semua ini disebabkan aku, Daehyun jadi begini... Aku segera menggengam jari-jemarinya dan menangis sendirian, semua ini salah aku... Oppa mianhae.... tsk...tsk...tsk

"Oppa... Mianhae.... Tsk..tsk...tsk..." Aku meraung kecil dan tertunduk menangis.

 

 

"Apa aku nak buat dengannya? Hyung..." Youngjae menahan sebak melihat Jun Hee melalui cermin dari luar. Yongguk menepuk bahu, tidak menjawab soalan Youngjae. Member yang lain hanya mampu melihat situasi tersebut.

"Jun Hee aku dah anggap sebagai adik dan kawan aku sendiri. Daehyun juga kawan aku, aku tak sanggup melihat mereka berdua begini, hyung," Youngjae tidak dapat menahan sebak lagi. Air matanya akhirnya jatuh juga. Yongguk mengganguk faham.

"Aku faham. Awak kena bawa bertenang. Dalam kehidupan ini memang banyak dugaan yang kita perlu lalui," kata Yongguk.

"Benar kata hyung tu, awak kena kuat Youngjae-sii. Kita ni lelaki" kata Himchan juga menepuk bahu Youngjae. Youngjae menarik nafas dan cuba bertenang.

"Oppa!" Jieun baru sahaja sampai dari Busan. Jieun mendapatkan Youngjae, dia tersentak melihat mata Youngjae kemerahan. Kelihatan seperti baru menangis.

"Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Jieun memandang ahli B.A.P. Mereka hanya menggeleng, Jieun memandang ke dalam bilik itu. Dia menekup mulut, Jun Hee masih menangis di tepi katil Daehyun. Baru sahaja Jieun hendak masuk ke dalam tetapi Youngjae menghalangnya.

Youngjae menggeleng agar tidak menggangu mereka buat sementara, Jieun akur menurut perintah.

 

no one pov

Jun Hee tersentak jari jemari Daehyun bergerak sedikit. Jun Hee segera memandangnya. Matanya terbuka sedikit dan kepalanya bergerak memandang Jun Hee. Jun Hee mengerut melihat Daehyun.

"Oppa..." Jun Hee cuba memberi senyuman. Daehyun membuka penutup oksigen ingin cakap sesuatu dengan Jun Hee.Jun Hee mendekatinya agar dapat mendengar apa Daehyun akan kata.

"Aku sangat rindu awak," bisik Daehyun, suaranya serak sekali. Jun Hee terkesima, tidak menyangka apa yang didengarinya. Daehyun memandang sayu dan mengusap wajah Jun Hee perlahan-lahan.

"Aku... Aku juga rindu oppa," mengalir air mata Jun Hee menahan sebak, menyentuh jari Daehyun sekali lagi. Daehyun tersenyum pahit mendengar balasan dari Jun Hee.

"Gomawo," kata Daehyun, Jun Hee mengganguk. Tidak sampai lima minit, Daehyun tertidur semula disebabkan suntikan ubat yang diberikan. Jun Hee menutup semula mulutnya dengan oksigen, dia mengesat air matanya. Jun Hee menggengam jari Daehyun dan berharap agar Daehyun benar-benar sembuh semula selepas ini.

"Oppa... Ppali... sembuhlah cepat..." Jun Hee berdoa agar Daehyun cepat sembuh.

 

-----------------------------------------------------------------------------

Aigoo... pada mula aku nak Daehyun pula hilang ingatan tapi cukuplah Jun Hee menderita hehehe... Dengan sukacitanya aku katakan gomawoo pada pembaca yang terharu dan setia membaca cerita aku yang tak seberapa ini. Thanks byk2...Aku sendiri  tak sangka juga buat sambungannya macam ni. hehe..

SPECIAL 'GOMAWOO' for...

Cachavixx and Mieyhyun :)

Daehyun: Gomawooo....! Teruskan baca ya... Fighting!!!                (shy boy)

 

 

Can you imagine this for in future...? (LoL)

Daehyun is very awesome, he is good father...

 

Lastly, leave your comment and subcribes >.<-----

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *