Chapter 13-Sorry

Do you still love me???(MALAY VERSION)

 

Jieun dan Youngjae hanya mampu melihat Jun Hee meratap kubur Puan Choi. Jun Hee memandang sayu kubur mamanya, tangannya bergegar menyentuh tanah yang ditumbuh rumput hijau.

“Omma... Mianhae, aku lambat datang jumpa omma,” kata Jun Hee dengan suaranya yang serak. Air matanya mengalir perlahan. Jieun menekup mulut, menahan sebak tidak sanggup melihat kawan baiknya. Youngjae menggengam tanganya.

“Omma, aku sangat rindu dengan omma. Kenapa tak tunggu aku sekali? Omma...” akhirnya Jun Hee menahan sebak. Dadanya mula rasa sebak dan sakit.

“Aku sangat rindu omma...” akhirnya Jun Hee menangis di depan kubur mamanya. Jieun turut menangis melihat keadaan Jun Hee. Setelah papa Jun Hee meninggal semasa dia kecil, kali ini mamanya lagi tinggalkan Jun Hee seorang. Jun Hee kini tinggal sebatang kara. Youngjae memeluk bahu Jieun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan Jun Hee, mereka terpaksa biarkan Jun Hee berkabung sebentar.

 

 

Youngjae memimpin Jun Hee masuk ke dalam kereta, Jun Hee terhenti teringat dengan Daehyun. Kenapa Daehyun tidak bersama dengan mereka?. Youngjae tersentak.

“Ada yang tak kena ke?” Youngjae memandangnya.

“Daehyun. Mana dia?”

Jieun dan Youngjae berpandangan. Sekali lagi masalah itulah yang paling membuatkan mereka risau dan tidak tahu bagaimana nak beritahu Jun Hee.

“Kenapa awak berdua diam?”

“Jun Hee, dengar cakap oppa. Sampai hospital nanti kami akan jelaskan semuanya,” kata Youngjae.

“Hospital? Buat apa nak ke hospital lagi?” suara Jun Hee jelas sekali masih serak akibat terlalu menangis. Youngjae mengeluh dan menolaknya masuk ke dalam kereta. Jun Hee hanya menurut kata-kata Youngjae dan Jieun, lagipun dia tak mampu melawan mereka sekarang.

Sampai sahaja di hospital, Youngjae menghubungi pengurusnya sekiranya wartawan masih berkeliaran atau tidak. Mujurlah wartawan sudah balik dan mereka boleh masuk.

“kita nak ke mana?” Jun Hee bingung melihat sekeliling. Dia terpaku melihat seorang pesakit yang sedang tenat melalui dinding cermin.

“Siapa ni?” Jun Hee merenung pesakit itu. Jieun mengganguk memberi isyarat kepada Youngjae.

“Itu Daehyun,”

“Ne? Dae...Hyun...?” Jun Hee tergagap seakan tidak percaya. Youngjae mengganguk. Jun Hee hampir terduduk namun Jieun sempat menyambutnya.

“Jun Hee, awak kena bertenang, Daehyun sekarang sedang bertarung nyawanya.” Nasihat Jieun.

“Apa yang telah berlaku dengannya?” Jun Hee memandang Youngjae.

“Dia kemalangan sebab... selamatkan awak,” Youngjae terpaksa memberitahu juga. Tidak mahu menyembunyikan hal penting lagi. Jun Hee menekup mulutnya sambil memandang Daehyun yang terbaring.

Jun Hee berjalan perlahan masuk ke dalam bilik wad Daehyun, terpaku melihat Daehyun baring atas katil putih yang menakutkan itu. Kepala Daehyun dibaluti kain putih dan beberapa luka di mukanya masih kelihatan.

“Pabo! Kenapa awak selamatkan aku? Kalau awak tak selamatkan aku, aku pasti akan dapat jumpa dengan omma,” kata Jun Hee dengan perlahan.

“Jun Hee-ah, apa yang awak cakap ni? Daehyun bergegas selamatkan awak sebab dia masih sayangkan awak,” kata Jieun mengerut tidak menyangka Jun Hee boleh cakap seperti itu. Jun Hee menoleh.

“Kenapa nak selamatkan aku? Aku dah tak ada sesiapa dalam hidup ini. Omma dan Appa dah pergi... orang yang aku sayang dah pergi”

“Jun Hee, awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Awak masih ada kami yang sayangkan awak. Tengok, Daehyun terbaring kat sini sebab dia tak nak awak pergi. Tapi dia sanggup korbankan dirinya demi awak. Awak tak sayangkan dia ke? Orang yang awak masih sayangkan awak masih ada kat sini dan orang itu adalah Daehyun.” Kata Youngjae. Jun Hee serta merta terdiam dan tertunduk. Youngjae mendengus dan memeluknya.

“Kami faham perasaan awak sekarang dan awak kena bawa bertenang,” kata Youngjae mengusap kepalanya. Jun Hee mengganguk lalu melepaskan pelukan. Air matanya dikesat.

“Kesian aku tengok Jun Hee,” kata Jieun memandang Jun Hee dari luar. Youngjae mengganguk dan memeluk bahunya.

“Semuanya takdir yang menentukan.”

 

Dua Hari kemudian..

Jun Hee menyentuh wajah Daehyun yang pucat, sedih melihat wajahnya yang kurang bertenaga.

“Mianhae... Oppa...” Jun Hee menahan sebak serba salah dengannya. Sebenarnya dia tidak menyangka yang Daehyun telah menyelamatkannya. Youngjae telah memberitahunya orang yang cuba melanggarnya ialah Hyosung. Hyosung telah merancang melanggarnya di tepi jalan tetapi tidak menyangka Daehyun muncul menyelamatkannya. Hyosung berbuat begitu kerana benci dengan Jun Hee dan Jun Hee adalah orang yang disukai oleh Daehyun. Kini Hyosung sedang disiasat oleh polis.  

“Oppa, cepatlah sedar. Oppa keadaan begini akan menakutkan aku,” kata Jun Hee menggengam jari-jemari Daehyun. Jun Hee mencium tangannya sambil bergenang air matanya.

 

Jun Hee keluar mengesat air matanya, Yonghwa sudah lama menunggu di luar. Jun Hee tidak terkejut melihat kehadirannya. Memang banyak persoalan yang hendak dilontarkan pada Yonghwa sekarang.

“Oppa...”

“Jun Hee, aku benar-benar minta maaf. Tolonglah, maafkan aku,” kata Yonghwa merayu. Jun Hee mengeluh, apapun Yonghwa tidak bersalah. Kerana papanya yang melanggar kereta mamanya dan terpaksa menutup kes itu demi prestasinya dalam dunia hiburan. Papa Yonghwa juga telah membiayai semua perbelanjaannya dan kos kubur mamanya juga ketika itu. Jun Hee tidak menyangka sejauh itu papa Yonghwa membantunya tapi apapun dia tidak akan dapat mengembalikan nyawa maknya lagi.

“Apapun awak semua tak dapat kembalikan nyawa omma aku,” kata Jun Hee perlahan. Yonghwa terdiam.

“Mianhae,”

“Sudahlah, aku tak nak jumpa oppa lagi,” Jun Hee masuk kembali bilik wad Daehyun. Yonghwa mendengus geram, ‘semua ini sebab appa...’ Getus hati Yonghwa menahan geram.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Annyeong... HuH! Sebenarnya aku serba salah masukkan Yonghwa dalam cerita ni, aku tahu ramai peminatnya dalam Malaysia ni (termasuk aku hehe...) Jadi aku minta maaf banyak2 ek... :)

Jun Hee or Juniel is comeback!!! Can't wait her performance...

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *