Chapter 17- Gomawo...

Do you still love me???(MALAY VERSION)

Jun Hee menghampiri Yonghwa, sudah lama tidak bertemu dengannya. Member Cnblue yang lain meninggalkan mereka berdua di dalam bilik studio itu. Yonghwa meletakkan gitarnya kemudian mengeluh.

"Dah sampai, ingatkan dah lupakan aku," Katanya dengan sinis tanpa memandang Jun Hee sekalipun.

"Mianhae," Jun Hee  tergamam sebaik sahaja mendengar sinisnya.

"Lagu yang awak ciptakan itu amat baik sekali, tahniah!" kata Yonghwa akhirnya memandangnya.

"Gomawo," hanya itu sahaja mampu dikatakan oleh Jun Hee, sebenarnya dia hanya mahu melihat keadaan Yonghwa tetapi sebaliknya Yonghwa pula bersikap dingin dengannya.

"Jun Hee, awak benar-benar dah berubah. Awak bukan macam dulu lagi, kenapa?"

"Oppa, inilah diri aku sebenar. kalau bukan oppa aku tak mungkin kembali ke kehidupan aku yang asal. Cuma apa yang aku kesali ialah oppa tipu aku yang aku dilahirkan di Jepun tapi..." Belum habis Jun Hee berkata Yonghwa memintasnya.

"Awak nak tahu kenapa aku tipu awak, sebab..."

"Sebab takut prestasi oppa jatuh!"

Yonghwa tersentak.

"Betul kan? Oppa tak perlu tipu aku lagi. Aku sayangkan oppa, tapi bukan seorang yang penipu,"Jun Hee menahan sebak, air matanya ditahan supaya tidak keluar. Yonghwa terdiam seketika.

"Memang benar, aku takut prestasi aku jatuh, lagi satu aku takut kehilangan awak, Jun Hee," Yonhwa menghampirinya. Jun Hee menggeleng tunduk.

"Kalau Oppa sayangkan aku, tolong lepaskan aku. Aku akan menggangap oppa sebagai abang aku sendiri," kata Jun Hee memandang sayu, memohon agar Yonghwa menerima permintaannya. Yonghwa terkedu, terdiam beberapa minit. Jun Hee mengerut, risau jika Yonghwa tidak mahu menerimanya dan cuba bertindak sesuatu yang tidak diingini.

"Baiklah, aku akan lepaskan kau. Tapi dengan satu syarat, awak mesti teruskan dalam bidang ini," kata Yonghwa cuba senyum di depan Jun Hee walaupun hatinya sakit membuat keputusan untuk melepaskan Jun Hee.

"Dae... Gomawo, oppa," Jun Hee memeluknya erat, Yonghwa mengganguk membalas pelukan Jun Hee.

 

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Stand by me... please :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *