chapter 10- Promise

Do you still love me???(MALAY VERSION)

 

 

"Lelaki jahat!" Jun Hee memandang tajam ke arah Daehyun. Jieun dan Youngjae berpandangan. Daehyun mengerut, tidak faham apa yang Jun Hee cuba hendak sampaikan. Yonghwa kebetulan masuk hairan melihat mereka bertiga di dalam bilik itu.

"Apa yang berlaku ni? Jun Hee, awak tak apa-apa ke?"

Jun Hee segera memeluk tangan Yonghwa.

"Jun Hee, apa yang telah berlaku dengan awak? Awak tak kenal kami lagi ke?" Youngjae cuba menghampirinya, tetapi Jun Hee menyembunyikan diri di belakang Yonghwa.

"Lebih baik kamu hentikan! Kamu ni siapa sebenarnya?" Yonghwa memandang Daehyun dan Youngjae.

"Oppa, bagaimana Jun Hee boleh berada dengan oppa?" Jieun bersuara.

"Oppa... Aku takut," Kerut Jun Hee memeluk erat lengan Yonghwa, kepalanya mula pening dan dahinya berpeluh. Yonghwa menoleh dan memandang mereka.

"Aku rasa lebih baik kamu keluar dahulu," Yonghwa memberi arahan.

"Ani... Aku nak bercakap dengannya," Daehyun cuba berkeras juga.

"Tak boleh, keadaan dia sekarang tak mengizinkan. Awak faham ke?!"

Daehyun terhenti, Youngjae menariknya. "Mari keluar" Youngjae menariknya. Daehyun mengeluh menjeling ke arah Jun Hee yang berselindung di sebalik Yonghwa.

"Jun Hee-ah, awak dah lupakan aku ke? Awak dah lupa janji aku dengan kau ke? Bagaimana awak boleh lupa?!!!" bentak Daehyun. Youngjae terkaku, begitu juga Jieun. Semua terdiam mendengar kemarahan Daehyun.

"Yah... Kau dah melampau! Begini ke seorang idol?" Yonghwa menghampirinya tetapi Jun Hee menariknya. Yonghwa tersentak menoleh. Jun Hee memberanikan diri berhadapan dengan Daehyun.

"Mianhae, aku tak kenal awak," kata Jun Hee.

"Mo?" Daehyun mengerut.

"Mianhae," Jun Hee melawan pandangan mata Daehyun yang menggerunkan itu.

"Daehyunnie, kita terpaksa pergi. Yongguk hyung dah panggil," Youngjae menekan telefon bimbitnya. Jieun terpaksa menarik Daehyun, kerana dia juga kena berada di pentas.

"Oppa, kita kena pergi. Jun Hee, tergamak awak buat kami semua macam ni. Awak benar-benar dah lupakan kami ke?" Jieun mendengus geram. Jun Hee terdiam.

"Jum pergi," Youngjae baru selesai bercakap dengan Yongguk yang meminta mereka balik segera. Daehyun memandang Jun Hee sekali lagi, Jun Hee tertunduk.

"Jum, giliran kita tak lama lagi ni," kata Yonghwa. Jun Hee mengganguk. Fikirannya bercelaru ketika itu.

"Awak tak apa-apa ke?"

"Oppa, adakah mereka itu kawan aku?" Jun Hee ingin sangat mengetahui siapakah mereka itu. Yonghwa terdiam, tidak tahu hendak jawab apa.

"Oppa... Jawablah!"

"Ne, mungkin mereka kawan Jun Hee," kata Yonghwa. Jun Hee melangkah keluar tetapi dihalang oleh Yonghwa.

"Nak ke mana ni?"

"Oppa, aku nak tanya mereka. Mungkin mereka boleh tolong aku pulihkan ingatan aku yang dulu,"

"Tidak. Bukan sekarang Jun Hee,"

"Wae?"

"Giliran kita dah nak sampai ni," kata Yonghwa mengingatkannya tentang persembahan mereka. Jun Hee terdiam, dan mengeluh. Yonghwa menggenggam tangannya dan memberikan gitar kepadanya. Jun Hee menyambut lemah.

 

 

 

Selepas konsert berakhir, Jieun cuba mendapatkan peluang untuk berjumpa dengan Yonghwa. Dia ingin tahu apakah yang telah terjadi dengan Jun Hee.

"Oppa, macam mana Jun Hee boleh bersama dengan Oppa? Beritahu aku, please...' Jieun merayu kerana kelihatan Yonghwa tidak menghiraukannya. Yonghwa mengeluh memandangnya, Minyhuk yang sedang mengemaskan peralatan musiknya juga memandangnya.

"Kami jumpa dia ketika di berada di hospital," Jungshin memberitahunya. Jieun memandangnya, Jungshin memang amat baik dengannya.

"Aku tahu dia kemalangan. Tapi..."

"Dia kehilangan ingatannya," Jonghyun masuk memberitahunya, memandangkan tiada sesiapa yang memberitahu secara jelas tentang Jun Hee dia merasakan dia lebih baik bertindak terlebih dahulu. Bulat mata Jieun mendengarnya, Yonghwa memandang Jonghyun.

"Dia kehilangan memori dahulu, sebab tu dia tak ingat awak. Awak kawan lama dia kan..." kata Jonghyun senyum sinis. Jieun terduduk lemah, terkejut apa yang didengarnya. Patutlah kelakuan Jun Hee amat pelik sangat.

"Mianhae, Kami tak dapat buat apa2, dia memang kehilangan memorinya yang lalu," kata Yonghwa.Jieun menahan sebak, menangis dengan nasib Jun Hee. Bagaimana jika dia tahu mamanya dah meninggal. Dia tak tahu langsung.

"Kau tak apa2 ke?" Minyhuk memberi tisu kepadanya.

"Kamu tak tahu, Jun Hee banyak benda yang dia tak tahu, macam mana aku nak beritahu dia nanti?" Jieun menangis teresak-esak. Cnblue menjadi tidak keruan, tidak menyangka Jieun yang seorang terkenal dikenali seorang yang tidak mudah menangis rupanya mudah menangis. Malah di depan mereka pula tu.

"IU-sii, kenapa awak menangis pula ni? Kami tak buat apa2 pun dengan awak,"  Yonghwa risau dengannya.

"Oppa... Awak tak tahu," kata Jieun menangis lagi. Mereka terdiam, Jun Hee masuk ke dalam bilik rehat terkejut melihat Jieun berada di sana. Jieun segera memeluknya.

"Aku sangat rindukan awak," kata Jieun. Jun Hee terdiam, lidahnya kelu.

"Mianhae, tapi aku..."

"Aku tahu, ppali... ingat semula masa lalu awak, ada banyak perkara aku nak beritahu awak. Daehyun..." Jieun tidak dapat menangis lagi. Jun Hee mengerut.

"Siapa?"

"Teman lelaki awak,"

"Teman lelaki?" Jun Hee terkejut, rupanya dia mempunyai teman lelaki selama ini. Jieun mengganguk.

"Aku nak awak jumpa dia sekarang sebelum dia pergi ke luar negara," katanya. Jun Hee teragak-agak dengan kata2 Jieun. Jun Hee memandang Yonghwa.

"Tunggu dulu, Jun Hee ada teman lelaki? apa maksud awak? Aku adalah teman lelaki dia sebenarnya," Yonghwa cuba mempertahankan Jun Hee supaya dia tidak berganjak.

"Apa? Sejak bila? Tak... Jun Hee, macam mana dengan Daehyun?"

"Daehyun?" Jun Hee mengerut.

"Awak benar2 nak tinggalkan dia? Awak tak kesian ke dia yang dah lama tunggu awak dan berusah nak cari awak" Jieun.

"Ani... Tunggu, apa maksud awak ni? aku tak faham," Jun Hee menggeleng. Jieun menariknya keluar dari bilik itu, Yonghwa mengekori mereka berdua. Member cnblue berpandangan.

"Nampaknya permainan dah bermula," kata Jonghyun tersengih.

 

 

Sepanjang mereka berada di dalam bilik, Daehyun tidak bercakap langsung dengan sesiapa pun. Tiada siapa yang berani menegurnya. Youngjae mengeluh dan menepuk bahunya, mereka bersiap sedia hendak balik ke rumah.

"Kau tak apa2 ke?" Youngjae memandangnya, Daehyun hanya menggeleng.

"Dahlah tu, kita dah nak bertolak ni," kata Yongguk. Mereka menuju ke tapak letak kereta.

"Oppa!!!! Tunggu," Jieun melambai ke arah mereka. Youngjae menoleh, kenal sangat suara itu.

"Jieun, eh? Jun Hee?" Youngjae hairan Jun Hee bersama dengan Jieun. Daehyun menoleh.

"Oppa... Sampai hati oppa tinggalkan aku tanpa pesan apa2" kata ieun dengan Youngjae.

"Ani.. Mianhae, tapi..."

"Huh? Daehyun oppa," Jieun menolak Jun Hee ke arah Daehyun. Semua faham situasi keadaan mereka, perlahan-lahan mereka meninggalkan mereka berdua sahaja. Daehyun merenungnya, Jun Hee tunduk malu.

"Apa khabar?"

Jun Hee mengangkat muka, terkejut dengan soalannya. Daehyun senyum manis ke arahnya.

"Aku lega dapat jumpa awak. Aku dapat tunaikan janji awak. Aku tahu awak mengalami kesukaran sebelum ini. Aku akan cuba faham keadaan awak sekarang. Gomawo," kata Daehyun. Jun Hee merasakan degupan jantungnya berdegup kencang setiap kali melihat mata Daehyun. Dia tertunduk lagi, Daehyun menghampirinya dan memeluknya dengan  erat. Jun Hee memejam matanya, membiarkan Daehyun memeluknya. Entah kenapa nalurinya lemah bila berhadapan dengan Daehyun.

"Aku rindu sangat dengan awak," bisiknya. Jun Hee membuka mata, dan memandang Daehyun. Tetapi Daehyun memandang ke arah lain.

'Dia menangis?' Jun Hee tersentak. Daehyun tertunduk kemudian memandangnya.

"Gomawoo," hanya itu yang diperkatakan Daehyun sebelum dia melangkah.

"Tunggu," Jun Hee berlari mendapatkan Daehyun. Youngjae dan Jieun berpandangan.

"Aku nak tahu siapa sebenar diri aku dan... juga awak. Boleh tak awak tunggu aku?" kata Jun Hee tergagap2 berkata. Daehyun mengerut.

"Aku... Sebenarnya kehilangan memori aku yang dulu." kata Jun Hee. 

"Mo?" 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *