Chapter 14-Annyeong...

Do you still love me???(MALAY VERSION)

Jun Hee pov

Aku senyum mengusap dahi Daehyun, aku sempat mengucup dahinya sebelum keluar. Aku keluar ingin mengambil angin di taman hospital. Sudah lama aku tak mengambil angin, aku mengambil tempat untuk menjaga Daehyun. Semalam aku jumpa ibunya, mujurlah ibunya masih ingat akan aku. Aku tak menyangka ibu Daehyun banyak bercakap mengenai Daehyun yang banyak berubah disebabkan aku. Banyak perkara yang aku tak tahu setelah kejadian kemalangan yang menimpa aku. Apa yang aku mahu sekarang ialah aku harap Daehyun dapat sembuh cepat...

Aku berjalan perlahan-lahan, ramai pesakit di sekeliling sedang mengambil angin dengan ditemani oleh keluarga masing-masing. Aku tersengih melihat telatah kanak-kanak yang sedang bermain.

"Jun Hee,"

Aku teersentak lalu menoleh, aku tersentak melihat seseorang yang aku tidak sangka muncul di depan aku.

"Hikaru?" Aku mendapatkannya. Hikaru senyum dan mengganguk. Macam mana dia boleh berada di sini? Bukan ke dia berada di Jepun?

"Macam mana awak boleh berada di sini?" Aku gembira melihatnya.

"Aku terbang nak jumpa awaklah," guraunya. Aku mencebik sambil ketawa. Aku menariknya duduk di salah sebuah kerusi taman. Hikaru nampak matang dan kelihatan ada perubahan sedikit dari segi penampilannya.

"Jun Hee apa khabar?"

"Hmn... Baik." aku memberi senyuman. Hikaru senyum dengan jawapan aku. Aku merasakan sesuatu ada yang tidak kena.

"Aku risau keadaan kau, sebab liputan akhbar awak kemalangan dan masalah dengan FNC ent. Kau tak ada apa-apa ke?"

Aku senyum, faham dan menggeleng. "Gomawo, Hikaru-sii. Aku gembira ada orang yang ambil berat dengan aku,"

"Aku juga dengar, yang memori awak dah pulih. Tahniah..." kata Hikaru lagi.

"Hmn... "

"Tapi, Jun Hee... Yonghwa Hyung tak bersalah. Bagi aku awak kena pulihkan kerjaya awak dahulu,"

Aku mengerut, apa maksud dia ni? Dia nak aku maafkan Yonghwa oppa ke? Atau...

"Jangan salah faham, ingat tak awak masih mempunyai impian sebelum ini? Awak kata nak menyanyi dengan seseorang. Aku percaya orang itu adalah Jun Hee paling sayangi. Orang itu sentiasa berada dalam mimpi Jun Hee. Dan Jun Hee pasti akan jumpa suatu hari nanti," Hikaru cuba menasihati aku. Aku menahan sebak, Hikaru... Aku dah jumpa orangnya. Dan orang itu berada kat dalam hospital ni.

"Aku tak nak Jun Hee gagal begitu saja. FNC ent sentiasa menunggu awak, dan esok pengurus akan tunggu awak kat pejabat. Bawa sekali lagu yang Jun Hee pernah cipta sebelum ini. Masih ada masa lagi Jun Hee..."

"Gomawo, tapi aku belum bersedia." Aku berdiri, aku tahu Hikaru datang dengan tujuan nak memujuk aku meneruskan kerjaya aku. Hikaru tersentak melihat aku.

"Jun Hee," Hikaru terkejut.

Aku cepat-cepat meninggalkan dia, aku benar-benar tak bersedia kali ini.

 

------------------------------

Youngjae dan Jieun turut memujuk aku agar meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, aku cuma nak tunggu Daehyun sedar. Aku takut... Takut jika dia pula tinggalkan aku.

"Jun Hee, Daehyun mempunyai impian nak nyanyi sama-sama dengan kau suatu hari nanti. Awak kena teruskan, ramai penyokong awak dan juga Baby di luar sana masih setia menunggu awak. Mereka semua dah tahu, Daehyun selamatkan kau. Mereka sekarang cuma berharap sekarang Daehyun cepat sembuh dan awak kena teruskan buat album," kata Youngjae pada Jun Hee di sebelahnya. Jieun mengganguk.

"Tapi..." aku mengeluh dan memandang Daehyun yang terbaring.

"Jangan risau, pengawal akan jaga dia," kata Jieun memberi semangat kepadanya. Akhirnya aku mengganguk.

"Bagus! Ini yang Daehyun nak sebenarnya," Youngjae mengusap kepalanya. Jun Hee tersenyum pahit.

 

FNC ENT

Jun Hee masuk ke dalam pejabat Pengurus FNC dan memberikan beberapa lagu barunya. sesekali pengurus Wong mengerut dan memandangnya.

"Ada apa-apa masalah dengan lagu aku?" Jun Hee risau sekiranya lagunya tidak diterima.

"Semua lagu awak ni... Nanti sekejap. Awak benar-benar nak nyanyi lagu ini ke?"

Jun Hee mengganguk, Pengurus FNC mengganguk faham. Semua lagunya berdasarkan lagu sedih dan menyayatkan hati.

"Aku nak nyanyi lagu ini," Jun Hee memberi salah satu lagu lagi. Pengurus Wong mengambilnya.

"Hmn... Baiklah, aku dah banyak tahu pasal awak. Tahniah, ingatan awak dah pulih," Pengurus Wong cuba memberi semangat kepadanya. Pada mulanya dia amat marah sekali kerana syarikatnya di serbu oleh wartawan secara mendadak disebabkan Jun Hee, namun apabila Yonghwa menjelaskan semuanya barulah dia faham situasi Jun Hee. Apappun, reputasi Jun Hee perlu diperbaiki semula.

"Macam mana encik tahu?" Jun Hee tersentak.

"Semua tak boleh dirahsiakan lagi, aku faham situasi awak. Jangan risau kami akan bantu awak semula,"

"Gomawo..." Jun Hee tunduk, keluh lidahnya ketika itu. Jun Hee memilih lagu 'Bad Man' dan akan mencadangkan mereleasasikan album secepat mungkin.

 

HOSPITAL

Jun Hee duduk menggengam tangan Daehyun, keadaan Daehyun masih belum pulih lagi.

"Oppa, aku akan keluarkan album seterusnya. Oppa cepatlah sembuh ya," Jun Hee menahan sebak. Oleh kerana keluarkan album menyebabkan dia sibuk selepas ini. Tetapi Jun Hee akan tetap berusaha melawatnya lagi selepas selesai pembikinan albumnya.

"Jun Hee, kita kena pergi sekarang," Hikaru memandang jam tangannya. Hikaru kini ditugaskan untuk menjadi pengurus tetap Jun Hee. Jun Hee mengganguk kemudian mencium dahi Daehyun sebelum pergi. Air matanya mengalir di pipi. Hikaru tersentak melihat Jun Hee, dia ingin bertanya siapa lelaki itu tetapi tidak berani pula nak tanya.

"Annyeong..." Bisik Jun Hee di telinga Daehyun sebelum pergi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *