chapter 11- Hate!!!

Do you still love me???(MALAY VERSION)

Jun Hee pov

Aku tertunduk kemudian memandang Daehyun di sebelah aku, kenapa setiap kali aku pandang dia jantung aku berdebar-debar? Seakan-akan aku tak dapat bernafas, sukar aku untuk bernafas. Aku memandang sekeliling, rumah ini... Benar ke aku pernah tinggal rumah ini? Aku bangun dan memandang setiap gambar yang terlekat di dinding.

"Ini...?" Aku memandang Daehyun.

"Hmn... Mama awak. Puan Choi," kata Daehyun. Aku tersentak, merenung gambar itu. Patutlah wajahnya seiras dengan aku, rupanya aku ada ibu.

"Mana dia?" Aku teringin jumpa ibu aku. Tapi Daehyun hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan aku. Aku masih malu dengannya dan tidak bertanya terus. Aku perasan Daehyun mengeluh, aku berjalan terus melihat gambar keluarga aku. Aku tidak faham kenapa selama ini Yonghwa Oppa tidak mencari keluarga aku, dan terus membawa aku ke Jepun dan membohong aku yang aku pernah lahir di Jepun. Ada sesuatu yang tak kena.

"Aku nak tanya sesuatu?"

Aku tersentak memandang Daehyun.

"Di mana awak selama ini? Ke mana awak menghilang?"

Aku bingung tidak tahu hendak jawab, lagipun Daehyun tidak aku kenal sepenuhnya. Jieun beritahu aku dia adalah teman lelaki aku sebelum aku hilang ingatan. Tapi, memang wajar dia bertanya tentang kisah aku.

"Aku ke Jepun, aku mula mengenal gitar selepas aku sedar. Aku mula belajar debut di Jepun,"

"Gitar?"

"Ne? Wae...? Tunggu, aku pernah ingat sekali dulu. Ada seorang lelaki ajar aku gitar, tapi aku tak kenal siapa orang itu... Adakah...?" Belum sempat aku mengagak orang itu adalah Daehyun tetapi Jieun dan Youngjae datang dengan membawa barang makanan mereka beli dari supermarket.

"Kya...! Ops... Aku menggangu ke?" Jieun tersengih memandang kami berdua.

"Ani..." Aku menggeleng senyum. Aku terasa hubungan kami sebagai kawan agak rapat, aku dapat lihat kemesraan Jieun dan Youngjae. Daehyun tidak banyak cakap sebaliknya asyik menjeling ke arah aku. Aku kurang selesa dengan jelingannya. Mungkin dia banyak nak beritahu dan nak tanya tentang aku. Aku juga... Tapi aku seakan tak percaya yang dia menjadi teman lelaki aku. Tapi bagaimana? Kenapa aku tak ingat? Yonghwa Oppa telah tipu aku tapi aku tahu perasaan dia dekat aku. Aku tahu keikhlasan lelaki bagaimana.

"Dulu... Aku pernah suka dekat awak tapi, awak lebih licik menolak cinta aku," tiba-tiba Youngjae membuka cerita bila Daehyun dan Jieun keluar mencari barang dapur pula.

"Jjinja? Licik menolak cinta awak? Hahaha... Macam mana tu?" Aku mula tertarik hendak mengenal lebih dalam dengan mereka.

"Ya, awak gunakan Daehyun sebagai teman lelaki awak untuk tolak cinta aku,"

Aku tersedak mendengar kata-kata Youngjae, bulat mata aku memandang Youngjae.

"Awak tak apa-apa ke?" Youngjae memberi tisu. Aku tidak menyangka apa yang aku dengar. Youngjae ketawa kecil melihat telatah aku.

"Aku rindu gelagat awak dulu, watak awak sekarang dan dulu jauh berbeza," kata Youngjae. Aku terdiam.

"Watak aku bagaimana dulu? Kenapa aku dengan Daehyun jadi pasangan kekasih?"

"Er... watak awak sangat nakal dan semua orang gembira dengan awak sebab senyuman awak, tapi aku tak tahu banyak sangat tentang awak dan Daehyun. Maaf,"

Aku terdiam, mungkin aku kena cari sendiri. Youngjae tak tahu banyak tentang aku dan Daehyun.

"Bagaimana dengan ibu aku? mana dia?" Aku terus bertanya.

"Ibu awak? Er... Aku tak pasti. Mianhae" Youngjae kelihatan ragu-ragu hendak jawab soalan aku. Aku mengeluh, kenapa dia tak tahu pasal ibu aku dan seperti nak elak soalan aku.

"Kenapa awak cuba nak elak jika aku tanya tentang ibu aku?"

"Bukan begitu, aku sukar nak jawab sekarang. Suatu hari nanti awak akan faham kenapa aku tak boleh beritahu sekarang," katanya. Aku terdiam. Aku ingin sangat tahu tapi tak apa. Mungkin benar kata dia, suatu hari nanti aku pasti faham juga.

"Kalau awak nak tahu, antara kami bertiga Daehyun adalah orang yang paling rindu dengan awak. Sebab aku yakin dia masih menyayangi awak,"

"Daehyun?"

"Hmn... Awak tak rasa apa-apa ke bila dekat dengan dia?

"Err... Aku tak tahu" aku menggeleng, malu hendak beritahu.

"Tak apa. Mungkin awak perlu masa. Aku faham," Youngjae mengganguk. Aku tertunduk.

 

-------------------

 

"Oppa... Dengar, Wae? Kenapa oppa tipu aku selama ini? aku tak lahir kat Jepun kan... Wae?" Aku mengejar Yonghwa sehingga ke studio. Wajahnya serius dan langsung tidak pandang aku. Aku masih tidak putus asa dengan soalan2 kulemparkan padanya. Aku sangat tidak puas hati dengannya.

"Oppa... Jawablah," aku merayu masih tidak dipeduli olehnya. Yonghwa mengambil gitarnya dan mula memainkan lagu barunya, aku cuba menarik gitarnya. Aku geram sangat kelakuannya yang masih tidak menghiraukan aku.

"Dengarlah dulu bila aku cakap! Wae? Wae tak jawab soalan aku?! Kenapa? Besar sangat ke dosa aku dekat oppa?" Aku menangis menghempaskan gitar atas lantai lalu keluar dari bilik itu. Yonghwa tergamam dengan sikap aku. Memang, pertama kali aku begitu di depannya.

Aku benci! Aku benci! Argh!!!! tsk...tsk... tsk... Aku menumbuk patung aku dalam bilik aku. Aku mengunci pintu bilik aku. Semua barang aku dalam bilik kuhempaskan. Aku sangat geram... Kenapa aku tak dapat ingat semuanya! Aku nak sangat tahu apa peristiwa aku yang lepas.... Kenapa? Aku memukul kepala aku... Akhirnya aku terbaring atas katil dan menangis sendirian.

 

 

"Jun Hee-ah, buka pintu ini! Awak tak apa2 ke?"

Suara Yonghwa dari luar mengejutkan aku dari tidur. Aku malas bangun buka pintu itu. Aku hanya membiarkan Yonghwa Oppa terus menjerit. Aku benci dan masih geram dengannya. Air mata aku kukesat lagi. Lima minit kemudian pintu bilik aku dikuak, aku tidak menoleh sekalipun memandang Yonghwa Oppa. Aku memejamkan mata aku.

Aku dengar keluhannya, aku tahu Yonghwa Oppa risau dengan keadaan aku tapi bagi aku itu semua tidak penting.

"Awak tak apa2 ke? Aku sangat risau dengan awak tahu tak? Kenapa awak begini? Aku... Aku... Mianhae, Aku tahu semua ni salah aku."

Aku hanya mendengar terus apa yang dikatakan olehnya. Aku cuba menahan sebak di hati.

"Mianhae, Oppa yang salah. Awak rehat dulu, kemudian datang jumpa aku. Aku akan terangkan semuanya apa yang Jun Hee nak tahu selama ini," kata Yonghwa mengeluh. Bagaimana dia tahu aku pura2 tidur... Aku mengeluh mengesat air mata aku sebaik sahaja dia keluar dari bilik. Aku dapati mata aku kini sudah bengkak, terlalu banyak menangis. Aku tak boleh begini... Aku mesti semangat demi si dia...

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kyak......!!!! Hye... sorry lama tak update. Aku kurang sihat tempoh hari dan aku masih tgh exam. hehehe... Untuk pengetahuan awak semua, aku sekolah swasta dan bukan kerajaan. Jadi aku gak berlainan dengan korang yang lain.

Dan aku juga non~Muslim and trying to be honest with you all...

 

I need your comment again...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *