chapter 6- Out???

Do you still love me???(MALAY VERSION)

 

 

"Jun Hee-ah... awak kat mana?!" Yonghwa menjerit mencari Jun Hee. Dia berasa geram, sekali lagi Jun Hee buat perkara yang sama seperti ketika mereka di jepun. Minyhuk juga turut membantu mencari Jun Hee yang sejak petang tadi tidak balik rumah, mereka dimaklumkan sebaik sahaja mereka selesai buat persembahan di Music Bank. Mereka terpaksa menyamar agar tidak diketahui oleh peminat, Yonghwa menuju ke belakang bangunan. Dia terdengar suaran tangisan di sebalik timbunan kotak.

"Tsk.. tsk... tsk... Oppa..."

Yonghwa tahu itu suara Jun Hee, segera dia membongkar kotak itu. Jun Hee sedang duduk menangis menahan kesejukan, badannya mengeletar.

"Awak, tak apa2 ke?" Yonghwa membuka jaketnya lalu membaluti tubuh Jun Hee.

"Aniyoo..." Jun Hee tidak sempat berdiri dia sudah jatuh ke dalam dakapan Yonghwa. Terkejut Yonghwa dibuatnya, Jun Hee jatuh pengsan, Yonghwa panik melihat Jun Hee pucat lesi. Tanpa membuang masa lagi Yonghwa memgankat Jun Hee menuju ke kereta van tidak jauh dari bangunan beli belah. Minyhuk risau melihat  keadaan Jun Hee.

"Cepat! kita kena pergi hospital sekarang," kata Yonghwa kepada pengurusnya. Pengurusnya hanya menurut, Minyhuk menyentuh dahi Jun Hee, panas!

"Hyung, dia demamlah..."

Yonghwa mengerut juga menyentuh dahi Jun Hee, dia serba salah kerana lambat datang mencari Jun Hee, mungkin sebab itu Jun Hee jatuh sakit.

"Cepat, kita kena cepat," kata Yonghwa mula memarahi pengurusnya.

"Hyung, bertenang!" Minyhuk menasihati Yonghwa, dia tahu Yonghwa dalam keadaan tidak terkawal. Minyhuk juga risau keadaan Jun Hee, suhu badannya semakin menaik. Sebab itu mereka tidak tenang dengan keadaan Jun Hee.

 

-----------------

"Apa yang telah terjadi sebentar tadi? Boleh sesiapa beritahu aku?" Yongguk memandang Youngjae dan Daehyun. Zelo dan Jongup duduk tidak berani buat bising bila ketua mereka marah. Himchan hanya memeluk tubuh memadang kedua-dua ahli mereka itu.

"Mianhae, aku yang salah. Aku yang menyuruh orang mencari sesorang,"

"Seseorang? Siapa orang itu? Penting sangat ke orang itu berbanding dengan program kita?" kata Yongguk mengerut.

"Hyung, aku yang salah sebenarnya... Bukan Youngjae. Aku yang menyuruh orang mencari orang itu." Kata Daehyun, Youngjae tersentak memandang Daehyun.

"Aku nak tahu siapa orang yang kamu maksudkan itu?!" Suara Yongguk mengejut semua orang dalam bilik itu. Daehyun dan Youngjae teragak-agak hendak memberitahu.

"Yongguk-sii, bawa bertenang. Tak baik marah member macam tu," Himchan menasihati Yongguk.

"Aku bukan nak marah tapi, aku cuma nak kamu tahu peraturan sebenar. Kamu sepatutnya tahu apa kesalahan kamu hari ini." kata Yongguk.

"Beritahu kami, siapa gadis itu?" Himchan memandang kedua-dua mereka. Youngjae membuat keputusan tidak mahu memberitahu tetapi Daehyun telah memberitahu akhirnya.

"Orang itu adalah orang yang aku sayang. Dia adalah teman waniat aku," kata Daehyun memandang Yongguk, dia cuba memberanikan diri.

"Apa? teman wanita?"

"Benar, kami telah berpisah sejak dia kemalangan setahun yang lalu. Aku percaya dia belum meninggal lagi, sebab itu aku tetap nak cari dia sampai sekarang." kata Daehyun. Yongguk tergamam mendengar kata2 Daehyun, semua terdiam mendengar penjelasan Daehyun.

"Jadi itu tujuan sebenar awak masuk ke dalam kumpulan kami?" kata Himchan.

"Ani, ini juga salah satu impian aku dan akan menyanyi dengan dia suatu hari nanti. Youngjae telah membawa aku ke sini bagi membantu aku mencari dia. Jika kamu tak setuju aku boleh keluar sekarang juga dari kumpulan ini," kata Daehyun menahan geram terus keluar tidak mahu menegangkan lagi keadaan bila melihat Yongguk semakin marah. Yongjae terkejut dengan keputusan Daehyun lalu mengejar Daehyun. Yongguk terdiam mendengar kata2 Daehyun, Himchan mendengus sebaik sahaja Daehyun keluar. Zelo dan Joungup berpandangan, tidak tahu hendak buat apa kerana mereka adalah paling muda di sana dan tidak berani menyampuk.

 

 

Hyosung pov

"Apa...? Dia ada teman wanita? Aku tak silap dengar ke? Langkah aku terhenti di depan bilik rehat BAP, bekalan yang aku nak bawakan untuk mereka hampir terlepas dari tangan aku. Aku juga dengar fan meetings mereka ada masalah, sebab itu aku datang nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tapi... Benarkah apa yang aku dengar ni? Dia nak keluar dari BAP?

Daehyun keluar dalam keadaan marah, dia hampir melanggar aku. Jelas sekali dia kelihatan sedih dan marah.

"Daehyun!!!" Youngjae sempat tunduk hormat bila ternampak aku, aku mengganguk. Youngjae mengejar Daehyun. Aku tertanya2 apa yang sedang berlaku sebenarnya. Siapa perempuan itu sampai Daehyun sanggup nak buat keputusan keluar dari BAP.

 

----------------------------------------------------------------------------

:( What happen...?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *