Chapter 4- Promise

Do you still love me???(MALAY VERSION)

 

Jun Hee pov

Aku merenung jauh di luar tingkap, terlalu banyak persoalan dalam diri aku sejak kejadian semalam. Aku tertanya2 apakah bayangan semalam hanyalah mimpi atau... Aku memandang gitar aku di tepi katil aku. Gitar itu juga memberi banyak persoalan dalam diri aku. Bagaimana aku boleh pandai main gitar dalam masa singkat? Adakah aku sebelum ini aku pernah main gitar? Dan siapa wanita yang berada dalam bayangan semalam?

"Selamat pagi, awak dah bangun?" Yonghwa datang dengan membawa sarapan untuk aku. Aku mengganguk.

"Mujurlah aku cepat datang semalam, kalau tak tahu apa akan terjadi dengan awak," kata Yonghwa.

Aku senyum mengambil gelas susu dari dulang itu. Yonghwa membalas senyuman aku, aku ingin mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai semua latar belakang aku sebenar. Aku meletakkan gelas kembali dan duduk dengan selesa menghadap Yonghwa.

"Oppa, siapa aku sebenarnya?" aku memandangnya dengan penuh harapan. Yonghwa agak terkejut dengan soalan aku. Kenapa dia mesti terkejut? Apa sebalik rahasia sebenarnya?

"Err... Lepas ni, Pengarah suruh aku bawa kau datang jumpa dia sekali. Dan dia minta awak bawa semua lagu ciptaan awak, dia nak tengok," katanya. Aku gembira mendengarnya kerana aku juga ingin menjadi penyanyi seperti Yonghwa oppa. Tapi, Yonghwa belum jawab pun soalan aku.

"Jjinja, hehehe... Tapi, Oppa belum jawab soalan aku. Oppa..."

"Dahlah, aku penat ni. Lepas sarapan, bersedia dan aku tunggu kat bawah." kata Yonghwa mendengus. Aku menarik muncung, geram dengan layanan dia. Aku mengambil bubur lalu masukkan ke dalam mulut tapi...

"Aww!!!! Ahak... Panasnya!!!" Aku memuntahkan bubur itu dari mulut aku. Yonghwa tidak jadi keluar dari bilik aku panik terus mendapatkan aku.

"Kau tak apa-apa ke?" Yonghwa mengesat bibir aku dengan tisu. Aku menggeleng dan mengerut masih terasa sakit pedih di lidah aku.

"Lain kali tiup dulu sebelum makan," nasihat Yonghwa mengambil sesudu bubur dan meniup sebelum menyuapkan untuk aku.

"Semua ni salah Oppa," aku mendengus, merajuk tidak makan bubur itu.

"Siapa suruh tak hati2, nak salahkan orang pula,"

Aku mencebik, Yonghwa mengeluh kemudian meletakkan mangkuk bubur atas dulang. Tiba2 dia menyentuh tangan aku, aku tersentak dengan kelakuannya.

"Mianhae, memang semua salah aku. Aku janji aku takkan buat lagi,"

"Tapi, Oppa jawab soalan aku tu. Siapa aku sebenarnya?" kata aku serius memandangnya.

"Benar awak nak tahu siapa sebenar diri awak?"

"Ne, aku nak tahu apa yang telah terjadi dengan aku selama ni?"

Yonghwa memandang tepat dalam anak mata aku, aku mengangkat kening. Apa maksud renungan dia ni?

satu keluha dan Yonghwa melepaskan tangan aku. Dia duduk di sebelah aku.

"Baiklah, aku akan beritahu tentang awak sebenar dan apa yang telah berlaku dengan diri awak,"

Aku berdebar2 menunggu apa yang dikatakan oleh Yonghwa.

"Awak ialah Jun Hee. Choi Jun Hee, dan awak pernah terlibat dalam kemalangan tahun lepas sebelum datang ke Jepun."

"Kemalangan?" aku mengerut tidak faham.

"Hmn... awak memang mengalami kemalangan sebelum ini. Dan awak kehilangan ingatan awak yang masa silam," kata Yonghwa perlahan sambil tunduk. Aku hilang msa lalu aku??? Apa ni? Patutlah aku seolah2..

"Oppa..."

"Jun Hee-ah,"

Aku tersentak, Yonghwa memegang tangan aku lagi.

"Kalau awak ingat masa lalu awak, adakah awak akan berpisah dengan aku?"

"Apa oppa kata ni?" aku tidak faham menggeleng.

"Aku tak nak berpisah dengan awak, aku dah mula menyayangi awak sejak aku kenal awak. Please... Jangan tinggalkan aku boleh?" Yonghwa merayu dengan aku. Aku senyum dan menggengam tangannya.

"Oppa jangan risaulah. Aku takkan tinggalkan Oppa, aku pun sayang Oppa" kataku, memang selama ini Yonghwa telah menjaga aku dan tidak pernah sekali putus menghubungi aku jika dia berada di luar negara membuat persembahan.

"Aku bukan saja sayang dengan awak, tapi aku cintakan awak,"

Aku terdiam, tidak menyangka Yonghwa berkata demikian. Aku menarik tangan aku tetapi tangan aku digenggam kuat.

"Oppa,"

"Jun Hee, aku tak main2 luahkan perasaan aku. Aku berani memberitahu awak tentang hal sebenar pasal diri kau sebab aku sayangkan awak. Aku tahu, lepas ini awak akan ingat segala masa silam awak dan aku tak nak awak tinggalkan aku suatu hari nanti."

Aku terdiam, aku tak tahu nak kata apa, memang benar mungkin aku akan ingat kembali masa silam aku, tapi aku tak mungkin tinggalkan Yonghwa.

"Oppa, aku janji aku takkan tinggalkan Oppa," kataku senyum padanya.

"Jjinja?"

Aku mengganguk, Yonghwa segera memeluk aku dengan erat. Aku membalas pelukannya.

Aku bingung, ingin sekali mengetahui masa silam aku, dan siapa keluarga aku sebenar. Yonghwa berjanji akan membawa aku ke korea dan menunjuk ke tempat aku kemalangan. Aku berasa tak sabar nak mengetahui apakah yang telah berlaku dalam hidup aku sebelum aku kemalangan. Dan siapakah yang pernah aku dekati dan berkawan? Tetapi adakah mereka ingat aku? Kalau mereka masih ingat aku, kenapa mereka tak cari aku?

-----------------------------------------------------------------------------

Aigoo... >.<

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *