chapter 16-saranghae

Do you still love me???(MALAY VERSION)

Daehyun pov

Aku mengganguk lemah selepas mendengar nasihat dari doktor, sebaik aku sedar tadi, aku melihat beberapa jururawat dan seorang doktor memeriksa keadaan aku.

"Dia teman wanita awak ke?"

Aku tersentak melihat seseorang tertidur atas sofa, itu... Jun Hee!

"Er.. Dae,"

"Dia sangat cantik, cemburunya aku," kata salah seorang jururawat. Aku hanya tersenyum mendengarnya.

"Kamsahamida," kataku.

"Jun Daehyun-sii, awak kena banyak rehat dan jangan terlalu banyak bergerak sebab badan awak masih belum kuat lagi. Luka dalaman badan awak masih belum pulih sepenuhnya," kata Doktor. Aku mengganguk lagi. Doktor meminta diri dan juga jururawatnya sekali juga meminta diri. Aku berpaling lagi ke arah Jun Hee yang masih tidur. Mungkin penat masih agaknya.

Aku berusaha bangun dan turun dari katil, teringin sekali melihat Jun Hee jarak dekat. Aku mengerut menahan sakit kepala aku yang masih berbalut kain putih. Masih terasa pening tetapi aku gagahkan juga berjalan ke arahnya. Aku duduk menghadap wajahnya yang tenang tidur. Aku dapati matanya bengkak, pasti gara-gara menangis lagi ni.

"Mianhae..." aku mengusap perlahan wajah comel itu. Aku cuma tak pasti, adakah aku lakukan ini benar atau tak. Jun Hee belum ingat tentang aku lagi. Aku menjauhkan tangan aku dari wajah dan hanya merenungnya.

 

----------------------------------

 

Jun Hee pov

Aku mengesat mata aku, aku mengerut melihat sekeliling. Aku kat mana ni? Ow... Lupa pulak. Aku mengerling ke katil Daehyun. Huh? Mana dia?! Aku segera bangun mencarinya sekeliling. Di bilik air juga tiada.

"Aigoo...!" Penat aku mencari merata tempat.

"Apa yang awak buat?"

Aku tersentak menoleh, aku terpaku melihat Daehyun masuk perlahan-lahan. Senyuman aku hilang bila Hyosung berada di sisinya. Aku tunduk hormat dengannya. Aku tahu dia merupakan senior, tetapi aku rasa kekok selepas mengetahui dia cuba mahu melanggar aku sebenarnya.

"Annyeonhaseyo," Aku paksa senyum juga. Daehyun memandang Hyosung dan aku, aku tidak tahu apa nak buat.

"Err... Juniel-sii, boleh aku cakap dengan awak sebentar,"

"Ne? Err..." Aku tersentak, dia memanggil aku dengan nama popular aku. Aku teragak-agak kemudian memandang Daehyun.

"Boleh tak aku pinjam dia sekejap?" Hyosung meminta kebenaran dari Daehyun.

"Awak nak buat apa?"

Hyosung membisik sesuatu ke telinga Daehyun, aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Sengaja aku memandang ke arah lain. Hish... Geramnya! Mahu jer aku tampar dia ni...

"Juniel-ah, jum," Hyosung tersenyum melihat aku. Aku mengganguk dan melangkah perlahan. Aku pun ada nak cakap dengan dia ni.., hmn..

"Yah... tak nak tengok aku langsung ke?"

Aku tersentak, Daehyun menahan aku.

"Huh? Err... Oppa, tunggu kejap ya," aku menjadi tidak keruan menarik tangan aku. Jantun aku berdebar laju, aku cepat-cepat keluar dari bilik.

 

Taman Hospital

Aku duduk di sebelah Hyosung, aku menanti apa yang diperkatakan. Aku bukannya apa, aku cuma cemburu bila dia rapat dengan Daehyun tadi. Aku taklah pernah rapat sangat dengan Daehyun selepas 2O hari yang aku kenal dan... Kemalangan menimpa aku.

"Aku nak minta maaf dengan awak, sebab langgar awak. Aku memang dah hilang kawalan sangat masa tu..."

"Unnie... Suka dengan Daehyun ke?" Aku cuma mengagak dengan perasaannya. Aku dapat merasakan dia amat menyukai Daehyun dengan ikhlas, aku faham perasaannya.

"Ne? Err..."

Dia kelihatan terkejut dengan soalan aku, kemudian Hyosung senyum dan mengganguk.

"Dae, tapi jangan risau. Aku takkan ganggu dia lagi. Mulanya aku tak dapat terima yang dia dah ada teman wanita, aku benar-benar minta maaf," katanya.

"Aku faham. Perasaan itu memang wujud tanpa kita sedari, walaupun aku tak cukup pengalaman nak rasai tapi aku tahu Daehyun pernah layan unnie dengan baik sebelum ini. Sebab itu unnie suka dengannya, betul tak?"

Hyosung tersentak mendengar kata-kataku, aku hanya senyum.

"Unnie, boleh aku tanya sesuatu tak?"

"Dae"

"Kenapa unnie suka dia?"

"Ini... Sebab, aku tertarik dengan gayanya dan memang dia pernah layan aku dengan baik semasa kami berlatih sama-sama,"

"Ow... Benar ke? Aku tak pernah dan... Hehe... Aku baru sahaja ingat masa lalu aku. Dan aku dah tak ingat sangat bagaimana sikap Daehyun."

"Tak apa, Mianhae. Aku benar-benar serba-salah,"

"Ani... Jika bukan kerana kemalangan ini aku takkan ingat memori aku, tapi kalau bukan disebabkan kebodohan aku. Daehyun juga pasti tidak akan terbabit dalam  kemalangan," kataku serius memandangnya. Hyosung terdiam.

"Mianhae..."

Aku mengganguk senyum, Hyosung memeluk aku. Aku sedikit terkejut dengan kelakuannya tetapi aku biarkan sahaja.

"Gomawo," Hyosung melepaskan pelukan. Aku membalas senyumannya. Pihak syarikat TS dan FNC berusaha nak tutupkan kisah sebenar dan menganggap Hyosung tidak sengaja ingin melanggar aku. Aku yang meminta mereka berbuat demikian. Meskipun aku tidak kenal Hyosung tetapi aku tahu tujuan dia sebenar.

 

 

Aku berasa lega dapat bercakap dengan Hyosung dengan tenang, aku masuk ke dalam bilik Daehyun. Keadaan riuh rendah, semua ahli B.A.P berada di dalam. Aku terpaku melihat mereka semua.

"Annyeong!!! Nuna, dari mana ni?" Zelo menghampiri aku.

"Err... Aku..."

"Awak ni comellah, lebih comel berbanding di kaca tv" puji Himchan. Aku tersengih merona malu.

"Nuna, mata nuna masih bengkaklah... Kesian..." Jongup menggeleng kepala melihat.

"Yah...! Pabo... Tak sopan langsung!" Himchan mengetuk kepalanya. Jongup menarik muncung sambil menggaru kepalanya. Aku tertawa melihat mereka. Youngjae dan Yongguk tersengih melihat member mereka. Daehyun hanya mampu senyum.

"Dah3... Jom, kita kena pergi berlatih ni," Yongguk menarik mereka semua.

"Mwo? Tapi kita kan..." Belum sempat Himchan habis cakap Youngjae menutup mulutnya dan memberi isyarat.

"Oh... Arraso, Zelo, Jongup jom... Aku belanja kamu makan aiskrim," kata Himchan.

"Aiskrim?" Jongup dan Zelo berpandangan. Tetapi mereka berdua lebih faham situasi sebenar dan mengekori Himchan dari belakang. Youngjae menepuk bahu Daehyun dan berbisik sesuatu dengannya sebelum keluar.

"Kami pergi dulu," kata Yongguk pada aku. Aku senyum dan mengganguk. Aku melepaskan lega kemudian melirik ke arah Daehyun. Aku terkaku, tidak mampu bergerak. Daehyun sejak tadi lagi memandang aku.

"Wae?" Daehyun senyum, aku berjalan perlahan menghampiri katilnya.

"Aku lega kau tak apa-apa," kat Daehyun menyentuh tangan aku. Apa?! Tak apa-apa? Jadi dia lebih risaukan aku selepas kejadian kemalangan tempoh hari itu? Hish... dia ni kan!

"Buat apa risaukan aku pula,Pabo!" kataku.

"Yah... Aku dah memang agak kau nak buat benda bodoh macam tu. Nasib baik aku sempat halang," katanya. Aku menahan sebak, kalau boleh aku tak nak ingat lagi semua itu.

"Oppa, aku rindu sangat dengan oppa." Aku cuba menahan air mata aku tetapi jatuh juga akhirnya. Daehyun menarik tubuh aku dan memeluk erat.

"Gomawo, aku lega kau dah ingat semuanya,"

Aku tersentak dan menolak Daehyun.

"Macam mana Oppa tahu yang aku dah ingat semuanya?"

"Pabo! Dah panggil aku 'oppa' memang ini Jun Hee yang aku kenal sebenar," Daehyun menarik hidung aku. Aku menjerit kecil.

"Hehehe... Gomawo, sebab selamatkan aku," kata aku pula memeluknya lagi.

"Saranghae,"

Aku tersenyum mendengar bisikannya. Aku juga sayangkan Daehyun...

 

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jjang... Super Speed I do this story... But its difficult to think about the idea.

 

She is back... So cute her performance!!!

Let she take care for Daehyun... hehe

Let me say... "Hallo,Hallo..."

 

Hey yooo.... Hehee... I decided to say he is very handsome guy in this mv

Lastly... I want to say there almost ending in this story... Daehyun say that good and thanks for reading lol... But his expression at the end make me...? huh!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *