Chapter 12-sad

Do you still love me???(MALAY VERSION)

 

Jun Hee mengambil jaketnya sebelum keluar dari bilik. Jun Hee ingin mengambil angin di luar dan berjumpa Yonghwa untuk mengetahui hal sebenar.

“Jjinja? Tapi itukan berisiko hyung,”

Jun Hee terhenti mlangkah apabila mendengar suara Minhyuk dalam bilik rehat ketika turun dari tangga. Jun Hee mendekati pintu bilik itu.

“Aku tak boleh buat apa-apa,” keluh Yonghwa.

“Ingat hyung, orang yang langgar kereta Jun Hee itu adalah papa awak sendiri. Dan, kemalangan itu juga menyebabkan ibu Jun Hee meninggal dunia. Hyung tak fikir perasaan Jun Hee ke jika dia tahu semua ni?”

Jun Hee terkejut, menekup mulut sehingga terlanggar sesuatu. Pasu bunga di sebelahnya jatuh dan pecah berkecai. Jun Hee menahan sebak dan jantungnya berdegup laju, tanpa berlengah lagi dia terus keluar dari rumah itu.

Minhyuk dan Yonghwa tersentak, mungkin sesorang telah mendengar perbualan mereka berdua.

“Tak mungkin, Jun Hee?” Minhyuk memandang Yonghwa.

“Aish!” Yonghwa mendengus mencari Jun Hee merata tempat.

 

 

Jun Hee pov

Aku berjalan perlahan-lahan ke tepi jalan. Aku duduk sambil termenung, kereta lalu lalang di depan aku tidak kupedulikan.

Tak mungkin! Ibu aku tak mungkin dah meninggal... Kenapa perbualan mereka masih  terngiang-ngiang di telinga aku. Air mata aku mengalir lagi, aku seakan tak percaya apa yang aku hadapi semua ini. Tapi, benarkah semua ini? Dah hampir setahun aku kat korea tapi aku belum jumpa lagi wajah ibu aku. Aku mengambil telefon bimbit aku dalam poket jaket. Aku ingin dengar dari jawapan Daehyun.

“Hello,” Suara aku serak, aku masih lagi tidak dapat menahan sebak.

“Jun Hee-ah, kenapa ni?” Daehyun hairan dengan suara aku.

“Beritahu aku hal sebenar, adakah ibu aku dah meninggal? Jjinja? Bagitahu aku!!!” Aku menangis lagi.

“Jun Hee, awak kat mana ni? Beritahu aku sekarang”

“Kenapa semua orang tipu aku? Biarpun aku tak ingat masa lampau aku, tapi sekurang-kurang beritahulah aku...” aku menangis teresak-esak. Orang awam hairan melihat aku.

“Mianhae, Jun Hee... awak di mana ni?”

“Tak nak! Korang semua penipu!” Aku mendengus geram lalu mematikan telefon. Aku amat geram sehingga telefon di tangan aku juga kubuang dan terpelanting jauh di tengah lebuh raya. Aku memeluk lutut dan menekup muka aku sambil menangis.

 

 

Daehyun terus menukar pakaiannya selepas Jun Hee mematikan telefonnya. Youngjae dan ahli yang lain berpandangan.

“Kenapa ni?”

“Youngjae, ada sesuatu yang tak kena dengan Jun Hee. Dia dah tahu ibunya meninggal. Aku kena cari dia sekarang,” Daehyun terus keluar dari bilik persalinan.

“Mwo? Yah... Tunggu aku,” Youngjae mengejar Daehyun.

 

Jun Hee berdiri termenung depan lebuh raya.

“Omma...” Jun Hee berjalan perlahan-lahan menuju ke jalan raya. Kereta yang lalu lalang menekan hon padanya. Tiba-tiba satu kereta laju tidak dapat mengawal kelajuannya dan hampir melanggarnya.

“Yah! Jun Hee!!!”

Jun Hee tersentak dirinya ditolak ke tepi sehingga kepalanya terhentak batu. Satu bunyi dentuman kuat mengejutkan orang ramai.

“Ada kemalangan! Orang kena langgar!,” Orang ramai melihat kejadian itu menyerbu tempat itu. Jun Hee mengerut kesakitan kepalanya, pandangannya mula kabur dan sakit kepalanya mula menyerang.

“Cik, awak tak apa-apa ke?” Beberapa orang perempuan cuba menyedarkan dia.

“Bagaimana orang yang kena langgar tadi? Dah panggil ambulans ke?” kata salah seorang dari mereka.

“Dah!”

Jun Hee cuba bangun ingin mengetahui siapa yang menyelamatkannya tetapi tidak berdaya akhirnya pengsan selepas sakit kepalanya menyerang lagi.

 

 

--------------------------

Hospital

Jun Hee membuka mata perlahan-lahan, pandangannya masih kabur.

“Di mana aku ni?” Jun Hee memandang sekeliling, pening kepalanya apabila dia cuba bangun lagi. Tetapi Jun Hee cuba mengagahkan dirinya untuk bangun. Matanya berkedip-kedip memandang sekeliling dan cuba mengingati apa yang telah terjadi.

“Tak mungkin, aku dah ingat semuanya,” Jun Hee tidak menyangka dirinya sudah mengingat semuanya.

“Jun Hee-ah, awak dah sedar,” Youngjae masuk ke dalam tersentak bila melihat Jun Hee sedar dari tidur. Jun Hee terpaku melihat Youngjae di depannya. Lidahnya keluh melihat Youngjae.

“Awak dah tak apa-apa ke? Syukurlah,” Youngjae tersenyum gembira. Jun Hee tertunduk menahan sebak, rindu melihat Youngjae senyum. Tiba-tiba sahaja selepas sedar tadi dia sudah dapat mengingat semua masa lalunya.

“Oppa, apa khabar?” Jun Hee mengangkat muka. Mengenang air matanya melihat Youngjae.

“Jun Hee-ah... awak dah ingat ke?” Youngjae terkejut melihat perubahan Jun Hee.

“Hmn...” Jun Hee mengganguk. Youngjae segera memeluk Jun Hee.

“Wah... Tak sangka, awak dah ingat semuanya,” Youngjae melepaskan pelukan. Jun Hee mengganguk sambil tersenyum pahit.

“Aku nak panggil Jieun sekejap,” Youngjae keluar mencari Jieun. Jun Hee mengesat air mata, tidak menyangka sekali. Tapi, siapa yang selamatkan aku? Ibu aku...? Aku segera membuka jarum di tangan. Aku keluar mencari jalan keluar.

“Jun Hee-ah, kau nak ke mana?” Jieun mengejar, aku menoleh.

“Jieun, aku nak jumpa ibu aku. Ibu aku tak mungkin dah meninggal. Betul tak?” Aku memandang Jieun dengan penuh harapan. Jieun serba salah hendak beritahunya. Youngjae mengeluh.

“Jun Hee-ah, awak kena rehat dulu. Lagipun awak baru sembuh,” kata Youngjae cuba membawa Jun Hee, Jieun juga memimpinnya masuk kembali ke dalam biliknya.

“Apa yang telah berlaku? Mana ibu aku?” Jun Hee memandang mereka berdua. Jieun dan Youngjae berpandangan kemudian mengeluh.

“Kami dah janji nak beritahu awak selepas awak sedar. Jadi biar kami beritahu awak yang ibu awak meninggal semasa kemalangan,” kata Jieun dengan hati-hati. Jun Hee ternganga, tidak dapat menahan sebaknya lagi.

“Jun Hee-ah, mianhae...” Jieun turut menangis dan memeluk Jun Hee.

“Omma...! omma...! ” Jun Hee meraung memanggil mamanya. Jieun memeluk erat agar Jun Hee dapat bertenang. Youngjae tidak sanggup melihat keadaan Jun Hee, dia memandang ke arah lain menahan sebak.

“Wae? Aku rindu sangat dengan dia... tsk... tsk... tsk... Jieun-ah, aku nak sangat jumpa mama aku,” kata Jun Hee meraung sambil menangis. Jieun mengganguk sambil mengusap kepala Jun Hee.

“Arasso, aku faham,” kata Jieun memeluknya.

Kesian mengenangkan nasib Jun Hee, Youngjae menarik nafas mengesat air matanya. Dia tidak mahu dua orang insan yang disayanginya melihatnya turut menangis. Sebagai lelaki dia mesti kuat juga.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lama x update... hehe... xtau nak cakap apa... :(

plz give your comment and subcribes k...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *