Chapter 5- Really miss you!!!

Do you still love me???(MALAY VERSION)

 

After you left, I lost control

Spit out curses because I think of you, who was cold

I feel dirty, I overflow in anger and scream

You face that appears in the cracked mirror

It seems like our love that's broken into many pieces

I stand at the end of this tiring cliff and...

Rip apart the memories I had you... I don't have it...

What can I do???

I get lost in a maze and stay in that spot

It's becoming blurred, I can't see your face

I can't feel anything. Tears fall down

I trapped memories of you, no...

Please hold onto my hand, so that I can wake up...

 

 

"Jun Hee!!!" Daehyun menjerit sebaik sahaja bangun dari mimpi, mungkin mimpi buruk yang membuatkan dirinya terbangun dan menjerit memanggil nama Jun Hee. Himchan di sebelahnya juga terkejut dengan jeritan Daehyun.

"Apa hal ni?" Himchan mengerut melihat Daehyun yang berpeluh2, Daehyun mengeleng dan mengeluh. Youngjae yang terdengar suara Daehyun serta-merta masuk ke dalam bilik rehat.

"Kau tak apa2 ke?" Youngjae mendapatkan Daehyun.

"Tak, aku tak apa2. Aku penat je," Daehyun mengerut berdiri ingin mengambil air botolnya. Sudah sebulan mereka debut, tanpa henti2 mereka buat persembahan dan menghadiri program dalam television. Masing2 penat dengan semua aktiviti mereka. Daehyun tidak menghiraukan soalan dari Youngjae, dia keluar dari bilik rehat.Youngjae mengeluh, Himchan menjeling ke arahnya.

"Siapa Jun Hee? teman wanita dia ke?"

"Entahlah," Youngjae malas memberitahu perkara sebenar kepada hyungnya.

"Beritahulah aku..." Himchan yang nakal sedikit cuba memujuk Youngjae.

"Hyung, please! Ini hal peribadi orang. Tolong faham, ok..." Kata Youngjae.

"Yah... Itupun nak marah ke?" Himchan mendengus.

"Bukan begitu hyung..."

"Argh... Dahlah," Himchan keluar dari bilik pula. Youngjae melepaskan keluhan panjang. Youngjae tahu, Daehyun mesti rindu dengan Jun Hee. Masih tiada khabar tentang Jun Hee. Jieun juga sibuk dalam pekerjaannya dan tidak lupa sama sekali nak cari Jun Hee.

--------------

Jun Hee memandang bandaraya Seoul, besar dan indah! Wah... Seronoknya dapat kembali ke tanah air sendiri... Jun Hee berjalan2 ke tepi jalan raya.Sekali lagi Jun Hee keluar tanpa kebenaran Yonghwa, memandangkan Yonghwa asyik sibuk dengan kerjanya membuat persembahan dan menghadiri program lain Jun Hee mengambil kesempatan keluar dari rumah.

Jun Hee menceluk poket dalam skirtnya, duit hanya sedikit... Jun Hee memandang sekeliling. Dia ternampak sebuah kedai aiskrim di seberang jalan, terasa ingin pula nak cuba aiskrim korea. Jun Hee menyeberangi jalan raya dengan penuh hati2...

 

"Wah... aku nak yang ni," kata Jun Hee tersengih dengan pak cik di depannya.

"Eh... Kamu kan yang selalu datang sini setahun yang lalu, lama tak jumpa." kata Pak cik itu agak mengenali Jun Hee suatu ketika dahulu.

"Ne," Jun Hee hairan dengan kata2 pak cik itu.

"Kamu dah lama tak ke sini, tak kenal pak cik lagi ke?" kata pak cik sambil menyediakan aiskrim vanila yang ditunjukkan oleh Jun Hee sebentar tadi.

"Aku pernah datang ke sini?" Jun Hee mengerut, menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, dah lupa ke? ni aiskrim untuk kau. Pak cik tak pernah lupakan kau, sebab kau pelanggan yang paling comel dan mesra." kata Pak cik itu. Jun Hee tersengih dan menyambut aiskrim itu dan membayarnya.

"Eh, tak apa. Tak payah bayar, Pak cik nak tanya, kenapa tiba2 beli aiskrim vanila? Biasanya kau beli coklat sebab kau sendiri kata coklat itu kegemaran kau," kata pak cik itu. Jun Hee tersentak, memerhati aiskrim yang dipegangnya.

"Betul ke pak cik?"

"Yalah... takkan pakcik nak tipu pula. Kau juga pernah tolong pak cik berniaga kat sini dengan seorang kawan kau lagi tu," kata Pak cik itu membuatkan Jun Hee mula ingin menyiasat siapa dirinya sebenar.

"Siapa kawan aku tu pak cik?"

"Pak cik kan dah tua, dah lupa pula nama dia. Tapi semalam dia ada datang sini, macam biasa dia pesan coklat aiskrim. Kau dah tak ingat ke ni? Apa hal tanya pak cik pula?" Pak cik itu mengerut  pelik dengan kelakuan Jun Hee.

"Er... Tak apalah, Terima kasih pak cik," Jun Hee serta-merta keluar dari kedai pak cik itu. Tetapi dia berhenti seketika.... Berfikir, kemudian masuk kembali.

"Pak cik, aku nak tukar coklat boleh," Jun Hee memberanikan dirinya.

"Er... Baiklah." Pak cik kebingungan dan ikut saja permintaan Jun Hee.

"Gomawoo..." Jun Hee tunduk sebelum keluar dari kedai itu. Jun Hee memerhati aiskrim coklat di tangannya. Gitar... Coklat... Dan rantai ini? Adakah ini semua ada kena mengena dengan hidup aku? getus hati Jun Hee, dia menjilat aiskrim itu.

"Hmn... Enaknya," Jun Hee senyum sendirian. Sedapnya... Terasa dirinya lama tidak makan coklat. Jun Hee berjalan perlahan2, Jun Hee terpaku melihat orang ramai berkumpul di hujung padang.

"Ada apa kat situ?" Jun Hee bertanyakan dengan orang yang menuju ke situ.

"Awak tak tahu ke, sana ada fan meeting dengan BAP. Artis baru,"

"B.A.P? Apa tu?" Jun Hee bingung, tidak faham.

"Aish... jum kita ke sana. Awak akan nampak juga," kata gadis yang tidak dikenali. Jun Hee hairan, melihat gadis itu siap bawa patung rabbit warna hijau dan bekalan makanan.

"Awak nak tahu atau tak?" gadis itu menjerit ke arahnya. Jun Hee tersentak kemudia mengganguk. Ramainya orang... Jun Hee berjalan pelahan2 sambil makan aiskrimnya. Aiskrim yang dipegangnya tidak mahu dilepas selagi belum habis. Jun Hee hampir dilanggar oleh peminat artis yang berlari menuju ke parking kereta. Jun Hee mengesat bajunya, mujurlah aiskrimnya hampir habis. Jun Hee makan aiskrimnya secepat mungkin.

"B.A.P3!!!" Peminat melaungkan nama kumpulan itu sebaik sahaja enam jejaka keluar dari kereta warna hitam. Jun Hee mengesat bibirnya dengan tisu, selesai makan aiskrimnya. Dia hanya memandang dari jauh.

"Kacaknya mereka..." Jun Hee terpaku melihat mereka. Tetapi salah seorang mereka membuatkan dirinya berdebar2, Jun Hee mengerut menyentuh dadanya. Siapa dia tu? Kenapa dengan aku ni? Jun Hee tidak keruan dan cuba bertenang melihat jejaka itu. Tiba2 mata mereka bertentangan, Jun Hee tersentak. Dia melarikan diri sebaik sahaja lelaki itu kelihatan terkejut melihatnya.

"Alamak... Apa yang aku buat ni?" Jun Hee berlari sejauh mungkin, dia mengambil keputusan bersembunyi di belakang bangunan beli belah. Jun Hee tercungap2...

"Ada jumpa dia tak?"

Jun Hee menekup mulut, Huh...? Apa ni? Lelaki itu hantar orang kejar aku! Dasar lelaki jahat!! Jun Hee mendengus duduk dan bersembunyik di sebalik kotak2 buangan sehingga sekumpulan lelaki itu pergi. Jun Hee mengigit jarinya, tidak tahu apa nak buat... Hari semakin gelap. Jun Hee mengeluh. telefonnya sudah kehabisan battery. Alamak... Mianhae Yonghwa Oppa... Jun Hee mengeluh.

 

 

---------------------------------------------------------------------------

Annyeong... hehhe... Aku nak share dengan korang pasal cerita kawan aku 'Angel vs Demons' author-nimnya Jjangbunny. Aku salah satu wataknya dalam cerita tersebut... Jadi if you interested plz come in... Ceritanya sangat best. Ceritanya juga masih baru, jadi korang pergilah subcribes... pls... 

http://www.asianfanfics.com/story/view/402692/angels-vs-demons-yongguk-zelo-himchan-jongup-bap-daehyun-youngjae

But... plz leave your comment and subcribe please.... Gomawoo... =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yamiyami95
#1
Chapter 18: Wah... Best!!!
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 18: Best giler ouh menangis ouh baca fanfic awak nie :-) update soon
mieyhyun
#3
Chapter 18: Happy ending...
Yamiyami95
#4
Chapter 16: Aigooo.... again... please update. I want see the ending chapter!
chacannie
#5
Chapter 14: huhuhu... nangis lagi baca fanfics nhe...:'( Daehyun oppa, get well soon :(
mieyhyun
#6
Chapter 14: Aigoo.. so sad..
mieyhyun
#7
Chapter 13: Update...update..upadate.. hope daehyun will be fine.. :'(
mieyhyun
#8
Chapter 6: Chapter ni buat aku nangis... TT
chacannie
#9
Chapter 11: saya pembaca baru ^^ update soon ok... DAEBAKKK ! * crying reading this fanfics :') *