5.

Antara Subuh dan Senja

 

Minhyun mencapai telefon pintarnya, laju mendail nombor telefon Lee Donghae.

“Ketua Lee…”

“Ini aku Seongwoo, Ketua Lee sedang memandu sebelah aku. Kenapa?” Minhyun mendengar suara Seongwoo di talian.

“Oh Seongwoo yah, aku dah soal siasat wanita itu….” Minhyun mengerling Puan Kim Chun Soo yang masih dalam bilik siasatan dengan tangan yang bergari. “….dan aku dah jumpa cctv orang yang menyerahkan kotak hadiah tu kepada dia. Lelaki memakai topeng mulut dan topi, memakai baju kelabu berseluar hitam lusuh. Lelaki itu sengaja menutup mukanya agar tidak kelihatan dalam cctv”

“Jadi memang surat amaran itu adalah benar? Bom memang telah diletakkan dalam keretapi itu?” soal Seongwoo dalam nada agak tinggi.

Minhyun sempat memandang cctv yang ditekan ‘pause’ dan melihat lelaki yang dimaksudkan tadi, dan memandang seorang lagi pegawai polis yang membantunya mencari cctv itu tadi.

“Ya aku yakin” lapor Minhyun.

…………………………….

Lai Guanlin lalu di sebelah Daehwi, memperlahankan langkahnya. “Mission almost clear. You must get out of here, there’s bomb”

Daehwi terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Guanlin dan hanya mengangguk sebagai tanda balas. Dia percayakan Guanlin mampu melakukan tugas tersebut. Namun sesuatu menganggu fikirannya. Bom. Ada bom dalam keretapi tersebut? Angkara siapa? Doohyun?

Daehwi bangkit berdiri, bergerak ke depan, menghampiri seseorang.

“Maafkan saya….” Daehwi menegur Kim Jaehwan yang masih leka mendengar muzik dengan earphone yang dipasang. Sebaik perasan akan Daehwi, pantas tangan Jaehwan mencabut alat tersebut dari telinganya.

“Ya?”

Daehwi memandang tempat kosong di sebelah Jaehwan. “Saya sebenarnya peminat encik Yoon Jisung. Saya ingat mahu dapatkan tandatangannya tapi dia ke mana ya?”

“Peminat? Jisung hyung? Waaa” Jaehwan agak terkejut dengan sapaan Daehwi itu.

“Betul peminat?” soalnya pula seperti tidak dapat mempercayainya.

Daehwi mengangguk. “Saya suka karyanya masa pameran ‘Lost Soul’ di Incheon beberapa bulan lepas” ujarnya, sekadar menghafal maklumat yang diberi oleh Guanlin pagi tadi.

“Kamu pergi pameran dia maknanya betul kamu peminat dia. Tapi sekarang dia ke tandas, kamu tunggu sekejap ye” ujarnya, sambil mengerling pandang laluan ke tandas.

“Saya akan datang semula bila dia kembali dari tandas nanti” ujar Daehwi, mahu beredar sebelum langkahnya berhenti. Keretapi yang tadi bergerak laju tiba-tiba berhenti. Daehwi memandang sekeliling.

Daehwi dapat menduga yang mereka sudah menjumpai bom dalam tren tersebut. Seketika kemudian kedengaran pengumuman.

“Perhatian kepada penumpang KTX 2817, keretapi ini terpaksa diberhentikan atas arahan penguatkuasa polis. Para penumpang diminta untuk mengosongkan semua unit koc dan tidak dibenarkan berada dalam koc tanpa kebenaran pegawai perkhidmatan. Kami harapkan kerjasaman semua penumpang untuk turun keluar dengan berhati-hati

Pengumuman tersebut menerima pelbagai reaksi, ada yang merungut, ada yang takut, ada juga mengambil sisi positif dan harap semuanya berjalan lancar.

“Maafkan saya encik, sila bangun dan kosongkan koc ini dengan segera”

Jaehwan keliru, mencapai kedua-dua beg miliknya dan Jisung. Seketika dia memandang lorong ke tandas. Jaehwan kerisauan.

Daehwi juga mencapai beg dan jaketnya, bergerak menghampiri Jaehwan.

“Dia masih belum balik dari tandas?” soalnya membaca riak Jaehwan. Lelaki itu mengangguk.

“Telefon dia bawa sekali?”

Jaehwan menggeleng pula. “Dia tinggal telefonnnya dengan saya”

“Kita cari dia di tandas. Arah mana dia pergi?”

Kedua-dua Jaehwan dan Daehwi bergerak ke tandas. Setiap koc mempunyai tandas antara penghubung koc yang mempunyai pintu sendiri. Langkah mereka kemudian diberhentikan oleh salah seorang pekerja. “Maaf, sila kosongkan koc ini dengan segera” ujarnya meminta kedua-dua mereka mengundur langkah. Jaehwan dan Daehwi tiada pilihan lain selain menuruti arahan tersebut, bersama-sama penumpang lain turun keluar dari koc itu.

“Kita cari dia di luar” Daehwi seolah memujuk keresahan Jaehwan.

……………………………….

Asap rokok dihembus keluar melalui bibirnya yang berwarna gelap. Tangannya memegang telefon, menunggu panggilan penting. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap.

“Mana kau letak bom tu?” soal Lee Doohyun yang berada di tempat duduk belakang.

Chanbin tersenyum. “Aku letak dalam beg Sungwoon. Dia tak akan nampak sebab ia disembunyikan, dijahit dalam beg tu”

“Jadi macam mana dengan Yoon Jisung?”

“Sabar” balas Chanbin. Kadangkala dia merasa jengkel dengan sikap Doohyun yang tidak sabar dan terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Sejujurnya hampir semua kerja kotor Doohyun adalah idea dan perancangan bernas Chanbin. Namun, atas nama persahabatan, mereka masih berkerjasama dan menjaga belakang masing-masing.

Seketika kemudian, telefon yang dipegang oleh Chanbin menerima masuk mesej. Chanbin tersenyum membaca mesej tersebut.

“Jangan risau, geng aku dah dapat Yoon Jisung. Mereka dah berjaya bawa lari pelukis tu” Chanbin memaklumkan, memberi satu kelegaan kepada rakannya.

‘Bagus. Jadi sekarang masa yang sesuai untuk main mercun” balas Doohyun sebelum ketawa.

‘Bom boleh diaktifkan sekarang’

Doohyun menaip mesej kepada gengnya yang sudah berdekatan keretapi tersebut dengan alat kawalan bom.

…………………….

Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik.

Bunyi bom mula mengira detik dalam beg Sungwoon kedengaran namun tiada sesiapa mendengarnya. Para pekerja dalam tren tersebut sibuk memeriksa setiap koc, memastikan tiada orang lagi di dalamnya. Kanak-kanak menangis, ketakutan. Beberapa orang pekerja pejabat yang mengejar masa berleter merungut. Beberapa remaja sibuk mengambil gambar, memaklumkan keadaan yang jarang berlaku itu dalam laman sosial.

Tik. Tik. Tik. Tik.

Booom!!

………………………………….

Lee Donghae memusingkan stereng sebelum menekan brek secara mengejut di bahu jalan. Kedua-dua Ong Seongwoo dan Lee Donghae meluru keluar, melihat terdapat kepulan asap hitam tidak jauh dari lebuh raya tersebut.

“Kita terlambat” ujar Seongwoo, melepaskan satu nafas berat.

“Aku harap semua penumpang sudah selamat dikeluarkan” tambah Donghae pula, juga turut berasa kesal.

…………………………………

Kepalanya terasa berat dan berdenyut. Badannya terasa di dalam sebuah kenderaan bergerak. Jisung mengiring ke kiri sambil membuka mata perlahan, sebelum sedar kedua tangananya diikat rapat. Jisung memerhatikan sekeliling sebelum perasan yang dirinya berada di tempat duduk belakang sebuah kereta. Seorang lelaki berkaca mata hitam berada di tempat duduk pemandu pula leka, tidak perasan yang Jisung sudah sedarkan diri.

“Lepaskan aku!” Jisung menyergah, tangannya dibuka luas, menyarung cekik lelaki pemandu itu. Pergelangan tangan yang diikat dengan tali kasar, ditarik rapat ke kusyen sandar kepala.

Lelaki yang memandu itu terkejut, namun tidak sempat melawan apabila lehernya dicekik jerut daripada belakang. Tangannya meronta pegang tangan Jisung, meminta lepas. Kereta yang dibawanya hilang kawalan, mula tersasar dari lorong.

“Arghhhh” lelaki upahan Chanbin itu meronta-ronta. Matanya membulat terkejut melihat sebuah lori yang menghampirinya datang dari arah bertentangan. Pemandu yang membawa lori tersebut menekan hon dengan lama dan menekan brek sekuat hati, bimbang menghentam kereta itu.

Jisung melepaskan jerutannya lalu menunduk pegang kusyen sebelum kereta tersebut melanggar sisi lori, berpusing terbalik dan terseret ke bahu jalan. Kepala Jisung terhantuk dan pemandu kereta tersebut tidak sedarkan diri. Kenderaan lain yang berdekatan menekan brek dan berhenti sebelum terlibat sama. Orang ramai mula mengerumuni kereta yang terbalik itu.

Jisung membuka mata dan merangkak keluar melalui ruang tingkap yang pecah. Dia bangkit berdiri sebelum kembali rebah di atas jalan raya.

“Panggil ambulans, ada kemalangan”

“Encik tak apa-apa?”

“Ada orang cedera di sini”

Cahaya matahari membuatkan pandangan Jisung berasa silau. Orang ramai mula mengerumuninya, dan Jisung kehilangan tenaga untuk melarikan diri. Perlahan-lahan imej pandangan kerumunan orang tersebut mulai pudar. Jisung kembali tidak sedarkan diri.

……………………………………………….

“Jisung hyung? Jisung hyung!”

Daehwi dan Jaehwan berjalan, mencari Jisung dalam himpunan penumpang yang berjaya dikeluarkan sebaik sebelum tren yang naiki meletup depan mata mereka sendiri. Keadaan agak bising bukan sahaja dengan bunyi riuhan mangsa juga dengan siren polis, bomba dan ambulans yang memenuhi kawasan rel keretapi tersebut.

Pihak bomba sibuk memadam api kebakaran akibat letupan tersebut. Dua buah koc di tengah kelihatan hangus terbakar. Selang beberapa minit letupan berlaku, pihak media mula mengerumuni kawasan rel keretapi tersebut, berusaha mendapatkan liputan berita terkini. Pihak polis sudahpun mengepung kawasan tersebut dan tidak membenarkan mana-mana wartawan mendekati koc keretapi yang tersadai atas rel. Tali pita ‘dilarang melintas’ diletakkan di sekeliling kawasan koc. Penumpang yang selamat pula dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa nama oleh polis peronda.

Lee Donghae dan Ong Seongwoo memakai topeng penutup mulut dan sarung tangan getah sebelum mendekati kawasan koc yang teruk terbakar. Keadaan dalam koc tersebut hangus rentung, hampir kesemuanya bertukar menjadi hitam. Air yang disimbah oleh pihak bomba juga menyebabkan koc tersebut menjadi agak basah.

“Detektif Shim” Donghae memanggil salah seorang detektif dari balai polis Busan. Shim Changmin menoleh pandang ke arah Donghae dan Seongwoo.

“Macam mana dengan letupan tu?” soal Donghae, mengelakkan dirinya daripada tersentuh dengan tempat duduk yang hangus dan hanya tinggal besi hitam.

“Forensik kebakaran dah ambil gambar dan beberapa sampel barang. Kalau kita lihat kawasan yang terbakar, letupan tu dapat dikatakan bermula dari koc ini. Bom tersebut diletakkan dalam koc ni, atau lebih tepat kawasan tempat duduk ini” ujar Changmin sebelum menunjukkan kesan putih pada tempat letak barang atas kawasan tempat duduk penumpang.

“Ia disembunyikan dalam sesuatu” tambah Donghae.

Changmin mengangguk. “Mungkin kotak atau beg. Pekerja tren maklumkan bahawa mereka sudah periksa barang-barang penumpang dan tidak jumpai sebarang objek yang mencurigakan”

“Mungkin ia disorokkan juga”

Ketika itu, Ong Seongwoo laju mencatat setiap perkara yang keluar dari mulut Changmin dalam buku nota kecil yang sentiasa dibawa. Dia mengakui apa yang ditunjukkan oleh detektif dari Busan itu, seperti konklusi yang tepat.

“Oh ye, pihak atasan sudah telefon aku. Kes ini hanya akan diuruskan oleh polis Seoul. Pihak korang yang jumpa surat amaran itu jadi korang kena selesaikan kes ni” ujar Changmin lalu menanggalkan topeng mulutnya dan melompat keluar dari tren tersebut.

Donghae melepaskan satu keluhan berat, sebelum berpaling merenung Seongwoo. “Kenapalah kotak tu mesti ada atas meja kau? Sekarang kita terlibat dalam masalah besar”

“Kenapa? kenapa tidak polis Busan yang uruskan kes ni? kita kan dah berada di sempadan kawasan Busan?”

Seongwoo menuruti langkah Donghae yang berjalan keluar dari koc tersebut.

“Semuanya sebab surat amaran itu bermula di Seoul dan tren ini bergerak dari Seoul. Lagipon surat itu dijumpai dalam kotak atas meja kau. Kau dan Detektif Hwang adalah pegawai bawah tanggungjawab aku, jadi maknanya kita bertiga secara tidak langsung terlibat dalam kes ni” jelas Donghae sambil membuka tanggal topeng mulut dan sarung tangannya.

Ong Seongwoo pana seketika sebelum dapat menghadam kata-kata ketua kumpulannya.

“Oh ye, Donghae, ini senarai semua penumpang dan kru perkhidmatan tren yang terlibat. Lima orang tiada dalam senarai periksa kali kedua” Changmin lalu menyerahkan sebuah fail keras kepada Donghae.

“Status lima orang tu?” soal Donghae pula sekadar membelek sekali imbas senarai nama yang diberikan oleh Changmin itu.

“Belum diketahui. Dua mayat dtemui hangus terbakar dan seorang perempuan mengalami kecederaan teruk sudah dibawa ke hospital berdekatan” lapor Changmin sebelum menyerahkan beberapa keping gambar kepada Donghae. Gambar dua mayat yang diambil sebelum mayat tersebut juga dibawa ke hospital.

Donghae menyerahkan pula senarai itu kepada Seongwoo. “Detektif Ong, hantar salinan senarai ke balai, dan periksa status lima orang yang masih belum diketahui itu. Hubungi Detektif Hwang suruh dia ke hospital untuk periksa identiti mangsa yang dihantar tadi”

“Jisung? Jisung hyung?”

Donghae, Seongwoo dan Changmin serentak berpaling lihat dua orang pemuda seperti sedang mencari seseorang.

“Encik” Donghae menyapa salah seorang pemuda tersebut. “Boleh saya tahu apa masalahnya?”

“Kami mencari kawan kami. Yoon Jisung. Saya tak jumpa dia sejak turun dari koc tadi” balas Jaehwan, masih dengan riak wajahnya yang pucat.

“Yoon… Yoon… Yoon… Yoon Jisung. Ha, ada nama dia di sini tapi dia tersenarai dalam lima orang yang masih belum ditemui” ujar Seongwoo sambil membelek senarai nama yang dipegang.

“Tidak ditemui? Maknanya dia masih belum keluar dari tren?” Jaehwan bertanya, wajahnya bertukar pucat risau. Matanya mengerling pandang keadaan tren yang hitam terbakar. Dia menggeleng enggan membayangkan Jisung berada tren itu ketika letupan tadi berlaku.

“Pihak forensik akan kenalpasti identiti mayat yang ditemui dengan segera. Kami tak nak beri harapan kepada encik” ujar Donghae pula sebelum beralih kepada Seongwoo. “Bawa dia ke balai untuk keterangan lanjut mengenai mangsa”

Seongwoo mengangguk. “Boleh encik ikut saya ke balai, kami perlukan keterangan encik mengenai Yoon Jisung”

Daehwi memegang lengan Jaehwan yang kelihatan lemah, boleh rebah bila-bila masa. “Boleh saya ikut sekali?” soalnya sebelum Seongwoo mengangguk izin.

……………………………..

Prannggggg

Seluruh perhatian dialihkan kepada Daniel. Anak muda itu pana seketika sebelum perasan gelas yang dipegang terlepas jatuh ke lantai. Kaca jatuh berselerak di atas lantai.

“Daniel” salah seorang pekerja menghampiri Daniel. “Wey kau kenapa?” rakan sekerjanya itu mencuit Daniel.

“Maafkan saya. Maafkan saya” Daniel menunduk minta maaf sebelum beredar ke dapur, mencari peralatan untuk membersihkan serpihan kaca tersebut.

“Tak mengapa, kau pergi dapur, biar aku buat ni” Jungwoo, rakan sekerja Daniel menepuk bahu Daniel.

Anak muda itu senyum berterima kasih sebelum beredar ke dapur.

“Kau ok?” salah seorang pembantu masak di dapur menegurnya. Daniel merupakan seorang pekerja yang rajin, sentiasa tersenyum dalam melayan pelanggan yang datang ke kedai makan tersebut, jadi sebarang kesilapan yang dilakukan olehnya akan menjadi perhatian dan membimbangkan rakan sekerjanya yang lain.

“Aku ok” balas Daniel, berbohong. Matanya melirik pandang berita yang terpapar di kaca televisyen ruangan depan berdekatan kaunter dalam kedai makan itu. Berita mengenai letupan keretapi yang berlaku di sempadan daerah Busan. Daniel berasa tidak sedap hati.

……………………………………

Seongwoo, Donghae, Daehwi dan Jaehwan tiba di balai polis Seoul setelah sejam lebih perjalanan. Donghae bergegas mendapatkan Minhyun yang sudah menunggu.

Keadaan di balai agak kelam kabut. Deringan telefon pejabat asyik berbunyi, dan beberapa orang kelihatan menunggu di balai, risau akan kenalan dan keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Wartawan dan pihak media juga menunggu di luar, menanti sebarang tindakan pihak berkuasa.

“Inspektor Lee, boleh beri keterangan lanjut tentang identiti mangsa? Boleh jelaskan berapa orang mangsa yang terlibat?”

“Inspektor Lee Donghae, adakah letupan ini berlaku akibat kecuaian pihak pengurusan KTX?”

“Inspektor Lee, benarkan terdapat perselisihan faham antara pihak polis dan pengurusan KTX?”

“Inspektor Lee”

“Inspektor Lee”

Lee Donghae menepis segala lensa kamera dan mikrofon yang dihalakan depan mukanya, langkahnya laju menuju ke pintu utama balai. Seongwoo, Daehwi dan Jaehwan menurut rapat dari belakang.

“Tolong beri laluan” Seongwoo memastikan keselamatan Daehwi dan Jaehwan terjaga.

“Ketua Lee, pihak forensik dah hantar laporan bedah siasat mangsa letupan” ujar Donghae sambil menyerahkan beberapa helaian kertas yang diterima dari pihak forensik hospital melalui sistem faks.

“Bila ia diterima?” soal Donghae, membelek maklumat tersebut.

“Baru beberapa minit yang lalu” balas Minhyun, berdiri di depan ketuanya itu, menantikan sebarang arahan.

“Maklumkan pada wartawan kita akan adakan sidang media dalam 30 minit. Jangan lupa ambil keterangan mereka berdua” ujar Donghae. Mereka yang dimaksudkan ialah Daehwi dan Jaehwan yang sedang menunggu di sofa salah satu sudut menunggu balai tersebut.

Minhyun hanya mengangguk sebelum Donghae bersedia untuk sidang medianya.

………………………………………………..

Doohyun menuang soju ke dalam sebuah gelas kecil sambil tersenyum. “Konsesi tanah di Pohang itu masih berjalan lancar Tuan Pengarah?”

Lelaki separuh umur di hadapannya ketawa kecil. “Lee Doohyun, kamu agak terburu-buru berbeza dengan ayah kamu. Dalam perniagaan ni, setiap benda ada timing yang tersendiri, tidak perlu terkejar-kejar” balas lelaki itu sambil meneguk soju yang dituang oleh Doohyun.

Doohyun menggaru belakang lehernya sambil malu menjawab, “Saya cuma bimbang terlepas peluang baik”

Beberapa saat kemudian, telefonnya yang diletakkan atas lantai bergetar. Sempat Doohyun mengerling lihat nama pemanggil.

“Jawablah, panggilan ahli perniagaan selalunya panggilan penting”

“Kalau macam tu, saya jawab panggilan ini dulu” Doohyun mencapai telefon pintarnya dan sempat memberi tunduk hormat sebelum keluar dari salah satu bilik makan di restoren makan jepun itu.

“Hello, kenapa call aku sekarang? Aku tengah berjumpa dengan orang penting ni” nada Doohyun marah.

“Doohyun, masalah besar” suara Chan bin pula kedengaran dalam nada kerisauan.

“Masalah apa pula? Kau kan selalu pandai selesaikan masalah”

“Yoon Jisung larikan diri”

“Apa?!” Doohyun menenking marah, terkejut. Tanganya memegang picit kepalanya. “Macam mana boleh larikan diri? Sungwoon?”

“Sungwoon pun hilang”

Doohyun menhembus nafas berat. “Cari dia. Cari Yoon Jisung, dan pastikan dia hidup. Sungwoon pula, cari dia sampai dapat! Hidup atau mati”

…………………………………

Jisung terbaring atas katil pesakit dengan beberapa tampalan kecil di muka dan lengannya. Sebuah beg tabung air dengan wayar yang bersambung cucuk ke dalam badan berada di tepi katilnya. Seorang jururawat memeriksa keadaannya dan membetulkan selimut di kakinya.

“Pesakit ini tiada nama?” tegur salah seorang doktor yang melakukan pemantauan.

“Kami masih belum tahu identiti dirinya. Dia ditemui di tengah jalan, dalam keadaan cedera” jawab jururawat itu.

“Ahli keluarganya tiada datang mencari?”

Jururawat itu menggeleng. “Tiada sesiapa pun datang”

“Mereka mesti risaukannya, mungkin juga mereka tidak tahu pun yang lelaki ini kemalangan”

“Patutkah kita laporkan kepada polis?”

“Tunggu sampai dia sedar. Kalau dalam 4jam dia tak sedar lagi, baru awak telefon polis, dan laporkan mengenai dia. Ahli keluarganya mungkin carinya nanti”

“Baik doktor” jururawat itu mengangguk.

 


Saya nak tekankan bahawa semua watak (Wannaone) dalam cerita ini penting, jadi harap pembaca take note masa baca. Hehe. Anyways sorry minggu lepas tak post sebab Raya! Selamat hari raya pembaca setia <3. Scene letupan keretapi tu adalah official scene saya bayangkan, dan dia punya feel dapat luahkan apa yang berada dalam imagnasi untuk dibaca oleh orang lain tu,. Pergh... Nantikan lebih scene dan lebih interaksi antara mereka sebagai kawan dan brother. Oh ye, saya masih memikirkan tajuk untuk setiap bab. haha. Typo itu indah tapi typo dalam fanfic adalah memalukan, jadi saya minta maaf andai ada sebarang typo yang saya tak perasan. love you. <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^