4.

Antara Subuh dan Senja

Badannya ditepuk lembut. Daniel merasakan tangan sejuk menyentuhnya.

“Daniel” satu suara memanggilnya. Daniel membuka mata, mamai melihat Sungwoon duduk di sebelahnya.

“Hyung kena pergi sekarang. Kalau dalam masa dua hari hyung tak balik, lari dari sini. Bawa Jihoon ke tempat selamat”

Daniel mendengar suara Sungwoon jelas tapi matanya terasa berat. Keadaan bilik yang gelap juga menyebabkan Sungwoon kelihatan samar-samar pada pandangannya.

“Hyung nak pergi mana?” suara Daniel serak. Perlahan-lahan dia bangkit duduk.

“Ini adalah kawan hyung. Dia boleh tolong kau dan Jihoon kalau korang ditimpa masalah. Nama dia Noh Taehyun”

Daniel merasakan sesuatu seperti cebisan kertas yang diletakkan oleh Sungwoon dalam tapak tangannya.

“Apa ni?” soal Daniel, masih mamai.

“Jaga diri kau dan Jihoon” Sungwoon menarik Daniel dalam satu dakapan sebelum keluar dari bilik Daniel. Daniel terus baring dan sambung tidurnya. Kertas yang diberikan oleh Sungwoon tadi jatuh ke lantai.

………………………………………………….

Doohyun dan Chan Bin menunggu dalam sebuah kereta. Kedua-dua diam menunggu Sungwoon.

“Macam mana rancangan tu?” soal Doohyun yang duduk di tempat duduk belakang.

“Jangan risau. Dia tidak akan tahu” balas Chan Bin, menyandar pada kerusi tempat duduk pemandu.

Doohyun tersenyum lega mendengarnya. Selang beberapa saat, Sungwoon kelihatan berjalan mendekati kereta mereka.

“Ha tu dia dah datang” Chan Bin membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Sungwoon laju memasuki perut kereta.

“Mana barang yang aku perlukan?” soal Sungwoon sebaik duduk.

“Relaks bro” Chan Bin ketawa kecil, sempat mengerling pandang Doohyun di belakang.

“Ini bukan perkara main-main. Setidaknya aku kena buat betul-betul untuk culik Jisung tu” ujar Sungwoon dalam nada tegas.

“Semua yang kau perlukan ada dalam beg ni. Kunci kereta yang tersedia di depan stesen keretapi Busan, topeng muka, topi dan paling penting, cecair yang akan kau gunakan nanti” Chanbin menyerahkan sebuah beg galas berwarna hitam kepada Sungwoon.

“Ingat kan rancangan kau?” Doohyun bertanya mendapatkan kepastian, merapatkan badannya ke arah Sungwoon dan Chanbin.

“Aku hanya perlu pengsankan dia dalam perjalanan sebelum sampai stesen Busan dan apabila sampai, aku perlu menyamar sebagai kawan dia dan pura-pura bawa dia ke hospital” Sungwoon menghafal juga cuba membayangkan situasi tersebut.

“Bingo” Chanbin memetik jari.

“Dan kalau Yoon Jisung tidak bersendirian, kau tahu kan apa nak buat? Pisau lipat ada dalam beg tu sekali, agak tersorok.”

Sungwoon mengerling Doohyun dengan pandangan tajam. “Aku tak akan bunuh sesiapa, aku akan buat cara aku. Mungkin aku akan buat mereka pengsan juga”

Doohyun tersenyum sinis. “Tak kisah apa cara kau, yang penting Yoon Jisung mesti hidup, cukup 10 jari untuk melukis. Faham?”

Sungwoon hanya mengangguk. Dia benci akan hakikat yang dia terpaksa akur akan arahan lelaki itu. Dalam sudut hatinya, Sungwoon bersumpah, ini akan jadi kali terakhir untuk dirinya akur akan segala kehendak Lee Doohyun.

“Tiket kau pun dah ada dalam beg tu. Baik kau pergi sekarang, dalam 30 minit lagi keretapi akan berlepas”

Sungwoon mencapai buka pintu kereta, melangkah keluar dari perut kereta. Sebelum pintu ditutup, Sungwoon sempat menunduk pandang kedua-dua Chanbin dan Doohyun.

“Ini kali terakhir. Jangan berani sentuh adik dan kawan aku” nadanya tegas lalu menutup pintu kereta tersebut dan beredar.

“Kau ada letak dalam beg tu?” soal Doohyun, menyandarkan dirinya selesa sambil melihat kelibat Sungwoon semakin jauh.

Chan bin mengangguk. “Sudah. Aku dah sorokkan bom tu dalam beg dia. Kalau polis negara kita ni bijak, mereka akan cari beg tu dan Sungwoon akan jadi penjenayah sekali lagi”

“Macam mana pula rancangan kita untuk dapatkan Yoon Jisung tu?”

“Itu aku dah aturkan orang lain. Dalam kelam kabut polis cari bom tu nanti, orang lain akan culik Jisung. Kalau mereka perasan Jisung dah tiada, paling tidak pun Sungwoon akan jadi suspek utama”

………………………………….

“101”

Guanlin membaca nombor bilik hotel yang tertera sebelum mengetuk pintu bilik tersebut. Sekadar kepastian agar tidak tersilap bilik.

Pintu dikuak buka dari dalam.

“Come in” kedengaran suara Daehwi di sebalik pintu. Guanlin terus melangkah masuk.

“You look like in big trouble” tegur Guanlin dapat membaca riak Daehwi. Sebuah fail kemudian dikeluarkan dari beg sandang tepi yang dipakai oleh Guanlin. Fail tersebut diserahkan kepada Daehwi.

“Yes I am. Anxious actually” balas Daehwi jujur sambil menyambut huluran tersebut. Fail itu kemudian dibelek.

“Ha Sungwoon. 25 years old. Ex-prisoner. He supposed to be in prison for 10 years but for some reason he got early release”

Daehwi tekun membaca maklumat profil Sungwoon dalam fail yang dibawa oleh Guanlin tadi. “How about the other one?”

“Yoon Jisung. 27 years old. Final student in Haneul University” jawab Guanlin sudah menghafal maklumat tersebut. “But, I didn’t found any relation with your brother, unless your brother have a big interest in arts”

Daehwi menggeleng-geleng. “Kenapa Doohyun nak culik Jisung? Pelukis? Kenapa dia perlukan pelukis?”

“So what’s your plan?” soal Guanlin, melihat keresahan Daehwi.

“I want to catch him”

“Who? I means which one? Ha Sungwoon or Yoon Jisung?”

“Ha Sungwoon” jawab Daehwi tekad. “Im so curious about his relationship with my brother. How the hell did they happen to become friends, and why did he asked Sungwoon to kidnap Jisung. There’s must a some reason to the extent he blackmailed Sungwoon”

“That Sungwoon got blackmailed? Wow, your brother blackmailed an ex-prisoner. That such a brave move” Guanlin kemudian melentangkan diri di atas katil yang tersedia. “So I just have to catch Sungwoon before he kidnap that Jisung?”

Daehwi mengangguk laju. “I need to ask him about Doohyun. I kinda got a feeling that he knew something about Doohyun that supposed to be a secret”

“Your family is such a mess” komen Guanlin, tangannya mendongak bahu sambil badannya mengiring ke kiri, memandang Daehwi yang masih berdiri, berhampiran balkoni yang terbuka tingkapnya.

……………………………………

Keadaan balai polis agak tenang pagi itu. Beberapa orang pegawai polis sudah keluar menyiasat. Beberapa orang pegawai lagi pula sedang sibuk menyiapkan laporan kes yang sudah disiasat dan belum disiasat.

“Selamat pagi Ketua Lee” Minhyun menyapa ketua kumpulannya Lee Donghae yang sudahpun berada atas meja, sedang membaca sebuah fail kes.

“Selamat pagi” balas Donghae tanpa melihat dongak Minhyun yang baru tiba dengan secawan kopi hangat, sempat dibeli semasa singgah di kafe tadi.

“Selamat pagi” kemudian Ong Seongwoo pula tiba, bertangan kosong. Masing-masing mengambil tempat mereka.

“Wuuuu, ada hadiah” Minhyun menegur, memuncungkan mulutnya pada sebuah kotak hadiah yang berbalut di atas meja Seongwoo. Perkataan hadiah menarik perhatian Donghae, sebelum dia mendongak jenguh ke arah meja Seongwoo yang hanya berada hanya selang satu dari mejanya. “Ada peminat berkenan nampaknya” usiknya, sementara tangannya masik leka membelek fail kes yang berada di atas mejanya.

Seongwoo mencapai pegang kotak yang sederhana besar itu sebelum menggoncangnya.

“Sejak bila saya ada peminat ni Ketua Lee? Saya rasa orang tu salah letak” balas Seongwoo berasa malu. Telinganya naik merah.

“Ada apa dalamnya, buka cepat” celah Minhyun, menarik kerusinya rapat mendekati Seongwoo. Teringin tahu apa hadiah yang diterima oleh rakannya itu dan siapakah pemberinya.

Seongwoo laju mencabut tanggal penutup kotak yang berwarna merah itu. Dahinya kemudian berkerut melihat hanya sehelai kertas yang berada dalam kotak itu.

“Surat sahaja?” soal Minhyun, semakin ingin tahu.

Seongwoo mengambil surat itu dan membuka baca. Matanya membulat besar melihat isi kandungan surat itu, lantas terus bangkit berdiri dari tempat duduknya.

“Ketua Lee!!” Seongwoo memanggil Donghae, meninggikan suara sehingga satu balai boleh mendengar suaranya.

“Surat amaran” ujarnya memegang surat tersebut.

“Ehh???” kedua-dua Donghae dan Minhyun terkejut. Pegawai lain yang lain juga turut memberi perhatian mereka kepada Seongwoo.

“Apa kau cakap?” Donghae bangkit berdiri, mendekati Seongwoo sebelum Seongwoo menyerahkan surat tersebut.

“Satu letupan akan berlaku antara stesen Seoul ke stesen Busan” Donghae membaca surat itu, didengari oleh pegawai yang lain.

“Mungkin ia adalah surat ‘prank’” salah seorang pegawai yang mendekati meja Seongwoo bersuara.

“Detektif Lee, ini” salah seorang pegawai lagi pula melihat sekeping gambar yang berada dalam kotak tersebut dan diserahkan kepada Donghae.

“Rasanya ya betul. Ini adalah bom tangan” ujar Donghae meneliti gambar tersebut.

Kedua-dua Minhyun dan Seongwoo saling berpandangan.

“Detektif Jung, hubungi balai polis cawangan Busan sekarang. Detektif Kim, hubungi pasukan penggempur bom, dan pegawai Hwang, siasat siapa yang hantar kotak ni sekarang juga. Lain ikut saya, kita kenal pasti kawasan antara keretapi yang bergerak. Lagi satu, Detektif Ong, hubungi stesen keretapi Seoul dan arahkan mereka memberhentikan semua perjalalanan keluar masuk keretapi hari ini” jelas dan kuat Lee Donghae memberikan arahan sebelum masing-masing berpecah menurut arahan.

………………………………..

Daniel laju menyarung pakai jaket yang sedikit tebal. Cuaca di luar yang semakin dingin dibimbangi akan menyebabkan dia kesejukan.

“Jihoon, siap cepat. Woojin dah sampai” jerit Daniel sambil membelek rambutnya buat kali terakhir.

“Oh, apa ni?” Daniel perasan akan sekeping kertas yang berada atas lantai. Dalam kertas tu tertulis sebuah nama dan alamat sesuatu tempat.

“Noh Taehyun? Siapa Noh Taehyun?” Daniel bingung.

“Niel hyung, kiteorang pergi dulu” laung Jihoon dan Woojin dari luar bilik.

“Ini adalah kawan hyung. Dia boleh tolong kau dan Jihoon kalau korang ditimpa masalah. Nama dia Noh Taehyun”

“Sungwoon hyung” Daniel langsung teringat akan Sungwoon yang datang ke biliknya pagi tadi dalam keadaan gelap.

“Sungwoon hyung!” Daniel berlari ke arah bilik Sungwoon, membuka pintu bilik dan mendapati bilik tersebut sudah kosong. Tiada orang.

Kedua-dua Woojin dan Jihoon pana seketika melihat tindakan mengejut Daniel.

“Kenapa hyung? Ada barang hilang?” soal Woojin yang sudahpun siap menyarung kasut ketika itu.

“Jihoon ah~ mana Sungwoon hyung?” Daniel bertanya kepada Jihoon. Nadanya risau dan serius.

“Mana sayu tahu. Saya tak nampak dia lagi pagi ni. Saya ingat dia masih tidur” jawab Jihoon jujur, juga mula merasa bimbang.

Daniel sempat menjenguh di dapur dan bilik air, namun hampa. Sungwoon tiada dalam rumah itu.

“Sungwoon hyung” Daniel menggengam kertas yang dipegang tadi.

“Kenapa Niel hyung?” soal Jihoon pula.

Daniel menggeleng. “Jihoon ah~ pastikan kamu balik awal lepas sekolah nanti. Jangan pergi ke mana-mana. Telefon hyung jika kamu terasa diekori atau tak selamat”

Woojin dan Jihoon hanya mengangguk, saling berpandangan.

……………………………………..

Minhyun memandu laju ke salah sebuah perumahan di Seoul sebelum memberhentikan kereta di depan salah sebuah rumah sederhana besar. Sebaik keluar dari perut kereta, Minhyun menekan loceng pintu. Setelah beberapa minit, pintu pagar di depan rumah terbuka dan seorang perempuan menjengah di muka pintu.

“Puan Kim Chun Soo?” soal Minhyun sambil meneliti wajah perempuan linkungan umur 40-an itu. Sekeping gambar yang dibawa bersama juga diteliti samakan dengan perempuan di depannya.

“Ya saya. Kenapa? Encik nak apa?”

“Saya detektif Hwang Minhyun dari balai polis Seoul” Minhyun menunjukkan lencananya sebelum menunjukkan pula sekeping gambar yang dibawa bersama tadi.

“Puan kan orang yang berada dalam gambar ni?”

Wanita itu agak terkejut melihat dirinya dalam gambar itu. “Ya saya” laju dia mengangguk. “Tapi kenapa?”

“Puan Kim Chun Soo. Anda ditahan atas kesalahan cubaan membahayakan keselamatan dan nyawa orang awam” tanpa banyak bicara, Minhyun mencapai pegang tangan wanita itu dan menggarinya.

“Ah? Bukan saya. Kenapa encik tahan saya? Lepaskan saya encik, saya tidak bersalah” wanita itu jelas kelihatan terkejut, merayu sambil diheret masuk oleh Minhyun ke dalam kereta polis.

“Bukan saya encik. Saya cuma menolong seorang lelaki” Minhyun memaksanya masuk duduk di tempat duduk belakang sebelum beralih ke tempat pemandu

“Menolong seorang lelaki?” soal Minhyun sambil memasang tali pinggang keselamatan.

Wanita itu mengangguk laju. “Di perhentian bas berdekatan balai polis semasa saya ke pasar pagi tadi, ada seorang lelaki. Dia minta saya letakkan kotak hadiah di atas meja pegawai polis. Katanya itu hadiah istimewa. Saya tak tahu apa ada dalamnya”

Minhyun menoleh pandang belakang. “Lelaki lain? Dia bagi puan kotak hadiah tu?”

Sekali lagi wanita itu mengangguk. “Saya tak bersalah” rayunya.

Minhyun diam sejenak. Dalam cctv yang dilihatnya, jelas wanita itu kelihatan meletakkan kotak hadiah di atas meja Seongwoo yang dikenalpasti mengandungi satu amaran.

“Aigoo~” Minhyun menhentak kepalanya lembut pada stereng kereta sebelum merasakan telefon pintarnya bergetar, menerima sebuah panggilan masuk.

“Seongwoo macam mana keadaan di sana?” soal Minhyun laju.

“Pihak polis cawangan Busan dah bergerak. Sebuah keretapi ke Busan dah bergerak namun pihak KTX enggan beri kerjasama untuk berhentikan perjalanan mereka”

“Kenapa?” dahi Minhyun berkerut.

“Perkara tu masih dibincangkan. Ketua Lee mahukan kepastian dari kau, macam mana dengan suspek yang hantar kotak tu?” suara Ong Seongwoo juga kedengaran resah.

Minhyun menggeleng. “Aku dah dapat kenalpasti wanita dalam cctv tersebut, orang yang meletakkan kotak hadiah tu atas meja kau, tapi dia bertegas mengatakan dia tak bersalah dan ada orang lain yang beri kepadanya”

“Kau kenalpasti cepat. Oh ye, Ketua Lee nak cakap dengan kau”

Minhyun dapat mendengar bunyi telefon yang bertukar tangan sebelum mendengar suara Lee Donghae di talian.

“Minhyun, kenalpasti siapa yang beri kotak tu kepada wanita tersebut. Penampilan, tinggi, dan suruh dia lukis wajah lelaki tu kalau dia ingat. Periksa cctv di semua kedai berdekatan balai polis, cari tempat orang tu serahkan kotak kepada wanita tu. Keputusan kau penting untuk desak pihak KTX supaya berhentikan keretapi, kalau tidak mereka akan menganggap surat yang kita terima adalah gurauan sahaja”

“Baik Ketua Lee” ujar Minhyun sebelum mematikan talian dan menekan pedal minyak keretanya.

………………………………………………………………

Dua beg galas diletakkan di tempat letak barang bahagian atas tempat duduk penumpang. Jaehwan berjengket memastikan beg yang diletakkan dalam keadaan yang betul dan tidak akan jatuh. Kemudian baru dia mengambil tempat duduk di sebelah Jisung. Lelaki di sebelahnya itu menguap besar sambil mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

“Hyung, tidurlah dulu, dah nak sampai nanti saya kejutkan” ujar Jaehwan sambil meleraikan tali earphone yang baru sahaja dikeluarkan dari poket seluar.

Jisung hanya mengangguk sambil melelapkan mata. Bunyi keretapi laju seolah mendodoinya tidur lena. Tangannya ditarik rapat memeluk dada. Kurang lima minit, Jisung hanyut dalam mimpi siangnya. Jaehwan hanya tersenyum melihat lelaki itu.

Tiga baris di belakang, seseorang kerap kali memerhatikan mereka berdua. Di tangannya dipegang sebuah buku nota dan sebatang pensel. Terdapat lakaran diconteng pada salah satu muka nota tersebut.

Daehwi menyandar pada kerusi tempat duduk sambil mengeluh. Buku nota yang dilakar adalah untuk mencari kaitan antara Sungwoon, Jisung dan Doohyun namun otaknya tidak mengeluarkan sebarang idea. Buku dan pensel yang dipegang lalu disumbat masuk ke dalam beg galas yang dibawa. Telefonnya diperiksa, melihat beberapa mesej yang diterima daripada kawan sekelasnya yang bimbang kerana Daehwi tidak hadir ke sekolah. Daehwi hanya tersenyum sinis, tidak membalas mesej tersebut.

Seketika Daehwi memerhatikan sekeliling. Di mana Guanlin? Bagaimana agaknya Guanlin akan naik tren tersebut tanpa sebarang tiket?

……………………………………………….

Sungwoon melihat jam di tangannya. Perjalanan ke Busan tinggal lagi sejam. Sungwoon keresahan juga risau. Dia tidak biasa melakukan kerja kotor. Jantung Sungwoon berdegup laju. Dia juga bimbang andai melakukan sebarang kesalahan. Bukan takut dihukum oleh Doohyun, tapi takot diketahui pihak berkuasa dan Sungwoon mungkin kembali penjara.

Sungwoon menggeleng beberapa kali. Enggan berfikir perkara negatif. Satu perkara yang Sungwoon sudah tekad ialah ingin hidup bahagia dengan adiknya, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang abang. Walau apa pun berlaku, Sungwoon tidak mahu berpisah dengan adiknya, ingin melihat sendiri adiknya itu membesar, berkeluarga seperti abang-abang yang lain.

Sungwoon melirik pandang tempat duduk yang hanya selang tiga buah daripada Jisung namun di sebelah kiri manakala Sungwoon duduk di sebelah kanan. Lelaki yang duduk di sebelah Sungwoon pula tekun membaca surat khabar yang dibelinya dan langsung tidak ambil peduli akan Sungwoon.

………………………………………

Lee Donghae memandu keretanya laju dengan Ong Seongwoo berada di sebelahnya.

“Berapa jauh lagi jarak mereka??” Donghae bertanya kepada Seongwoo yang melihat pandang skrin komputernya, memerhatikan jalur keretapi yang bergerak.

“Kurang 500 meter, kita boleh kejar keretapi tu ketua” beritahu Seongwoo, matanya leka memandang jalur tersebut yang bergerak laju.

“Tak guna. Mereka langsung tidak peduli akan arahan polis. Kalau ada orang mati dalam keretapi tu baru mereka menyesal” Donghae melepaskan geram, menggenggam kuat stereng kereta yang dipandu.

“Kita tak boleh buat apa-apa Ketua Lee. Lagipun Minhyun masih menyiasat pemberi kotak hadiah tadi. Kalau benar ia hanya gurauan, pihak kita akan kena teruk nanti”

…………………………………………………………

“Yah, betul apa yang pihak polis beritahu tu? ada bom dalam tren ni?”

“Hey, jangan bising sangat. Nanti penumpang akan panik kalau dengar. Ia mungkin juga berita palsu, jadi kita kena periksa seluruh koc dengan teliti”

Dua orang perempuan pekerja perkhidmatan tren itu sedang memeriksa ruang tempat letak beg di bahagian atas tempat duduk penumpang. Setiap koc dipenuhi oleh beberapa pekerja yang juga melakukan perkara yang sama.

“Maafkan saya” ujar salah seorang pekerja lelaki berdiri rapat dengan Sungwoon, memeriksa tempat letak beg di bahagian atas. Kedua-dua Sungwoon dan lelaki di sebelahnya mendongak pandang lelaki itu.

Jantung Sungwoon berdegup kencang. Bimbang andai pekerja itu menjumpai picagari yang berserta pisau yang berada dalam beg tersebut. Sungwoon menarik nafas lega apabila pekerja tersebut tidak memeriksa buka begnya.

“Boleh encik ikut saya sebentar?” secara tiba-tiba pekerja lelaki itu mengajukan kepada Sungwoon. Gaya bahasanya kelihatan kaku.

“Saya?” Sungwoon berada tidak sedap hati.

Pekerja lelaki yang tinggi lampai itu mengangguk. Sungwoon tiada pilihan lain selain menuruti lelaki itu.

Daehwi tersenyum melihat pekerja lelaki itu. Begnya juga sedang diperiksa oleh salah seorang pekerja wanita.

“Boleh saya tahu, kenapa ada pemeriksaan beg ye?” Daehwi bertanya, sekadar ingin mendapatkan perhatian pekerja wanita itu agar dia tidak perasan akan pekerja lelaki tadi yang kini sedang membawa iring Sungwoon ke suatu tempat.

Pekerja wanita itu tersenyum sebelum menjawab. “Kami hanya melakukan pemeriksaan biasa. Jika adik ada kehilangan barang atau melihat objek aneh, sila laporkan segera kepada kami”

“Hmm!” Daehwi mengangguk laju, membalas senyuman pekerja itu. Sungwoon dan pekerja lelaki tadi kini sudah hilang dari pandangan.

“Ada apa ye encik memanggil saya?” soal Sungwoon. Kini mereka berdua berdiri di koc penghubung yang kecil, di depan tandas.

“Kami terima laporan yang salah seorang penumpang dalam tren ni mungkin membawa senjata bahaya, jadi saya nak periksa jika encik adalah penumpang tersebut” ujar Lai Guanlin sambil memusingkan badan Sungwoon, sambil sebelah tangannya meraba pegang picagari yang dibawa bersama dalam poket bajunya.

Sungwoon teringat pisau yang dibawa, dan berasa lega kerana meninggalkan pisau tersebut di dalam beg. “Saya tak bawa sebarang senjata” ujar Sungwoon sebelum merasakan sesuatu mencucuk belakang badannya. Sesuatu dirasakan mengalir masuk ke dalam salur darahnya. Kepalanya mula berpusing dan matanya terasa berat sebelum Sungwoon akhirnya tidak sedarkan diri.

Guanlin memegang paut sebelum Sungwoon jatuh rebah ke lantai. Pintu tandas dibuka dan Sungwoon dibiarkan terduduk atas mangkuk tandas. Pintu kemudian ditutup rapat, dan Guanlin meletakkan tanda ‘rosak’ di hadapan pintu tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Cameo star kali ni Im Youngmin dan Jung Sewoon! Hooray for Chamdeep moments. Anyway, harap pembaca boleh terima scene fight antara Guanlin dan Sungwoon, saya fikirkan part bahu tu sbb Guanlin lagi tinggi dri Sungwoon. Haha. oppps

Comments

You must be logged in to comment
vionilatte #1
Chapter 20: Chapter 20: Best bab ni. Satu cerita best sebenarnya, dah byk kali sy ulang baca...hehehe....Fighting, authornim!!! Harap authornim masih up cerita ni. Rindu sgt2 cerita ni...curious jugak apa yg jadi lepas ni....Yep, ....So, fighting!!!(lagi...hehe). I will wait for your update.^_^
TheYellowDandelion
#2
Chapter 19: Fighting for the next chap! ^^
vionilatte #3
Chapter 18: Hmm...rasanya tulisan macam sama je. Authornim salah tekan font yg lagi kecik kot. X pun rasa je macam kecik tapi sama je. Curious pulak pasal jihoon. Haaaa...lepastu, Daniel boleh pulak tidur siap berdengkur lagi,tapi yelah, sebab bukti dah ada senang hati tu. Harap2 oklah lepas ni. Tq sebab update. And good luck next update. Hehe..... fighting!!!
MJ_Black
#4
Chapter 15: Guanlin noooooo! ㅠㅠ
MJ_Black
#5
Chapter 14: Keep it up authornim ?
TheYellowDandelion
#6
Chapter 14: I love this! Thanks for the update
vionilatte #7
Chapter 13: aaaaaaa.....kenapa sedih sangat bab ni....jihoon,nasib baik mimpi, harap tak jadi betul2. Pastu Doohyun pulak..... hmmm lagilah tak sabar nak tunggu. Pandai authornim susun ayat, sampai rasa macam nak nangis je bila baca. 2 thumbs up!!! . Keep it up, i will wait for your update. Fighting!!
TheYellowDandelion
#8
Chapter 9: Saya mengaku ni kali pertama saya baca malay fanfic eventho I've been member here since 2014.. Tapi seriously jalan cerita awak ni sngt menarik and saya rasa tertarik.. Fighting for the next chapter!
vionilatte #9
Chapter 9: Ok....jihoon bawak kereta...tapi serious,cite ni memang best. Tak sabar nak baca sampai habis. Btw, authornim fighting!!!!
TheYellowDandelion
#10
Chapter 8: This is nice.. Really! I'm anticipating the next chapter ^_^